Nite Dinner 2009

"Baiklah, aku yakin lagi dua blogger MPC ini dan ini akan update perihal yang sama jugak kelak. So takyah aku conteng lebeh-lebeh. Nanti takde modal pulak diorg nak conteng. Ceh!!" - kata Fati


Skrip yg sama mcm tahun lps. hahaha. Ok aku update ringkas je.

Kisahnya..
Satu majlis makan malam sempena penghargaan kpd warga kerja MPC (syarikat tempat aku bekerja) telah pun selamat berlangsung dgn gilang-gemilangnya mlm tadi. Diacarakan oleh selebriti tivitiga, Ahmad Fedtri Yahya dan dihadiri oleh beratus tetamu termasuk VVIP yg dijemput khas utk memeriahkan majlis. Majlis berlangsung di Emerald Grand Ballroom, Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Terima kasih boss atas majlis gilang gemilang ni. hehe. Macam-macam aku mkn mlm ni. Mende yg xpnh aku mkn pun aku mkn. Dan rakan-rakan sekerja yg dah lame xjumpe pun dpt jumpe mlm ni. Yg xpnh jumpe tu apatah lagi. Mmg meriah!


Konsep majlis bertemakan Oren Putih/Hitam. maknanya tiap tetamu/staff perlu mengenakan pakaian berwarna oren, hitam atau putih utk mengelakkan dihalau atau dibatalkan hadiah lucky draw yg dimenangi. hahaha. err aku dpt lucky draw lg tahun ni! kih kih kih. alhamdulillah!


Aku pakai baju kaler oren mlm ni. a'ah baju yg aku baru beli minggu lps tu. ada rs mcm sedikit ensem drp biasa. pstu kena buat persembahan. bukan aku jela. satu group 8 org. joget-joget lagu Para-para Sakura. dapat adiah tuu! dan walau step ke laut pun, sorg ke kanan sorg ke kiri, sungguh xdisangka dpt adiah no-3! pehh..belum bt sungguh-sungguh lg tu!


Bonus! woww... sgt-sgt xdisangka. terima kasih boss! tahun dpn hrp-hrp dpt berganda-ganda lg la ye. hehehe. sampai pening pale aku nak kira jumlah bonus yg diterima. Nyesal lak xblaja matematik btl-btl dulu.

Majlis berakhir kira-kira jam 12 tgh mlm. Puas hati~
Semoga berjumpa lagi dlm event-event yg akan dtg.

Aku dah mengantok. nak tido. pnt! besok nk pindah brg lg. n mungkin ini kali terakhir aku update blog mlm2 buta memandangkan aku sdg berpindah rumah. utk memohon talian streamyx di rumah baru pun mgkin mengambil masa. tgk la cmane nt. Adios!





p/s: sdg berkira-kira ke mana mau holiday. dan ke mana mau disalurkan itu duit bonus. keh keh keh

Misi Memindah - Part 1

Aku rs ramai colleague aku yg dah sedia tau. aku dgn osmet aku kena pindah kuar ujung bulan ni. pindah umah. bukan memindahkan umah tp berpindah ke umah lain iaitu tidak boleh tinggal di umah yg aku dok skrg ni. haha mcm gampam.

Nape la time2 sibuk dgn diner, sibuk dgn keje, nak kene pindah pulak? nk byr deposit umah lg.. byk la pulak duit. brg dah la byk nak kena angkut ni. umah baru tingkat 4 lak tu! ade 2 hari lg. sempat ke x. sempat ke x. sempat ke x. sempat ke x. sempat ke x. sempat ke x.. argghh!!

Minit Mesyuarat



































Ape yg kau cari tu saitooonnn?? hehe..

Petang td berlangsungnya meeting penting bahagian teknikal kompeni tmpat aku bekerja. nak tau ape isu nya? sape dtg dia tau la. yg xdtg tu mintak maap. aku bukan setiausaha nk kena catat tiap minit mesyuarat tersebut di sini.

Sekian. aku sgt-sgt bz dlm 2-3-4-5 minggu ni. harap maklum.

Bersyukur

Kau tgk gambar tu. kecik-kecik lg xtau nk bersyukur kan.

Dah mmg tabiat manusia ni xpnh puas, xpnh reti nak bersyukur. walau dah ade kje yg bagus, gaji yg cukup besar pun masih nak merungut. yg dah bergaji besar, berduit byk lak sibuk tayang aset, berlagak aje kejenye. merendah-rendahkan pulak org yg kurang berduit. kau patut bersyukur. xpayah la nak boros sgt enjoy sana sini. beli baju mhl-mhl. kasut kilat-kilat. kete beso-beso. tunjuk duit juta-juta atas meja. skali Tuhan nak tarik rezki kau, bila-bila pun Dia boleh tarik la. eloknye kau bersyukur, bantu golongan yg kurang berkemampuan ni.


Bagi yg dah berbini, ade laki yg baik pun masih ada yg xtau nak bersyukur. masih melayan yg lain. tak boleh kah kau setia padanya. hargai dia dgn cara yg sepatutnya? tak cukup baikkah layanan dia pd kau? xmemadaikah pengorbanannya pd kau? pnh x kau pikir sume tu sebelum kau buat sume ni? kau patut bersyukur dgn apa yg kau miliki. byk lg manusia lain yg lbh malang. yg dilayan buruk suami, bf, gf. yg dikongkong, dikawal sepenuhnya oleh pasangannya. malah ada juga yg sering jd mangsa, dipukul. pasangan mengambil kesempatan ke atas kelemahan pasangannya. wang ringgit, maruah diri semua diserah tanpa ada jaminan kebahagiaan.


Yg ensem. yg lawa. pun xreti nk bersyukur. masih nak buat plastik sajeri. ape yg kau bangga sgt kau lawa ke buruk? kau ensem ke huduh? kau kurus ke gemok? klu Tuhan nak tunjuk, sekelip mata je kau boleh cacat. tak payah la kau nak hina org yg xbrape ensem, yg kurang bernasib baik. bukan dia mintak pun jd cmtu. klu boleh dia pun xnak jd cmtu. klu sume org ensem. sume org lawa. sume org sempurna.. xmenarik la dunia ni kan. xde warna warni. xde turun naik. sekurang-kurangnya kau putut bersyukur kau dilahirkan sempurna, ade keturunan, ade keluarga. sbb ade org di luar sana yg lebih malang. yg xtau pun asal-usulnya.


Aku bukan nak kata aku bgs. cume nak berkongsi cerita. dulu aku pun jenis manusia yg xpnh nk bersyukur. xpnh hargai ape yg dimiliki dgn sebaik-baiknya. ade famili yg baik, xpnh nk kol tnye kabar ke ape. blk kg pun jarang-jarang. ade kerja yg selesa pun still merungut-rungut. kau tgk tgn aku ni. lembut beb! kau tgk kwn-kwn aku pulak. membuncit je sume keje rilek sgt. sbb tu diwujudkan gym kat opis tuh! hahaha. ade makwe yg baik pun, buat mcm-mcm belakang dia. xpnh lyn dia mcm yg dia nak. amik mudah je sume. ade duit lebih sikit, bukan nak menyimpan. pegi joli brg-brg kete.. usik sana usik sini. last-last duit lesap, kete pulak xsiap-siap.


Skrg aku rs idup aku dah lebih baik. walaupun ada sesetgh perkara masih xdpt diubah, tp byk perkara juga dah berubah. aku bersyukur atas perubahan ni. yg menjadikan aku manusia lebih baik, lebih tenang (cool), lbh keyakinan, lbh tau menghargai setiap nikmat yg diberi oleh-Nya. moga-moga aku takkan lupa diri, xkan lupe asal-usul, xkan lupe pada-Nya..




note : dah lama rsnya xblk kg. rindu kat masakan mak aku. huhuhu..

Misi Mencari

Semalam Sabtu 23.01.10 jam 11
Misi mencari baju kaler oren bermula.

Memandu ferrari labah-labah yg belum di-renew rodtek ke Summit USJ. spt biasa sesat 5-6km. byk kedai lom bukak. pemalas n lembab btl manusia-manusia yg bekerja di sini. bukak la kdai pg-pg. rezeki sng masuk -mak aku ckp la. usha punye usha punye usha.. xjumpe yg berkenan di jiwa. lyn Tooth Fairy jap.

Kemudian bergerak ke Alamanda Putrajaya. owhh dah lame gile xdtg sini. masih tak berubah. manusia-manusia seksi masih byk berkeliaran. mcD tempat yg slalu aku bli mcflurry dulu pun masih di situ. GSC di sini juga masih sibuk dgn kaki wyg yg ramai. yeaa..GSC yg slalu aku kunjungi suatu masa dlu...kenangan manis yg xkn dilupe sepanjg hayat... byk angin dah dibuang di sini..

Namun ape yg dicari belum ditemui. aku dah mula rasa putus asa. semangat semakin hilang. mujur si dia byk membantu. terus memberi sokongan walaupun muka dah ketat. keh keh keh


Jam 5 kuar dr Alamanda. bergerak mencari Jusco terdekat. bertubi-tubi Jusco muncul dlm kepala aku. Puchong.. Kajang.. Cheras.. Wangsa Maju.. argghhh!! at last Jusco Cheras jd pilihan. lokasi yg sng dicari, xjauh dr umah dia.

Dekat-dekat 2 jam jln dlm tu. kecik je tempatnya. xbyk pilihan jgk. ntahapehape la sng ckp. rs nyesal gak dtg sini. tp dlm nyesal-nyesal tu akhirnya terjumpe baju ni. nak kata oren sgt tu xla. juz oren.. harga asal mhl gak. mujur ade less 50%! canteekk!! terus angkat.

Misi berakhir jam 8. nantikan kemunculan aku bersama baju baru ni pd mlm tu nt k. harap-harap xde la yg same. hehehe..

Benci ah

Kadang-kadang
Bila dah benci sgt kat seseorg tu. xsuka sgt tgk muka dia. menyampah gile dgn perangai dia. buat la cmane pun. aku tetap xdpt nak sukakan dia walau cmne bsr jasa dia pd aku, cmane baik pun dia lyn aku.

Kadang-kadang
Bila dah suka sgt kat seseorg tu. dah sayang sgt kat dia. buat la camne pun. aku tetap xdpt benci dia walau camne teruk dia dah buat kat aku, cmane buruk pun dia lyn aku.


Kenapa mcm tu ye?

Zoo Negara

Hampir-hampir terlupa nak update psl ni. hahaha. kenangan tuh! walaupun xbyk nak cite, aku tetap nak cite.

Ahad 17 Jan 2010
Pagi-pagi jam 9 dah terpacak dpn pintu masuk zoo. antara manusia terawal sampai pagi tu. semangat sungguh! mane tak nye. aku diberitahu aktiviti setat antara jam 9.00-9.30 pagi. tp dekat-dekat kul 10 baru nmpak kelibat bios dgn mebi tuh. cilakak.


Dah lame rasanya xtgk monyet, boye secara live. apatah lagi tenuk, beruang, zirapah, gajah dan elephant. juga babi utan yg sgt brutal tuh. eksaited bercampur teruja nih! 6 org yg turut serta. tp xtau la cmane plan asal pihak penganjur. sape lg dijemput aku pun xtau. aku pun last-last minit masuk nama.

comelnya mereka-mereka ni. klu dpt bela sekor kan syok

pestaim tgk animal show. teruja gak la.....sikit

Papepun puas ati. mmg best. tp klu ade kamera canggih skit lg best rasanye. sume pakai kamera fon je amik gambar. penat mmg penat. sape swoh jln kaki kann. padahal ade je bas pendek dlm tu. kaler pink lg.

Tiket masuk rm25 satu kepala. dpt tgk animal show, dpt masuk taman burung, dpt masuk taman rama-rama..dpt tgk ulau mcm-mcm jenis, dpt tgk ikan beso-beso dlm ekorium..dpt
pegang ulau sawa..err yg ni aku x. aku jd penonton dr jarak 3 meter je.

Akhir kata. mmg best. terima kasih pihak penganjur. terima kasih pd yg menjemput juga. besok-besok klu ade program lain, nk g aquaria lak ke.. sila la roger aku k. hehehe..



* gambar xdpt tepek byk utk melindungi privasi sesetgh pihak. keh keh keh. gambar ihsan pak aji

Side Income

Aku selalu diajak join bermacam-macam program bisnes. samada online bisnes mahupun bisnes stokis. tp pada aku sume ni perlukan komitmen penuh dr diri sendiri. so tnye la diri sendiri samada kau boleh committ pada mende-mende ni sume atau x. tiap perniagaan perlukan modal dan usaha. tu yg harus kau phm. klu kau bg modal, kendian kau xbuat ape-ape. kejayaan tu xkan dtg pd kau. dulu aku cmtu la. n skrg aku lebih positif. harap-harap membuahkan hasil la. hehe..

Sekarang aku sdg usahakan satu perniagaan yg aku rs kurang berisiko. perniagaan yg mudah, jelas dan senang diterima. memperkenalkan produk yg berkualiti, produk yg digunapakai sehari-hari oleh setiap lapisan masyarakat. modal permulaan yg juga tidak membebankan. agak-agak klu korg nk tau ape bisnes ni, nk try produk ni ke, leh la kontek aku ye. aku rasa xde jual kat mane-mane lg ni. tp xtau la dlm beberapa bulan lg cmane. hehe..


Ini pun slh satu perubahan yg aku nak buat dlm idup aku.
Wish me luck k (^_^)v

Mimpi

Pestaim buat entri pagi-pagi subuh. nak tgk ape rasa. haha.

Mlm ni byk kali aku terjaga. ape kene tah. tido xlena. mimpi mcm-mcm. terjaga. blurr kejap. pstu tido blk. xlame pstu mimpi lagi. terjaga lagi. nampaknya kali ni dia dtg dlm mimpi lak. masih nak mganggu aku. cilakak.
tgk jam ingtkan dah pg. baru kul 5. sia-sia je la aku set alarm kul 11!

Dah. aku xnak tido dah. usha blog, post entri satu kali. subuh pun dah masuk. cukup la entri subuh yg pertama kali ni. nekstaim klu mimpi lg, aku post lg. mane tau dpt mimpi basah lak ke.. keh keh keh..


chow!!

Susahnya meluahkan perasaan

Bila kau marahkan seseorg, ape kau buat? kau tengking dia direct ke? ataupun kau kias-kias perli dgn ayat menyakitkan ati? ataupun kau menghempas pintu bilik, membawak kete laju-laju dgn cara berbahaya? atau kau sekadar diam tanpa berkata apa-apa? buat muka bengang je. bila ditanya, kau pun jwb sepatah.

Kalau aku.. aku bukan jenis manusia yg cepat marah. aku cool. siyes. keh keh keh. tp bila dah xboleh tahan, aku lepas jgk. kurang-kurang 2 perkataan kasar akan disebut secara ikhlas. bodoh betul! bangang! kepala otak kau! ok dah 3.. terlebih sudah ~


Bila kau xpuas ati psl sesuatu, adakah kau akan merungut? atau mengambil tindakan drastik utk mencapai tahap yg diinginkan? cmane kau luahkan perasaan xpuas ati tu? atau kau diam je.. terima shj keadaan yg berlaku. klu nasik kau masin pun, kau mkn je tanpa merungut-rungut.

Kalau aku.. mmg aku diam je. mlas nak cari gaduh, besar-besarkan hal yg remeh temeh. psl calar sikit kete kene langgar pun nak kecoh. kete aku kemek lg teruk la bai. rilek r.. psl air suam kau oder dpt air pns pun nak bising-bising. xboleh ke kau beralah skali skale.. bukan jauh beza pun. lain la klu kau oder sirap dpt kopi o.


Bila kau sayangkan seseorg atau sesuatu pulak. kau buat ape? kau akan selalu bgtau yg kau sygkan dia? kau boleh senang-senang ke ckp "I love u boboy" depan dia? - merujuk kpd kambing kesayangan kau. boleh? kau pnh bgtau mak kau "saya sayang mak"? setakat pakai t-shirt indie tu xpayah la cite.

Kalau aku.. aku bukan jenis manusia yg senang berkata-kata manis. dlm sms, dlm ym, dlm surat, dlm email boleh la. dgn mak bapak aku sendiri pun, dgn adik beradik aku. tak pnh sekali pun aku sebut dpn dorg "kite syg mak" "kite syg ayah" "aku syg korang".. xpenah. tapi aku mmg sayangkan dorg sume. n aku tau dorg tau. mcm bapak aku jgk. tak pnh pun aku dgr dia ckp dia syg mak aku, syg anak-anak dia. tp aku tau. kitorg sume pun tau dia syg kitorg.


Aku pikir byk lagi cara utk tunjukkan kasih syg kite pd seseorg. bukan sekadar luahan kata semata-mata. tp dgn layanan yg baik, ambik berat dan nasihat-nasihat yg berguna.. tp kadg-kdg aku juga sdr. perlu jgk dituturkan dgn kata-kata utk buat si dia rasa lebih dihargai. ape-apepun biar la ikhlas. ye x?





Tp klu dah sampai kena paksa.. nak dgr jgk. nk dgr jgkkk... pleaseee... ah cilakak! lemah btul aku bab-bab ni.

Bila dah gemuk

Selama ni aku dah 25 tahun hidup sbg seorg kurus. ramai yg mempertikaikan kenapa aku kurus sgt. ramai jgk yg suruh aku gemokkan bdn. sruh mkn byk sikit. suruh mnum susu la. terima kasih la sbb amik berat psl aku. ape kau ingat aku saje-saje ke pilih bdn cmni? aku dah cube mkn byk skit. tp xboleh. klu mak aku masakkan je aku mkn byk. haha. aku pun ade minum susu. bukan susu badan ok. tp susu gemok yg slalu iklan kat tibi tuh. sdp jgk rasa dia. siap ade perisa cekelat lg. tp kau lihat la sendiri. aku ttp menten kurus. xde efek sgt. ibarat mencurah air ke lubang jamban je (pehh..ala-ala karam singh walia gayanya)

Walaupun aku kurus, aku xde mslh kesihatan yg serius. xde kencing manis. xde gastrik. xde sawan. xde H1N1. aku pun xde mslh sgt utk mengsoping kasut, baju dan suar. baju-baju kompeni pun ade je saiz. keh keh.

Aku xdpt bygkan rupa aku bila gemuk. adakah lebih hensem? ataupun mcm haremm? kau pnh tgk cite Twilight? yg hero dia muka mcm Harun Salim Bachik skit tu. ape tah nama dia.. Edward Cullen kot. org kata dia hensem abis.. org kata la. aku xkata.


Nah. org sehensem Edward ni pun klu gemok dah mcm badak air rupanye. ni pulak yg xbrape nak hensem ni. ohh tidakk. aku lebih rela kurus begini. haha!

Bila Pasangan Kau Lebih...

"Selalunya klu lelaki tu ensem, pasangannya biasa-biasa je. Begitu jgk sebaliknya." (pendapat 1) "Lelaki yg baik utk perempuan yg baik. Lelaki yg jht utk perempuan yg jht." (pendapat 2). Selalu aku dgr org ckp cmni. tp nk pecaya bulat2 pun xleh jgk rsnya. sbb ade je pepatah "bagai pinang dibelah dua" kan? mknanye sama padan, sama lawa la kan?

Cmane pulak kalau pasangan tu jenis type yg sama. mksudnya dari segi sikap, minat, pekerjaan.. sume sama atau lebih kurang sama. ape yg laki tu suka, pompuan tu pun suka. klu bab makan pun sama peberet. agak-agak pasangan cmni lebih hepi x?

Pada aku, aku lebih suka kalau pasangan aku ade sikap atau sifat-sifat yg xde pd aku. Contohnya bila aku xbyk ckp, cool je.. aku hrp pasangan aku lebih kepoh, lebih aktif. klu dua-dua slow.. kau bygkan la cmane keadaannya. mesti bosan kan? dan aku ni jenis yg susah nak rapat dgn org, yg xreti nak melayan budak-budak. so aku mengharapkan seorg yg boleh bantu aku mengkaver kelemahan-kelemahan yg mcm ni. begitu jgk aku mengharapkan seseorg yg pndai masak dan rajin. sbb sifat-sifat tu xde pd aku. hahaha!

Masalahnya bila pasangan kau lebih baik, lebih cun.. maka lebih byk dugaan yg kau kena hadapi. lebih-lebih lg klu kau sendiri selekeh, buruk laku. kau boleh percaya pd pasangn kau. tp kau xboleh percaya pd org luar yg mungkin berminat pdnya. jika xde yg dtg mengorat, xde ape la. tp klu dah tersangkut dgn org lain, bersiap-sedia sajalah kau. kau xkan boleh paksa dia utk stay dgn kau melainkan dia sendiri yg sgup melupakan perasaannya pd org tu utk trs bersama kau.





Amacam? ade gaya sorg dokter cinta x? keh keh keh..

Cari Jodoh

Apa yg kau pikir tu saitoonnn??! hehe.. (mcm pnh guna ayat ni)


Cari Jodoh tu nama tajuk salah satu lagu Wali Band. pestaim dgr pun dah terasa nak buat ringtone fon.



Aku tgh lyn perasaan ni. smbil main mcm-mcm lagu seangkatan dgn lagu cari jodoh tu. smbil main es-em-es dgn skandal baru.. sambil update blog.. sambil berangan-rangan.. tgk kat luar umh jiran-jiran sume dah gelap. oh mlm ni mlm Jumaat. patut lahh ~

Backup

Sape tau backup tu ape. ok lah korg xyah pikir la. biar aku je bgtau. backup atau ejaan melayu spastiknye bekap bermaksud cadangan. boleh jgk dikata sbg persediaan awal. setuju? klu xsetuju sila bergaduh dgn aku di ruangan komen nt.

Selama ni aku selalu guna perkataan ni bila nak format pc je. ape kata kali ni aku pakai utk kehidupan seharian dan utk masa dpn aku plak. ape kata kita buat bekap utk setiap perkara dlm idup kite. contohnya mcm ni :

Kerjaya
Kau bekerja tetap di sesebuah syarikat, dan dlm masa yg sama kau buat kerja sampingan yg hasilnya tidak kurang atau setidak-tidaknya sama dgn gaji kerja tetap itu. maknanya bila ada sesuatu yg xdiingini berlaku pada salah satu pekerjaan tersebut, kau masih ade kerja spare. betul?

Itu contoh....


Dan ini betul-betul.

Jodoh
Kau menjalin hubungan dgn seorg lelaki (kalau kau perempuan lahh) dan dlm masa yg sama kau menjalin hubungan dgn seorg lelaki lain. Kau menjalin hubungan dgn seorg perempuan (kalau kau lelaki lahh) dan dlm masa yg sama kau menjalin hubungan dgn seorg perempuan lain. Kalau ape-ape yg xdiingini berlaku, kau masih ada spare! kan? kan? dan ape yg perlu dibuat, cuma kekalkan "spare" tersebut. bila break je dgn salah sorg, cpt-cpt gantikan dgn yg lain. kira mcm backup la tu kan? nt bila btl-btl dah bersedia utk berkahwin, pilih je salah satu. sng kan? klu kau lelaki, kau nak kawen dua-dua pun xde salahnya. syok ape. haha. n risiko kau kecewa akibat ditinggalkan juga xkan berlaku. klu ditinggalkan pun, ade satu lg. xdela ralat sgt kan? perasaan org yg bakal kau tinggalkan xpenting. yg penting perasaan kau je. hati mau keras beb! hahaha.




Entri ni dibuat khas setelah aku gagal dlm misi melupakan sejarah silam ari ni. tetibe dia dtg mengganggu time bwk kete, time tgk drama tv3, time smayang, time mandi... arrggghh tahik! (shit!)

Surat Ugutan

Hari ni.. petang tadi. aku dapat satu surat yang sampai dlm peti surat umah aku. boleh pulak dia smpai ke rumah sewa aku. sebelum-sebelum ni terus ke umah mak bapak aku kat kg tu je. elok jgk la. xdela mak aku bebel-bebel.


Nampak mcm betul-betul serius ni.. haha..

Ok2 nt klem masuk saya bayar ye encik mpaj. kalau boleh kasi kurang la sikit. saya ni gaji ciput je. makan pun berkira-kira 12 ringgit je sehari. kadang-kadang saya mkn megi je encik. road tax kete nak mati dah tu. nak kena pakai duit jgk. tolong la encik ye. besok-besok mane tau kalau encik dlm kesusahan ke.. saya tolong la encik pulak. cmane encik? leh x ni? leh la ye.. leh la.. leh la... pleaseee!!!





Mcm cilake lak aku rs entri aku kali ni. argghhh!!!

Invisible

Terasa mcm ade kuasa super sapien lak. view blog sendiri tanpa dikesan. pehh!! korg leh buat x? hehe..

Pelupa

Hari ni aku nak cite psl masalah pelupa ni. masalah ni aku alami sendiri. tapi xsume perkara aku lupe. hal-hal remeh je slalunya. contohnya bila baru kuar umh, jln 6 langkah. tp dok terpikir-pikir.. aku dah kunci pintu ke belum? dah tutup kipas ke belum?

Bgn tido kul 8.30 pagi, dok terpikir-pikir.. aku bangun subuh x pg td?

Tgh smayang zohor.. alamakk dah rakaat ke brape ni?

Memarking kete di kawasan parking bwh tanah.. eh awk, saya dah kunci kete ke belum ek tadi? kete parking kat mane ek?

Hal yg remeh-temeh je. tp disebabkan pelupe jenis ni la aku terpaksa patah balik check pintu dah kunci ke belum, kipas dah tutup ke belum, kete dah lock ke belum.. selalu jgk kuar umh nak bwk moto pegi kedai. tp sampai kat moto cari-cari kunci xde. cilakak lupe nak capai atas lemari masa kuar bilik td. nak xnak terpaksa la memanjat tangga ke tingkat 2, bukak solex, bukak grill, bukak pintu.. masuk bilik ambik kunci moto, kunci pintu, kunci grill, solex... dah buang masa, buang tenaga lg!

Aduuuuuhaii sabo je la..

Sampai sekarang mende2 ni masih selalu terjadi.. cmane nak buat ek?

Jam Baru

Ada sorang mamat tu menunjukkan dia ada jam tulisan arab pada aku. tp aku baru 2 ari dpt jam baru hadiah dr seseorg. nasib la kan. so same-same eksen jam baru pada ari tu. hahahha.

reti baca x? menunjukkan hampir pukul 12.10 mlm

Ni la dia jam tersebut. sebenarnya aku bukan la jenis manusia yg biasa pakai jam. disebabkan pergelangan tgn aku yg sgt ramping. aku kurang keyakinan mengenakan sebarang jam di tgn. rs mcm makin menampakkan kerampingan tersebut. hahaha. jam ni agak mhl dan design dia mmg pelik skit. actually ni jam dia. tp dia bg aku sbg tanda..well u know..(malu nak ckp. kah kah). n aku tau jam ni sgt bererti bg dia. dan alas kaler ijau tu pun ade sejarahnya. hehe. disebabkan jam ni lawa, siap dgn nilai sentimentalnya, maka aku pun pakai la jam ni ke mana-mana.

Berbunge-bunge

Ape yg kau pikir tu saitoonnn??! hehe..

Ni ha sibuk layan YouTube. layan spontan..gelak khas..abis sume episod aku layan. haha. aku xtau apesal tiap show yg ade mamat-mamat sepah ni, mesti aku nak tgk. mlm-mlm dorg kat radio era..layan jgk. dgr dlm kete sorg2 pun boleh gelak sakan mcm org gila. cilakak btul dorg ni.
lawak sengal mcm harem!


Ok dah terlanjur psl tajuk entri tu, aku ngaku la. aku mmg tgh bunge-bunge dgn buahati baru. haha jgn jeles k. ape kau ingat aku xlaku ke? keh keh keh. so aku berazam utk tidak mengulangi segala kesilapan spt dlm hubungan sebelum ni. akan perbaiki segala kekurangan yg ada. amacam? ok x azam aku? hehehe..




p/s: harap-harap dpt mengubati luka di hati..ya Tuhan. Kau lindungilah kami. aminn.

Ini kisah benar

Sepasang kekasih saling berjanji

"u jgn kecewakan i.. klu i xdpt u, i akan pastikan sape-sape pun xkan dapat u ok!" kata si bf.

"u jgn la risau. i syg u sorg je tau" gf tenang meyakinkan si bf.


* * * * * * * * * * * ******* ************

Dah mcm cite hindustan lak aku rasa. dialog berunsur ugutan yg boleh buat pasangan kau hilang rasa hormat pada kau. jaga-jaga ok! gudluck!

Avatar

Sape dah tgk cite Avatar? aku baru je tgk semlm. kesian aku kan. tgk dvd je. kat umah ade set dvd player dgn subwoofer 5 speaker plus lcd tv 32". gunakan la sebaik-baiknye. ye x? :-D

Sebenarnya aku bukan jenis yg minat tgk cite-cite berunsur fantasi ni. n xtau pun cite Avatar ni cmni cmtu. tp sbb dah selalu sgt dgr cite-cite, review psl cite ni.. kononnya best kan. try la tgk. lgpun mmg aku tgh bosan semlm. xde keje. asik melayan perasaan je.. xleh jd ni aku pikir.

Dekat 3 jam bersengkang mata menunggu cite tu abis. bleh thn la cite dia. klu tgk kat panggung ni aku rs efek dia lg best kot. translation pun ade. ni lyn dvd phm-phm sendiri je ape dia ckp. ade subtitle pun xboleh hrp. makin pening aku. pstu pulak ade dialog dlm bahase ape tah. lgsung xphm dah. cilakak. sape punye keje la buat skrip cmtu.


Papepun set DVD Home Theater kidik mmg best wohh!! mabeless..fuh!

Hari baru

Hari ni, mlm ni. rs hepi semcm lak. byk sbb yg bt aku hepi hari ni. setat dr ptg td ber-es-em-es dgn skandal baru. memberi sedikit sinar utk masa dpn aku. diikuti sesi beramas mesra dgn rakan-rakan di Steven's Corner pandan indah baru jap td. membuka satu peluang baru utk mengubah cara hidup kpd yg lebih selesa. seterusnya berbual telefon dgn skandal lame. menaikkan semula semangat dan harapan dlm meneruskan kehidupan selepas ini.

Mungkin ini hikmah utk setiap ape yg berlaku sebelum ni. atas setiap kekecewaan yg menimpa. kerana tidak mudah patah semangat, tidak mudah menyalahkan takdir, kerana berfikiran positif, doa yg xpnh putus.. aku pikir ini la jln terbaik yg telah Dia atur utkku. Terima kasih Tuhan.

Terima kasih juga buat kwn-kwn yg mengambil tahu, mengambil berat, menasihat, memberi sokongan.. membantu dlm perubahan ini. aku tahu ade yg mengikuti perkembangan idup aku (ade ke?? haha).. mgkin ade jgk yg meluat. pedulik ape aku. aku sekadar meluah perasaan. mencari ketenangan tanpa mau menyusahkan sesiapa. mahu meraih sokongan mungkin. xlebih drp itu.


Dan hari ini aku anggap semuanya selesai.. setelah sekian lame. haha. cume urusan pejabat, urusan kerja je xselesai-selesai lg. adehh. appraisal nak dekat. cmane la nk jwb. ulang jawapan taun lps jela~

Tabiat

Kenape ada sesetengah tabiat buruk tidak dapat diubah atau ditinggalkan serta-merta? bengang betul aku. nak insaf pun susah.. huh!

Susahnya Mengucapkan Selamat Tinggal

Walaupun tahu akan berjumpa lagi, namun tetap susah nak meninggalkan seseorang jauh di sana. hati ni rs mcm nak nangis sepuasnya. bersalam-salaman berpeluk-pelukan bercium-ciuman sebelum pemergian dah jd kemestian. jika jiwa kau xkuat, ati kau xkeras, kau pasti kalah dgn keadaan ni.

Selalunya aku akan rs cmni bila nk blk belajar/bekerja semula setelah pulang ke kg. walaupun hubungan sesama ahli keluarga kadangkala xberapa baik. ade turun naik. tp bersama dorg la aku dpt ketenangan yg abadi. dpt lupakan segala masalah di luar. bila meninggalkan dorg, ini bermakna aku perlu hadapi semula masalah-masalah aku di luar. fikiran akan jd serabut secara otomatik.

Selain keluarga, aku juga sgt susah utk mengucapkan selamat tinggal pd org yg disayangi. walaupun tahu akan berjumpa lg, tp ati tetap nak tacing-tacing. rilek la weh! xkan nak kepit je 24 jam?! tp tu dulu.

Hari ni aku mengucapkan selamat tinggal pd seseorg. bukan ucapan selamat tinggal yg biasa. tp ucapan selamat tinggal utk selama2nya. kau penah buat ni? best x? sgt xbest bukan? ucapan selamat tinggal yg bakal memisahkan segalanya. aku xtau ape kesannya pd aku, pd dia. tp ini la jln terbaik yg difikirkan. diselitkan kata-kata akhir, nasihat-nasihat dan luahan terakhir..harap sumenye berjalan lancar.

Pernah juga mengucapkan selamat tinggal pd yg sudah tiada. ini lagi menyedihkan. di kala hati belum sedia utk kehilangannya. dia pergi tanpa diduga. pemergian yg xdpt dielak. nak xnak kau juga pasti akan laluinya satu hari nt.

Dgn pengalaman-pengalaman ini, aku hrp jiwa aku hati aku akan lebih kuat selepas ini. moga pemikiran aku juga semakin matang utk menerima takdir yg telah diatur untukku.



p/s: cis! entri hari ni pun mcm harem dia pnye syahdu. cilakak. bile nak abis tah.

Petunjuk

Dulu time skolah, aku minat btl subjek lukisan. boleh kata tiap kali ade ujian, aku boleh dpt markah yg tinggi. lukisan kejuruteraan la bai. bukan lukisan rumah-rumah burung-burung bukit-bukit sawah-sawah padi-padi tu. dan bila ade latihan, aku antara yg paling awal menyiapkannya.

Ada satu ketika. aku buntu utk selesaikan satu lukisan. puas pikir dalam kelas. tanya sana sini. bwk blk asrama pulak. xterpikir jgk caranya. sehingga terbawak-bawak dalam solat isya' mlm tu. dok asrama maklum jela kena smayg berjemaah kat surau. ntah masuk rakaat ke berapa xtau..tetibe terbayang cara selesaikan lukisan td. tersenyum sendirian. rs xsbr nak abiskan smyg, nk setelkan lukisan td. boleh la aku tunjukkan ketereran aku pd kwn-kwn.

Akhirnya lukisan tersebut berjaya aku selesaikan. rs mcm satu kepuasan pulak dpt selesaikan lukisan tu tanpa bergantung pd org lain. tp kenapa idea itu dtg ketika solat? bila terlalu memikirkan ttg sesuatu perkara dlm solat, aku dpt jln keluar.

Dan hari ni aku buntu lg. buntu memikirkan ape tindakan yg harus diambil utk pulihkan keadaan. perjalanan hidup yg tidak spt diharapkan btl-btl membuat jiwa jd kacau. membuat rs spt putus asa utk teruskan hidup. biar menyesal mcmane pun, semuanya dah pun berlaku. ape yg boleh dibuat hnya mengeluh, mengeluh dan trs mengeluh sendiri.

Bila ditimpa masalah, ditimpa perkara-perkara yg menyusahkan hati..selalunya time ni la baru nak ingt Tuhan. baru nak ingat tikar sembahyang. sebelum ni bila kau sng hati, xpnh pun kau bersyukur. kau leka dgn nikmat dunia. sekarang baru pdn dgn muka kau. nasib lah Tuhan tu bukan spt kau. bila kau kembali pada Dia. bila kau bersungguh-sungguh mahu berubah. bersungguh-sungguh mohon pada-Nya. Dia pasti akan tunjukkan jalan.




Dan hari ini. waktu ini. aku rskan aku sdg di "jalan" itu. aku bersyukur. harap kesudahan yg baik utk semua ini....

Teman tp mesra

Dulu. aku pernah punye teman yg sering berkongsi kisah suka dan dukanya bersama aku. tiap kali dia hepi, aku akn jd tempat dia bercerita. dan tiap kali dia bersedih, aku juga sering dijadikan tempatnya mengadu. dan mgkin disebabkan kemesraan itu, dia akan kembali hepi selepas menghubungi aku.

***** **** ***** ** ******* ***

** ********************** ***********

****** ********* ***

Kini. teman itu kembali. aku sedia menerimanya semula bila mengenangkan kemesraan yg wujud sejak lama dulu. aku masih teman yg kau knl dulu. yg boleh kau harapkan utk kembalikan keceriaan dlm hidupmu. aku sudi jd pendengar, pengkritik, pendokong utk kebahagiaanmu. andai kau hepi, aku masih bisa temani kau bergelak ketawa. andai kau bersedih, aku juga bisa menangis bersamamu. biar apa pernah terjadi antara kita.. kau tetap temanku sampai bila-bila~

Bila diri dikhianati

Ni tajuk entri aku yg seterusnya. ala tak ckp pun kau tau kan.

Aku emo kebelakangan ni. so entri-entri dlm blog ni pun akan bebaur poyo-poyo gitu. haha. rs mcm blog awek-awek pun ade. g mampos ah.

Berbalik pada tajuk di atas. setelah mengalami sendiri perkara ni, aku rs sgt teruk. emosi jd xtentu arah. fikiran jd kusut. rs nak mrh, rs nak nangis, rs tertekan gila babi. ape lg tindakan yg boleh dibuat selain trs merayu, meminta pnjelasan dan mohon diberi peluang sekali lg...

Tapi ape yg aku dpt? nothing..

Sebaliknya aku rs diri begitu terhina. mcm org bodoh. org dah xnk bt ape nk pksa-pksa kan. so biar la ia pergi dgn tenang. terima je keadaan. malah dgn tindakan tu jgk mgkin akan buat dia rs lebih berkuasa. rs diri begitu spesel. tak adil bukan? idup kau tersiksa tp dia boleh bersenang-lenang dgn idup barunya tanpa kau. tanamkan dlm ati. kau pun boleh hidup tanpa dia. yakin la ade seseorg lain yg sdg menunggu kau.

So aku hrp kali ni last lah. aku xnk cite hal ni lg. bosan dah. hala tuju blog aku mcm dah terpesong jauh je. ape brg jantan ni cite psl awek dlm blog lak kan. muka je ganaz. tp hati jambu. hahaha. brani sound la aku cmtu. aku sepak muka kau 17 kali nt.



Dah. tu je utk ari ni. selamat kembali ke skolah. selamat kembali bekerja.

Sape Lebih Baik

Tak dapat lelapkan mata pulak malam ni. besok nak jln jauh. adoiyaii. bosan! ape kata aku tulis sebijik entri. hehe

Entri aku ari ni bertajuk "Sape Lebih Baik". kau atau aku. aku atau dia. dia atau kau. perkara ni sering kite dgr. org membandingkan sesama sendiri. ahmad lebih bodoh drp suib. kamal lebih terer drp anuar zain. zaidi lebih baik drp zaitun. tapi boleh ke fakta di atas diterima? kompem ke kamal lebih terer drp anuar zain? kompem ke zaidi lebih baik drp zaitun? ape hak kita nk tntukan cmtu ye. apakah dalil atau pendapat yg menyokong fakta tersebut. sbg contoh, ahmad mmg lebih bodoh drp suib..tp dlm matematik je. pelajaran lain suib lg bengap. ini bermakna kenyataan "ahmad lebih bodoh drp suib" mmg xleh diterima. masih boleh dibidas bukan?

Aku percaya manusia dicipta dgn kelebihan dan kekurangan tersendiri. dan kelebihan kekurangan ini berbeza-beza setiap org. sbg contoh, zaid mmg ensem. tp dia xpandai sepak bola. amri pulak buruk huduh. tp dia reti sepak bola. lg contoh, azli kaki botol, kuat judi dan sbgnya. tp keluarga xpnh dia abaikan. dafi pulak semayg xtinggal, xisap rokok, xmain judi. tp pns baran, slalu pukul istri, suka maki org xtentu psl. so sape lebih baik? zaid atau amri? azli atau dafi?

Kau mungkin lebih baik dlm sesuatu perkara. tp dlm hal yg lain, lom tentu kau juga lebih baik. so xpayah la kau bermegah-megah dgn rupa ensem atau ilmu tinggi di dada sedangkan perangai kau mcm setan. org cacat takde pelajaran tu pun lebih baik drp kau klu dia reti hormat org tua dan berakhlak mulia.

Maka sedarlah. kita xboleh menilai manusia berdasarkan satu aspek shj. aku sendiri pun xsuka dinilai spt itu. bg aku tiap manusia ni sama. yg membezakan cuma sikap, hati dan cara hidup manusia itu sendiri. andai manusia itu sedia berubah, sggup terima nasihat, merendah diri.. pstinya dia akan jd manusia yg lbh baik. Insyaallah.


Sekian.

Pengajaran

Di sebalik perkara-perkara yg terjadi kebelakangan ni, byk pengajaran yg aku dpt. byk juga perubahan yg berlaku dlm idup aku. aku dah mula belajar menghargai setiap apa yg aku ade dgn sebaiknya. aku xsgup utk kehilangan ape-ape lg. mmg ade org ckp "patah tumbuh, hilang berganti". tp aku xpikir yg tumbuh itu akan sama dgn yg patah dulu. dan yg berganti itu pastinya xkan sama dgn yg hilang. mmg xkan sama. kau buat la mcmane pun. aku dah rasa efeknya. sgt susah. terpaksa bermula semula. bygkan kau dah level 20..tetibe kena ulang semula level 1. x ke brengsekk namanya tu?! dan kena menunggu lagi...nasib nasib....huhuhuuu


Nak kata aku hepi skrg..x jgk. tp yg pstinya idup aku lebih tenang. mgkin sbb perubahan gaya idup kot. ape yg berubah?? tgk same je. ntah. mcm merepek je. tp btl. aku mmg dah berubah SEDIKIT. sebab tu kau xperasan. ah mmg kau xpnh ambik tau psl aku pun. mane nak perasan.

********* *** ** **************************** *************


*********************



takde idea plak

Selamat Tahun Baru 2010


ermm dah abis 3 cite main kat tibitiga. entri aku xpublish2 gak lg. tensen siot. asal blk kg je xde idea nk menulis. side efek lauk mak aku masak ni aku agak. cilakak!