Walaupun tahu akan berjumpa lagi, namun tetap susah nak meninggalkan seseorang jauh di sana. hati ni rs mcm nak nangis sepuasnya. bersalam-salaman berpeluk-pelukan bercium-ciuman sebelum pemergian dah jd kemestian. jika jiwa kau xkuat, ati kau xkeras, kau pasti kalah dgn keadaan ni.
Selalunya aku akan rs cmni bila nk blk belajar/bekerja semula setelah pulang ke kg. walaupun hubungan sesama ahli keluarga kadangkala xberapa baik. ade turun naik. tp bersama dorg la aku dpt ketenangan yg abadi. dpt lupakan segala masalah di luar. bila meninggalkan dorg, ini bermakna aku perlu hadapi semula masalah-masalah aku di luar. fikiran akan jd serabut secara otomatik.
Selain keluarga, aku juga sgt susah utk mengucapkan selamat tinggal pd org yg disayangi. walaupun tahu akan berjumpa lg, tp ati tetap nak tacing-tacing. rilek la weh! xkan nak kepit je 24 jam?! tp tu dulu.
Hari ni aku mengucapkan selamat tinggal pd seseorg. bukan ucapan selamat tinggal yg biasa. tp ucapan selamat tinggal utk selama2nya. kau penah buat ni? best x? sgt xbest bukan? ucapan selamat tinggal yg bakal memisahkan segalanya. aku xtau ape kesannya pd aku, pd dia. tp ini la jln terbaik yg difikirkan. diselitkan kata-kata akhir, nasihat-nasihat dan luahan terakhir..harap sumenye berjalan lancar.
Pernah juga mengucapkan selamat tinggal pd yg sudah tiada. ini lagi menyedihkan. di kala hati belum sedia utk kehilangannya. dia pergi tanpa diduga. pemergian yg xdpt dielak. nak xnak kau juga pasti akan laluinya satu hari nt.
Dgn pengalaman-pengalaman ini, aku hrp jiwa aku hati aku akan lebih kuat selepas ini. moga pemikiran aku juga semakin matang utk menerima takdir yg telah diatur untukku.
p/s: cis! entri hari ni pun mcm harem dia pnye syahdu. cilakak. bile nak abis tah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 komen:
hahaha... jiwa kacau mmg camtu... tunggu masa to move on jer... sudah² la tu, moh ikot aku gi surau solat isya'
ikot aku meronggeng weekend ni ke... ari ahad... kita wat la plan ape²... dpd ko lepak je bertambah syahdu lagi jer.. keskeskes
oi oi.. ni nak ajak buat baik ke buat jht ni?? hahaha
ok2 pape roger
mandi sungai macamm bess~~~ tralalalalaaa~~~
fati- orait gak tu. jommm!!!
nak joint gak..aku dh x dating dah.. insaf..kuikui
anonymous- bleh2. ajak kwn-kwn yg single skali. haha
Post a Comment