Roadtax Renew


Alhamdulillah. Hari ni aku berjaya mengrenew roadtax kete aku tanpa masalah. Klu 2 tahun lps aku punye roadtax sangkut psl tertunggak bayar bulan-bulan tuh. Yg tahun lps lak aku kena roadtax skali pakej 6 saman trafik. Tapi tahun ni alhamdulillah. Clear. Tak sangkut ape-ape. Haha.

Mula-mula risau jgk. Pegi-pegi kang dia ckp xbleh renew. Aku xrisau psl saman trafik psl aku tau mmg dah clear sejak kena byr yg tahun lps tu. Serik dah. Tp psl saman parking yg xterkira byknye ni. Majlis daerah, majlis bandaran, JPJ.. sume ade. Hado laahh. Dibuatnye sangkut, mampos.

Tp syukur lah. Baru senang skit ati aku.

Hukum mengaibkan org




Takde ape-ape. Sekadar berkongsi video lama. Sambil muhasabah diri.

Pernahkah aku malukan sape-sape dlm dunia ni. Samada disedari mahupun tidak.

Pernahkah aku membuka pekung org lain, meletakkan org itu dlm situasi dimalukan di hadapan org.

Pernahkah aku membuat cerita, menyebarkan fitnah ttg org lain. Yg boleh menjatuhkan maruahnya sbg seorg manusia.

Pernah rasanya. Byk kali kot. Masyaallah. Besar dosanya.

Daripada memanjangkan cerita kelemahan, keburukan diri sendiri mahupun org lain, ade baiknya diam dan memikirkan ape yg perlu utk perbaiki kelemahan diri dan saling mengingati antara sesama manusia.

Malas basuh

Selalu dgr org ckp

"Asik ujan je skrg. Aku baru basuh moto ptg semlm. Hari ni dah kotor blk."

"Alah biar la kete kotor. Malas nak basuh lah psl minggu dpn nk g keje lg. Mesti kotor blk."

"Aku baru 2 ari lps cuci. Hari ni kau tgk lah. Mcm gampang kotor."

"Kau cuci kete pun besok mesti kotor blk. Gerenti punyee."




Bila dgr org ckp cmni aku diam jelah. Paling tinggi respon pun aku senyum je.

Ape salahnye klu hari2 basuh pun. Jaga kebersihan. Berak. Kan kotor. Kenapa kau boleh basuh berak walaupun besok2 atau jap lg kau nak berak lg. Kenapa. Kenapa xckp "ah mls la basuh berak. nanti nak berak lg. kotor lg."


Sebenarnye mmg kau pemalas. Tak payah la nak bg alasan. Tak payah la nak rosakkan mood aku yg tgh rajin nak cuci kete ni.

Busuk punye org!

Comel




1 Januari 2012
Alamanda Putrajaya


Ngedate sambil meraikan genap 2 tahun perhubungan. Alhamdulillah. Tiada hadiah. Tiada aktiviti istimewa. Sekadar pertemuan biasa, aktiviti biasa dan perbualan biasa. Rilek-rilek dohh. Haha.

Reporter Scream

Tadi usha-usha satu forum ni. Dorg ade share gambar, video dan mcm-mcm lg lah. Dan dlm byk-byk tu aku rasa paling best video ni. Berkali-kali aku repeat tgk. Rasa mcm baru lg. Tp ntah la. Baru sat td aku tertengok. Haha.



Muka comey doh tapi...

Entri pertama

Assalamualaikum

Dah masuk hari ke-3 hari ni di tahun 2012. Rasanye baru je sambut birthday ke-27 hari tu. Tp skrg dah kena sebut 28 pulak.

Minggu lps aku bercuti seminggu. Balik kg. Nikmat yg susah nk dicerita. Dpt tgk muka mak ayah dgn adik-adik hari-hari. Hilang kejap stress. Lg pulak kat kg aku line meksis mcm pun##k. Mintak maap la ye pd encik-encik yg cube kontek aku tu. Bukan salah aku. Pegi salahkan meksis. Aman damai idup aku seminggu xde org kacau. Haha.



Dah lame xpost psl kete buruk aku ni. Kondisi dan prestasi pd masa ni agak memuaskan. Belum ada masalah besar yg boleh menjejaskan bajet 2012 aku. Aku dah plan beberapa perkara besar utk tahun ni. Hrp-hrp berjalan dgn lancar lah. Rasa mcm dah kesempitan masa pulak bila umo dah nk masuk 30 ni.

Nak ckp psl tahun 2011. Alhamdulillah byk benda baru yg aku blaja. Byk jgk yg aku capai. Dari segi kemahiran keje, keyakinan diri, hubgn aku dgn keluarga, bakal keluarga, dan kwn-kwn. Walaupun rezki yg aku dpt pada tahun ni agak berkurang dr tahun sebelum2nya. Tp harap-harap bonus nt dpt la lbh skit. Haha.

Tu jela kot buat masa ni. Nanti apdet lg lah. Harapan aku utk tahun 2012 ni, moga rezki aku di sini semakin murah. Moga dimurahkan rezki jgk utk mak ayah aku, utk bos, utk kompeni tempat aku cari mkn ni skali. Moga diberi kesihatan yg lbh baik. Moga aku dpt luangkn lbh byk masa bersama keluarga aku. Moga segala yg dirancang berjalan lancar. Moga negara ni makin aman dan sentiasa aman lah!!


Selamat datang 2012.