Lega

Milah dah sihat sikit. Dah boleh jalan. Lega~
Terima kasih pada pihak-pihak yg terlibat dlm pembaikpulihan Milah.
Yg pasti duit terbang lagi. Adess..


16 July 2010

Dapat notebook baru. Yeay!! =p

Sikit lagi nak kantoi

Dlm kegawatan ekonomi yg melanda diri di saat ini. Nak kuar 50sen utk parking pun berkira-kira. Apatah lagi nak menderma pada budak-budak mintak duit bwk muqaddam tu. Yela nak bg 20sen, xmau nye dia. Kurang-kurang singgit. Begitu jg dlm berbelanja. Tak boleh dah nak berpoya-poya spt dulu. Sumber kewangan tidak menggalakkan. Manakala tanggungan semakin bertambah. Kos sara diri juga semakin tinggi. Tambah pulak minyak dah naik 5sen ni.

Kos-kos sampingan spt servis kenderaan, tiket train, bayaran tol sume pun perlu diambil kira. Simpanan utk hal-hal kecemasan juga mesti ada. Oleh sebab itu sebolehnya kos-kos yg boleh ditangguh atau boleh di-skip akan sedaya upaya dilewatkan bg memberi ruang menyelesaikan kos-kos utama. Ni termasuklah bayaran ansuran kete, bayaran ansuran moto, bil-bil, saman-saman dan hutang-hutang sesama manusia. Sehingga lah smpai surat berunsur ugutan, baru la setelkan. Tu pun sekadar menyedapkan hati pihak-pihak yg terlibat. Tak dpt setel abis pun, sikit-sikit pun jd lahh..!!


Mlm td. Bersiar-siar dgn moto kesayangan. Ke hulu ke hilir. Kete ade tp ade masalah pulak. Terpaksa perap dulu kat umah buat masa ni. Sape suruh buat hal. Kau duduk la kat umah tu sorg-sorg. huh! Nak dijadikan cerita tgh menikmati angin malam dgn kelajuan sekitar 30-40km/j..ade la 1 sekatan jalan raya. Takde pun kon-kon ke, kete polis ke kat tepi jln tu. Tp ade 3 org polis berpakaian seragam cuba tahan aku. Mula-mula aku buat xperasan. Malam..gelap lak tu. Disuluh-suluh aku jln jgk. Aku tgk side miror nmpk dorg dah semcm pndg mcm xpuas ati je. Aku pun benti. Dlm hati alamakk abis lahh aku. Polis tu dtg. Aku agak umo dia area 35-45 thn kot. Tua dah.

"tak nampak ke saya suruh benti td?"

"tak perasan cik"

"brek xmkn ke?"

"tak cik. tak perasan"

"nak ke mana?"

"blk umah"

"tgl ktne bla bla bla.."

"bla bla blah la bla bla.."

"mintak ic dgn lesen"

.... ................... .....

Polis tu pun tgk-tgk, baca..pstu dia pass kat sorg lg polis. Utk rekod katanya. Tak nak dia soal siasat aku lbh-lbh, aku pun bukak mulut.

"ade pe cik? sy selalu lalu sini, xde pun polis buat spotcheck.."

"oh xde ape. rutin biasa. skrg byk kes moto curik, ragut bla bla bla..."

Aku pun angguk-angguk geleng-geleng. Yg polis 2 org lg tu muda skit. Tp muka skema abis. Suci je muka. Pun angguk-angguk geleng-geleng. Pstu dah abis rekod, dorg bg blk ic ngn lesen aku.

"check blk. betul x ic ngn lesen awk"

"ok cik. betul"

"trime kasih. ati-ati bwk moto. jaga-jaga skrg byk kes samun. kes curi kenderaan. brg-brg berharga letak dlm poket. jgn dlm bakul. letak poket depan" pnjang pulak nasihat dia. lg skali aku angguk-angguk geleng-geleng.

"ok cik. takde masalah. sy phm. maaf la td xperasan. sy blk dulu ye cik. selamat bertugas.."

Aku pun salam ketiga-tiga polis tu. Start moto, blah.



Dlm hati aku Ya Allah..nasib baik dia xmintak road tax td! Sebulan lebih dah beb. Gua xrenew road tax. Bwk moto mcm org gila. Ke hulu ke hilir. Kebas-kebas bontot. Sikit lagi nak kantoii...fuhh~

Pembalasan

Suatu ketika dulu.

Di sekolah, aku tergolong dlm kategori pelajar harapan. Sebabnya tiap kali peperiksaan, markah aku akan dibandingkan dgn budak-budak pandai yg lain. Klu x paling tinggi pun, mesti dpt top 5. Lg satu, sebab mak aku seorg cikgu yg dihormati di sekolah itu jgk. Dah nama anak cikgu..selalunya mmg bijak la kann. Klu xbijak pun, kira masih boleh thn la. Ok ni cite zaman sekolah rendah. Mmg mak aku ngaja di sekolah sama. Aku juga terpksa jd anak murid mak aku......di sekolah juga di rumah.


Masuk sekolah menengah. Aku mula mengenali kehidupan asrama. Mula terpengaruh dgn budaya yg tidak sihat. Ponteng kelas, lambat ke kelas, melawan cikgu, buli junior, kacau awek kelas sebelah, skodeng awek dewan makan...Time peperiksaan aku tidak lagi tergolong dlm pelajar elit. Pelajar kacak mungkin. Pelajar nakal, pelajar suka buat hal, itu aku. Kdg-kdg selalu jgk aku tercampak ke kelas-kelas pemulihan. Bukan pemulihan akhlak. Tapi pemulihan subjek-subjek tertentu. Akhlak aku belum sampai tahap mak bapak xnak ngaku anak ok! ataupun kecik-kecik xnak mampos, dah beso menyusahkan org! BELUM lg!!


Time peperiksaan. Selalu mlm sebelumnya aku akan buat nota kecik atau budak-budak milenium sebut "toyol". Selalunya toyol aku bersifat kemas, ringkas dan seronok dibaca. Sebolehnya aku akan selitkan ape saja yg boleh dlm sehelai kertas A4 yg dilipat-lipat, ditulis di dpn dan belakang. Juga menggunakan beberapa jenis dakwat pen utk menaikkan semangat membaca. Klu subjek matematik, bukan saja formula..tp siap dgn contoh-contoh pengiraan sekali! Kononnya dgn menulis, menyalin tu boleh berlatih mengingat. Padahal 1 pun xlekat. Akibatnye dgn toyol-toyol tu aku bwk masuk dewan periksa. Klu xdpt peluang dlm dewan, aku akan curik-curik tgk masa keluar ke tandas. Kalau nampak aku kuar ke tandas 3-4 kali tu paham-paham sajalah.

Ok cukup cite psl dulu.



Hari ini.

Walaupun aku tidak mengajar. Tapi aku terlibat dgn sesi pembelajaran..kursus sebenarnya. Aku xnak pun tp last-last aku pikir kerja ni boleh thn jgk dia punye heaven. Ade baik ade buruknye jgk la. Tapi bukan psl keje yg aku xpuas hati. Budak-budak yg masuk kelas aku ni. Dah la masuk kelas lambat. Pastu nak balik awal pulak. Cikgu ajar kat dpn, kau boleh gelak-gelak kat blkg. Kejap-kejap nak take 5. Mentang-mentang klas pree. Aku pun xpayah byr. Makan pree jgk. Tapi bleh je dtg awl. Cikgu ngaja kat dpn berbuih-buih mulut dok ulang benda yg sama sampai kering tekak abis suara. Supaya kau phm. Supaya bila disuruh buat kau boleh buat. Supaya ujian lps kelas nanti kau boleh jawab. Tp tgk lah. Menyakitkan ati je. Setakat dtg kelas utk isi kedatangan dgn nk lulus periksa. Skema jawapan dah bawak siap2 dlm henpon. Mcm cibai.

Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain)

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan a ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfaat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……

RENUNG-RENUNGKANN DAN SELAMAT BERAMAL!

Sumber : Facebook ;-)

Persoalan Merapu

1. Futsal - Ape lebih penting sbnrnya. Jumlah gol yg dihasilkan atau kerjasama berpasukan? Bukannya tournament yg kau nak bermain bermati2matian, asik nak rembat ke gol je pantang sampai bola ke kaki. Klu setakat nak tunjuk skill gelecek dr bwh sampai dlm gol, baik la kau team sorg2! Pada aku kerjasama dan passing yg kemas tu lebih bermakna walaupun penyudahnya ntah ke mana-mana. Main untuk melepaskan tension, merapatkan hubungan di samping menjaga kesihatan. Apa guna klu kau balik main, badan sakit2 luka sana sini, lebam muka, lebam kaki. Main rilek-rilek santai-santai sudahh..


2. Spam - Slalu terjadi. Emel yg diterima dr kenalan sendiri. Padahal emel tu xdihantar pun oleh beliau. Klu emel yg elok bleh diterima lg. Ni emel bukan-bukan yg boleh menjatuhkan imej, yg bleh buat gaduh. Mcm penah terjadi dlm akaun Friendster dulu..komen berunsur lucah berbentuk flash mahupun video, penuh masuk dlm comment list. Ape kejadah? Padahal alamat penghantar tu adalah kenalan rapat, yg xmungkin akan htr komen2 cmtu. Dah 1 keje pulak nk semak, nak mintak maaf kat org2 yg terlibat, nk jelaskan sume skali. Bila jd kat aku, mmg mgelupur kejap. Tp ape bleh buat. Perkara terjadi bukan atas kawalan kita. Akibatnya dipandang serong masyarakat atas perkara yg tak pnh kita buat. Mmg celaka kann.


3. Hutang - Hutang keliling pinggang ni. Sana skit, sini skit, situ skit, sinun skit.... akhirnya jd bukit! Camane nak buat ye? Yg potong gaji, potong.. yg manual byr ni, mesti nk kena byr jgk. Eh kaedah meminjam lain utk byr hutang, boleh pakai x agak2? Kusut lahh!!!

Penjahanaman

Aku xtau nak panggil sbg ape. Ptg td start kete, panas enjin kejap, gerak xsampai 1km, cluth jamm..xnak release. Serta merta kepala aku pun jamm. Change gear pun xpayah nak pijak cluth. Tekan-tekan minyak xnak gerak. Ape kejadah? Nasib baik xjauh dr umh lg. Dibuatnye jd kat tgh-tgh highway ke, kat Shah Alam ke...mamposs!!


Poket tgh kering ni. Camane nak buat. Jahanam jahanamm..

Bila si adik bertunang dulu

Byk sgt mnde nk update. tak tau mane satu nk post dulu. haha.

Okeh beberapa minggu lps..adik perempuan pertama aku telah pun selamat bertunang. pilihannya adalah lelaki sebaya aku, org Kelantan. sebelum ni mmg aku xpnh jumpe dia pun. cume dgr-dgr cite dr mak aku, adik-adik aku dgn adik pompuan aku ni sendiri je. so teruja gak la nk knl bakal adik ipar. haha.

Sedara mara jgn ckp la..berduyun-duyun dtg umah. kenduri mengalahkan open house hari raya! kiranya ni 1st kenduri la sejak pindah ke sini. kenduri tunang adik + kenduri kesyukuran umah baru.

fuh fuh gelang dia...



Aku suka. betul. aku suka sgt bila makcik-makcik aku dtg umah. nek aku, atok..sepupu sepapat..yela nak longgok satu tempat bukannya sng. selain hari raya, ni je la waktunye dpt kompol sama-sama. dpt jumpe, dpt beramas mesra. walaupun sekejap tapi ok la kan.

tapi satu je aku xpuas ati..


Dorg ni mcm pakat-pakat je. pantang selisih mesti nak tegur. adik aku yg tunang la. sibuk-sibuk tnye psl aku ngape?? cilakak.

World Cup


Aku g mana-mana pun, jumpe sape-sape pun, rata-rata org skrg ni dok ckp psl world cup. Takde topik lain. Yg laki-laki la. Yg pompuan tu xtau la pulak aku. Aku pikir sape-sape yg xikut perkembangan world cup ni kira mmg pelik bin ajaib btl. Stendet makluk asing gitu. Lebih-lebih lg golongan muda belia mcm aku nih. Sekarang tgl 4 team je lg. Germany, Spain, Holland, Uruguay! Tak sabar pulak nak tunggu pengabisan!


Seriously..aku sempat tgk game xsmpai 10 pun rsnye. Tu pun dah kira dgn siaran ulangan skali. Harap-harap xde pape la yg menghalang aku utk tgk 4 lg baki game yg tinggal ni. Walaupun team peberet awal-awal lg dah terkeluar. Semangat kesukanan perlu ditunjukkan. Buat-buat la sokong mane-mane team yg tinggal. Hahaha.


Menentang Germany, harap-harap persembahan Spain xmengecewakan la nt. Sedih tgk Messi ngn Teves dikotak-katikkan ari tu. Nasib baik aku xtgk game Germany-England sebelum tu. Klu x, maunye merah berair-air bijik mata nih. hahaha.


Okeh mlm ni futsal. Harap-harap jadi la. Lps ni dgrnye geng-geng futsal MPC susah nk dpt kumpul skali. Minggu lps dah la xjadi. Member dtg jauh2 dah smpai court, boleh pulak last minit ckp xjd. Ish ish ade ke patut?!

Berita Hari Ini


Mau xterkejut??!! Selama 26 tahun aku membesar di Pekan, xpnh pulak aku ternampak makhluk ni kat mane2. Tak pnh jgk terdgr sape2 menternak menatang ni. Muskil betul aku. Nampaknya pasni kena letak senbod baru la kat area sini. "AWAS TAPIR MELINTAS" hohoho~



Nota: sape ckp aku xupdate blog? habaq mai biar aku luku kepala dia. cis!