skip to main |
skip to sidebar
Baru je ckp-ckp kosong nak tukar kete baru. Dah buat hal pulak si merah ni. Hado lahh. Melayang lg duit aku. Petang 02/10/2011, baru kuar dr tol sg besi menghampiri TBS. Mujur la peralatan menukar tayar dan tayar spare berada dlm keadaan baik. Dan diri sendiri juga masih bertenaga pd time tu. Haha.


Dan hari ni 06/10/2011, tayar yg rosak masih blom diganti. Takde masa dowhh. Kesibukan keperforman sehariharian. Sakit kepale! =,=
Hasil semakan saman melalui website rilek. Rilekk je result dia kuar.
Baru pakai iswara stendet, dah meriah cenggini saman speedtrap yg aku dpt. Belum pakai lambogini, ferari, naza ria, bios, pesona elegen lg tuh!!
Harap lps raya nt xde la penambahan saman. Bwk kete pesen kakak-kakak baru dpt lesen la jwbnye.
Milah dah sihat sikit. Dah boleh jalan. Lega~
Terima kasih pada pihak-pihak yg terlibat dlm pembaikpulihan Milah.
Yg pasti duit terbang lagi. Adess..
Aku xtau nak panggil sbg ape. Ptg td start kete, panas enjin kejap, gerak xsampai 1km, cluth jamm..xnak release. Serta merta kepala aku pun jamm. Change gear pun xpayah nak pijak cluth. Tekan-tekan minyak xnak gerak. Ape kejadah? Nasib baik xjauh dr umh lg. Dibuatnye jd kat tgh-tgh highway ke, kat Shah Alam ke...mamposs!!
Poket tgh kering ni. Camane nak buat. Jahanam jahanamm..
Hari ni Ahad. Semalam Sabtu. Betul la kann.
Semalam g servis kete kat satu pusat servis di Pandan Indah. Pengusahanya melayu. Pekerja2 (pomen) pun melayu. Tp tgk la servis org melayu cmane..mls nk ckp byk la.
Mula2 nak tukau minyak itam je. Pstu melarat2 ntah mcm2 mnde kena tukau. Nasib baik dah stenbai 3-4 ratus. OK buat la. Hon kete aku yg dah setahun xidup tu pun nak dibetulkannya. OK buat la. Abis dibukaknya. Wayar2 sume dicabut. Last2 ckp nak kena check wiring. Ambik masa dan memerlukan duit aku jgk la skit lg. Ah xpayah la buat. Selama ni xde hon, laju je kete aku!
Pomen tu pun psg blk sume. Dah siap, aku pun byr. Yg aku pelik dr pg bwk ke ptg, xde kete lain. Kete aku je sebijik. Betul! Tu pun dah lame gile aku kat situ. 3 jam lbh ade rsnya.
Dah grk blk, nk g buat allignment. Psg signal xidup lak. Maklum jela. Kite dah biasa nak masuk simpang psg lampu signal..pemandu berhemah. Ok aku tipu. Masa buat allignment tu baru prasan lampu signal xidup. Tu pun pomen yg test drive kete aku tu prasan signal xde. Huhuhu. Check2 blk, rupanya wayar yg dorg dok cabut2 td xsmbung blk. Bongok.
Dulu pun pnh jgk. Buat2 allignment, last2 ckp xleh buat. Chamber xleh ejas dah katanya. Kendian aku g buat kat kedai tayar, pomen cina. Bleh je. Ok smpai sekarang. Tak reti ckp je la xreti. Bodo nye org. Psni mmg aku xg dah tmpat tu.
Dan hari ni Ahad. Aku tido je dr pg bwk ke ptg. Puas ati. Berbaloi-baloi! Har har har..
Abis cuti 2 hari! Demm!
psstt psstt..nak bgtau. ari ni satu lg kete baru dah kuar! aku dah naik dah. hoho yea.. :p
Semalam 12/05/2009
Aku ditugaskan menghantar, memasang dan menguji seunit printer jenama HP Lazerjet M2727 ke sebuah sekolah di Kluang Johor. Jam 3 pagi aku bertolak. Sampai di Ayer Hitam jam 6 pagi. Aku tido kejap. Sedar2 dah kul 8! Damn! Menggelupur kejap. Janji dgn cikgu sebelum kul 10 smpai skolah!
Dari Ayer Hitam aku gerak mencari sekolah tu. Mengikut Google Map..sekolah tu bukan kat tepi jln. Mcm kat tgh2 bukit. Ah aku xpdulik. Aku trskan pjalanan. Agak2 dah dkt sejam cari senbod xjmpe, aku kol cikgu tu. Salah jln! Damn! Patah blk mengikut guide yg cikgu tu bg. Pstu aku jmpe 1 senbod nama sekolah tu menunjuk ke arah ladang kelapa sawit. Aku masuk. Ade pondok guard kat situ. Ade sorg pkcik bpakaian polis. Dgn muka yg menyakitkan at, dia mengarahkan aku ikut jln lain. Selamba badak je suruh aku pth blk. Dah la jauh! Aduii sakitnye atiii...aku pun blah..
Dari simpang masuk nk ke sekolah guard tu ckp ade la dlm 10 km. Dlm ati aku ok la 10 km. Mula2 ok je jln tar. Masuk dlm skit tanah merah + buah sawit berterabur atas jln + taik lembu! Dah mcm kete rally plak aku rs. Dgn kemahiran memandu selama 3 taun, ditambah dgn kesuntukan masa, aku memecut. Melambung2 kete, brg2 dlm kete, dgn aku2 skali! Jln plak bersimpang2..senbod kecik lak tu! Kiri kanan sawit je. Nak jmpe manusia sikit punye susah! Cmane la bleh ade skolah kat dlm tu. Muskil btl aku.

Dlm pjalanan blk, dlm kete aku melompat2 mngelak lubang tu satu kejadian xdiingini terjadi. Ntah mcmane lock bonet dpn kete aku terbukak. Bammm!! Hentam cermin dpn. Nasib baik xterburai. Panik aku kejap. Aku benti kete, aku turunkn blk bonet tu..xleh tutup pulak sbb lock dah rosak. Nsib baik ade tali getah dlm bonet blkg. Aku ambik, aku ikat. Seterusnya dgn kelajuan 50-60km/j aku meneruskan pjalanan pulang ke KL.
Tuhan je tau cmane keadaan aku time tu. Slalu bwk kete atas 100km/j. Hari ni maksimum aku brani pegi smpai 60km/j je. Setiap kawasan rehat kat hway tu aku benti. Akhirnya jam 4 pagi aku smpai KL.



Pagi ni aku ambik cuti kecemasan sebab aku mls nk g kje..pnt! Papehal aku nk tido dlu. Bonet kena tukar, cermin pun msti diganti. Adehh..xblk modal aku! Milah2...nape begini nasib kita Milah?!
Aku masih ingat time aku kecik2 dulu. Setiap hari Isnin aku akan memakai baju yg bersih ke sekolah. Selalu juga aku dihantar ke sekolah oleh mak memandangkan tempat keje mak sehaluan dgn sekolah aku. Kalau aku lambat, terpaksa la aku ke sekolah naik beskal. Tapi naik beskal pun ok jgk. Leh blk sendiri, leh kacau awek kelas sebelah, leh singgah beli aiskrim kat kedai runcit.
Ptg semlm nk blk keje aku tgk kete aku. Rasa mcm nak marah2 je. Tapi aku cuba tenangkan fikiran, tenangkan ati. Aku tgk kiri kanan, aku tgk atas. Aku nmpak 3-4 ekor burung warna hitam. Ntah burung ape aku xtau. Klu ade lastik mmg aku dah lastik. Brengsett!! Baru hari Isnin tp kete aku dah jd mcm sampah!

Aku nak bukak pintu kete pun geli. Sebelum mnde alah ni gugur kat kepala aku plak, cpt2 aku masuk. Mulai ptg tu jgk aku bt keputusan utk tidak meletak kenderaan di kawasan tu lagi.
Mintak2 la hujan turun ptg nt.
Malas nak htr cuci kete sbnrnye.
Nak cuci sendiri?? LAGI MALAS!!!
AMPANG - Sebuah kereta proton iswara kaler merah telah bertembung dgn sebuah proton saga blm kaler hitam di simpang empat sebelum menghampiri trapik lait menghala ke LRT Cahaya. Kereta proton iswara hensem tersebut yg dlm perjalanan pulang dari kerja telah melanggar kereta proton saga blm stendet terbabit yg keluar secara tiba2 di simpang 4 td. Utk makluman sume, simpang tersebut berdekatan car wash yg ade signboard rm5. Jalan dpn sikit ade nmpak kedai basikal, kedai dobi dan beberapa deretan kedai di sebelah kiri jln menghampiri trapik lait.Akibat perlanggaran itu, aku jd marah! Kenapa pompuan tu xbenti dulu kat simpang tu?! Kenapa org len benti dia xbenti?! Ye tuan2 dan puan2..pemandu tersebut seorg pompuan. Tau jela org pompuan ni kann..cmane dorg bwk kete! Pompuan cina..pstu dia nak salahkan aku pulakk. Dah la tu jalan aku..dia men kuar ikut sedap je. Skali aku nak lalu dia kuar. Kedebamm!! Milah cium fender sebelah kanan kete tu..kemek. Padan ngan muka dia. Pstu pdn ngn muka aku pulak. Sbb kete aku pun kemek. Nasib baik lampu xpecah. No plet kete tu WRM7518..tukar2 no phone, pstu blah. Mls nak pnjg2 cite..Aku dah la ngantuk ni. Dlm pale otak dok ingat bantal busuk je. Skali kena pulak. Adess..nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku. ok lah. Papehal aku nak tido dulu. Psl Milah, tghr nt la bwk g touch up blk. Klu bleh betulkan alhamdulillah. Klu x terpaksa la tukar. Msuk bumper skyline kat situ! Huahuahua..sob2.. (tawa dlm tangisann)