Janji

Aku xsuka nak berjanji sebenarnya. Sebab aku ni jenis manusia pelupa. Aku takut bila hari ni aku berjanji, besoknya aku terlupa. Kemudian pada masa yg dijanjikan aku xdpt tunaikan janji tu. Sgt mengecewakan.

Dan pada hari ni aku xkan berjanji pape lg pada org. Hanya tanamkan azam dlm diri dan berjanji pada diri sndiri. Utk menabur janji pada sesiapa, aku xkan. Org yg memungkiri janji termasuk dlm kategori munafik rite? Dah terlalu byk rsnya aku lupa pd janji. Pnh berjanji pd org dan akhirnya terlupa pd janji itu. Pada org tu mungkin xde apa-apa. Tp pada aku..rs bersalah sgt. Sgt mengecewakan.


Pada sesiapa yg aku pnh melanggar janji itu..maafkan la aku. Aku betul-betul terlupa. Ada juga yg aku betul-betul xdpt tunaikan atas sebab-sebab yg xdpt dielakkan. Bukan sengaja. Rasa bersalah sgt-sgt tp bende dah jd. Aku tau mungkin kau xkan percaya aku lg selepas ni. Ape boleh buat..

Ada juga yg pnh berjanji dgn aku. Tp bila org itu memungkirinya..walaupun aku xkan marah, tp aku terasa juga. Aku bukan jenis org yg suka mengungkit-ungkit psl hal yg dah pun berlaku. Sebolehnya aku terima keadaan itu dgn hati terbuka tanpa ingin menyalahkan sesiapa.



Yg peliknya. Janji org pd aku jrg-jrg aku lupa.
Dan yg paling sedih..bila JANJI HANYA TINGGAL JANJI. Diingati tp tahu ianya TAK mungkin akan ditepati ~~

Movie


Baru blk menonton Daybreaker. Hajat nak tgk cite lain. Tapi full pulak. Suruh booking awal-awal kau malas. Alang-alang dah beratur lame, belasah aje la cite ni. Tgk label 18PL mcm bagos.

Mengisahkan pasal pontianak-pontianak yg memburu darah manusia utk trs hidup. Pendapat aku cite ni ok. Best utk org-org yg suka tgk darah memancut-mancut kuar dari badan, suka tgk aksi putus kepala, letup-letup, bakar-bakar, gigit-gigit. Namun tiada aksi-aksi ghairah. Jgn risau. Boleh tgk dgn awek baru, balak baru, juga dgn mak ayah yg berumur 18thn ke atas yg tiada masalah jantung.

Okeh itu saja utk kali ni. Selamat menonton. Besok-besok klu ade cite baek, gua story lg.

Baik-baik sayang

Ape yg kau pikir tu saitoonnn??!

Di sini aku ingin mengucapkan selamat melancong kpd incik Ali G11 aku. Di sana nt jgn nakal-nakal ye. Mentang-mentang pegi melancong pree. Jgn lupe daratan pulak. Baju sejuk jgn lupe pakai. Klu terjumpe Joni Depp ke, David Terezuget ke..kemsalam kat dorg. Jaga diri bebaik okeh.

I will miss u. heh!

Dia

Org nk ckp aku meroyan dlm blog ke, merapu-rapu ke, tacing lbh-lbh ke, aku xpedulik dah. Yg penting aku hepi. hahaha. Hari ni setelah beberapa minggu dgn dia, aku rs kekosongan hati aku dah diisi semula. Terima kasih awk. Di saat sy kesorangan, awk muncul menceriakan keadaan. Bersama awk sy rs lebih tenang. Awk byk bantu sy lupakan kesedihan, ketensionan, keserabutan, kemarahan sy. Awk buat sy rs dihargai, rs diperlukan, rs ensem..eh eh rs disayangi. Harap-harap sy xmengecewakan awk.

Ya Tuhan. Kau peliharalah hubungan kami. Teguhkanlah iman kami. Lindungilah kami dr anasir-anasir luar yg boleh menggugat hubungan kami. Jauhkanlah kami dr hasutan syaitan yg boleh membawa kami ke lembah kehinaan. Aminn..


Kenapa..

Hari ni...ntah kenapa. hati rasa tersiksa melihat kebahagiaan org lain. kenapa..kenapa...

Kenapa aku begini~

Buntu



Perancangan dah dibuat. harap semuanya berjalan lancar. tapi sgt mengecewakan bila keadaan berlaku sebaliknya. nak xnak terpaksa teruskan juga. cuba selesaikan semampu boleh. akhirnya tension sendiri. ape laa yg mau aku repot ni..bah!


Besok sudah mau pulang..yeay!

Pertama kali

Aku percaya setiap pengalaman yg diperoleh sehari-hari ade saat pemulaannya..saat pertama kalinya. dan pastinya saat-saat ini sukar dilupakan. saat pertama kali melahirkan anak, pertama kali berjauhan dgn keluarga, pertama kali berkahwin, pertama kali bercinta..mahupun pertama kali melakukan sesuatu. pengalaman pertama ni selalunya sgt penting. samada kita melaluinya dgn sempurna, atau dgn teruk sekali..sucks! dan pengalaman-pengalaman spt ni la yg akan mematangkan kita.


Aku juga ada bermacm pengalaman pertama. cinta pertama contohnya.
.sgt sukar dilupakan. org kata setiap yg bermula pstinya akan berakhir. tp dlm hal ini cintaku berakhir di pertengahan jalan. bukan di penghujung spt yg diharapkan. pengalaman ni sbnrnya byk mematangkan aku. pertama kali dikecewakan. xramai yg berpeluang mengalami pengalaman spt ni kan? dan aku tabik pd sesetengah org yg pnh dikecewakan beberapa kali. contohnya bertunang smpai 15 kali tetapi masih gagal ke jinjang pelamin! ini kisah yg aku dgr melalui radio semalam. radio ape tah. gile ah! g mandi bunga la weh! haha..


Pertama kali mkn ramen baru-baru ni..di kuching. selalu lyn anime naruto. si naruto asik mkn ramen je kan. nak try gak ape bende tu. ape rasa kann..nah kau!

boleh la..tp xde la sdp sgt pun nak lyn slalu-slalu. nasik lemak mak aku lg sdp. huahuahua..


Pertama kali naik flight..ni cite beberapa tahun lps. perjalanan ke kuching jgk. eksaited teruja beriya-riya tuh. air asia dgn mas lain rasa dia. firefly xtau la pulak. keh keh. segala mcm bnde dlm flight tu nak tgk, nak komen. klu stewardess tu dr atas smpai bwh kau perati. seat belt pulak terkial-kial nak psg. pstu mata asik pandang ke luar tingkap je. suke gile dpt tgk litar sepang dr atas. time nk berlepas, nak landing mula la kecut perut. dok pk mcm-mcm..cmane la klu roda sangkut xdpt kuar. cmane la klu sayap sebelah xdpt bfungsi. cmane la klu flight terbabas..cmane la klu minyak abis..cmane la klu ade pramugari sgkut ngan aku..errr...


Pertama kali bwk kete kat sarawak@sabah..pun ade satu perasaan tersendiri. pun nak cite. pun nak eksen lebih-lebih. padahal same je mane-mane pun.

Tp tu la dia. pengalaman-pengalaman ni xsume org dpt. yg sgt bernilai sbnrnya. nampak mcm remeh je. aku sgt bersyukur atas sume ni. dlm usia muda err muda ke? aku dah rs byk perkara yg xsume org dpt rs. mak ayah aku sendiri contohnya..belum pernah ke sabah sarawak pun. atuk aku pun sama. nanti la tok. kite bwk tok dgn nek g k.


Dan utk kali ke-2, ke-3 dan seterusnya..dah xeksaited lagi. xmcm kali pertama dulu. sama jgk dlm bab cinta td. perasaan yg lain. pstinya akan teringat-ingat saat pertama kali dulu. namun ada baiknya. kau akan selalu berjaga-jaga, tidak lagi ingin melakukan kesilapan yg sama, tidak lagi ingin terlepas apa-apa. kau pastinya akan bersiap-sedia.



KOTA KINABALU..i'm back!! yeahhh!

*emo*

AKU TAU KAU PANDAI


TAPI JGN LA KAU ANGGAP AKU BODOH SGT


BUAT AKU MCM ORG BODOH


YG TAK TAHU APA-APA




perlukah segalanya diterangkan secara terperinci?
perlukah kau suarakan semua pendapat kau?
perlukah kau bidas segala ckp org lain?

letih beb telinga aku
jem otak! arghh..

Selamat tinggal Kuching




Misi menghuru-harakan KK pulak selepas ni. yoshh~

Friendster

Assalamualaikum..eceh! Islam rupanyee. tu la psl. ari ni ade lg manusia yg bertanya "kamu cina ka melayu?" cilakak! xkena gaya boleh bikin gaduh ni.


Ni nak cite. aku dah lame xaktif berprenster. asik dgn pesbuk je. akaun mespes, hi5
dgn teged aku dah delete. malas. serabut. benci ah! byk sgt kenangan kat situ. buat ati makin sayu je..ah sudah. ade mase pulak nak tacing-tacing. demm. so ari ni aku ada masa bukak prenster. ingat mmg nak cancel account jgk. tp xsampai ati plak. keh keh..

Aku mula knl prenster ni dah lame. sejak skolah lg. join je pstu lupe password. register lg. lupe lg. budus! n akhirnya mula serius berprenster sejak 2005 setelah bergaul dgn mamat-mamat sangap nak ber-awek tp xpnh ade awek..di tempat keje. dok add profile makwe sesuka ati. prenlist berderet awek saje. bila ditanya sape, haram xknl!

Prenster aku pun same jgk dgn pesbuk. login kejap usha-usha line je..xde nak update status ke ape. gambar-gambar yg ade pun dah taraf oldskul. muka muda belaka. mcm nak xnk je letak gmbar. low profile la konon. cett! MALAS sbnrnya.

Tadi view profile sorg kwn skolah lame. xsangka dah kawin rupanye dia. punye lame xziarah profile dorg ni. xtau cite dah. tau-tau je sume dah upload pic kawin. siot! saje nak kasi panas member la tu! terjumpe lak 1 group ex-skul..n cuba-cuba view profile ex-skulmet yg dah join..pehh nostalgia..teringat dulu-dulu. muka xberubah tu! aku pun join group gak la. ramai yg dah kawen rupanya. kawen same skulmate pun ade. tp nmpak mcm baru-baru je lg tu. gmbar hanimun pun mcm panas lg je. keh keh keh. tahniah la bt korg. tp korg tunggu la. aku tahan je nk delete akaun prenster aku ari ni. nk upload pic kawen punye psl! hahah!

Nih gambar yg aku kutip dr prenster aku sendiri. tp 5 cukup la. gmbar lame je punn. tp nilainya sgt tinggi...err yeahh sgt tinggi.

form 4


form 5


semester 1 polisas


lagi-lagi polisas

Oldskul bukan? heh!

Ok cukup la setakat ni. emosi aku pun xbrape memuaskan kebelakangn ni. byk perkara bermain di kepala. masih bergelut dgn bermacam masalah. masih..masih..masih cuba berubah. nak update blog pun dah semacam kurang idea.

Misi jelajah kuching hampir berakhir. kk dan labuan selepas ini. tak sabarnyee. xsabarnyeee...nk blk kl!huhuhu~

Kalau adik aku bt perangai cmni mmg dah aku lempang laju-laju



ntah dah sunat ke belum. kecik lagi dah pndai. haihh anak sape la ni..