Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Pasal kad kredit

Baru-baru ni aku ditegur seseorg pasal guna kad kredit utk byr something yg aku beli. Eh ape masalahnye? Kau dah kenapee..


Oklah. Sebenarnye aku phm ape masalahnye. Sebab slalu je aku dgr org ckp bahaya pakai kad kredit ni. Byk keburukan dari kebaikan. Menyusahkan idup nanti.

Aku pun dulu pandang negatif psl bende ni. Pada aku tak penting pun dan xperlu pun utk org mcm aku. Yela gaji ciput je kan. Mkn pun kat kedai bese-bese. Beli baju slua pun kat uptown. Nak buat ape ade kad kredit! Berhutang plak nanti lg satu hal.

Tapi sekarang zaman dah berubah. Dah merata tempat boleh pakai kad kredit. Kedai bese-bese pun dah ade. Isi minyak moto pun boleh pakai kad kredit. Takde sape nak marah aihhh!

Tak susah pun nak guna. Anggap je kad kredit ni mcm kwn baik kau yg boleh pinjamkn duit pada bila-bila masa. Pinjam bermakna kena bayar baliklah! Dan kalau aku nak pinjam pun,aku cume pinjam setakat yg aku mampu byr balik je. Takdelah pinjam sampai kering duit member tu!! Last-last aku pulak yg kene katok psl xdpt nak byr balik.

Dah pinjam tu,cpt-cpt la byr. Jangan tunggu sampai kwn tu mintak baru nak byr. Dia mintak blanje minum skali nanti. Bayar je cpt. Sekarang ni senang je. Online sume bleh buat.

Ape-apepun yg paling penting diri kite sendiri. Berbelanja ikut keperluan dan kemampuan. Tiap ape kemudahan yg tercipta la ni adalah utk kebaikan kite. Baik buruk hasilnya bergantung pada kite sendiri yg gunakannya.

Macho xmacho, kelas xkelas tu belakang kira. Yg penting dah xperlu risau dlm wallet xde cash money. Nak g beli motor lagenda, nak beli handbeg prada, nak mkn kfc xcukup cash terlebih bajet psl awek bawak mak bapak skali. Jgn risau. Kwn sedia bg pinjam duit. Takyah la cucuk duit riban-riban bwk dlm kocek tu. Kena rompak nanti kang. Tercicir ke..kan rugi. Guna kad kredit pun dpt point yg boleh kumpul-kumpul tukar dgn duit atau barang secara percuma. Sape nak bg kan?


Akhir kata pahamkan dulu ape tujuannye sesuatu kemudahan dicipta. Kemudian gunalah dgn berhemah~~ Jgn dok pk negatif ajo!

Tak suka duit kertas RM50

Aku xsuke betul la. Tiap kali nak berbelanja mesti nak kena sediakan duit kecik. Peniaga-peniaga ni mesti nak kena tanya "ada duit kecik x?"
Pehal plak kan? Kau yg meniaga tp xde duit kecik. Pastu buat muka ketat. Puii!!


Dan oleh sbb tu jgk aku rasa duit kertas RM50 dah xrelevan lg. Menyusahkan utk golongan yg mcm aku ni. Yg belanja kecik-kecik je pd satu masa. Cuba bygkan duit kertas RM50 ni xde. Kan sng. Paling beso pun RM20. Kalau cucuk duit 500, tebal tuu wallet. Haha. Utk yg kaya, yg slalu berbelanja beso tu plak, yg bwk cash sampai puluh ratus ribu tu, lu org pikul la duit RM10 atau RM20 tebal-tebal kann.


Susah la. Nak pegi mane-mane mesti nak kena sediakan duit kecik. Nak byr tol, nak beli goreng pisang 2 ringgit kat tepi jalan pun xsampai ati nak byr guna duit RM50. Kesian pun ade. Ni xlame lg nak masuk bulan puasa. Kompem-kompem beli kat bazar. Nak pakai duit kecik jgk.


Nanti time raya nak sediakan duit kecik jgk utk duit raya. Berebut-rebut nak tukar duit kat bank. Pastu bank pun abis duit kecik. Puii!! Skali lg. Kecewa aku xdpt nak pecah duit. Terpaksa la bg je duit beso utk budak-budak ni. Abiss masakk aku.

Kalau mmg duit kecik je sume kan sng.

Keje + Gaji + Belanja

Ptg td aku bwk kete jauh jgk la dr KLIA ke Taman Melawati. Tujuan utama nak amik voucher freegift, dgn hemper beserta hadiah cabutan bertuah yg aku dpt baru-baru ni. Bertuah tu xla sgt tp kira bertuah la jgk psl xsume org dpt kan. Ade yg dtg cume dpt mkn je. Hampa.


Aku pun dah agak lama xmerasa hadiah cabutan bertuah ni sebenarnye..dan tahun ni alhamdulillah ade rezki. Syukur. Takpelah psl cabutan bertuah, psal famili day tu next entri lah aku cite. Ni nak cite pasal lain. Pasal ptg td time tgh drive tu.


Time tu nak byr tol. Aku cari2 30sen dlm kocek xde. Cari dlm tempat syiling dlm kete tu, ade. Aku pun hulur. Jumlah RM1.30 tol Mines. Kebetulan awek nyambut. Tersentuh skit jari. Lembut je. Haha tak tak. Tak sentuh pun. Muka ketat. Senyum pun x. Pui!


Lps pada tol tu aku dok pikir2. Duit yg aku bg byr tol tu dtg dr duit gaji aku keje. Yg aku byr minyak, yg aku bwk kete tu pun sume dtg dr duit aku keje kat sini. Hasil dr keje aku hari-hari. Cmane aku blanjekan duit tu. Baru aku terpikir kemanisan duit-duit tu sume. Hasil titik peluh aku. Pehh mcmlah keje berpeluh sgt kann.


Aku xnak duit-duit ni sume dibelanja pd mnde-mnde yg xpatut. Yg membazir. Duit dah la xbyk. Pstu membazir. Contohnya terpaksa byr saman. Dari duit gaji keje gak tu! Membazirnyeeee... ish ish ish..


Kemudian aku terpikir psl rodong-rodong yg dah kawen, dah beranak pinak tu. Cmne dorg sara keluarga, anak-anak.. sume tu dari duit hasil keje dorg tu la. Anak-anak lak cuma tau mintak duit. Pastu abis mintak lagi.


Lambat btl aku dpt rs sume ni. Usaha keras mak ayah aku membesarkan 9 anak. Takde keje lain pun dorg. Mengajo je dr muda smpai pencen. Mengajo anak-anak org, tp anak sendiri ni yg xbrape nak berjaya jgk. Masih mencari-cari hala tuju. Masih kelam lg masa dpn xtau nak hala ke mana. Haha.


Tapi btl lah. Terasa mcm ade satu perasaan lain time aku hulur duit tol tu td. Seblm ni xde pun. Rilek je kuar duit tabur-tabur tepi jalan. Haha. Tp kali ni terasa btl. Terasa da kurang RM1.30 drp gaji bln ni.





Eh eh mcm dah beriya sgt lak entri aku kali ni. Over kan. Dah lah.

Isu Bahasa 2

Tipikal. Kau tau ape tu tipikal? Maksudnye mcm klasik la. Haha. Aku rasa aku ni jenis manusia klasik la jgk. Sbb aku idup secara sederhana. Pengetahuan aku ttg isu-isu semasa pun bukanlah up to date sgt. Dari segi berfesyen jauh sekali. Haha.

Dlm penggunaan bahasa pulak. Aku lbh sng bercakap, berurusan dlm bahasa melayu. Sebabnya mudah. Aku dilahir, hidup di kalangan org melayu. Dari kecik sampai beso. Aku jrg bergaul dgn org bukan melayu. Apetah lg omputih, omnegro, omarab, omkorea dan sebagainya.

Bila dah amalkan bahasa melayu ni dr dlu, aku sdr byk perubahan dah berlaku dlm penggunaan bahasa tu sendiri. Dari segi sebutan, ejaan dan sebagainya. Mcm entri sebelum ni. Pelik benor bunyiknye. Selalunye klu guna shortform tu aku phm la. Tp bila ejaan asal ade 3 huruf, ttbe jd 11 huruf. Kan pelik nak nyebut tu. Haha.

Sebelum ni mmg byk dah aku jumpe. Yg tambah ‘+ew’ kat blkg perkataan tu paling byk. Kat Youtube pun dah ramai yg vblog psl tu. Even member-member, adik-adik sendiri pun ade jenis cmtu. Tp klu dgn aku pun dorg nak ckp pesen gitu, mmg aku taruk je. Bak kata panda. Haha.

Bekerja dlm komuniti 1 Malaysia. Ada Melayu, India dan Cina dlm 1 pejabat. Melayu-Melayu -> Bahasa Melayu. Melayu -India -> Bahasa Melayu. Melayu-Cina -> Bahasa Melayu. India-India -> Bahasa Tamil. India-Cina -> Bahasa Melayu. Cina-Cina-> Bahasa Cina (Mandarin/Kantonis). Ni mengikut pemerhatian aku la. Selama aku bekerja di beberapa tempat sebelum ni.

Ape salahnye klu semua bercakap dlm bahasa yg sama dlm 1 masa. Bahasa yg semua org boleh phm. Time keje je pun. Serabut kepala otak aku bila sesame india ni berborak bahasa dorg berdekatan aku. Bila cina bersembang pum pang pum pang sebelah aku yg lgsg aku xphm. Melayu bila dah terlalu tipikal sgt, ni la jadinye. Haha.



Ckp psl org. Diri sendiri pun xbtl sbnrnye.

:korek:

Realiti dan Fantasi

Aku tahu ramai yg xmenyangka bila pertama kali ke blog ni. Lebih-lebih lg pada yg mengenali aku secara nyata di alam sebenar. Aku realitinya adalah sorg manusia yg kurang bercakap, kurang bergaul dan kurang mencampuri urusan org lain.

Tapi di sini aku sebaliknya. Aku lah manusia yg bercerita, mengumpat mengata, mempertikaikan hal-hal org lain. Aku ttp dgn pendirian aku, menghebohkan pendapat, meluahkan perasaan di sini. Di dunia sebenar, pnh kau dgr aku membebel? Pnh kau dgr aku bergaduh selisih pendapat dgn org lain? Tak ado bukan?

Penakut mungkin.

Takut utk berhadapan secara terus. Meluahkan pendapat. Menegakkan benang yg mungkin jgk tak basah sgt. Malu utk menonjolkan diri. Ini lah aku.

Aku xpnh hrp semua org sukakan aku. Aku jugak xpnh mintak sesiapa menilai aku. Aku pun xpnh hrp jd perhatian. Bukan sikap aku utk sengaja menonjolkan diri, tarik perhatian org. Cukup la aku dikenali sbg misteri atau pendiam. Drp dikenali sbb perangai buruk, kuat isap, mulut busuk atau perut buncit!




Entri ini ditulis dgn sedikit perasaan kesal ttg penilaian buruk org terhadap aku.

Curik Idea

Pada aku org pesen gini mmg xboleh nak pcaya sgt. Kau meluahkan idea kau kpdnya. Tak kisahlah samada idea berbentuk jalan penyelesaian, idea lawak atau ape saje. Tetibe dgn idea itu, dia gunakan utk tarik perhatian semua org. Dia mengulangi idea tersebut seolah-olah ideanya sendiri lalu mendapat perhatian dan pujian. Sedikit pun xdiberikan kredit kpd kau yg mengeluarkan idea tersebut. Sakit hati bukan?

Aku dah byk kali kena cmni. Sampai kdg-kdg aku muak. Ape saje yg kuar drp mulutnya, kebanyakannya dr buah fikiran org lain. Lawak-lawak, pandangan dan rungutan.. semua hanya tokok tambah drp idea asal org lain.

Akhirnya ape yg pd asalnye lawak, sudah tiada nilai lawaknya lg. Ape yg pd mulanya berguna, dah spt kurang kesannya. Segala lawaknye sudah xboleh aku terima lg. Dah xlawak pun. Kah kah kah!

AJL25 Promo - Best ke?

Asalnya dulu aku mmg pengikut Juara Lagu ataupun dulu dipanggil Muzik-Muzik. Antara rancangan hiburan yg jarang aku mis la. Tapi sejak beberapa tahun lepas ni aku dah tak ikut sgt. Sedar-sedar je dah final. Haha! Final pun xtgk jgk. Dulu aku ingat antara artis yg top, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, M.Nasir, Elyana, Spider, Exist, Adibah Noor.. Senario pun ade rasanya. Sekarang nampak gayanya tinggal artis-artis baru je yg bersaing. Bosan pulak. Mane otai-otai? Jaclyn Victor mane? Misha Omar mane?


Dah dekat-dekat ni biasa la. Macam-macam iklan promosi kuar kat tv. Ni ha yg tahun lepas punye. Iklan aku tgk la. AJL aku xtgk pun. Sape menang ntah. Meet Uncle Hussin kot. Iklan promo ni aku rasa best jgk la. Ada sambungan dia lg. Malas nak tepek sini. Haha!




Yg ni pulak tahun ni punye. Aku lyn gitu-gitu jela. Ceritanye sama je dgn tahun lps. Pelakon yg sama jgk. Bila dah same, bosan pulak aku. Takde idea lain ke ape. Lawak-lawak camni aku rasa mcm dah xreleven je dgn keadaan sekarang. Lawak kutuk mengutuk, ejek mengejek. Macam budak-budak je. Dah tu mcm pengacara pulak yg lebih aku rasa. Ada sambungan dia lagi. Malas nak tepek sini. Haha!



Amacam? Best ke?

Senarai Finalis AJL25
  1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  6. Cinta Sempurna – Yuna
  7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  10. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  11. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Sume lagu xde yg masuk jiwa la. Aku vote utk penyanyi bleh dok? Yunaaaa!!!! Haha!

Ulang Tahun

Hari ni 26 Disember 2010. Tinggal 5 hari je lg sebelum melangkah ke tahun baru 2011.


26 Disember 2009. Masih segar dlm ingatan. Bagaimana suatu perhubungan yg terjalin selama beberapa tahun terputus begitu shj. Masih juga terbayg setiap kenangan sewaktu bersama. Bagaimana aku trskan hidup tanpa dia. Insan yg pernah bertakhta di hati. Yg pnh menjadi sumber inspirasi, menjadi peneman, pengubat jiwa di kala kesedihan, kesorangan, ditimpa masalah..dia lah tempat aku meredakan kekusutan. Dia..xmungkin akan padam dr ingatan. Sampai mati.


Hari ini. Hati ini. Biarpun kekosongan telah diisi. Namun ianya tidak sama lagi. Bahagia yg dikecap trs dibayangi kenangan-kenangan lalu. Siapa ckp aku xbahagia. Aku terlalu bahagia sekarang. Aku bersyukur andai jodoh aku dgnnya. Tak tergamak utk aku beza2kan antara mereka. Byk yg aku pelajari dlm hubungan terdahulu. Yg akan aku perbaiki pada masa ini. Aku xmahu lg mengulangi kesilapan-kesilapan itu. Kebahagiaan dia, kegembiraan dia adalah keutamaan aku.


Awak. Walaupun awk xtau psl blog ni (sy hrp awk xkan tau sampai bila-bila. haha!) sy ttp nak ucap selamat ulangtahun perhubungan yg pertama pd 1 Januari ini. Buat awk yg dulu. Walau apa seterusnya yg berlaku dlm hidup awk. Semoga awk bahagia. Semoga awk lbh bahagia sekarang. Semoga kita xkan bertemu lagi. Walaupun sy hrp dpt lupakan awk..tp sy tau itu xmungkin. Nama awk, kenangan-kenangan ttg awk dah tertusuk jauh dlm hati. Walau dah dicabut, kesannya ttp ade.




Aku xtau org len mcm mane. Korg kapel cmane. Kapel utk suka-suka je ke ataupun mmg bercinta mcm nak mati..stok nak buat laki/bini. Mcm dlm cite Hindustan tu. Bila gaduh ke, putus ke, rs nak nangis atau xkisah pun. Ape kisah kan. Byk lg pompuan/laki kat luar tu. Aku xtau klu korg mcm ni. Aku ni mmg senyap, nampak brutal, ganaz, muka pecah rumah..tp aku pun manusia biasa. Ade hati. Ade perasaan. Org marah aku, aku pun rs kecik ati. Masuk bilik tekup muka kat bantal, nangis. Pastu mata bengkak. Muahhaha. Bukan bukan. Ni bukan aku. Ape brg nanges! Ceh!



Okeh tu je. Tgh layan bola Piala Suzuki Malaysia - Indonesia nih. Dah minit ke-90. Bye!

Punca-punca kemalangan jalan raya

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni mcm selalu sgt aku dgr, aku nmpk kes-kes kemalangan melalui tv, radio, sokabo..slalu jgk pergi mane-mane ternampak dpn mata sendiri. Menyedihkan. Cmane klu yg ditimpa kemalangan tu adalah kenalan, mahupun ahli keluarga sendiri. Tak dpt aku bygkan. Mati dlm keadaan mengerikan, xcukup sifat, hancur kepala, putus kaki tangan..nauzubillah.

So entri kali ni aku tujukan pada sume skali. Bg mengingatkan aku sendiri, mengingatkan korg supaya sentiasalah berhati-hati dlm pemanduan. Baik kereta, motor mahupun kenderaan milik syarikat.


Di sebalik kejadian-kejadian ni sume, pnh x korg pikirkan punca-punca ataupun penyebab berlakunye kemalangan. Time skolah dulu pnh jgk bt karangan psl ni. Tapi aku dah lupe sume. Terpaksa buat kajian semula. Dlm berita slalu kte dgr ayat "pihak polis masih menjalankan siasatan ttg punca kemalangan ini".. Belum sempat pihak polis berikan jawapan, org ramai dah pun ade pendapat sendiri. Takde lain aku rs. KECUAIAN dan PANDU LAJU.


Selain tu jgk, kemalangan-kemalangan ni pun beri kesan pd pengguna jln raya yg lain. On the spot dpt kesannya. JAMM SEPANJANG JLN. Damn! Slalu aku kena. Korg tlg la jgn eksiden. Bila kau eksiden, tergolek kat tgh jln, kan dah menghalang lalulintas tu. Org len terpaksa elak kau. Elok-elok 3 lorong dah jd 1 lorong. Berebut-rebut! Klu masa tu aku tgh sakit perut sgt nak ke tandas, kan ke boleh mendtgkn dosa tu.....dosa caci maki kau yg eksiden, dosa caci maki korg yg menyebok ramai-ramai menyebabkan jamm ni. Yg melambatkan pergerakan aku. Klu nak bwk kete laju-laju, hati-hati la skit. Jgn la gopoh xtentu psl. Yg bwk moto pulak, dah nmpk kete byk, xyah la laju-laju. Bwk tepi-tepi sudahh. Pastu ikut belakang lori rapat-rapat. Aku ckp kau bodoh bongok nt kau kecik ati.


Tak kira la kat mane-mane pun. Naik bas ke, lori ke, same je. Klu dulu bila lori atau bas eksiden, jrg dgr driver mati. Tp sekarang xlg. Bila keadaan jln raya dah semakin baik, dah semakin lebar, dorg pun bwk laju sesuka ati. Makin lawa jalan, makin byk pulak eksiden. Dulu org slhkan keadaan jln raya yg xelok jd punca eksiden. Skrg ni aku rs keadaan jln yg lawa, yg sdp bwk laju pun dah jd punca pulak.


Nak salahkan sape lg? Cmne nk bt supaya org xpandu laju lg? Pikir-pikirkan la ye. Nak dibuat bonggol setiap 500 meter, susah pulak speed trap nak kene nt. Rugi la. Tak gitu?


Ni pun kira punca jgk la.

Mimpi

Sejak semlm byk btl aku tido. Hujung minggu bila xde makwe, xblk kg, cmni la jadinye. Selain tgk tv, lyn movie, belek-belek kete, tido je la aktiviti aku. Patut klu bt keje partime aku pk boleh masyuk skit. Tp dah mmg dasar pemalas. Tido lebih syok drp duit. Tp kann..kdg-kdg ade jgk org ckp kau tido pun bleh dpt duit. Hahahahh..


Semlm aku xkuar ke mana-mana pun. Paling jauh ke ruang tamu rumah sendiri. Melihat-lihat televisyen sekejap pstu masuk bilik semula melayan tido. Dari sini la bermula satu perjalanan yg xdisangka-sangka. Pemikiran aku menjejaki org yg paling aku syg suatu ketika dlu..di kg halamannya.

Aku dpt lihat dgn jelas kehidupannya di samping insan lain. Namun segalanya tanpa sebarang emosi. Tiada tanda gembira, tiada tanda duka. Perwatakan dan penampilannyanya juga berbeza. Segalanya berlalu tanpa kata. Suatu ketika aku dpt lihat dia memandangku dgn senyuman dan terus berlalu..


Secara jujur aku xingin kembali ke masa itu. Aku xingin memikirkan tentang itu pun. Emosi aku sedikit terganggu. Aku dah cukup bhgia sekarang. Aku lg sng hidup tanpa memori-memori tu sume. Tapi walau sekuat mane pun aku, walau sejauh mane aku pegi, aku tau memori-memori ni akan sentiasa dgn aku..mengikut aku ke mane saje.


Kalau la boleh format blk..buang sume kan sng.

Tak Puas Hati

Sejak last2 ni aku terasa mcm byk xpuas ati dgn perkara2 yg berlaku di sekeliling aku. Apesal tah. Sume xkena. Syndrom peningkatan usia barangkali.


Hal 1
Aku boleh kata tiap2 ari mesti bwk kete. Maksudnye memandu kereta di jalan raya. Kete aku xde lain. Milah tu jelah. Buruk, huduh, tak laju...serba sederhana lg low profile. Secara purata aku akan memandu dgn kelajuan 60-120km/j ikut keadaan trafik, mood serta keadaan mukabumi. Di MRR2 misalnya. Aku selesa memandu di laluan tgh dan laluan paling kanan sambil melayan lagu bunga-bunga cinta di radio. Lagu hati yg kau sakiti pun ade jgk la. Fuhh kete dorg ni...dah le beso. Tinted gelap. Kdg2 turbo..interkuler tersembul keluar. Tp ape pasal bawak pelan2? Dok laluan kanan lak tu. Klu setakat nak bwk pelan2, xpayah la buang duit beli kete mhl2, tukar enjin, masuk turbo sume. Nak kata bercinte, org len pun bercinte. Nak geli2 pun, jgn la kat jalan raya. Agak2 la woi!


Hal 2
Ni pasal minyak, psl rokok, psl harga brg2 yg makin naik ni. Dah2 la naik tu. Harga rokok naik tu mmg aku xpedulik lgsg. Bukan ade kena ngena ngn aku pun. Tp klu minyak tu mmg kena sgt. Kerajaan naikkan hrga rokok dgn hrga minyak sbb mnde ni dah jd satu keperluan. Aku rs biar hrga naik melambung byk mane pun, rakyat ttp akan beli. Cube klu xde sape2 beli. Agak2 ape akan jd?


Hal 3
Aku mmg xpuas ati dgn tukang saman parking kat tempat aku keje ni. Apesal la bersungguh2 sgt keje ni. Aku syak gaji2 dorg ni dtg drp hasil kutipan saman la. Klu byk lagi saman, agaknye makin besar la bonus tahunan yg dorg dpt. Takde saman, xde la gaji. Aku syak la. Eh aku byr parking ok. Cume kdg2 duit syiling abis. Nak bt cmne kann. Klu hulur note 50, bkn mesin tu bleh bg balance pun. huh!


Hal 4
Org len pakai brg branded. Kau pun nak pakai. Org len pakai Rayban ori. Kau pun xnak kalah. Hari ni kwn kau pakai jam mahal. Tak lame. Kau pun dah berjam mahal. Bukan setakat mahal..lagi mahal! Tapi aku mmg xpuas ati jgk. Ape pasal kau tetap lewat? Jam kau salah setting ke ape. Eh xkan pulak. Jam mahal tu. Ke mmg kau xreti tgk jam? Eeehhhhh!!! Tak puas ati btl la!


Hal 5
Aku bukan byk duit. Kdg2 aku pun sengkek. Tp kdg2 jgk aku ade duit lebih. Kdg2 dgn senang ati aku meminjamkan pd makhluk2 yg kesempitan. Bukan seperti along mahupun bank2 yg memasukkan interest dlm sistem pinjaman mereka. Aku mementingkan keikhlasan dan kepercayaan yg 1 ari nt akan dpt blk duit tu. Tp ntah kenapa lama kelamaan keikhlasan tu hilang. Rasa nk upah gangster pukul kau, potong jari kau bila tgk kau ade duit tp kau buat2 lupe psl hutang kau dgn aku. Eh eh panas je ati aku nih.


Hal 6
Untuk ke mana2, aku sebolehnya akan cube mengelak dr melalui lebuhraya. Bukan ape. Nak jimat kos punye psl. Biar lambat skit, sesat2 pun xpe. Hahaha. Tp ni cite masa dulu lah. Time kewangan xbrape stabil. Time masa masih panjang. Time mood utk memandu masih tinggi. Sekarang aku lebih suke utk cpt sampai ke destinasi. Biar brape tinggi kos pun xkisah. Asalkan sampai dgn cpt. Badan ni rs mcm dah xseronok utk berlame2 dlm kete. So aku memilih highway. Bila dah lalu highway, pun ade mnde yg puas ati lg. Tiap highway mesti ade tol kan. Dah la mahal. Harap-harap pekerja tol tu sorg girl la. Bukan setakat girl. Tp girl yg cun, siap pakej senyuman yg menyejukan ati. Hancur beb. Lari tune aku. Bila yg menyambut tu seorg laki2 yg xsiap.. siap senyum. Geli weh! Tak puas ati betul. Travel punye jauh. Duit korek2 celah kusyen, celah desbod..tetibe nk byr...ahhh xlalu la nak cite. Phm2 sendiri la weh.



Dah la. Lenkali aku smbung blk. Byk lg xpuas ati ni. Pasal drebar bas bwk mcm bangang. Pasal pekerja restoran bau longkang. Pasal macai yg berlagak bos..ha ni lg sekor. Ko tunggu la 1 ari nt budak2 sound tepek atas muka ko. Boleh gaduh bai. Lu jgn bt pasal. Gua serius ni.

Entry Khas Utk Awk

15 September

Dari setat kite kapel, awk slalu suruh sy ingat tarikh ni.. tarikh lahir awk. Sy tau awk. Sy tau sy lembab. Sbb tu awk slalu ingatkan sy. Selalu buat soal jwb ttg tarikh2 penting kite. Dan selalu jgk sy jwb salah, lupe, xingat.. walaupun sbnrnye sy xpnh lupe tarikh2 tu. Sy saje je nak usik awk.



Dari setat kite kapel, awk slalu ckp awk da gemuk. Dan tiap kali awk ckp cmtu, tiap kali tu jgk sy nafikan. Sy ckp awk cantik cmni. Tak gemuk sgt, tak kurus sgt.. sy suke. Sy terima awk seadanya. Awk senyum sampai telinge.


Dari setat kite kapel, sy slalu ingatkan awk. Sy ni da tua. Umo da lanjut. Boleh ke awk trime sy. Awk ckp xkisah. Awk suke lelaki matang, lebih tua. Lgpun awk ckp sy xnmpak tua pun. Tp sy tau. Awk saje nak amik ati sy kan?


Hari ni genap umo awk 19 tahun. Sampai skrg sy masih ssh nak pcye. Ditemukan dgn awk, yg jauh lbh muda dr sy. Dah rs mcm Dato K pun ade. Tp sy bersyukur. Rasa bertuah sgt. Awk sgt istimewa. Awk tau x tu?




Moga kasih syg kite berkekalan selamanya.

Selamat Hari Lahir Sayang.

Dia

Org nk ckp aku meroyan dlm blog ke, merapu-rapu ke, tacing lbh-lbh ke, aku xpedulik dah. Yg penting aku hepi. hahaha. Hari ni setelah beberapa minggu dgn dia, aku rs kekosongan hati aku dah diisi semula. Terima kasih awk. Di saat sy kesorangan, awk muncul menceriakan keadaan. Bersama awk sy rs lebih tenang. Awk byk bantu sy lupakan kesedihan, ketensionan, keserabutan, kemarahan sy. Awk buat sy rs dihargai, rs diperlukan, rs ensem..eh eh rs disayangi. Harap-harap sy xmengecewakan awk.

Ya Tuhan. Kau peliharalah hubungan kami. Teguhkanlah iman kami. Lindungilah kami dr anasir-anasir luar yg boleh menggugat hubungan kami. Jauhkanlah kami dr hasutan syaitan yg boleh membawa kami ke lembah kehinaan. Aminn..


Kenapa..

Hari ni...ntah kenapa. hati rasa tersiksa melihat kebahagiaan org lain. kenapa..kenapa...

Kenapa aku begini~