Lawak ke?



Ini macam pun ade ke? Nak bergurau pun agak-agak la bro.
Lagi pendapat org ramai. Bleh usha sini.

Bagaimana Video, Gambar Peribadi Boleh Tersebar

Situasi 1

Kau simpan segalanya dalam laptop tanpa menyembunyikannye. Pada suatu ketika ketika kau leka, seorg kwn menggunakan laptop kau. Tanpa kau sedari segala maklumat, data-data peribadi kau dimuat turun ke device lain. Dari sini ianya boleh bermula.


Situasi 2

Kau simpan segalanya dalam laptop tanpa menyembunyikannye. Pada suatu ketika, laptop kau problem dan perlu dibaiki. Tanpa memindahkan segala data peribadi ke tempat lain, kau menghantar laptop ke kedai utk repair. Nasib xbaik, segala data ini dimuat turun oleh tukang repair td. Dari sini jgk boleh bermula penyebaran.


Situasi 3

Kau berkongsi data peribadi dgn seseorg lain spt bersama pasangan atau ahli keluarga. Pada suatu ketika, something happend dlm hubungan tersebut. Sakit hati yg mungkin wujud menyebabkan ade pihak bertindak menyebarkan data peribadi ini utk tontonan umum dgn niat menjatuhkan maruah dan membalas dendam. Maka tersebarlah ia.


Situasi 4

Melalui telefon bimbit. Telefon bimbit kau canggih. Segala jenis aktiviti, mane je kau pegi, sebolehnye sume kau nak rekod, nak amik gambar. Test suar dalam pun nak amik gambar. Bongok. Pastu tanpa kau sdr, kawan kau selongkar telefon kau dan jumpe segalanya tu. Maka situasi 1 berulang di sini.


Situasi 5

Kecurian. Samada telefon mahupun laptop kau dicuri org. Bila terjadi spt ni, xde ape lg boleh dibuat selain menyalahkan diri sendiri dan berharap ianya dijumpai semula atau sekurang-kurangnye maklumat dan data-data di dalamnya tidak disalahgunakan. Aku sendiri pun sgt risau klu terjadi pada aku. Gile ape. Macam-macam ade dlm tu. Tak senang tido beb!


Kesimpulannya.

Jaga barang-barang kau sebaiknya. Jgn sampai jatuh ke tgn pihak yg xbertanggungjwb. Tak payah la nak bergambar bogel, bersosial, minum arak, rakam aktiviti maksiat kau dan simpan segalanya. Nak buat ape sume tu? Supaya bila kau tua nanti, kau boleh menonton semula bersama isteri dan anak-anak? Nonsense! Aku pun xpaham. Bile dah terdedah, baru nak menggelabah. Menyesal pun xde guna dah. Sendiri yg bodoh.



Baru-baru ni aku ade tgk-tgk henpon seorg rakan tanpa pengetahuannya. Maklum la enpon canggih. Nak tau jgk la ape yg bestnye enpon tu. Ehh ehh ade video best la. Gambar-gambar pun best. Aku layan la jap. Aku dpt tgk beberapa aksi tanpa pakaian rakan aku ni dgn sorg pompuan yg aku knl jgk. Awek dia la ni. Direkod dgn jelas gambar dan suaranye. Canggih btl la enpon ni! Stim Terkejut jgk aku. Berderau darah naik sampai ke kepala.

Ni kalau aku amik, buat modal ugut dia best jgk ni. Nasib baik la aku masih waras time tu. Masih boleh pikir secara positif. Aku mintak maaf kwn. Aku xsengaja tertengok. Mane la aku tau ade mende-mende tu dlm tu. Tapi xpe. Aku tak amik pun. Aku pun xkan cite kat sape-sape. Hahaha. Tapi kau pikir sendiri la ye. Cmane kalau yg tertengok ni bapak kau, mak kau, opah kau, atau adik-beradik kau. Cmne pulak kalau video dan gambar-gambar tu terjatuh ke tgn pihak lain. Bahaya beb. Sebelum berlaku pape, do something okeh. Ni nasihat ikhlas dari sorg kwn yg mengambil kesempatan berat. Peace!

Ngedate

Ape org akan buat bile tgh dating berdua-duaan berpegangan tgn dgn makwe/pakwe, tetibe terserempak dgn kenalan/kuarge/osmet/opismet/kampungmet yg juga tgh dating.
  1. Melepaskan tgn makwe/pakwe lalu bersalaman dan bertegur sapa secara ramah dgn kenalan/kuarge/osmet/opismet/kampungmet tersebut.
  2. Terus bertegur sapa dgn kenalan/kuarge/osmet/opismet/kampungmet sambil terus memimpin tgn makwe/pakwe.
  3. Buat muka selamba dan hanya melemparkan senyuman pada kenalan/kuarge/osmet/opismet/kampungmet tersebut.
  4. Buat xtau je/pura-pura xkenal/pura-pura xnampak dan terus berlalu pergi.
  5. Menyorok/melarikan diri.

Kalau kenalan/kuarge/osmet/opismet/kampungmet perasan aku dan nampak dgn jelas aku atau berselisih dgn aku, biasanye aku akan buat kaedah 3. Melainkan dia tegur aku dulu.

Kalau
kenalan/kuarge/osmet/opismet/kampungmet xperasan aku tp aku perasan dia, aku akan buat kaedah 4/5. Ngahaha.


Sejak last-last time ni asik la terjadi. Pegi tesco pun ade. Pegi Jusco punn..pegi Mydin pun..Midvalley, Wangsa Walk, The Curve, Low Yatt apetah lg. Haihhh..

Nak ngedate kat Amerika la gini *-*

Genap 5 Tahun

Alhamdulillah..

Diam xdiam hari ni genap sudah 5 tahun aku bekerja di MPC. Yeah! Cepat betul masa berlalu. Tak rasa pape pun. Klu ade anak ni, dah boleh masuk tadika dah.

5 tahun. Nampak mcm dah stabil idup. Macam dah xde masalah. Hakikatnya aku je yg tau. Ntah ape aku buat dlm tempoh ni pun aku xtau. Takde ape yg bleh aku banggakan. Pencapaian aku xsebagus mane pun. Nak bercerita pada kwn-kwn, pada keluarga jauh same skali.

Sekarang umur aku dah nak masuk 27 tahun pun. Aku perasan ramai org lain sebaya aku ketika ni dah pun ade keluarga sendiri, ade idup yg stabil. Tapi rasanye aku masih xjauh beza dgn 5 tahun dulu. Masih tercari-cari jalan yg harus diikut. Masih blom terbyg masa dpn sendiri. Masih sdg bergelut setiap hari.

Agak-agak 5 tahun lg aku kat mane ye? Ape lg yg boleh aku capai dlm tempoh 5 tahun akan dtg? Mungkinkah aku dah boleh tersenyum ketika itu?


atau mungkin aku masih begini..


Uurrggghhhhh...dok pikir-pikir sampai bile pun xabis. Harap aku akan lbh positif, lbh rajin selepas ni. Harap-harap akan lbh murah rezeki. Aminnnnn!!