Periuk Nasik

Woahhh lame gile xupdate blog. Kesibukan dgn projek baru. Tugasan baru di luar kawasan penugasan asal. Bermula April 2011. Aku berpeluang menguji keupayaan diri dgn terlibat dgn projek baru yg melibatkan sesuatu di luar bidang pekerjaan aku sebelum ni. Berpeluang meningkatkan kemahiran, menambah pengetahuan, mempelajari sesuatu yg baru. Alhamdulillah. Peluang yg mungkin sukar diperoleh di tempat dan masa lain.


Sejak akhir-akhir ni aku dah jrg post something yg melibatkan periuk nasik aku. Bukan ape. Asik buat benda yg same. Nak cite psl dtg lambat ke opis, mengulor di restoren berjam-jam, mendonlod muvie, menstream Youtube, men game.. wadehel?!


Cabaran baru je bermula. Belum dpt aku pastikan samada aku boleh melakukan atau tak. Buat masa ni keadaan masih terkawal. Masih terbaek. Bekerja secara berkumpulan sememangnya sgt membantu. Dpt dirasakan harapan tinggi diletak di bahu utk deliver mende ni dgn jayanya. Semoga segalanya berjalan dgn lancar.





-25 April 2011-

Hati-hati



Aku tau ramai yg dah tgk video ni. Ni menunjukkan jenayah pada masa sekarang boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Kdg-kdg bleh berlaku dpn mata kita sendiri tanpa kita boleh buat ape-ape. Menyedihkan bukan?


Bila jd cmni, nak salahkan sape? Penjenayah mmg dah tentu salah tp dorg cuma mengambil peluang. Klu kita tutup semua peluang yg ada, mungkin perkara cmni boleh dielak. Dlm kes ni contohnya, pemilik kenderaan sepatutnya tidak meletak brg berharga dlm kenderaan di tempat yg mudah dilihat dan dicapai. Kdg-kdg jenayah boleh berlaku dlm keadaan yg kita xpernah duga. Menyesal pun dah xguna.


Ada sesetgh pihak menyalahkan pihak berkuasa ttg beberapa peraturan jalan raya yg dirasakan tidak patut ada dan menyusahkan org. Peraturan tinted cermin contohnya. Ada kebaikan dan ada keburukan tinted ni. Pertamanya utk keselamatan pengguna kenderaan tu sendiri. Kualiti tinted yg baik sgt penting agar cermin kenderaan tidak mudah pecah / dipecahkan.




Macam video ni. Kita xkan tau klu nak jd pape. Ape yg kte bleh buat cume persediaan. Sentiasa ambil langkah keselamatan. Ape saje tindakan yg boleh diambil utk tingkatkan faktor keselamatan kenderaan, buat je. Jgn berkira sgt psl kos, psl rupa bentuk yg mungkin kurg menarik. Yg penting keselamatan nyawa dan barangan peribadi.


Tp psl tinted jgk, bygkan klu semua kenderaan kereta, bas dan lori bercermin gelap. Tak sesuai jgk la rsnye. Jenayah atau kecemasan yg berlaku dlm kenderaan sukar dikesan. Ape yg penting kualiti tinted itu sendiri. Tahan lasak dan tidak panas.


So same-same la kite amik pengajaran. Juz pendapat peribadi. Mungkin ada yg kurang bersetuju. Pada aku, ni la jln yg terbaik. Sentiasa berwaspada, tutup semua peluang utk jenayah-jenayah ni drp berlaku. Biar kete kecik, buruk xpe. Janji lengkap dgn ciri-ciri keselamatan yg terkini. Keh keh keh. Berhati-hati la ye! :)

Isu Semasa

Hohh dah lame xupdate. Mood utk update blog xbrape baik. Lebih kpd mood menerjah blog-blog org lain, mood utk selongkar Youtube. Dua tiga hari ni org sume sibuk bercakap psl Maharaja Lawak, AF9 dan ABPBH yg baru lps ni. Bagi politikus-politikus di negara ni pulak masih lagi dgn isu video seks ketua pembangkang tuh. Haihh xabis-abis.


Pada aku yg kurang berminat dgn isu-isu politik ni, mmg mls nak amik pot lah. Nak bercerita jauh sekali. Cukup sekadar tahu serba sedikit. Nanti bila org bertanye ke, bersembang-sembang ke xde la aku buta kayu kat situ. Biarlah. Selagi perkara tu xganggu kehidupan aku, keluarga aku, periuk nasik aku, lantak korang lah.


Berkenaan ABPBH, aku pun xketinggalan menyaksikan sendiri di tv pada mlm tu. Pada aku xkisah la sape menang ke, sape kalah ke. Aku takde mengharapkan sape-sape pun utk menang kategori ape pun. Lain la klu isteri aku ke yg tercalon. Mmg la aku hrp dia menang. Heheh. Tapi nak komen jgk lah. Keseluruhannye best la. Pengacara best, persembahan best, gimik pun best. Dan bg aku ABP ni beri advantage pada artis yg dah sedia popular. Mengkayakan lagi dorg yg dah sedia kaya / byk job. Bg artis yg kurang popular, xbyk job, jgn hrp la nak bwk blk pape dari majlis ni kan. Haha!


Pasal Maharaja Lawak lak. Aku mmg pengikut rancangan Raja Lawak sejak musim pertama lagi. So sape yg dikatakan lawak, sape xlawak, sape lawak bodoh, sape bodoh lawak, sume aku tau la. Kira kenal la kebanyakan peserta RL ni. Bila ML diwujudkan sekarang ni aku jadi bertambah excited la nak tgk. Juara-juara RL setiap musim bertanding dlm 1 program. Perkiraan aku mmg akan pecah perut. Rating mesti naik gile-gile punye. Hari tu aku lepak kedai makan kat Wangsa Maju. Sume kedai pasang chanel 105 layan ML ni. Berdekah-dekah makcik pakcik, anak-anak gadis bantai gelak kat situ. Sebelum bermula, ramai org dok letakkan peberet peserta utk ML ni. Aku sendiri pun ade peserta peberet aku. Tapi xdela sampai nak bergaduh kat Youtube, kat forum sana sini. Bodo ape. Aku pilih Nabil, Sepah, Jozan, Balas, Jambu sbg top 5 ML ni. Yoshh..!!


AF9 dah pun bermula. Tapi aku xknl sgt pun pesertanye. Mmg tiap tahun pun aku xpnh nak ikut AF ni. Walau pun aku tau budak-budak AF ni mmg cun-cun, seksi-seksi, jambu-jambu blake. Aku rasa sbb yg jambu-jambu tu la buat aku geli nak lyn AF kot. Hahahahh!!!


Ape lg ye? Ohh psl simbol misteri yg ramai org dok perkatakan. Kat tv tgh-tgh iklan pun kdg-kdg ade jgk muncul simbol ni. Pebende ni weh? Macam-macam pendapat dah aku jumpe. Ade yg anggap ni gurauan. Ade yg anggap ni petanda bencana. Ade yg ckp makhluk asing nak dtg Bumi la. Pengaruh movie kuat sgt ni aku rasa. Kebanyakan pendapat menjurus kpd seram, takut la. Klaka jgk kdg-kdg. Buat masa ni aku sendiri masih ternanti-nanti. Simbol apekah ia. Jgn nak macam-macam ye. Aku dah la xkawen lagi. Hutang pun byk lg lom setel ni. Haihh..