Hohh dah lame xupdate. Mood utk update blog xbrape baik. Lebih kpd mood menerjah blog-blog org lain, mood utk selongkar Youtube. Dua tiga hari ni org sume sibuk bercakap psl Maharaja Lawak, AF9 dan ABPBH yg baru lps ni. Bagi politikus-politikus di negara ni pulak masih lagi dgn isu video seks ketua pembangkang tuh. Haihh xabis-abis.
Pada aku yg kurang berminat dgn isu-isu politik ni, mmg mls nak amik pot lah. Nak bercerita jauh sekali. Cukup sekadar tahu serba sedikit. Nanti bila org bertanye ke, bersembang-sembang ke xde la aku buta kayu kat situ. Biarlah. Selagi perkara tu xganggu kehidupan aku, keluarga aku, periuk nasik aku, lantak korang lah.
Berkenaan ABPBH, aku pun xketinggalan menyaksikan sendiri di tv pada mlm tu. Pada aku xkisah la sape menang ke, sape kalah ke. Aku takde mengharapkan sape-sape pun utk menang kategori ape pun. Lain la klu isteri aku ke yg tercalon. Mmg la aku hrp dia menang. Heheh. Tapi nak komen jgk lah. Keseluruhannye best la. Pengacara best, persembahan best, gimik pun best. Dan bg aku ABP ni beri advantage pada artis yg dah sedia popular. Mengkayakan lagi dorg yg dah sedia kaya / byk job. Bg artis yg kurang popular, xbyk job, jgn hrp la nak bwk blk pape dari majlis ni kan. Haha!
Pasal Maharaja Lawak lak. Aku mmg pengikut rancangan Raja Lawak sejak musim pertama lagi. So sape yg dikatakan lawak, sape xlawak, sape lawak bodoh, sape bodoh lawak, sume aku tau la. Kira kenal la kebanyakan peserta RL ni. Bila ML diwujudkan sekarang ni aku jadi bertambah excited la nak tgk. Juara-juara RL setiap musim bertanding dlm 1 program. Perkiraan aku mmg akan pecah perut. Rating mesti naik gile-gile punye. Hari tu aku lepak kedai makan kat Wangsa Maju. Sume kedai pasang chanel 105 layan ML ni. Berdekah-dekah makcik pakcik, anak-anak gadis bantai gelak kat situ. Sebelum bermula, ramai org dok letakkan peberet peserta utk ML ni. Aku sendiri pun ade peserta peberet aku. Tapi xdela sampai nak bergaduh kat Youtube, kat forum sana sini. Bodo ape. Aku pilih Nabil, Sepah, Jozan, Balas, Jambu sbg top 5 ML ni. Yoshh..!!
AF9 dah pun bermula. Tapi aku xknl sgt pun pesertanye. Mmg tiap tahun pun aku xpnh nak ikut AF ni. Walau pun aku tau budak-budak AF ni mmg cun-cun, seksi-seksi, jambu-jambu blake. Aku rasa sbb yg jambu-jambu tu la buat aku geli nak lyn AF kot. Hahahahh!!!
Ape lg ye? Ohh psl simbol misteri yg ramai org dok perkatakan. Kat tv tgh-tgh iklan pun kdg-kdg ade jgk muncul simbol ni. Pebende ni weh? Macam-macam pendapat dah aku jumpe. Ade yg anggap ni gurauan. Ade yg anggap ni petanda bencana. Ade yg ckp makhluk asing nak dtg Bumi la. Pengaruh movie kuat sgt ni aku rasa. Kebanyakan pendapat menjurus kpd seram, takut la. Klaka jgk kdg-kdg. Buat masa ni aku sendiri masih ternanti-nanti. Simbol apekah ia. Jgn nak macam-macam ye. Aku dah la xkawen lagi. Hutang pun byk lg lom setel ni. Haihh..
0 komen:
Post a Comment