Aku tau ramai yg dah tgk video ni. Ni menunjukkan jenayah pada masa sekarang boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Kdg-kdg bleh berlaku dpn mata kita sendiri tanpa kita boleh buat ape-ape. Menyedihkan bukan?
Bila jd cmni, nak salahkan sape? Penjenayah mmg dah tentu salah tp dorg cuma mengambil peluang. Klu kita tutup semua peluang yg ada, mungkin perkara cmni boleh dielak. Dlm kes ni contohnya, pemilik kenderaan sepatutnya tidak meletak brg berharga dlm kenderaan di tempat yg mudah dilihat dan dicapai. Kdg-kdg jenayah boleh berlaku dlm keadaan yg kita xpernah duga. Menyesal pun dah xguna.
Ada sesetgh pihak menyalahkan pihak berkuasa ttg beberapa peraturan jalan raya yg dirasakan tidak patut ada dan menyusahkan org. Peraturan tinted cermin contohnya. Ada kebaikan dan ada keburukan tinted ni. Pertamanya utk keselamatan pengguna kenderaan tu sendiri. Kualiti tinted yg baik sgt penting agar cermin kenderaan tidak mudah pecah / dipecahkan.
Macam video ni. Kita xkan tau klu nak jd pape. Ape yg kte bleh buat cume persediaan. Sentiasa ambil langkah keselamatan. Ape saje tindakan yg boleh diambil utk tingkatkan faktor keselamatan kenderaan, buat je. Jgn berkira sgt psl kos, psl rupa bentuk yg mungkin kurg menarik. Yg penting keselamatan nyawa dan barangan peribadi.
Tp psl tinted jgk, bygkan klu semua kenderaan kereta, bas dan lori bercermin gelap. Tak sesuai jgk la rsnye. Jenayah atau kecemasan yg berlaku dlm kenderaan sukar dikesan. Ape yg penting kualiti tinted itu sendiri. Tahan lasak dan tidak panas.
So same-same la kite amik pengajaran. Juz pendapat peribadi. Mungkin ada yg kurang bersetuju. Pada aku, ni la jln yg terbaik. Sentiasa berwaspada, tutup semua peluang utk jenayah-jenayah ni drp berlaku. Biar kete kecik, buruk xpe. Janji lengkap dgn ciri-ciri keselamatan yg terkini. Keh keh keh. Berhati-hati la ye! :)
0 komen:
Post a Comment