Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Dah lame tak mancing

Kenapa tak boleh ambik gambar baby. lol

Champions League


Ok aku tau dah lambat. Tapi ttp nak tulis kat sini.

Mlm semlm tido awal dan bgn semula jam 2.45pg pasal nak tgk bola. Game antara Barcelona dan Chelsea. Aku bukan peminat fanatik Chelsea tp kira minat la jgk. Dlm EPL Chelsea jatuh team no-2 peberet aku selepas MU. Betul. Iyee. Sumpah xtipu. Hehe.


Dan perlawanan dgn Barcelona mmg dah lame dinanti. Aku pun xminat Barcelona. Mane-mane team yg lwn dgn Barcelona pun aku sokong sbnrnye. Baru-baru ni Barcelona kalah lwn Real Madrid. Pun rasa puas sgt. Sepanjg mlm senyum je tido. Kah kah kah.


Dari mula aku mmg dah agak Barcelona akan serang abis-abisan lps kalah 0-1 pd pusingan pertama di Stamford Bridge. Risau jgk klu Chelsea kena ayam mlm tu. Lbh-lbh lg lps John Terry kena red card. Main 10 org lwn team Barcelona. Mmg bale!! Pastu trs Barcelona dpt gol 2 bijik. Hado laahh. Mampos kne tibai ni aku pk. Mau menangis fan-fan Chelsea kat luar tuh.


Tapi lps Ramires dpt score sebijik, aku dah lega. Aku pcye seluruh peminat Chelsea di seluruh dunia pun lega. Team ni rupanya xselemah disangka. Power!! Team Barcelona sebenarnye yg terlebih konfiden. Spt memandang rendah keupayaan player-player Chelsea ni. Di saat-saat akhir tgh Barcelona mengasak, tetibe Chelsea dpt peluang dan Torres score 1 gol lg seterusnya menutup peluang Barcelona utk menang game tu.


Keputusan penuh 2-2. Chelsea layak ke final dgn agregat 3-2. Best. Game yg aku rasa xrugi tgk. Susah woo aku nak bgn pagi tu. Dan pg jam 8 dah kena masuk opis plak. Kena bgn tido bgn tido la jwbnye. Jam kne set alarm brape kali ntah dlm 1 mlm. Mlm ni Real Madrid lwn Bayern Munich plak. Pun nak kne tgk jgk tuh.


Bujang-bujang ni bleh la lyn bola smpai pagi. Tp nt dah kawen lom tau. Hehehe. Go go Chelsea!!

Midvalley

Baru-baru ni aku g tgk wyg kat Midvalley. Dah lame kot xg sane. Ade la dlm 2 taun. Slalunye tgk wyg dekat2 umh makwe aku je. Tapi pasal nak sgt tgk cite The Cabin In The Woods, pegi jgk la ke Midvalley tuh. Dah survey2 kat situ je yg terdekat ade tyg cite tu.


Hari Jumaat mlm aku pegi..full house plak. Kecewa betul. Aku pun beli la siap2 utk hari Ahad. So Jumaat tu tukar plan tgk cite Uncle Usin.

Tau cite Uncle Usin? Lakonan Zizan RL, Johan RL dgn Nabil RL. Nah aku tepek poster.



Aku pun dah usha2 kat blog lain, website lain, ramai yg katakan cite ni sampah. Contohnye sini. Pada aku sampah jgk la. Haha. Betul. Aku hrpkan dpt tgk, dpt lyn lawak yg best lah dari pelakon2 yg best. Rupanye tak. Aku rasa cite ni sesuai utk budak2 bwh umo kot. Bleh la nak lyn gelak2. Cume part yg Julia takut katak tu..xleh blah lawak. Mcm harem. Haha. Dan awek nama Julia ni pun comel jgk :p


Okeh tu jelah. Tak best. Tp klu dah xde cite lain nak tgk lg, dan ade duit lbh2 boleh la try lyn. Haha.




Ok next pasal cite The Cabin In The Woods plak. Cite ni ok sebenarnye. Pasal ritual korban remaja ape bende ntah. Horror. Jalan cite yg di luar pemikiran aku. Pada aku mmg menarik. Tak terpikir lgsg cite ni mcm ni. Cuma ending je aku rasa mcm xbrape best. Aku nak hero dgn heroin selamat. Hepi ending la org ckp. Haha. Ni tak. Last-last mcm serabut gile. Pastu serabut-serabut-serabutt..ttbe abis dah..

Tapi keseluruhan kira best jgk la. Pelakon-pelakon pun hootttt!! Aummmm. Hehe. Nah poster lagi.



Mmg slalunye aku g mane-mane mall pun, cume nak tgk wyg je. Nak men bowling ke. Klu nak bli brg dapur, kat giant kat tesco pun lg sng cari. Klu nak bli baju sluar, kat downtown je slalunye. Jimat. Harge boleh runding. Dan lambat tutup. Bleh pilih-pilih round-round dulu sampai puas. Haha.

Lps ni nak tgk cite Avengers dgn Berani Punya Budak plak. Yosh~~

Racism

Aku xphm kenapa mesti racism. Tak kira lah..

siapa dia

brape umurnya

ape pangkatnya

warna kulitnya

bau badannya

sifat lemah lembutnya

sikap lurus bendulnya



sekalipun dia..

bukan kwnmu

bukan warga negara mu

bukan ada kena mengena dgn hidupmu

bukan seorg kacak sepertimu

bukan secantik citarasamu





Kenapa xboleh melayannya sama rata. Hormati sbg sorg manusia~

Hukum mengaibkan org




Takde ape-ape. Sekadar berkongsi video lama. Sambil muhasabah diri.

Pernahkah aku malukan sape-sape dlm dunia ni. Samada disedari mahupun tidak.

Pernahkah aku membuka pekung org lain, meletakkan org itu dlm situasi dimalukan di hadapan org.

Pernahkah aku membuat cerita, menyebarkan fitnah ttg org lain. Yg boleh menjatuhkan maruahnya sbg seorg manusia.

Pernah rasanya. Byk kali kot. Masyaallah. Besar dosanya.

Daripada memanjangkan cerita kelemahan, keburukan diri sendiri mahupun org lain, ade baiknya diam dan memikirkan ape yg perlu utk perbaiki kelemahan diri dan saling mengingati antara sesama manusia.

Malas basuh

Selalu dgr org ckp

"Asik ujan je skrg. Aku baru basuh moto ptg semlm. Hari ni dah kotor blk."

"Alah biar la kete kotor. Malas nak basuh lah psl minggu dpn nk g keje lg. Mesti kotor blk."

"Aku baru 2 ari lps cuci. Hari ni kau tgk lah. Mcm gampang kotor."

"Kau cuci kete pun besok mesti kotor blk. Gerenti punyee."




Bila dgr org ckp cmni aku diam jelah. Paling tinggi respon pun aku senyum je.

Ape salahnye klu hari2 basuh pun. Jaga kebersihan. Berak. Kan kotor. Kenapa kau boleh basuh berak walaupun besok2 atau jap lg kau nak berak lg. Kenapa. Kenapa xckp "ah mls la basuh berak. nanti nak berak lg. kotor lg."


Sebenarnye mmg kau pemalas. Tak payah la nak bg alasan. Tak payah la nak rosakkan mood aku yg tgh rajin nak cuci kete ni.

Busuk punye org!

Aku maafkan kamu



Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Sedap lagu ni. Part korus byk mengingatkan aku pd kenangan-kenangan lalu. Tp yg lain2 haraamm aku xphm. Haha.

Berita Hari Ini

Bukan nak ckp pasal harimau ke garuda ke. Tp ade 1 lg brita yg lbh menarik bg aku. Ni ha..



Ape daa. Tak baca bismillah la ni. Gelojoh!

Game malam tadi

Rasanye sume tau psl game Malaysia vs Indonesia kul 8 mlm td. Kemenangan 1-0 yg berpihak pada Malaysia. Aku sempat tgk separuh masa pertama kat umah. Lps tu sempat sambung layan 20minit terakhir je kat kedai mkn. Haha.

Lenmcm rasa dia bila menang dgn Indonesia ni. Puas ati! Tgk Man U menang pun xde rasa puas ati cmni!

Tapi kalau dpt lg 2 bijik gol td pun sedap jgk. Tu mamat jersi no-14 la punye pasal ni. Susah sgt nak tolak bola masuk gol. Bukan suruh kejar lari-lari pun. Hulur kaki, hulur kepala je. Pun susah!! Hado laa.. geram pulak aku tgk.

Salah Pilih

Byk kali rasanya. Aku rasakan spt tersalah membuat pilihan. Especially dlm membeli. Klu time membeli, aku slalunya akan tgk rupa dlu. Aku tgk ramai org pkai yg mcm tu, so aku pilih. Tapi bila dah mula pakai, dah lame-lame tu baru aku terpikir semula. Kenapalah aku pilih yg ni. Padahal yg 1 lg tu lg better dr byk segi. Mulalah rasa menyesal. Sudahnye benda-benda tu xpakai pun. Terbiar je. Haihh..

Cakap pasal kawen

Memula ingat nak post psl korban. Tetibe teringat pulak pasal ni.

Ahad lps ziarah rumah bakal adik ipar. Sembang-sembang dgn mak bapak dia. Mmg sikit pun aku xpnh ingat muka makcik ni. Tp dia ckp pnh jumpe aku. Demm. Tp cara percakapan, perbualan makcik ni mmg menyakitkan ati. Tak tau ngape. Sakit btl ati aku. Rasa mcm nak tumbuk pun ade. Aku agak dlm 40-an la umo dia.

Ade skali tu dia tanye aku dah kawen ke blom. Dah tunang ke ape. Aku jwb la belum. Ape jadah pun belum. Pastu aku ckp la mungkin dlm setahun dua lg. N mungkin akan skali dgn adik psl nak menyenangkan. Takpayah nak buat majlis byk. Yela adik beradik kami ni ramai. Rapat-rapat pulak tu.

Uihh laju je pulak makcik ni bangkang. Tak setuju. Katanye bila adik beradik kawen dlm 1 majlis, xbaik. Akan ade masalah nt. Tak dpt anak la. Bercerai la.. tp klu adik beradik lain2 jantina xpe pulak. Pastu siap bg contoh kwn-kwn dia, anak kwn dia lg.. hadoo lahh!

Dlm ati aku pk. Ade lg org yg bpikiran cmni. Tu sume kan kuasa Tuhan. Kehendak Dia. Org yg kawen normal pun, majlis besar-besar pun, ade jgk yg xdpt anak. Ade jgk yg bcerai. Bukan majlis kawen tu yg jd punca. Aku rasa xde kaitan pun. Klu dah mandul, kawen la mcmne pun kann. Ttp xdpt anak. Klu dah mmg bodoh, gila, berpenyakit, dah xbleh nak buat ape. Bercerai la jgk kann. Ape kena ngena dgn kawen serentak pulak?

Kan meriah tuu kawen serentak. Jimat kos, jimat tenaga.. aku pun ade jgk kenalan yg kawen serentak 2 beradik. Ok je. Kemain seronok lg aku tgk. Cuma aku xdela bergaduh dgn makcik ni td. Aku senyap2 je. Dgr je ape dia nak ckp. Dah pendapat dia cmtu. Melawan nt dia pk aku xhormat dia pulak. Kurang ajar. Haha. Tp mmg pun aku rasa mcm nak bertumbuk je ngn makcik tu. Pk org tua je.. n bdn aku kecik.



Err tp btl ke kawen serentak adik-beradik ni xbaik?? Nak kena tanye ustad ni..

Menjelang Final Piala Malaysia 2011

Isap rokok hari2 bazir duit xde rasa ape2. Ttbe nak kuarkn 50rgt skali pun berkira. Kata penyokong setia. Cett!! FAM xpayah la nak amik pot sgt psl mnde2 kecik cmni. Letak harga berape pun. Stadium pada mlm tu mesti penuh punye.




Klu org tanye aku, aku lbh memihak pada Terengganu psl aku pnh tgk team ni main bagus. Kemas, teratur dan finishing pun terbaek. Tp xtau la plak klu kebetulan je ke time tu dorg main bgs. Haha. So aku pilih Terengganu lah. Hehe.

Bila pasukan pilihan kalah

Ni semalam punye cite. 23 Okt 2011.

Man City (6) - Man United (1)
Chelsea (0) - QPR (1)


..Devils sekelian, kita harus berbangga menjadi penyokong Manchester United. Sekurang-kurangnya kita selalu orgasm bersama apabila melihat pasukan Manchester United menang bergaya. Kita klimaks bersama-sama bila Rooney hattrick dan bila kalah, kita juga harus tenang bersama.

Itu adalah lebih baik dari hanya mampu orgasm dengan melihat pasukan orang lain menang. Terklimaks bila lihat Manchester United dikalahkan. Kerana perbuatan hina sebegitu umpama seorang lelaki yang tidak berjaya dipuaskan dengan keupayaan sendiri. Bagaikan mengharap lelaki lain memuaskan ...ahh, tak sanggup aku nak habiskan ayat ni. Saintifiknya, IMPOTENCE!


-sokernet-

Aku suke ayat dia. Haha.

Jarang-jarang dpt tgk Man U kalah dgn jaringan besar cmni. Kat tempat sendiri lak tu. 6 kali bolos. Dah mcm kena bom aku rasa. Mamat Chelsea sorg kat umh ni kemain seronok bersorak tiap kali City gol. Suke beno.

Tgk-tgk Chelsea lak kena lps tu dgn QPR. Amikk. Haha!

RIP


Walaupun aku bukan peminat tegar sukan MotoGP. Tapi berita kemalangan pelumba Marco Simoncelli siang td di Litar Sepang yg membawa kpd kematiannya mmg mengejutkan. RIP :(

Lagi berita -> sini

Sebelum dan selepas

Sebelum kawen @ ade bf/gf

Hidup bebas xde halangan.. dan malangnya xde hala tuju jgk. Boleh kata setiap hari dgn rutin yg sama. Nak buat ape, nak kuar dgn sape, pegi mana, sukahati lah. Nak pakai ape pun. Nak outstation sejauh mana, seberapa lama pun.. xde hal. Takyah pk psl org len. Jg diri sendiri sudehh. Asal duit ade, sume jln. Haha.

Ckp psl duit. Mmg 100% utk diri sendiri je. Tu pun klu kau mmg jenis kedekut nak hulur kat mak bapak kau lah. Nak beli ape, nak mkn ape pun, pandai-pandai lah ikut kemampuan. Boleh bajet2. Takde unsur-unsur luar yg bleh ttbe sedut duit kau tu.

Pergaulan pulak. Dah mmg single. Klu bukan kwn2 atau fmly yg ajak kuar, mmg xkuar la kau kan. Tp ade jgk jenis manusia yg mmg suka jln sorg-sorg. Tgk wyg, g shoping sorg-sorg. Aku dulu pun jenis mcm ni. Jrg kuar dgn kwn-kwn. Selambe g town sorg-sorg jln-jln cuci mata. Pastu bosan, aku blk lah. Nak shoping brg, duit ade brape je. Yela time tu blom keje. Duit mintak ngn mak bapak lg. Utk yg mmg jenis kaki merayau ni pulak, sukati la nak g mne, nk blk kul brape pun kan. Merempit ke ape ke. Bujang kann. Haha.

Bila single ni sng btl. Takyah nak jg ati org sgt. Nak pesbuking atau blogging sepanjang hari pun xpe. Nak apdet segala, nk gosip segala jadah pun xde masalah. Mmg itu je pun kejenye hari-hari. Aku nk tgk lps kawen nt cmne. Sempat ke x kau nk blog, pesbuk sume tu. Selame ni pun ramai dah aku jumpe. Blogger yg sebelum ade awek, seblm kawen, rajin blogging. Tp lps kwen je trs senyap. Haha. Tp yg seblm dgn selps ade balak tu lain skit. Lps ade balak, dok cite psl balak dia je dah. Mcm dia sorg je ade. Ayat pun dah lain. Dem dem.



Selepas kawen @ ade bf/gf

Hidup dah xsetenang dan xsemudah dulu time single. Reporting jd no 1. Baik laki baik pompuan. Same je. Nak pegi mne, buat ape, sume kena share dgn psgn. Jgn nak tipu, jgn nak sorok-sorok. Buruk padahnye klu kantoi. Haha. Tp yg bestnye bila ade yg syg, amik berat psl diri. Perhatian manusia bergelar laki/bini dan bf/gf ni xsame mcm perhatian keluarga. Lainmcm skit. Hehe.

Org ckp sharing is caring. Betul ke xbetul. Jom pk same-same. Share duit. Klu dulu time single, duit kau tu duit kau je la. Tp bila dah kawen or kapel, duit kau tu boleh jd duit dia n duit dia pun boleh jd duit kau. Syok kan? Tp klu dia xde duit? Haa kau bahgi 2 la duit kau yg seciput tu. Haha. Share masalah, share cerita. Yg ni ok sbb bleh kurangkan stress dan juga menyelesaikan masalah tu jgk.

Pesbuk jgk... cme juz apdet psl relationship, psl honeymoon, psl anak... itu jela kot. Haha. Blog pun same. Dulu seblm kapel/kawen kemain pung pang cte psl artis lah, psl politik lah, psl sukan lah, psl isu semasa lah.. tp lps kapel ni dok gedik cite psl deting, psl love syg i lap u.. puiii! Yg dah kawen lak mula cte psl anak. Tu pun klu yg apdet lah. Slalunye ble dah kwen, nk ngadap blog mmg dah xde maknanye. Berkepit kat umh laki bini lg syok katanya.




Aku?? Haha ntah la. Sejauh mne aku bleh teruskn dgn blog ni. Skrg pun aku dah jrg apdet. Selain awek aku, blog ni jela tempat aku bercerita. Ble aku dgn dia, aku akan cite dgn dia. Ble dia xde, aku cite kat sini. Tp nt ble dia dh sentiasa ade dgn aku (dah kawen la ni hehe) aku cite ngn dia jela. Takde la aku cte kat sini dah kan. Haha.

Mebi Satu Poin Lima


Dlm sibuk-sibuk komen, kutuk myvi yg ni, ttibe kuar lak myvi SE1.5 yg mcm best. Walaupun aku bukan la penggemar kete-kete kontot ni, tp aku rasa myvi yg ni mmg mcm best. Nampak la beza. Pemilik-pemilik myvi yg sedia ada mungkin ramai yg akan convert myvi dorg masuk bodikit myvi ni lps ni. Haha.

Dari segi kapasiti enjin tu sendiri pun aku rasa akan tarik minat ramai org utk memiliknya. Sedangkan myvi 1.3 pun sgt selesa dan stabil dipandu laju, ni kan pulak 1.5. Mmg nampak lazat. Heheheh. Ape lg geng.. trad in la myvi lama tu. Hehe.




Terbaek la perodua. Dgr-dgrnye alza pun akan kuar dgn versi yg lbh sporty. Lebih ensem. Tunggu jela.


Teringin jgk nak merasa kete baru ^.^

Beringat sebelum kena



Kecoh dah psl video ni. Ade yg marah, ade yg geram, ade yg xheran dan ade jgk yg mgelakkan kejadian tu. Ape yg mgelikan ati pun aku xphm. Kena rompak bersenjata tu broo!! Selambeeee lu gelak!! Jadah btl.

Premis yg ade cctv keliling pun dorg bleh redah rompak cmtu je. Siap dgn parang bagai. Mmg pendek akal btl. Aku tunggu je polis setelkan kes ni. Harap dpt tgk muka penjenayah ni sume. Ada yg kata budak melayu. Tp xtau la. Aku tgk gelap kurus je sume.

Sbb-sbb cmni la aku xsuke nk bwk laptop utk buat keje kat luar. Pastu lepak lewat mlm, pagi-pagi buta. Laptop, enpon letak atas meja cmtu je. Dgn wallet, dgn kunci kete sume letak atas meja mkn. Klu kena rompak cmni, perompak blk bleh senyumm je. Dpt laptop+enpon+wallet+kete. Pakej!!

Aku ingat lps ni semua premis kena ada guard 3-4 org la lg baik. Dan guard-guard ni diberi kebenaran utk tembak mati trs je penjenayah ni sume. CCTV keliling pun xjd ape. Tak heran pun!

Selamat Hari Raya

Sekarang aku kat KL lg tgh lyn bola sorg-sorg. Kejadahnye? Org lain sume dah blk kg. Rumah jiran sebelah-menyebelah pun dah gelap. Dem dem~

Besok mlm baru aku boleh blk. Itu pun trs blk kg nenek kat Melaka. Kaklong dgn abg ipar baru sampai dr KK besok mlm. Itu pasal hari ni aku masih kat sini. Menunggu dorg, menjemput dorg di KLIA tu dah jd mcm tugas aku sejak 3-4 tahun ni. Urrghh bosan bosann. Berbuke puasa sorg-sorg yg xthn tu!

Memandangkan besok aku nak blk bercuti dah, aku amik kesempatan ni utk ucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Klu ade salah silap aku mintak ampun. Klu ada termakan duit, terlupa byr hutang ke, aku mintak halal lah ye. Tu hutang kete dgn hutang ptptn tu.. klu bleh dihalalkan skali, sedap jgk tu! Ngahahaa!

Raya kali ni xbleh nak enjoy sgt pun. Ada cabaran sdg menunggu selepas ini. Harap segalanya berjalan dgn lancar. Harap semua pihak xterlalu tertekan. Tangani perkara ni dgn tenang. Dpt bekerjasama dgn lbh baik antara ketua dan anak-anak buah. Harap diri sendiri juga akan lbh positif selepas ini.


Isu Bahasa

Aku dah la pnt ni. Baru blk keje. Baru nak online bukak pesbuk ape sume. Skali nak bace status kau kemain susah. Sakitt ati aku ni. Tu la sape suruh gatal-gatal add budak bwh umo ni? Kan da menyusahkan diri sendiri. Tak boleh trime btl la aku pesen gini. Udoh-udoh le weh. Buruk beno bunyinye. Klu loghat negeri ke, pelat daerah ke, boleh trime lg la. Tp ni ha


WTH!! Mmg xterkata la akuu..