Entri pertama

Assalamualaikum

Dah masuk hari ke-3 hari ni di tahun 2012. Rasanye baru je sambut birthday ke-27 hari tu. Tp skrg dah kena sebut 28 pulak.

Minggu lps aku bercuti seminggu. Balik kg. Nikmat yg susah nk dicerita. Dpt tgk muka mak ayah dgn adik-adik hari-hari. Hilang kejap stress. Lg pulak kat kg aku line meksis mcm pun##k. Mintak maap la ye pd encik-encik yg cube kontek aku tu. Bukan salah aku. Pegi salahkan meksis. Aman damai idup aku seminggu xde org kacau. Haha.



Dah lame xpost psl kete buruk aku ni. Kondisi dan prestasi pd masa ni agak memuaskan. Belum ada masalah besar yg boleh menjejaskan bajet 2012 aku. Aku dah plan beberapa perkara besar utk tahun ni. Hrp-hrp berjalan dgn lancar lah. Rasa mcm dah kesempitan masa pulak bila umo dah nk masuk 30 ni.

Nak ckp psl tahun 2011. Alhamdulillah byk benda baru yg aku blaja. Byk jgk yg aku capai. Dari segi kemahiran keje, keyakinan diri, hubgn aku dgn keluarga, bakal keluarga, dan kwn-kwn. Walaupun rezki yg aku dpt pada tahun ni agak berkurang dr tahun sebelum2nya. Tp harap-harap bonus nt dpt la lbh skit. Haha.

Tu jela kot buat masa ni. Nanti apdet lg lah. Harapan aku utk tahun 2012 ni, moga rezki aku di sini semakin murah. Moga dimurahkan rezki jgk utk mak ayah aku, utk bos, utk kompeni tempat aku cari mkn ni skali. Moga diberi kesihatan yg lbh baik. Moga aku dpt luangkn lbh byk masa bersama keluarga aku. Moga segala yg dirancang berjalan lancar. Moga negara ni makin aman dan sentiasa aman lah!!


Selamat datang 2012.

Aku maafkan kamu



Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Sedap lagu ni. Part korus byk mengingatkan aku pd kenangan-kenangan lalu. Tp yg lain2 haraamm aku xphm. Haha.

Aku suka tgk aksi kete drift

..dan aksi org dlm kete yg tgh drift ni mmg mmg mmg lawak. haha.







Cuti Peristiwa

Assalamualaikum

Selalunya cuti peristiwa diberi pada hari peristiwa itu sendiri. Tapi kali ni cuti dpt sehari sebelum hari peristiwa. Amacam? Best cuti? Haha.



13 Disember
Selamat Hari Lahir buat diri sendiri. Mohon doa supaya sentiasa sihat walafiat, sentiasa ensem, sentiasa tough, sentiasa digilai oleh wanita cantik bernama F. Semoga semakin murah rezeki menjelang usia emas yg bakal ditempuh beberapa tahun lg. Semoga segala apa yg dirancang dpt berjalan dgn lancar.

Dan semoga dpt jadi seorang muslim yg betul-betul mengikut perintah-Nya. Aminnn.

Bila MU kalah kpd Basel pagi tadi

genius tp mkn dalam. haha



Macam bese la. Ade yg suke dan ade yg xsuke. Dan yg paling suke dgn kekalahan ni pastinye peminat2 team lain di EPL. Aku mmg kecewa la. Tp bukan xsuke. Sbb skrg prestasi Mu mmg mcm tahik pun. Bosan. Dah kehabisan gol agaknye player2 MU ni.



Byk lg sebenarnye yg dorg dok merepek-repek kat pesbuk tu. Cume mls je aku nak printscreen. Apepun MU ttp di hati. Haha.