Pantang Larang Org Dulu2

Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.

Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.



Singkap Rahsia Diri

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Memicit atau memegang hidung
>>Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
>>Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan
>>Suka ikut kepala sendiri
>>Pentingkan diri sendiri
>>Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

Bermain dgn tangannya
>>Mempunyai tahap humor yang tinggi
>>Pandai berjenaka
>>Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati
>>Jenis open minded

Mematahkan jari jemarinya
>>Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
>>Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

Menggigit kuku
>>Gugup dan gementar bila berbicara
>>Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Memintal hujung rambut
>>Suka berkhayal
>>Sukar diperdayakan
>>Keras kepala

Menongkat dagu
>>Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
>>Suka mendengar masalah teman2
>>Setia dlm persahabatan

Suka letakkan tangan atas meja
>>Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
>>Peramah
>>Suka bergantung pada orang lain

Menggosok 2 telapak tangan
>>Ramah dan berfikiran matang
>>Suka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2
>>Muudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

Memutar cincin
>>Sangat menepati janji
>>Berhati2 dlm tutur kata
>>Gemar hidup yang teratur


Buruk Sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan.
Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


Adakah Cinta Perlukan Sebab?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :-

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai..dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."



Budin Benci Kucing

kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.


Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.


Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.


Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah rancangan jahat Budin.


Pucuk dicita ulam mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbannya si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.


Tapi, kegembiraan hanyalah sementara apabila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.


Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.


Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. "Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak?"tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar."Ada, ada dekat depan pintu tu ha.Kenapa? "tanya Gayah kehairanan."Panggil dia!" herdik Budin dengan nada yang tinggi."Kenapa?" tanya Gayah lagi."Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.."



Sikap Wanita Yg Perlu Lelaki Tahu

Buat lelaki2 di luar sana...artikel ni aku ambik dari blog seorang wanita untuk tatapan anda semua. Sekiranya tidak bersetuju dgn apa yang dinyatakan....jangan segan2 untuk suarakan komen anda (^_^)


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja gagang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Think about It!



Kewujudan Hantu di Bulan Puasa

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku nak berkongsi cerita dan pandangan dengan korang. Baru-baru ni dalam bulan puasa ni la..kawan aku mengalami gangguan makhluk halus di rumah sewanya di Kajang. Menurut ape yan
g diceritakan sendiri oleh beliau, gangguan yang dialami bukanlah berbentuk rupa tetapi kemunculan imej pelik pada photo yang diambil melalui kamera video dan handphone. Semasa beliau tido juga kedengaran seperti ade seseorang sedang menaip di ruang tamu. Juga kedengaran bunyi-bunyi yang tidak diketahui dari mana dtgnya. Memikirkan keadaan yang semakin menjadi2 ni, beliau mendapatkan pertolongan dari seorg ustaz yang diperkenalkan oleh seorang kawan. Dengan bantuan ustaz tersebut rumah yang didiami kembali tenang. Menurut ape yang diberitahu oleh ustaz tersebut, terdapat banyak makhluk halus berkeliaran dalam rumah itu. So persoalannya di sini...adakah kewujudan makhluk2 halus ini betul2 wujud atau sekadar mainan emosi semata2 memandangkan perkara ini berlaku di bulan Ramadhan.

Di sini juga aku sertakan keratan akhbar harian metro yang mungkin dapat menjelaskan keadaan tersebut..

Video klip hantu berleluasa

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro
.com.my

KUALA LUMPUR: Kemunculan video klip memaparkan pelbagai jenis hantu yang didakwa berjaya dirakamkan sama ada secara sengaja atau tidak, pastinya bukan perkara asing di kalangan pengguna Internet sejak kebelakangan ini.

Antara beberapa rakaman klip video yang disebarkan melalui emel dan video youtube.com yang didakwa sebagai benar ia
lah ‘Kuntilanak’, ‘Puntianak rimba hijau/taman rusa/puntianak’, ‘Pocong di menara...’, dan ‘Puntianak keluar dari tembok’.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada hantu benar-benar boleh dirakam atau apa yang dipaparkan sekadar permainan teknologi canggih
seperti imej janaan komputer (CGI) dan pindaan suntingan video digital?

Selain itu, di kalangan umat Islam pula, sejauh mana kepercayaan melulu kepada rakaman klip video hantu itu memberi kesan kepada pegangan akidah mereka?

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata imej makhluk halus, iaitu jin atau syaitan tidak mustahil dapat dirakam melalui CCTV kerana mereka boleh berubah dalam apa-apa bentuk dan rupa.

“Makhluk ini tidak akan muncul melainkan untuk menyesatkan manusia dan sebagai orang Islam, kita jangan taksub dengan fenomena begini,” katanya.


Menurutnya lagi, tidak salah mempercayai kewujudan jin dan syaitan, kerana ia ada disebutkan dalam al-Quran dan hadis, namun ia boleh merosakkan akidah jika makhluk berkenaan lebih ditakuti daripada Allah.

“Kita (manusia) dijadikan Allah sebagai makhluk yang lebih bijak dan ‘kuat’ daripada m
akhluk ghaib berkenaan. Sepatutnya, kita ini lebih ditakuti oleh syaitan dan jin.

“Jika ada orang yang sanggup berhenti kerja atau tidak mahu datang bekerja di tempat kerja mereka atas gangguan begini, ia sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Pemantauan Metro Ahad di layar Internet mendapati video klip berjudul ‘Kuntilanak’ dikatakan filem dokumentari yang memaparkan wawancara wartawan stesen televisyen Lativi (kini TvOne) di Indonesia dengan seorang penga
mal ilmu ghaib.

Dalam temubual mengenai keranda yang dikatakan boleh bergerak sendiri pada waktu malam itu, kru Lativi turut merakam pergerakan objek berwarna putih dikatakan Kuntilanak (puntian
ak) yang keluar dari sisi keranda, terbang naik menembusi atas pondok yang menempatkan keranda itu.

Klip video ‘Puntianak rimba hijau’, ‘Pocong di menara...’ dan ‘Puntianak keluar dari tembok’ adalah rakaman menggunakan kamera telefon bimbit dengan mutu video yang kurang baik tetapi masih mampu memperlihatkan objek yang dikatakan hantu itu.

Visual hantu itu disokong dengan bunyi rakaman suara (kecuali video ‘Puntianak rimba hijau’ tanpa audio) orang yang merakam objek berkenaan seperti dalam keadaan kelam kabut dan ketakutan.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa klip video hantu yang dibuat menggunakan teknologi dengan pelbagai tujuan seperti bergurau, ‘main-main’ atau kempen kerjaya.

Contohnya klip video ‘CCTV Story’ (cerita sistem kamera litar tertutup) atau lebih terkenal sebagai ‘Hantu Raffles Place’.

Klip video yang berkualiti tanpa suara ini memaparkan pergerakan dua lelaki yang dirakam melalui CCTV memasuki bangunan pejabat dan lif. Ketika kedua-dua lelaki itu keluar dari lif, muncul satu lembaga dari tempat seorang daripada lelaki itu bersandar yang berjalan sambil menundukkan kepala sebelum hilang dari rakaman CCTV.

Rakaman video ini dikatakan menggemparkan masyarakat Singapura sebelum klip itu tersebar ke Malaysia dan Indonesia.

Cerita sebenar ‘Hantu Raffles Place’ dibongkar oleh pencipta klip video itu, GMP Group, sebuah syarikat perunding pekerjaan se
rantau dan sumber manusia dalam kempen ‘Tiada sesiapapun patut kerja lewat malam’.

Menurut Pengurus Khidmat Korporatnya, George Goh, rakaman video itu dibuat untuk menunjukkan bahaya kerja lewat malam yang tidak menyihatkan dan menimbulkan masalah stres, serta bukanlah suatu kerjaya yang betul.

Sementara itu, sumber Sekuriti Siber Malaysia, berkata, imej berkenaan boleh dikesan keaslian rakamannya jika ‘integriti’ objek berkenaan statik, tiada perubahan warna dan kesan tempelan.

Katanya, jika imej berkenaan konsisten daripada rakaman asal yang dibuat, ada kemungkinan ia adalah visual yang betul.

“Tidak mustahil... boleh berlaku itu adalah imej yang ‘tidak diketahui’ tapi kesahihan rakaman berkenaan perlu ditentukan terlebih dahulu,” katanya.

Pengkaji Aktiviti Paranormal, Muzzafar Zabidin, berkata keaslian video hantu sukar dipastikan dengan hanya menonton video
berkenaan kerana teknologi masa kini memudahkan sesuatu gambar atau video direka dan disebarkan.

“Sekarang, teknologi mudah sangat diperolehi untuk cipta benda-benda sebegitu, memudahkan kita wujudkan seolah-olah hantu itu betul-betul ada di depan kita (dalam video),” katanya.

Menurutnya, filem Hollywood yang dihasilkan hari ini juga menggunakan CGI dengan perisian seperti greenscreen atau bluescreen (skrin hijau atau biru) iaitu teknik menghilangkan warna pada satu latar dan digantikan apa juga persekitaran yang diinginkan.

“Apa lagi pencipta video itu memang pandai berlakon atau ditambah dengan pengetahuan mengedit video digital yang sangat mudah, maka mudah saja hendak mencipta video hantu.

“Mungkin ada individu yang betul-betul tertangkap gambar hantu. Cara terbaik untuk sahkan ialah hubungi pakar fotografi atau pakar video untuk buat kajian,” katanya.

Penyiasat Paranormal, Syed Abdullah Al Attas, berkata imej hantu boleh dirakam walaupun hanya menggunakan kamera telefon bimbit dan selalunya bergantung pada ‘nasib’ seseorang itu untuk berjaya objek yang dikatakan sebagai hantu itu.

Beliau yang terkenal melalui sebuah rancangan televisyen ‘Seekers’ berkata, kesahihan sesuatu imej itu sebagai hantu atau objek ciptaan boleh dibuktikan melalui kajian secara saintifik, namun sehingga kini belum ada pihak yang tampil secara suka rela untuk menjalankan kajian kesahihan rakaman berkenaan.