Kewujudan Hantu di Bulan Puasa

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku nak berkongsi cerita dan pandangan dengan korang. Baru-baru ni dalam bulan puasa ni la..kawan aku mengalami gangguan makhluk halus di rumah sewanya di Kajang. Menurut ape yan
g diceritakan sendiri oleh beliau, gangguan yang dialami bukanlah berbentuk rupa tetapi kemunculan imej pelik pada photo yang diambil melalui kamera video dan handphone. Semasa beliau tido juga kedengaran seperti ade seseorang sedang menaip di ruang tamu. Juga kedengaran bunyi-bunyi yang tidak diketahui dari mana dtgnya. Memikirkan keadaan yang semakin menjadi2 ni, beliau mendapatkan pertolongan dari seorg ustaz yang diperkenalkan oleh seorang kawan. Dengan bantuan ustaz tersebut rumah yang didiami kembali tenang. Menurut ape yang diberitahu oleh ustaz tersebut, terdapat banyak makhluk halus berkeliaran dalam rumah itu. So persoalannya di sini...adakah kewujudan makhluk2 halus ini betul2 wujud atau sekadar mainan emosi semata2 memandangkan perkara ini berlaku di bulan Ramadhan.

Di sini juga aku sertakan keratan akhbar harian metro yang mungkin dapat menjelaskan keadaan tersebut..

Video klip hantu berleluasa

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro
.com.my

KUALA LUMPUR: Kemunculan video klip memaparkan pelbagai jenis hantu yang didakwa berjaya dirakamkan sama ada secara sengaja atau tidak, pastinya bukan perkara asing di kalangan pengguna Internet sejak kebelakangan ini.

Antara beberapa rakaman klip video yang disebarkan melalui emel dan video youtube.com yang didakwa sebagai benar ia
lah ‘Kuntilanak’, ‘Puntianak rimba hijau/taman rusa/puntianak’, ‘Pocong di menara...’, dan ‘Puntianak keluar dari tembok’.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada hantu benar-benar boleh dirakam atau apa yang dipaparkan sekadar permainan teknologi canggih
seperti imej janaan komputer (CGI) dan pindaan suntingan video digital?

Selain itu, di kalangan umat Islam pula, sejauh mana kepercayaan melulu kepada rakaman klip video hantu itu memberi kesan kepada pegangan akidah mereka?

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata imej makhluk halus, iaitu jin atau syaitan tidak mustahil dapat dirakam melalui CCTV kerana mereka boleh berubah dalam apa-apa bentuk dan rupa.

“Makhluk ini tidak akan muncul melainkan untuk menyesatkan manusia dan sebagai orang Islam, kita jangan taksub dengan fenomena begini,” katanya.


Menurutnya lagi, tidak salah mempercayai kewujudan jin dan syaitan, kerana ia ada disebutkan dalam al-Quran dan hadis, namun ia boleh merosakkan akidah jika makhluk berkenaan lebih ditakuti daripada Allah.

“Kita (manusia) dijadikan Allah sebagai makhluk yang lebih bijak dan ‘kuat’ daripada m
akhluk ghaib berkenaan. Sepatutnya, kita ini lebih ditakuti oleh syaitan dan jin.

“Jika ada orang yang sanggup berhenti kerja atau tidak mahu datang bekerja di tempat kerja mereka atas gangguan begini, ia sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Pemantauan Metro Ahad di layar Internet mendapati video klip berjudul ‘Kuntilanak’ dikatakan filem dokumentari yang memaparkan wawancara wartawan stesen televisyen Lativi (kini TvOne) di Indonesia dengan seorang penga
mal ilmu ghaib.

Dalam temubual mengenai keranda yang dikatakan boleh bergerak sendiri pada waktu malam itu, kru Lativi turut merakam pergerakan objek berwarna putih dikatakan Kuntilanak (puntian
ak) yang keluar dari sisi keranda, terbang naik menembusi atas pondok yang menempatkan keranda itu.

Klip video ‘Puntianak rimba hijau’, ‘Pocong di menara...’ dan ‘Puntianak keluar dari tembok’ adalah rakaman menggunakan kamera telefon bimbit dengan mutu video yang kurang baik tetapi masih mampu memperlihatkan objek yang dikatakan hantu itu.

Visual hantu itu disokong dengan bunyi rakaman suara (kecuali video ‘Puntianak rimba hijau’ tanpa audio) orang yang merakam objek berkenaan seperti dalam keadaan kelam kabut dan ketakutan.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa klip video hantu yang dibuat menggunakan teknologi dengan pelbagai tujuan seperti bergurau, ‘main-main’ atau kempen kerjaya.

Contohnya klip video ‘CCTV Story’ (cerita sistem kamera litar tertutup) atau lebih terkenal sebagai ‘Hantu Raffles Place’.

Klip video yang berkualiti tanpa suara ini memaparkan pergerakan dua lelaki yang dirakam melalui CCTV memasuki bangunan pejabat dan lif. Ketika kedua-dua lelaki itu keluar dari lif, muncul satu lembaga dari tempat seorang daripada lelaki itu bersandar yang berjalan sambil menundukkan kepala sebelum hilang dari rakaman CCTV.

Rakaman video ini dikatakan menggemparkan masyarakat Singapura sebelum klip itu tersebar ke Malaysia dan Indonesia.

Cerita sebenar ‘Hantu Raffles Place’ dibongkar oleh pencipta klip video itu, GMP Group, sebuah syarikat perunding pekerjaan se
rantau dan sumber manusia dalam kempen ‘Tiada sesiapapun patut kerja lewat malam’.

Menurut Pengurus Khidmat Korporatnya, George Goh, rakaman video itu dibuat untuk menunjukkan bahaya kerja lewat malam yang tidak menyihatkan dan menimbulkan masalah stres, serta bukanlah suatu kerjaya yang betul.

Sementara itu, sumber Sekuriti Siber Malaysia, berkata, imej berkenaan boleh dikesan keaslian rakamannya jika ‘integriti’ objek berkenaan statik, tiada perubahan warna dan kesan tempelan.

Katanya, jika imej berkenaan konsisten daripada rakaman asal yang dibuat, ada kemungkinan ia adalah visual yang betul.

“Tidak mustahil... boleh berlaku itu adalah imej yang ‘tidak diketahui’ tapi kesahihan rakaman berkenaan perlu ditentukan terlebih dahulu,” katanya.

Pengkaji Aktiviti Paranormal, Muzzafar Zabidin, berkata keaslian video hantu sukar dipastikan dengan hanya menonton video
berkenaan kerana teknologi masa kini memudahkan sesuatu gambar atau video direka dan disebarkan.

“Sekarang, teknologi mudah sangat diperolehi untuk cipta benda-benda sebegitu, memudahkan kita wujudkan seolah-olah hantu itu betul-betul ada di depan kita (dalam video),” katanya.

Menurutnya, filem Hollywood yang dihasilkan hari ini juga menggunakan CGI dengan perisian seperti greenscreen atau bluescreen (skrin hijau atau biru) iaitu teknik menghilangkan warna pada satu latar dan digantikan apa juga persekitaran yang diinginkan.

“Apa lagi pencipta video itu memang pandai berlakon atau ditambah dengan pengetahuan mengedit video digital yang sangat mudah, maka mudah saja hendak mencipta video hantu.

“Mungkin ada individu yang betul-betul tertangkap gambar hantu. Cara terbaik untuk sahkan ialah hubungi pakar fotografi atau pakar video untuk buat kajian,” katanya.

Penyiasat Paranormal, Syed Abdullah Al Attas, berkata imej hantu boleh dirakam walaupun hanya menggunakan kamera telefon bimbit dan selalunya bergantung pada ‘nasib’ seseorang itu untuk berjaya objek yang dikatakan sebagai hantu itu.

Beliau yang terkenal melalui sebuah rancangan televisyen ‘Seekers’ berkata, kesahihan sesuatu imej itu sebagai hantu atau objek ciptaan boleh dibuktikan melalui kajian secara saintifik, namun sehingga kini belum ada pihak yang tampil secara suka rela untuk menjalankan kajian kesahihan rakaman berkenaan.






0 komen: