Air Tangan Org Yg Tak Solat

Sekadar berkongsi

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yang dikisahkan pd zaman Nabi Musa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia tak de zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..

Lalu si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya pun pergilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xperlu minum air kencing anjing hitam, tapi perlu minum air yang lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dr bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air tu. Lalu lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yang meninggalkan solat sampai dikatakan air yang jatuh dr bumbung rumahnya, lbh hina dr air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah..belum air tangan lagi!

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu atau masakan isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah solat. Sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya.. Anak-anak, suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat? Tak tergamak bukan?

Tapi.. lain pulak halnya dengan kita ni. Pagi petang.. mamak!! Teh tarik satu! Roti canai satu! Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. maka gelap lah hati kita. Sebab tu liat nak buat keja2 yang baik. Buat maksiat ligat plak.

Beware apa yang kita makan... Betapa beratnya amalan solat ni. Hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (untuk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yang lemah di bawah tanggunganmu."

Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak!

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Sumber : iluvislam.com juga dari sini

2 komen:

fati said...

me like!

aLi teRaroSa said...

ali terarosa like this.... ade cam fesbuk sket tak? ehehe