Rutin puasa semasa cuti

Jam 5 pagi. Ayah kejutkan bgn sahur. Mak awal-awal lg dah prepare nasik. Gigih btl mak. Mak korg mesti cmni gak kan? Klu aku nak bgn pagi2 panaskan lauk pun jgn harap la. Nak masak spageti jauh skali. Ni siap ikan singgang, ayam goreng, telur dadar, sayur mayur..air milo.. kitorg adik beradik tinggal nak suap, nak telan je. Tu pun liat nak bgn.


Jam 5.50 pagi. Selesai sahur kitorg adik beradik diketuai ayah siap2 ke surau berdekatan utk solat subuh secara berjemaah. Selalunya dlm 7-10 org jemaah je. 5 drp famili aku. Hari-hari muka yg same je. Haihh.. Selesai solat subuh melepak di rumah sambil borak2 sambil tgk tv sambil mengerjakan sesuatu sehingga langit cerah. Ada juga yg sambung tido.


Siang hari selalunya masa dihabiskan di bandar, di soping komplek, di bazar-bazar jualan ramadan klu tidak di rumah. Dekat-dekat nak raya mula buat kuih dgn kakak. Dpt 3-4 jns kuih pun dah kira ok..walaupun blk-blk kuih yg sama setiap taun. Dah tu je yg reti katanya.


Jam 4.30 ptg. Time ni mak dah stat memasak juadah berbuka. Maka aroma2 masakan dr dapur akan mengganggu kosentrasi tidur, menonton jejak rasul dan bergayut telefon. Akibatnya kami adik beradik melepak di halaman sambil bermain bola, badminton atau bermain beskal.


Jam 6.30 ptg. Masing-masing syok layan drama melayu kat tv3. Hingga kakak pun kupas bawang dpn tv. Bila iklan masing-masing berebut-rebut nak masuk bilik air. Bajet ngam-ngam iklan abis, siap mandi. Ape kejadah?! Iklan lg skali, org lain lak mandi. Baik laki baik pompuan, baik tua baik muda, sama je perangai.


Time berbuka. Biasanya yg beso-beso dok semeja ngn ayah, ngan mak berbuka sekali. Yg kecik-kecik amik makanan bwk mkn kat ruang tamu sbb meja mkn xmuat utk 11 ahli kuarga. Menu berbuka selalunya spesel skit dr hari-hari biasa. Nasi tomato, nasi ayam, mee sup, mee tomyam, bihun sup, soto..macam-macam lg la.. dan spt sume org ckp, masakan dr air tgn mak sendiri mmg paling terbaekk bukan? Mabeles! Rasanya pasti diingati dan dikenang-kenang. Selesai berbuka, solat maghrib sendirian..tu pun dah hujung2 waktu. Ish ish ish..


Jam 8.30 mlm. Beramai-ramai bergerak ke surau utk solat isyak dan terawih. Kat rumah tgl 2 org je. Terawih di surau kat sini sebanyak 8 rakaat. Masa yg diambil pun xsampai sejam. Klu bernasib baik lps terawih ade makan-makan sikit.. murtabak spesel sumbangan tokey murtabak kampung aku. Mmg terbaekk. Nak beli sendiri, mhl siot. Tebal, lebar, isi daging saje..lembut lak tu.


Balik terawih. Kembali ke dapur utk berbuka kali kedua..omputih kate seken round la. Tu pun klu sempat. Klu lambat sikit mmg xmerasa la.


Jam 12 mlm. Selesai menonton drama-drama melayu, cite-cite mat saleh, sume dah masuk tido. Mak mmg awal-awal lg lps blk terawih dah masuk bilik. Ayah kdg-kdg tgu kitorg tido sume baru dia tido. Kdg-kdg la.



Habis 1 hari berpuasa. Cuti am. 10 thn lps.



Tahun ni

Jam 5 pagi. Tido.

Jam 5.50 pagi. Masih tido.
**Jam 7 baru bgn gosok-gosok mata smayg subuh sat. Tu pun mujur bgn. Klu x...


Siang hari. Tido sampai tengahari. Lps zohor baru mandi. Pstu tgk tv, online.. tido blk. Petang merayau bazar ramadan cari nasik, cari kuih, cuci mata.


Selesai berbuka. Lepak kat umah lyn chatting, layan pesbuk, layan makwe. Merayau.


Jam 1 pagi. Lampu padam.


Besoknya

Ulang **



Haiihhh~~

0 komen: