Dah hari raya ke brape tah, baru nak update psl raya. Malas gile!
Alhamdulillah. Selepas sebulan berpuasa, ketibaan 1 Syawal disambut dgn penuh kesyukuran. Spt tahun2 lps, kami sekeluarga beraya di Mexico..eh eh Melaka. Atuk nenek walaupun usia dah semakin meningkat, tp masih mampu berpuasa. Kesihatan yg xbrape baik sikit pun xmelemahkan semangat org tua tu utk berpuasa. Seterusnya sama2 bergaya di hari raya.
Tahun ni kami sume dah beso2. Yg mak bapak pun dah makin tua. Tiada lg keghairahan utk letup2 mercun, bakar2 duit beli bunga api. Mlm raya kami berkumpul ramai2 sanak sedara berlonggok dpn tv, berlonggok kat ruang tamu, berlonggok di meja mkn. Ketupat, rendang sudah semestinya. Tak lengkap raya kami klu xde dua ni.
Jiran kami. Jiran atuk kami sebenarnya. Anak2 dia kebanyakannya lebih muda drp anak2 atuk kami. Makanya cucu2 dia juga lbh muda dr cucu2 atuk kami..budak2 je lg. Keluarga ini nmpak mcm best je. Ade bisnesman..ade doktor..ade doktor..ade doktor..ye mmg ramai doktor dlm keluarga ni. Mesti sihat2 dorg ni aku pk. Kete tiap2 tahun tukar. Yg pelik satu family ni pakai kete beso naik 2 org je laki bini. Anak2 dia naik kete len. Kete beso jgk. Saje nak menunjuk la tu. Eh eh termengumpat lak.
Duit raya pulak. Masih ade yg cube2 menghulurkan duit raya bt aku. Ni menunjukkan aku masih maintain muda spt dulu. Tp atas sikap jujur dan tidak mahu mengambil kesempatan, aku trs trg menolak utk menerimanya. Gile ape dpn budak2, dpn org ramai dia hulur. Klu kat belakang2 xpe jgk. 2 ringgit lak tu! Bg la 2 ribu ke, 2 juta ke...
Duit raya lagi. Aku masih menetapkan syarat2 kelayakan yg sama spt tahun2 lps utk mendapat duit raya drp aku. Pertama kau mesti waras yakni tahu dan phm ape itu seringgit yg aku bg tu. Klu bila aku bg seringgit, kau bwk masuk mulut gigit sampai meleleh2 air liur, tu mengguris perasaan aku. Kedua kau mesti tidak terlalu pandai mengira sehingga boleh jd seorg doktor, cikgu, cikgu besar, askar mahupun kuli di syarikat2 swasta...ketegori ni jgn brani2 mintak duit raya ngn aku. Selipar raya sebelah kiri aku bg. Mau?
Cuti raya aku tahun ni tak lame. Tak sampai seminggu pun. Abis cuti aku blk KL, beraya di KL pulak la. Gambar2 raya pun xbyk. Ntah kenapa mcm kurg semangat utk bergambar. Semangat utk mkn pun kurang. Tak byk tempat dpt pegi, xbyk rumah sempat ziarah tahun ni. Tp raya ke-3 aritu sempat ziarah kubur arwah mak, arwah tok dgn arwah tok ayah. Alhamdulillah.
Puasa sudah. Raya pun sudah. Sekarang mau kembalikan mood utk kembali bekerja. Harap2 masih berkesempatan utk Ramadhan dan Syawal akan dtg.
Eh dah bulan 9..cpt btl lahh!!
0 komen:
Post a Comment