Filem Sampah??



Hai sume. Hari ini abg nak kongsi sikit pendapat abg dgn korg sume. Bukan psl sampah, bukan psl bakul sampah ke..bukan bukan. Ni psl filem 2 Alam tu. Yg ramai org ckp filem sampah tu la. Ha'ah filem Dr Rozmey tu.

Abg dah tgk cite tu baru-baru ni. Sebab tu abg selambe nak share ngn korg-korg kat sini.

Ok mane nak stat ye. Korg dah tgk belom? Ngate sana sini bwk cite xbaik je pandai. Aku pun.. eh silap. Abg pun xsuke stail rambut dR tu tp xbermakna produk dia pun abg xsuke ye. Abg iklas sgt byr RM10 utk tiket tu taw. Jauh ke Kepong lg abg g. Padahal dkt2 umah pun bersepah panggung.

Pada abg, cite ni kira suam2 je la. Takde la sampah sgt pun. Ade msg yg dia nak sampaikan. Byk iktibar yg boleh dijadikan pengajaran. Abg sbnrnye xpuas tgk cite ni. Sejam lebih je. Cite psl watak utama (Amy), seorg pondan yg dah fully convert jd pompuan yg dah mati psl bunuh diri. Kisah semasa idup beliau, selang seli dgn proses pengkebumian mayat beliau yg terpaksa tempuh bermacam hlgn. Kira cite dlm cite.. byk flashback. Mula2 abg ingat cite ni psl alam bunian ke, alam jin ke..rupanye alam spesis manusia ni. Boleh la abg tgk. Klu cite hantu pocong ke, langsuir ke, abg mmg xboleh. Lemah semangat. Abg ni nampak je brutal. Penakut jgk dikk!

Kan lg syok klu cite ni dibuat detail sikit. Dari si Amy tu mula-mula elok dlu, bwk pd punca perubahan dia, kisah2 semasa proses transformasi tu, pstu kehidupan dia selepas perubahan tu..sampai la cite2 kematian dia. Ni sikit-sikit nak flashback, ulang psl clubbing, minum arak, main dgn org tu, main dgn org ni, kena rogol pulak.. dok ulang-ulang.. bosan. Tp sound efek nak gempak je. Siram air, gosok tgn, sikat rambut mayat pun nak ade sound seram. Haihh..

Papepun abg ttp nak ucapkan syabas pd sume yg terlibat dlm filem ni. Abg suke pelakon-pelakon dorg ni. Walau ade muka yg xpnh nmpk dlm tiwi pun, dorg berlakon mmg tiptop.


Abg kasi 4 setengah bintang utk filem ni. Ok syg. Tu je buat kali ni. Nanti ada masa abg bt review lg ye.

Babaii yo!

0 komen: