Semoga Cepat Sembuh

17 Julai 2011

Kami bertemu pagi tu. Keadaan dia xbegitu baik. Muka kemerah-merahan. Dari muka sampai sebahagian leher. Pedih + gatal. Kami cuba berfikir secara positif dgn harapan moga ianya tidak berkekalan lama. Tapi sepanjang hari keadaan xbyk berubah. Akhirnya kami ke klinik, cuba mendapatkan rawatan.

18 July 2011

Keadaan masih xbyk berubah. Dia mendapatkan pemeriksaan di HKL. Sampel darah diambil. Perlu kembali ke HKL pada esok hari.

19 July 2011

Selepas pemeriksaan kali ke-2, dia diminta utk terus tinggal di wad utk pemerhatian penuh pihak HKL. Pada masa ini aku xdpt berada dcc nya. Mungkin utk sepanjang tempoh dia di sana.


**** ***************************** *** ************ *********** **


Td sempat 3g kejap. Sedih saya tgk keadaan awk. Saya xtau ape yg berlaku sebenarnya. Sy cuma harap awk tabah. Kuat. Terus bertahan. Walau saya xde kat sana, tp mama ngn papa kan ade. Makan nasik, makan ubat. Cpt sembuh ok. Saya doakan awk cpt sht.

Kwn-kwn tolong doakan kami skali ye.

0 komen: