13 Dec


Sabtu lps baru dpt tau ahad ni sedara-mara nak buat famili day kat Melaka. aku dah serba slh. jemputan kawin bersepah-sepah. nak pegi ke taknak. kang klu xpegi berasa ati plak sekor-sekor. yg menjemput kawin pun bukan baru semalam. setat kapel lagi dah pesan siap-siap.


Malang buat dorg. aku lebih eksaited utk menyertai famili day anjuran mak sedara aku. bertempat di Pulau Besar Melaka, perjalanan pada pagi 13 Disember selama lebih kurang 15 minit dari jeti Anjung Batu berjalan dgn baik sekali. cuaca pun mcm merestui kepergian aku ke sana. walaupun dikerumuni ramai manusia berbangsa india, kehadiran sorg awek spesis melayu bukan ori (asli) separa seksi berseluar tight kuning lebih mencuri perhatian. bersamanya seorg lagi awek spesis melayu bukan ori (asli) berbaju singkat nipis tanpa suar..eh eh bukan ini aku nak cite. dasar mata keranjang. kira-kira seramai 18org berumur sekitar 10-54thn menyertai aktiviti kali ni. walaupun ramai yg tidak dpt turut serta, tapi seronok jgk lah. makanan yg bwk byk-byk tu xla kena kongsi ramai-ramai sgt. hahaha


Lepas psg khemah, mkn-mkn, chit-chat chit-chat, peserta-peserta muda membuat aktiviti menjelajah pulau secara berjalan kaki. yg xbrape muda hanya bersantai di khemah menyediakan mknan tghari. jelajah pulau pada mulanya sgt mengujakan. dgn berbekalkan sekeping peta pulau lukisan tgn yg dipotostet, byk jgk tempat-tempat sejarah ditemukan. yg paling byk makam-makam penduduk terdahulu la. tapi pelik jgk. tiap-tiap makam mesti ade colok dgn bunga-bunga bertaburan. nak snap gambor takut jgk. agak-agak dah masuk 2jam jalan, rasa mcm penat ya rabbi. sume muka xleh blah merengek nak blk. nak mandi laut. maka patah la blk ke pangkal jln tadi.


Aktiviti seterusnya makan tengahari. sungguh nikmat aktiviti tersebut setelah kepenatan berjalan di tgh panas tadi. ikan sardin yg xcukup sifat tu pun dah rasa mcm ciken cop. sgt mabeles woh! dah kenyang nak mandi laut pulak. wah dah tghari. nak rendam lutut pun kena jln ke laut setengah batu. wth! air surut kaw-kaw sampai nmpak segala lumpur-lumpur beserta batu-batuan yg sgt mesra itu. xabis-abis mencuit tapak kaki mulus ku hingga luka-luka berdarah. alang-alang dah nak sampai kuteruskan jua. xlame pun. xsampai sejam dah naik ke darat. apehal mandi laut boleh baring-baring kat dasar? xguna la skill kuak kupu-kupu yg baru aku kuasai awal thn ni.


Dlm perjalanan tadi ada terperasan kewujudan kolam renang di kawasan chalet berdekatan. dah pakat-pakat dgn adik, sepupu sume nak pegi 1 round kat sana plak. bdn dah melekit. rambut pun dah mcm kena taik burung. maka bermula la aksi-aksi terlampau pd hari tu. lompat-lompat, terjun-terjun, kuak kupu-kupu, kuak anjing, kuak katak dan segala jenis kuak dpt dilihat. gaya apungan juga tidak ketinggalan. dtg ke pulau, dan mandi kolam di sana. bukan mandi laut. kedengaran sgt membazir tp kepuasan yg dirasai sgt pelik. pelik. sgt puas.



Akibat kebuasan seharian dari pagi ke ptg, cuaca kejap panas kejap redup. ptg tu lepas mandi tetiba rasa bdn lain macam. kepala biol. mata berpinar. napas panas semacam. ah sudah. blk umah demam. membawak ke besok.

Berakhir sudah 13 Dec 2009..genap aku 25 tahun...

Korban


jgn risau bing. wlauapepun wa xkan benarkan dorg semelih lu. xkan!

Hari ni Hari Raya Korban. Walau xsehebat raya puasa, aku ttp seronok sebab dpt blk cuti dgn fmly aku. Siap apply cuti lebih lg. Tp mak, ayah, abg, kakak dgn adik2 aku sume lg lame cuti. Cis!

Hari ni xbyk aktiviti korban dijalankan sebab hari Jumaat. Besok baru buat korban besar2an kat kampung aku. Dgr2nya 20 ekor lembu! Nampaknya dlm beberapa hari ni, mkn lauk daging je la siang mlm.

Oh sorg adik aku tahun ni ambik SPM. Ada belen 4 paper lagi lepas raya katanya. Moga dpt la dia jwb nt. Kat umh ni pun nmpknya rajin btl study. Kejap2 baca buku. Kejap2 tgk tv. Iklan je baca buku blk. Pelik jgk. Tp xpela. Dah mmg pesen belajar zaman sekarang cmtu gamaknya.

Mata pun dah ngantuk. Mengarang sambil melayan tv. Cmni la jadinya. Entri yg pendek pun boleh sampai 3 jam baru publish. Ish ish ish..

Tadi ayah dah ingatkan besok pagi2 pegi tolong org korban. Maka terpaksa la aku korbankan masa tido aku sedikit utk aktiviti ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

1 malam di Tambun



peristiwa

meng-cek in di sebuah hotel
dgn seorg sama jantina

pilihan bilik

2 single bed with window - full
2 single bed without window

1 queen bed with window
1 queen bed without window
2 queen bed with window - full
2 queen bed without window - full




bdn dah pnt sgt
mls nak pusing2 cari otel lain
belasah aje lahh...

Jalan-jalan cari pasal

mlm ni ntah ape kena
rajin plak jln2 usha blog org
byk blog aku kuar masuk kuar masuk mlm ni
tp yg paling terkesan terkenang2
dan ter-bookmark
ni ha nk cite skit
cite je
link tadak
xkuasee..


Blog 1
menurut ape yg tertulis kat situ, berserta isi2 dan penceritaan
blog tersebut kepunyaan sorg budak umo 5 thn
siap ade facebook badge lg
gambar2 yg ada kebanyakan bukan diambil sendiri
tp org lain yg ambikkan
klu btl budak ni yg empunya tulisan
salute beb
gaya penulisan mcm org dewasa
follower pun ramai bleh thn la
mmg celik it kot budak ni
budak laki


Blog 2
blog kepunyaan sorg Islam
yg sgt menyayangi anjing
dlm blog2 ni byk menceritakan perihal anjing
beserta gmbar2 anjing beserta tuannya
serta pendapat2 ttg anjing
ttg status halal dan haram anjing
juga ttg kisah2 anjing yg lain
serta jenis2 anjing yg terdapat di mukabumi ni
drp sini aku dpt byk info yg aku xpnh tau
yg telah mengubah persepsi aku ttg haiwan ini
penulisan yg lengkap dgn fakta
beserta gambar2 dan video2 yg menarik


Blog 3
ha yg ni ssh skit
ada antara entri2 blog ni yg dok cite psl blog org lain
klu cite yg baik xpe
ni dok buruk2, kutuk kaw2 punye
siap bg link
ok aku bekap skit
ade jgk puji2an dimasukkan
tp mmg nmpak sgt blogger ni berusaha meluahkan apa yg dia rasa
ntah ape kena dgn sisi kepala belah kiri beliau
aku pun xpasti
sgt rajin beliau meng-review blog org lain
dan mempromotekan kpd pembaca blog beliau
dah xde idea ke ape
papepun salute jgk
haha


Blog 4
empunya blog yg dikutuk td
disebabkan dah ade link kat situ
beserta fakta2 yg dah terbaca
teringin jgk nk view dgn mata kepala sendiri
pendapat aku xde la teruk sgt
dah beliau ade pkwe
biar la dia nk cite
sebelum ni pun byk lg blog yg aku jmpe
lg mgedik drp tu
mcm dia sorg ade pkwe
umo baru 16
kapel baru 5 bulan
kemain cite psl dating
siap tepek gmbar pkwe yg muka separuh siap tu
geli weh!!


Blog-blog lain
selain blog bunge2, blog2 awek yg dok cite psl kisah idup dorg
blog awek yg dok cite pg td mkn nasi lemak, tghari mkn ciken cop, mlm mkn kuetiow, besok mkn tu, lusa mkn ni, besok lusa mkn roti cicah megi..
aku pun ade usha blog2 bertemakan ilmiah
gosip2 jgn ckp la..bersepah! xlarat nk bookmark dah
blog2 yg menyediakan tutorial psl komputer
yg meng-review software2 terkini
ha yg ni paling aku slalu usha
bkn selalu dah ni
terpaling sgt selalu dah!
dlm sehari ntah brape kali view

dan blog yg paling kurang menarik perhatian aku
blog berunsur politik
blog personal artis tempatan
dan









blog gay / pondan

Ok itu saje buat masa ni. Time to sleep.
Skali skale bt entri cmni bleh thn jgk dia pnye syok. Baru aku phm skrg..

Aku nak belajar tae kwan do lps ni..nak beli pemedih mata..nak upah bodyguard sorg dua...

Kosmo 23 Nov 2009