Aku bergelar 'PAKCIK'


Hari ni 17/04/2009, tepat jam 05.49 ptg..trrrtttt trrrtttt!! Berdenyut2 rsnya kat paha. Tepon nokia N73 aku menjalankan tugasnya!

Aku dpt sms yg berbunyik " Slm. Alhamdulillah. Lahir dh baby pkl 5.14 td. Pomp. " -from miE

Tak tergambar perasaan time tuh. Walaupun dah 6 kali menerima adik baru, tp perasaan kali ni lain benor. Perasaan mendpt berita kelahiran anak sedara pertama ni mmg best jgk rupanya. Dgn kelahiran bby ni telah melayakkan aku bergelar 'pakcik'..dgn title sbnrnya 'PAK UDA'! terasa sedikit geli dlm hati apabila mengenangkan usia aku yg muda remaja ni..wakaka. Juga melayakkan ayah aku digelar 'atuk @ aki @ tok'..aku xpasti lagi apakah gelaran sebenar yg akan digunakan. Yg pastinya mak aku akan dipanggil 'nenek' selepas ni!hohoho.

Kesian abg ngah. Dah 4 taun kawin. Selama tempoh tu jgk mcm2 yg dah dilalui. Walaupun pemegang title cucu pertama atuk yg kawin, tp bukan lah pembekal...err err pe peng pengeluar cicit atuk yg pertama! btl ke ayat aku?? lantaklah. Maknanya cicit atuk yg pertama bukanlah dr keluarga kami. Ayah pun dah 2 kali bt kenduri kawin. Baru hari ni dpt cucu.

Aku plak sbg anak bujang tertua bapak aku buat masa ni, menanam azam utk kawin secepat mungkin, seterusnya mendapatkan seberapa byk cucu utk bapak aku pada masa hadapan. hohoho. Agak2 bleh x azam cmni? Mcm sengal jek.

Kepada abg Mie ngn akak Sarah, Eri nak ucapkan Selamat Menjadi Bapak dan Mak. Moga dgn kelahiran baby ni dpt mengeratkan lg hubungan korg..lebih membahagiakan. Tanpa korg aku pun xkan jd pakcik. So aku pun nak ucap Selamat Menjadi Pakcik dan Makcik buat aku dgn adik beradik aku yg lain jgk. Buat kaklong ngn abg Zam kat Sabah tu, cpt la blk semenanjung. Korg pun dah 2 taun kawin kann..so bila lagik? huhu. Buat mak dgn ayah lak, Selamat Menjadi Datuk dan Nenek. Mak jgn la risau. Wlaupun dipanggil nenek, xbermakna mak dah tua. Mak la nenek paling muda dan paling cun yg penah Eri kenali selepas nenek Eri sendiri. Percaya la mak. Eri bukan bodek ni. Siyes!


* cmane la agaknye rupa baby tu ye. agak2 ade seserius muka aku x?hmmm


1 komen:

keyboardstuck said...

tahniah POK DE <----erm buleh ke gitu...