Selamat Pengantin Baru Kawan




Moga jadi menantu, suami dan bapa yg baik. Tahniah Kidik. Turn gua plak pasni. Tungguu..

Aidilfitri 2012

Org len sume ada entri raya. Aku pun nak buat jgk la. Sikit pun jd lerr. Huhuhu...

Tahun ni spt tahun lps-lps aku beraya di kg mak aku di Melaka. Tak lame pun. Ptg raya ke-2 dah bertolak blk Pekan. Takde ape yg berbeza. Cuma kali ni ada penambahan sorg anak buah iaitu anak sulung adik pompuan aku bersama suaminya. Sgt aktif budaknya. Haihh. Tp tu la dia. Nikmat berkeluarga org ckp. Cuma aku je yg blom merasa. Hahahahh!


kampung yg xla kampung sgt

sempat main karom. main lesen. haha. sebelum bbudak ni dtg kacau

ini budak plak asik la suruh aku ambik gambar dia dgn menatang kekura dia

sekian


Agak-agak tahun dpn beraya di mana ye. Harap-harap... **
Moga dipermudahkan. Aminn! :I

Stail Pebende Nih




Rasa mcm ntahpape tp masih nak tgk byk kali. Hahahah :P

Kosmo 27 Ogos 2012




Bangang!! Puihh!!

Tak suka duit kertas RM50

Aku xsuke betul la. Tiap kali nak berbelanja mesti nak kena sediakan duit kecik. Peniaga-peniaga ni mesti nak kena tanya "ada duit kecik x?"
Pehal plak kan? Kau yg meniaga tp xde duit kecik. Pastu buat muka ketat. Puii!!


Dan oleh sbb tu jgk aku rasa duit kertas RM50 dah xrelevan lg. Menyusahkan utk golongan yg mcm aku ni. Yg belanja kecik-kecik je pd satu masa. Cuba bygkan duit kertas RM50 ni xde. Kan sng. Paling beso pun RM20. Kalau cucuk duit 500, tebal tuu wallet. Haha. Utk yg kaya, yg slalu berbelanja beso tu plak, yg bwk cash sampai puluh ratus ribu tu, lu org pikul la duit RM10 atau RM20 tebal-tebal kann.


Susah la. Nak pegi mane-mane mesti nak kena sediakan duit kecik. Nak byr tol, nak beli goreng pisang 2 ringgit kat tepi jalan pun xsampai ati nak byr guna duit RM50. Kesian pun ade. Ni xlame lg nak masuk bulan puasa. Kompem-kompem beli kat bazar. Nak pakai duit kecik jgk.


Nanti time raya nak sediakan duit kecik jgk utk duit raya. Berebut-rebut nak tukar duit kat bank. Pastu bank pun abis duit kecik. Puii!! Skali lg. Kecewa aku xdpt nak pecah duit. Terpaksa la bg je duit beso utk budak-budak ni. Abiss masakk aku.

Kalau mmg duit kecik je sume kan sng.

Lame tak apdet

Aku berehat panjang dr blogging psl byk psl. Psl yg paling psl skali adalah bila aku mula melayan naruto semula. Intenet kat umah ni yg dgr-dgrnye dah sekian lame xbayor dan xdipotong lg..aku guna utk streaming online naruto shippuuden dr episod 1 sampai la episod terbaru kat situ 265. Lame jgk aku amik masa. Siap overtime sabtu ahad smpai kul 3-4 pagi..paghokk2. Haha.


Lagi psl bln lps aku dlm mood menunggu bonus yg dijanjikan oleh bos. Alhamdulillah dah dpt. Sekarang aku plak cuak psl takut boros. Dah agak lame idup kais-kais tetibe bln ni xpayah kais. Terbeliak la kejap bijik mata. Macam-macam gadget dah terbayang. Kedai halfcut pun mcm memanggil-manggil je plak. Adoyai sabo-sabo. Think! Katakan TAKNAK pada spotrim baru.. err..






Tu la dia. Antara psl. Byk lg pslnye. Tp aku masih dlm mood mls ni. Mls nak taip. So tgk la dlm 2-3 ari ni. Rasa mcm nak cite psl keje. Psl wayang...cite sampah. Haha. Yg xpuas ati pun byk gak ni. Nanti-nanti la cite. Bai!

Video dari pesbuk

Blk deting td bukak pesbuk ade sorg member post video ni. Layan plak.



Lagi video dekat sini. Time dorg perform dlm ellen show. Best2!!

Nak Kawen

Ye. Aku nak kawen. Tapi bukan sekarang lah. Bukan besok, bukan minggu depan, bukan bulan dpn, bukan bulan depan depan, bukan bulan depan depan depan jgk. Pun bukan hujung tahun ni. Bukan! Aku pun xtau lagi bila. Haha.

Entri ni saje nak ucap tahniah pada member-member yg baru menikah, baru bertunang, bakal menikah dan yg menjemput ke kenduri kawen. Mintak maaf jgk la pasal xdapat nak hadir. Semua yg menjemput pun aku xdapat hadir. Maaf. Tahniah utk kawan yg baru bertunang. Kawen nanti jemput lah aku. Mane tau aku bleh hadir ke. Utk kawan yg baru menikah baru-baru ni, tahniah jgk. Walaupun aku tau korg xpnh tau blog ni dan xkan baca entri ni. Nak ucap trs pd korg, mmg tak lah kann. Haha.

Lastly.. kerusi pelamin terbaekk. Ada nak buat? Korg buat cmni kompem aku dtg. Haha.


28 April

Bersih 3.0

Tercatat 1 lg sejarah negara. Berita tv, radio dan surat kabar sume dah heboh. Di pesbuk, blog-blog dan forum-forum pun org masih bercakap. Pada aku ade baik dan ade buruknye jgk. Tak kira sape betul sape salah. Jika ditanya masing-masing pasti menyalahkan pihak yg 1 lg. Tapi hakikatnya Tuhan je yg tau.




Sedih bila tgk sesama Islam, sesama melayu bergaduh. Kenapa perlu sampai jd mcm ni. Nak berjihad pun biar la kena caranya. Malu bila bangsa lain, pelancong luar melihat. Aku bukan nak sebelahkan sesiapa. Tapi kekerasan, pergaduhan xkan selesaikan masalah.




Aku hampir-hampir je terjebak. Mujur timbul sikit kesedaran di saat akhir. Tak tahu la plak klu ni dikira sbg dosa lari drp perang ataupun tercatat sbg 1 kebaikan mengelak dr melakukan perkara sia-sia.






Tp jika ianya dosa. Ya Tuhan.
Kau ampunkanlah aku..

Champions League


Ok aku tau dah lambat. Tapi ttp nak tulis kat sini.

Mlm semlm tido awal dan bgn semula jam 2.45pg pasal nak tgk bola. Game antara Barcelona dan Chelsea. Aku bukan peminat fanatik Chelsea tp kira minat la jgk. Dlm EPL Chelsea jatuh team no-2 peberet aku selepas MU. Betul. Iyee. Sumpah xtipu. Hehe.


Dan perlawanan dgn Barcelona mmg dah lame dinanti. Aku pun xminat Barcelona. Mane-mane team yg lwn dgn Barcelona pun aku sokong sbnrnye. Baru-baru ni Barcelona kalah lwn Real Madrid. Pun rasa puas sgt. Sepanjg mlm senyum je tido. Kah kah kah.


Dari mula aku mmg dah agak Barcelona akan serang abis-abisan lps kalah 0-1 pd pusingan pertama di Stamford Bridge. Risau jgk klu Chelsea kena ayam mlm tu. Lbh-lbh lg lps John Terry kena red card. Main 10 org lwn team Barcelona. Mmg bale!! Pastu trs Barcelona dpt gol 2 bijik. Hado laahh. Mampos kne tibai ni aku pk. Mau menangis fan-fan Chelsea kat luar tuh.


Tapi lps Ramires dpt score sebijik, aku dah lega. Aku pcye seluruh peminat Chelsea di seluruh dunia pun lega. Team ni rupanya xselemah disangka. Power!! Team Barcelona sebenarnye yg terlebih konfiden. Spt memandang rendah keupayaan player-player Chelsea ni. Di saat-saat akhir tgh Barcelona mengasak, tetibe Chelsea dpt peluang dan Torres score 1 gol lg seterusnya menutup peluang Barcelona utk menang game tu.


Keputusan penuh 2-2. Chelsea layak ke final dgn agregat 3-2. Best. Game yg aku rasa xrugi tgk. Susah woo aku nak bgn pagi tu. Dan pg jam 8 dah kena masuk opis plak. Kena bgn tido bgn tido la jwbnye. Jam kne set alarm brape kali ntah dlm 1 mlm. Mlm ni Real Madrid lwn Bayern Munich plak. Pun nak kne tgk jgk tuh.


Bujang-bujang ni bleh la lyn bola smpai pagi. Tp nt dah kawen lom tau. Hehehe. Go go Chelsea!!

Midvalley

Baru-baru ni aku g tgk wyg kat Midvalley. Dah lame kot xg sane. Ade la dlm 2 taun. Slalunye tgk wyg dekat2 umh makwe aku je. Tapi pasal nak sgt tgk cite The Cabin In The Woods, pegi jgk la ke Midvalley tuh. Dah survey2 kat situ je yg terdekat ade tyg cite tu.


Hari Jumaat mlm aku pegi..full house plak. Kecewa betul. Aku pun beli la siap2 utk hari Ahad. So Jumaat tu tukar plan tgk cite Uncle Usin.

Tau cite Uncle Usin? Lakonan Zizan RL, Johan RL dgn Nabil RL. Nah aku tepek poster.



Aku pun dah usha2 kat blog lain, website lain, ramai yg katakan cite ni sampah. Contohnye sini. Pada aku sampah jgk la. Haha. Betul. Aku hrpkan dpt tgk, dpt lyn lawak yg best lah dari pelakon2 yg best. Rupanye tak. Aku rasa cite ni sesuai utk budak2 bwh umo kot. Bleh la nak lyn gelak2. Cume part yg Julia takut katak tu..xleh blah lawak. Mcm harem. Haha. Dan awek nama Julia ni pun comel jgk :p


Okeh tu jelah. Tak best. Tp klu dah xde cite lain nak tgk lg, dan ade duit lbh2 boleh la try lyn. Haha.




Ok next pasal cite The Cabin In The Woods plak. Cite ni ok sebenarnye. Pasal ritual korban remaja ape bende ntah. Horror. Jalan cite yg di luar pemikiran aku. Pada aku mmg menarik. Tak terpikir lgsg cite ni mcm ni. Cuma ending je aku rasa mcm xbrape best. Aku nak hero dgn heroin selamat. Hepi ending la org ckp. Haha. Ni tak. Last-last mcm serabut gile. Pastu serabut-serabut-serabutt..ttbe abis dah..

Tapi keseluruhan kira best jgk la. Pelakon-pelakon pun hootttt!! Aummmm. Hehe. Nah poster lagi.



Mmg slalunye aku g mane-mane mall pun, cume nak tgk wyg je. Nak men bowling ke. Klu nak bli brg dapur, kat giant kat tesco pun lg sng cari. Klu nak bli baju sluar, kat downtown je slalunye. Jimat. Harge boleh runding. Dan lambat tutup. Bleh pilih-pilih round-round dulu sampai puas. Haha.

Lps ni nak tgk cite Avengers dgn Berani Punya Budak plak. Yosh~~

Jiwa Kacau

17 April 2012

Status:
gundahgulanajiwakacauyatuhanteguhkanhatikutakinginsakitidialindungikamitetapkankasihsygantarakamirindumakayahkakakabangadikadikanaksedaraduaorangdahlamexjumpesemuabilalaakudapatcutilamesikitnihbilalagajinaknaikbykbyktaksabarnaktunggubonusdgninsentifprojekkalauadelahhihihihi



Budak Menari



Nama budak ni William Stokkebroe. Lps tgk mak bapak dia menari, dia pun tiru. Hahaha terbaikk.

Anak Lelaki

Mungkin ada yg pnh tgk gambar2 ni dan pnh tau psl ni. Aku saje share utk kenangan pd masa dpn. Rasa mcm klaka. Mcm menarik jgk. Pasal sorg mak yg akhirnya membuat keputusan memotong rambut anak lelakinya kerana rimas bila semua org menganggap anaknya perempuan. Mmg nampak perempuan sgt dgn rambut panjang cmtu. Siap curl lg. Muka comel plak. Lain la klu misai dgn janggut dah kua kann. Tapi ni budak lagi. Tengok la sendiri. Tapi lps dah potong pendek, betul nampak boy sgt plak. Hahaha.




tadaa~ :D

Layan Youtube

Dah lama rasanya xshare ape2 video kat sini kan. So utk entri kali ni aku nak share 2 video yg buat aku tergelak bodoh. Haha. Tak tau la nak ketegorikan video ni sbg ngeri ke, lawak ke, bangang ke ape. Sbb kejap rasa kesian. Kejap rasa lawak. Kejap rasa mcm bangang. Haha. Papepun lyn jela.


video 1



video 2



Amacam? Bangang tak? Bangang tak?

Broga

Alhamdulillah. Last minit punye plan. Tak sempat nak uar-uarkan pada geng2 lain. 1 April 2012. 4 org, 1 kete.


Dgr2 cite org, Broga xmencabar sgt. Bukit je pun kann..ape lah sgt. Dan pada aku mmg xmencabar pun. Sikit pun xkua peluh. Aku saje je jln lambat-lambat, berenti-berenti ari tu. Menikmati keindahan semulajadi org kata. Laju-laju pun nak ke mana kan. Hahahahhh!!

Mcm haromm. Baru jalan 10 minit dah xcukup napas. Tercungap-cungap. Cilakak.







Dan seterusnya sebelum pulang, kami singgah melawat anak sulung pasangan Ali dan isteri kat Semenyih. Tak jauh dlm 10 minit je kot dari kaki Broga tuh. Tapi sbb dah janji utk mkn tghari skali kat sana, perjalanan yg sepatutnye kurang dari 10 minit tu dah jd sejam lbh. Haha. Puas ejas time supaya sampai tepat pd waktunye. Lapo tuu!!

Psl mkn tghari tu, puas ati. Superb sdp! Bertambah kott aku mkn. Tak terkata. Tak tercerita kat sini. Berbaloi-baloi. Terima kasih lah pada encik Ali dan keluarga dan mak mertua yg spoting masak utk kami. Lenkali kami dtg lagi. Dan makcik mesti masak lg. Haha.


nak tulis gak kat sini namanya Maiesha Nur Hannah Bt Muhammad Ali

Racism

Aku xphm kenapa mesti racism. Tak kira lah..

siapa dia

brape umurnya

ape pangkatnya

warna kulitnya

bau badannya

sifat lemah lembutnya

sikap lurus bendulnya



sekalipun dia..

bukan kwnmu

bukan warga negara mu

bukan ada kena mengena dgn hidupmu

bukan seorg kacak sepertimu

bukan secantik citarasamu





Kenapa xboleh melayannya sama rata. Hormati sbg sorg manusia~

New Gun

Boleh ke tajuk new gun? Haha. Tp awek aku panggil resakse. Pasal berat dan beso. Patah bahu. Takkan nak bli tripod, usung ke mane2. Blom smpai tahap tu lg kot aku.


Ni gambar yg aku ambik ptg semlm. Saje test bg zoom abis. Bleh thn jgk la jauhnye. Clear. Walaupun xdpt nak fokus lg ke burung yg tgh berak tu. Buat masa ni aku xpandai sgt nak pakai pun. Belasah je. Harap 1 ari nt ade la peluang nak blaja dr master-master slr nih. Nak amik class rse mcm membazir plak. Dah la suke2 je men slr nih.

ni la menatang resakse tu


Tu jela kot nak apdet. Sibuk btl lah sekarang. Kepala otak ni sibuk. Byk mende nak pk. Keje xsibuk mane pun. Haha. Ok lah. Nanti aku ade amik gambo, aku tepek kat sini lah. Bye.

Keje + Gaji + Belanja

Ptg td aku bwk kete jauh jgk la dr KLIA ke Taman Melawati. Tujuan utama nak amik voucher freegift, dgn hemper beserta hadiah cabutan bertuah yg aku dpt baru-baru ni. Bertuah tu xla sgt tp kira bertuah la jgk psl xsume org dpt kan. Ade yg dtg cume dpt mkn je. Hampa.


Aku pun dah agak lama xmerasa hadiah cabutan bertuah ni sebenarnye..dan tahun ni alhamdulillah ade rezki. Syukur. Takpelah psl cabutan bertuah, psal famili day tu next entri lah aku cite. Ni nak cite pasal lain. Pasal ptg td time tgh drive tu.


Time tu nak byr tol. Aku cari2 30sen dlm kocek xde. Cari dlm tempat syiling dlm kete tu, ade. Aku pun hulur. Jumlah RM1.30 tol Mines. Kebetulan awek nyambut. Tersentuh skit jari. Lembut je. Haha tak tak. Tak sentuh pun. Muka ketat. Senyum pun x. Pui!


Lps pada tol tu aku dok pikir2. Duit yg aku bg byr tol tu dtg dr duit gaji aku keje. Yg aku byr minyak, yg aku bwk kete tu pun sume dtg dr duit aku keje kat sini. Hasil dr keje aku hari-hari. Cmane aku blanjekan duit tu. Baru aku terpikir kemanisan duit-duit tu sume. Hasil titik peluh aku. Pehh mcmlah keje berpeluh sgt kann.


Aku xnak duit-duit ni sume dibelanja pd mnde-mnde yg xpatut. Yg membazir. Duit dah la xbyk. Pstu membazir. Contohnya terpaksa byr saman. Dari duit gaji keje gak tu! Membazirnyeeee... ish ish ish..


Kemudian aku terpikir psl rodong-rodong yg dah kawen, dah beranak pinak tu. Cmne dorg sara keluarga, anak-anak.. sume tu dari duit hasil keje dorg tu la. Anak-anak lak cuma tau mintak duit. Pastu abis mintak lagi.


Lambat btl aku dpt rs sume ni. Usaha keras mak ayah aku membesarkan 9 anak. Takde keje lain pun dorg. Mengajo je dr muda smpai pencen. Mengajo anak-anak org, tp anak sendiri ni yg xbrape nak berjaya jgk. Masih mencari-cari hala tuju. Masih kelam lg masa dpn xtau nak hala ke mana. Haha.


Tapi btl lah. Terasa mcm ade satu perasaan lain time aku hulur duit tol tu td. Seblm ni xde pun. Rilek je kuar duit tabur-tabur tepi jalan. Haha. Tp kali ni terasa btl. Terasa da kurang RM1.30 drp gaji bln ni.





Eh eh mcm dah beriya sgt lak entri aku kali ni. Over kan. Dah lah.

Roadtax Renew


Alhamdulillah. Hari ni aku berjaya mengrenew roadtax kete aku tanpa masalah. Klu 2 tahun lps aku punye roadtax sangkut psl tertunggak bayar bulan-bulan tuh. Yg tahun lps lak aku kena roadtax skali pakej 6 saman trafik. Tapi tahun ni alhamdulillah. Clear. Tak sangkut ape-ape. Haha.

Mula-mula risau jgk. Pegi-pegi kang dia ckp xbleh renew. Aku xrisau psl saman trafik psl aku tau mmg dah clear sejak kena byr yg tahun lps tu. Serik dah. Tp psl saman parking yg xterkira byknye ni. Majlis daerah, majlis bandaran, JPJ.. sume ade. Hado laahh. Dibuatnye sangkut, mampos.

Tp syukur lah. Baru senang skit ati aku.

Hukum mengaibkan org




Takde ape-ape. Sekadar berkongsi video lama. Sambil muhasabah diri.

Pernahkah aku malukan sape-sape dlm dunia ni. Samada disedari mahupun tidak.

Pernahkah aku membuka pekung org lain, meletakkan org itu dlm situasi dimalukan di hadapan org.

Pernahkah aku membuat cerita, menyebarkan fitnah ttg org lain. Yg boleh menjatuhkan maruahnya sbg seorg manusia.

Pernah rasanya. Byk kali kot. Masyaallah. Besar dosanya.

Daripada memanjangkan cerita kelemahan, keburukan diri sendiri mahupun org lain, ade baiknya diam dan memikirkan ape yg perlu utk perbaiki kelemahan diri dan saling mengingati antara sesama manusia.

Malas basuh

Selalu dgr org ckp

"Asik ujan je skrg. Aku baru basuh moto ptg semlm. Hari ni dah kotor blk."

"Alah biar la kete kotor. Malas nak basuh lah psl minggu dpn nk g keje lg. Mesti kotor blk."

"Aku baru 2 ari lps cuci. Hari ni kau tgk lah. Mcm gampang kotor."

"Kau cuci kete pun besok mesti kotor blk. Gerenti punyee."




Bila dgr org ckp cmni aku diam jelah. Paling tinggi respon pun aku senyum je.

Ape salahnye klu hari2 basuh pun. Jaga kebersihan. Berak. Kan kotor. Kenapa kau boleh basuh berak walaupun besok2 atau jap lg kau nak berak lg. Kenapa. Kenapa xckp "ah mls la basuh berak. nanti nak berak lg. kotor lg."


Sebenarnye mmg kau pemalas. Tak payah la nak bg alasan. Tak payah la nak rosakkan mood aku yg tgh rajin nak cuci kete ni.

Busuk punye org!

Comel




1 Januari 2012
Alamanda Putrajaya


Ngedate sambil meraikan genap 2 tahun perhubungan. Alhamdulillah. Tiada hadiah. Tiada aktiviti istimewa. Sekadar pertemuan biasa, aktiviti biasa dan perbualan biasa. Rilek-rilek dohh. Haha.

Reporter Scream

Tadi usha-usha satu forum ni. Dorg ade share gambar, video dan mcm-mcm lg lah. Dan dlm byk-byk tu aku rasa paling best video ni. Berkali-kali aku repeat tgk. Rasa mcm baru lg. Tp ntah la. Baru sat td aku tertengok. Haha.



Muka comey doh tapi...

Entri pertama

Assalamualaikum

Dah masuk hari ke-3 hari ni di tahun 2012. Rasanye baru je sambut birthday ke-27 hari tu. Tp skrg dah kena sebut 28 pulak.

Minggu lps aku bercuti seminggu. Balik kg. Nikmat yg susah nk dicerita. Dpt tgk muka mak ayah dgn adik-adik hari-hari. Hilang kejap stress. Lg pulak kat kg aku line meksis mcm pun##k. Mintak maap la ye pd encik-encik yg cube kontek aku tu. Bukan salah aku. Pegi salahkan meksis. Aman damai idup aku seminggu xde org kacau. Haha.



Dah lame xpost psl kete buruk aku ni. Kondisi dan prestasi pd masa ni agak memuaskan. Belum ada masalah besar yg boleh menjejaskan bajet 2012 aku. Aku dah plan beberapa perkara besar utk tahun ni. Hrp-hrp berjalan dgn lancar lah. Rasa mcm dah kesempitan masa pulak bila umo dah nk masuk 30 ni.

Nak ckp psl tahun 2011. Alhamdulillah byk benda baru yg aku blaja. Byk jgk yg aku capai. Dari segi kemahiran keje, keyakinan diri, hubgn aku dgn keluarga, bakal keluarga, dan kwn-kwn. Walaupun rezki yg aku dpt pada tahun ni agak berkurang dr tahun sebelum2nya. Tp harap-harap bonus nt dpt la lbh skit. Haha.

Tu jela kot buat masa ni. Nanti apdet lg lah. Harapan aku utk tahun 2012 ni, moga rezki aku di sini semakin murah. Moga dimurahkan rezki jgk utk mak ayah aku, utk bos, utk kompeni tempat aku cari mkn ni skali. Moga diberi kesihatan yg lbh baik. Moga aku dpt luangkn lbh byk masa bersama keluarga aku. Moga segala yg dirancang berjalan lancar. Moga negara ni makin aman dan sentiasa aman lah!!


Selamat datang 2012.