Season of The Witch

Dah lame xupdate blog. Malas betul.

Sejak last-last ni aku dah jrg tgk wyg. Peruntukan utk menonton muvie bersama awek tak memberansangkan. Bajet utk sebln dua ni lebih kpd usaha meng-renew roadtax kereta dan melangsaikan hutang-hutang tertunggak. Camni la idup aku setiap awal tahun. Kenaikan gaji diiringi dgn kenaikan harga brg, harga minyak dan bil-bil. Sabo je la. Jgn sewa umh dinaikkan jgk sudahlah.


Cmanepun minggu lps aku sempat menonton cite ni di East Cost Mall Kuantan. Dgn adik-adik aku lah. Aku xde skendel lain kat sana ok. Hahaha. Mula-mula ingat nak tgk cite Khurafat. Tapi mcm ramai sgt org. Tgk Season of The Witch pun bolehlah. Nicolas Cage tuu!!


Utk cite ni aku bg 4/5 bintang. Sebab aku mmg minat cite-cite cmni pun. Ade unsur-unsur mejik skit, ade jampi-jampi, watak resakse skit-skit. Best la. Cite psl ahli sihir yg xsempat dihapuskan, yg membuat onar dgn menyebarkan wabak penyakit menyebabkan beribu-ribu kematian manusia. Akhirnya ahli sihir ni berjaya ditangkap dan nak dibawa ke satu tempat utk diadili.
Hohoho. Lebih kurang cmtu la.


Selain Nicolas Cage, ade lg beberapa watak pembantu yg best. Ade yg percaya dan ade yg xpercaya si pompuan tu ahli sihir. Tp mmg pun. Aku pun xpcye mula-mula. Gile ape. Awek cun tuuu! Muda lak tu!



Panjang pulak entri kali ni. Dah la. Kalau rasa-rasa nak tgk, nak tau ending dia cmane, pegi la tgk. Tapi klu lps tgk nt, korg rasa xbest jgn pulak nak salahkan aku. Aku xde suruh korg tgk kan? Takde kan? Hahaha.

Okeh sekian sajo. Bai!

Oh Yeah! Mendidih Bersama Khir Rahman

Hari ni aku ade kelapangan menggodek Youtube. Macam biase aku xde nak search bidio lain. Nak search bidio luar yg aku xphm tu nak bt pe kan. Lps abis tgk highlight EPL ape sume, aku lyn la plak segala bidio lawak yg ade. Aku pun jrg tgk tv. Mane yg sempat tu tgk la. Tapi byk jgk yg xsempat. So kat Youtube la aku dpt tgk blk.


Aku suke lyn bidio dari Kumpulan Sepah, dari budak-budak raja lawak yg lain tu jgk. Kdg-kdg dok saje kat opis ni kan mengantuk. Lyn bidio dorg ni bleh la buat ilang mengantuk, buat otak jalan skit-sikit. Macam entri yg lepas-lepas aku ade share bidio lawak Afdlin dgn geng-geng dia. Byk lg sebenarnye. Bleh tgk kat Youtube bersepah.


Pasal Oh Yeah! ni pun kebanyakannya aku dah tgk. Best ah. Tp aku tau ade antara korg yg xminat, yg xbleh blah dgn lawak dorg ni. Tak kisah la kan. Lain org lain taste ye dok? Haha.



Dlm byk-byk Oh Yeah! aku rasa episod ni antara yg best ah. Part Johan tergelak jatuh kusi tu aku rewind brape kali. Bodo gile. Hahaha!!!

Cermin

Tadi lps mandi, sambil berkemban tu aku tgk cermin. Aku belek-belek muka aku. Aku cari-cari jerawat kot-kot ade kat mane-mane. Pastu aku tgk bdn aku. Dah lame rasanye xbelek-belek bdn sendiri. Bulu ketiak pun dah xterurus. Klu mak aku nampak ni mesti kena sound baek punye. Haihh.


Aku belek-belek. Eh macam dah gemuk sikit la. MACAM la. Tp aku dah phm sgt dgn cermin bilik aku ni. Mmg pembohong. Ade sekali aku tgk muka aku dah mcm muka pelakon Philipina tu. Ala cite pangako sayo tu. Ape tah nama dia. Tp sekali tu jela. Haha! Kali ni nampak macam bdn taf pulak. Cermin ni betul la. Nak bodek pun agak-agak la.



Dah tu je. Aku dah siap pakai baju, pakai suar komplit dgn spender. Bedak sikit-sikit je. Lapar gile ni. Nak cari nasik. Bai!

Keropok Goreng

Ptg td aku rasa nak mkn keropok. Pegi la area Bdr Baru Ampang nu. Saje jln sana jauh sikit. Dulu time dok sana slalu gak beli kopok (keropok) kat situ. Dah nak dtg ari malang tu, tutup pulak gerai yg aku bese beli. Kopok dia biasa je rasa mcm kopok kat tempat len jgk. Cume sos la sdp skit kot..mkn tgh pns lak tu. Kopok dia pun xbyk tulang. Aku pun suke. Byk2 tulang ni aku menyampah skit nk mkn.


Dah gerai tu xbukak, aku try la cari tempat len. Jumpe satu gerai. Sorg brader dgn pompuan makcik jual. Mak dia kot. Aku pun beli la kopok batang singgit, kopok kepala singgit, air sirap singgit. Pastu aku blah laju2.


Dlm kete aku pun ape lg. Bukak plastik kopok, bukak sos, colek kopok dlm sos, mkn. Kopok kepala tu aku rasa dulu. Boleh la. Aku abiskan. Nanti dah sejuk liat pulak. Pastu aku try rasa kopok batang. Aik, ade rasa cempedak, berbau cempedak pulak. Ah sudah. Aku btl xsuke la pesen gini. Aku dah la anti cempedak, durian, limau n segala buah berbau kuat ni. Aku ambik yg lain kot-kot xde bau. Ade jgk! Sume ade! Argghh! Aku bungkus blk, aku buang je.


Kot ye pun jgn la campur adukkan kuali, minyak yg goreng keropok dgn pisang ke cempedak ke. Buat asing-asing la der. Adoyai. Ni goreng cendawan pun kat situ. Goreng pisang pun kat situ. Goreng keropok pun kat situ. Minyak tu jgk. Aku xsuke la. Korg suke? Korg xkisah? Pedulik ape aku. Aku kisah. Aku mmg cerewet skit psl bau ni. Bleh ilang terus selera aku der!

Bingai

Dulu-dulu aku slalu guna perkataan ni. Maksudnye lebih kurang sengal, bengap, bangang la aku rasa. Sekarang dah jrg dgr, jrg jgk sebut. Maklum la aku sekarang dah semakin matang matang la sgt. Dah taraf bapak org. Cume belum ade anak sendiri je lg. Bini sendiri pun belom ade. Haha! So kata-kata tingkah laku sume nak kena jaga. Nak tunjukkan teladan yg baik pd budak-budak.

Tadi terjumpe video ni kat pesbuk. Tapi wall org lain la. Rupanye mmg ade la perkataan bingai ni. Ingatkan aku je yg sebut. Hahaha! Tapi video ni mmg mcm harem. Terbaek la Afdlin and the geng. Suke btl aku dgn lawak-lawak dorg ni.