Nite Dinner 2008


" 30 dec
keje half day sbb ada dinner ( yg nie pon xyah ct la.. sure pakcik or kerol or kush or sesapa da mengarang dlm blog dior) "



Merujuk kpd petikan di atas, inilah karangan saya ; )



Entri kali ni berkisar tentang majlis yang berlangsung kira2 5 jam di Equatorial Hotel Kuala Lumpur pada 30 Dec 2008. Bertemakan konsep kasual dan smart, seramai kira2 300 (sukati aku jek) tetamu hadir memeriahkan majlis. Dikhabarkan tujuan diadakan majlis ini adalah utk menghargai jasa dan pengorbanan kakitgn syarikat serta menghargai bantuan dan sokongan drp rakan2 perniagaan yg terlibat secara lgsg dlm perkembangan syarikat selama kira2 10 tahun penglibatan dlm dunia perniagaan.

Aturcara

7.15 pm : Pendaftaran
8.00 pm : Bacaan Doa
8.05 pm : Ucapan Pembukaan oleh Pengarah
8.15 pm : Jamuan Makan Malam
8.30 pm : Persembahan Artis Jemputan
9.15 pm : Sambutan Harijadi
9.30 pm : Persembahan Artis Jemputan
10.00 pm : Ucapan drp CEO
10.30 pm : Persembahan Artis Jemputan
11.30 pm : Majlis berakhir


Keseluruhannya majlis yg diatur berjalan dgn lancar sekali. Dipengerusikan oleh pelakon dan pelawak terkenal Saleh Yaakob, tetamu dihiburkan dgn nyanyian lagu dan repekan oleh beliau sendiri. Tetamu juga dikejutkan dgn kemunculan penyanyi Aisyah yg menyanyikan beberapa buah lagu lama dan baru. Memang best! Tetamu2 yg sedang meratah udang goreng berhenti seketika...yg sedang bergosip juga terkedu. Cayalah Aisyah! Persembahan dan vokal yg still power juga membuatkan Ali Terarosa xhenti2 merakam gambar dan video nyanyian Aisyah menggunakan hp Sony Ericsson P1i nya! muahahah...

Majlis digempakkan lagi dgn pengumuman khas oleh CEO syarikat mengenai pemberian bonus utk tahun ni yg akan dibank-in kan selewat2nya sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Di sini lah bermulanya konflik di mana si isteri tersenyum lebar memikirkan bonus yg bakal diperolehi si suami..dan si suami pastinya tidak dpt mengelak drp menjadi mangsa paw si isteri! ish3..nsib baik aku bujang!

Majlis berakhir kira2 jam 11.30 mlm di mana selepas itu staff2 berpeluang beramah mesra dgn artis jemputan. Kelihatan aksi2 gedik dipamerkan dlm setiap sesi photoshot..yg xpnh senyum pun boleh tersenyum, yg xpernah melompat pun boleh terkinje2 mlm tuh! Walaubagaimanapun aku hanya bertindak sbg pemerhati yg memerhati gelagat (bukan mengusha seseorg ye) rakan2 dan artis tersebut. Majlis bersurai kira2 sejam kemudian.

Sekian shj laporan saya....sehingga bertemu lagi dlm event2 yg akan dtg...adios!


Sedikit Gambir

meja yg menjadi tumpuan

menu udang

sushi

pencuci mulut

salah seorg pemakan paling bernafsu mlm tu

Aisyah....:lala:

Aisyah dan SY berduet

kehadiran badut yg turut menceriakan kanak2

sesi menconteng arang ke muka

bergambar bersama ali terarosa yg jambuuu


sebahagian drp staff yg kacak bergaya hohoho



Layan Jap



Aku xtau la apsal aku minat tgk video ni. Padahal satu habuk pun aku xphm. Yg aku leh follow pun time 'do re mi' tu jek. Papepun mmg menghiburkan..besh! Lagi besh dr cite Spirit! hohoho...layannnn...

Duit xde..cmane ni...


Lagi beberapa hari menjelang 2009..bermakna lagi beberapa hari jugak menjelang tamatnya cukai jalan kete buruk aku. Seperti biasa perkara yg sama bermain di fikiran..mane nak cekau duit! Kete xsebis lagi! Meter dah menghampiri ke-80ribu! Patutkah aku buat pinjaman Bank Rakyat? Adess...

DUITT....DUITT...mana kau duittt.....

Luahan Perasaan


Luahan Perasaan 1


Dari dulu aku pesan tak payah sms aku kalau benda tak penting. tak paham2 korang ni ye.

Masalah pasal hp tak sudah2. Ikutkan hati aku buang je bagi kambing makan. Aku bukan ada bisnes pun nak kena call sana sini..tp mesti kena pakai jgk sbb nt fmily aku nk cari sng. Klu2 ade emergency ke..xyah la aku pecahkan duit 50 hinggit aku semata2 nak dapatkan syiling!

Ada juga hamba Allah yang dari dulu macam tak paham2. Asyik sms ajak borak2 kosong. Aku siap direct cakap aku tak suka bazir kredit cakap benda takde point. Dia xnak kalah. Dia call..

Aku malas la angkat, samdol. Tak lain nak ajak aku borak.

Pasal ni pun aku direct. Aku cakap aku tak suka angkat hp. Aku selalu biar telefon dalam beg (ha yang ni aku tipu sekian terima kasih). Aku silent..

Bila xangkat mula la dia bengang, hangin satu badan. Pastu dpt msg. "woi! hp je mahal. klu xnak jwb buang jela ke longkang!" katanya. Dlm ati aku "pegi mampos la kau"

Manusia kedua pun sama lebih kurang..xla slalu call tp slalu memaksa. Sms nak kena bls, msg nak kena jwb (sms ngn msg tu sama la mangkuk!) tp tetau jela. Klu msg2 ngn laki ni aku geli skit.kadang2 xbalas..kadang2 bls..kadang2 balas lambat...kadang2 malas nak balas.

Tapi sebab kesian aku tengok dia xhenti2 call aku angkat la. Pikir sebab kawan kan. aku cakap 'helo...'

"Ape ke bangang kau ni. Apesal susah sangat nak bla3..... aku call org tu xdpt aku call bla3..."

Ikutkan hati, aku tekan aje punat merah kat hp aku ni!

Aku dah tak peduli apa dia cakap lepas tu. Berani betul dia panggil aku bangang? Sumpah lepas ni aku tak angkat call ko setannnn!!


Luahan Perasaan 2


Aku selalu jadi mangsa tukang mendengar gosip dan masalah orang. Bukan tak boleh. tapi kalau dah selalu aku pun fedap. Ye aku fedap. Fedap dengar org lain punye cerita berjela-jela 2 jam sampai pedih telinga aku kiri kanan. Ni lagi satu reason jugak. Ape ingat aku suka sangat tekap telefon tu kat telinga pastu biar radiasi telefon tu menjejaskan kesihatan aku? Kalau jumpa pun asik ckp mnde yg sama..xabih2 dgn mslh dia. Ngumpat sana, ngumpat sini, kutuk sana, kutuk sini. Dari dulu aku mmg xbanyak ckp. Aku dgr je...bak kata org 'kutip point'. Utk tak ngecewakan dia, terpaksa la aku buat2 muka excited. Padahal boring tahap cipanzi dah! Fedap2...

Lagi satu aku xsuka bercakap psl sesuatu yg melibatkan pengetahuan am. Mentang2 la dia tau sume mende dan aku ni agak bodoh2 ayam, abih sume dia nak cite. Padahal aku sikit pun xnak tau psl tu ataupun mgkin dah tau. Aku pun iye2kan jela bt2 berminat. Nak trs hempuk pale dia pun sian jgk. Brengsett! Ape dia ingat aku baru lahir semalam ke ape..

Klu dok lepak ramai2 tu pulak..aku mmg xsuka bila dorg sembang psl satu2 topik yg aku xtau lgsg. Mmg aku xpnh join sembang..dgr je pun. Gelak2 skit. Pstu sebijik kena atas batang idung aku..kena kutuk! Cilakak. Aku dok diam2 pun kena! Yg dorg bincg ni psl nenek tua yg dorg jumpa kat low yatt tgh beli hp sony ericsson walkman semalam..maneler aku tau. Semalam aku xg low yatt. Aku g alamanda je. Kat alamanda tu ade la aku jumpa pompuan gemuk test kusi urut osim. Gemuk gile do..dah la huduh. Yg promoter tu pun dok tahan gelak je. Siot.


Luahan Perasaan 3


Sejak berkereta ni sng btl aku nak g mane2. Faktor cuaca bukan jadi masalah pada aku dah. Walaupun kete aku buruk je, aku ttp bangga memandu di jln raya. Dulu time mula2 pandai bwk kete, kete mazda buruk mak aku pun aku tibai. Keliling kampung aku pusing. Siap bwk adik2 aku yg ramai tu naik skali..bangga gile. Dibuatnya eksiden sia2.

Tapi bukan psl kete yg aku nak cite. Aku nak cite psl parking lot. Dulu time bwk moto, anytime, anywhere aku parking..asal bolehh. Tapi aspek keselamatan diutamakan. Tongkat dua...solex ori...tp skrg aku xrempit dahh.

Klu dah ramai2 serbu satu tempat, sume nak bwk kete sorg satu, agak2 klu 18 puluh ratus org yg dtg, ckup x tmpt parking tu? Mmg la xckup. Tp mengikut teori yg aku blaja dulu klu ade yg kuar, pstinye ade yg boleh masuk kann. Org pun klu dah parking xkan selamanya kat situ. Msti dia kuar jgk nt. Cmtu la aku pikir. Tp yg aku hangin tu bila aku pusing2 tmpt tu 2 3 kali, xde parking. Bila dah dpt, jauh pulak. Parking jela. Bila dah parking, dah lock ensem2, bersepah2 lak kete nk kuar. Ade je kotak parking kosong dkt2 ngn
entrance tu. Bengang btl aku. Menyumpah2 aku dlm ati! Org tu senyum jek...sambil menjeling. Cett!


Luahan Perasaan 4


Ini berkenaan majlis kenduri dan sedara mara. Family aku jenis yg agak ringan menolong majlis org dgn harapan org akan menolong majlis ktorg nt.

Ada sekali dulu aku menghadiri satu majlis kahwin member aku punya abg ipar yg kawin dgn kakak dia. muahaha. Memandangkan umah dia dkt ngn umah aku, dan bapak dia ngn bapak aku geng, maka pagi2 lagi aku dah terpacak kat umah dia. Aku tgk xramai org pagi tu. Family dia ngn jiran2 dekat je. Ade la yg tgh masak2, potong2 bawang kat blkg. Aku dok dpn tolong siapkan bangsal. Dpt la kain
good morning ngan bunga singgit (lekat kat baju).

Aku tnye dia "sedara mara ko xdtg ke?" Dia jwb "ade..mgkin tghari smpai kot" "Ade awek x..yg cun2" aku tnye lg. "ade...yg dah kwin, yg cerai, yg single, yg lom baligh pun ade!ko nak yg mane hahaha" pstu ktorg gelak2, sembang2 lg smbil bt kje tuh. Dah ready sume, aku g mkn dulu ngn adik2 aku. Dia ade keje lagi. Klu ade bhn2 masak xckup ke, tisu abis, minyak gas, ais abis ke, dia la yg jd runner.

Time org tgh rmai tu ade la aku nmpk sedara mara dia dtg. Salam2, amik2 gmbar, pstu dok mkn. Baju tu xyah ckp la. Kemain xnak kalah. Lip lap lip lap yg pompuan. Yg laki lak dgn rambut pacak2 kaler mcm2 kaler. Makan ngn sudu garpu...eksenn. Dah abis mkn siap mintak telur lebih lg..borak2 xnak bgn. Dok usha awek..bajet ensem la tuh. Meluat aku tgk.
xnk la dorg tolong2 kutip pinggan ke..awek tgk, mak awek tgk sejuk ati. Mcm aku. Selalunya aku port kat ladies area. Sambil2 usha pinggan kotor, leh cuci mata skali.muahahaha..tp persaingan mmg xdpt dielakkan. Damn!

So pada aku mnde2 cmni xpatut la. Kan lbh baik kita dtg lbh awal..tolong2 mane yg patut. Majlis tu pun bkn utk org lain. Utk kita jgk. Tolong tu pun jgn la separuh jln. Klu bleh smpai selesai majlis. Ni smpai pinggan mgkuk pun pengantin yg cuci. Ape citee..!!!



Lega..puas..panjang gile entri. Orang kata benda2 camni jangan dipendam. So aku amik pendekatan tu utk mengepost di sini. Harap xmenyinggung mana2 pihak. Mintak maaf kerana membazir masa anda dan terima kasih kerana membaca.

Aku Kata Jangan!


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah"

Wanita Ananah:

banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.



p/s: artikel ni aku post sekadar utk mengingatkan diri aku dan kwn2.. so renung2kan dan selamat beramal!

The Spirit Yg Hampehh


Alkisahnye semalam 25/12/2008 aku, kidik ngn balong g kuar mkn tghari kat kdai bapok. Sdg mkn2 tu timbul la rancgn nk g men snuker..tp aku ngn Kidik bukan la kaki snuker. Yg mamat balong ni plak sibuk memaksa. Hado la..last2 roger Jai. So xsemena2 Jai pun turun Ampang mkn skali kat kdai bapok tersebut. Ntah mcmane lak tetibe kuar idea nk tgk wyg. Dgn berbekalkan rm30 dlm wallet, aku pun bersetuju. Sekelip mata kami pun smpai di MBO Ampang..lokasinya btl2 di hadapan IPD Ampang Jaya! huuu....

Setelah kata sepakat dicapai, kami bersetuju menonton cite The Spirit lakonan Eva Mendes ( tu jela yg aku excited nk tgk pon!muehehe.. ) Jai ngn Balong yg beli tiket..kapel sit! koh3! Tepat jam 4 ptg kami mengambil tempat..

1/4 jam pertama - cite ape ni?mcm xbest jek..
20 minit kemudian - bosannyee...
dkt2 sejam - bile nak abis ni?
dah abis - mcm haremm...xbest lgsg!nyesal tgk!

Dgn muka yg kecewa + xhpy lgsg, ktorg pun blah! Nyesal2..klu dok umah ni puas dah tdo!

Kesimpulannya..cite ni mmg xbest! Aku bg 2/10! Hohoho..

p/s :- pd sape2 yg ade planning2 nk tgk tu henti2kan la ye =)

Lawak Pagi

Soalan Ramalan SPM 2009
Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?

A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu

Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?

A: Alfonso D’ Albuquequer
B: Albontot D’ Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?

A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

Siapakah pegawai British di Sarawak?

A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

Utk jawapan, sila layari CariGold.com! hehehe..

Senarai Filem Wajib tonton 2009 - V1

Berikut adalah senarai pendek filem2 (bukan filem tempatan) cambest yg akan kuar pada tahun hadapan. Harap2 dpt dijadikan panduan bt sume kaki2 wayang utk menyusun jadual dan mengatur kewangan. hahaha..

Ape kes??

Siang td aku dok usha2 blog org, jumpa 1 gmbar ni. Aku xpasti lokasi sbnr mahupun keadaan sbnr di tmpt kejadian. Yg pastinya aku nk ckp...ape kejadahnye dorg ni?? xde tmpt len ke nk smayang? xsenonoh btl la...agak2 kusyuk x dorg smayg tuh??

Kenapa blog aku semacam je..


Sebenarnya aku tgh cuba template2 lain..bosan dgn template yg sedia ada selain jelez ngn blog2 org lain yg lawa2 tuh. Klik2, copy paste copy paste, akhirnya jd la cmni. Ntahapehape ek..serabut lak aku tgk. Lantaklah! Besok2 aku godek lagi! ahahah...godek jgn xgodek...godek jgn xgodek...godek jgn xgodek....


:menari::menari::menari:

Ilmu ape dia pakai nih..



Dah byk video magic aku tgk..tp yg ni cambest plak. Tetibe je aku rs nk post kat sini. Agak2 ilmu ape dia pakai ek? Dah mcm cite naruto pun ade! Terer2..

:fikir::fikir::fikir:

Satu lagi entri yg ntahapehape....


Hari ni hari Jumaat bersamaan 19/12/2008..

Penatnyeeehhh....rs mcm nk patah pinggang aku! Klu ikutkan hati,mau je aku EL ari nih. Apsal pnt sgt? Apakah sudah ilg kemestri antara aku dgn CBX6873?? Apakah ini balasan terhadap kecuaian aku menjaga makan minum beliau? Koh3...memandai je aku membuat kesimpulan. Padahal aku baru je bg dia kasut baru semlm..tp sebelah jela hohoho..

Penatnyeeehhh....rasa2nya posisi pemanduan aku xde mslh..sama je mcm slalu. Speed pun xlaju mane..handling....byk drift kot semlm!hahahaha...adeh skt pinggang! Dpt tido ni pehhh...mlm td smpai umh kul 11 trs tdo. Pstu alarm kul 8 bunyik. Adei...rasa mcm nak baling2 je N73 yg aku bli dgn hrga rm1700 tu ke dinding! xpuas lgsg! Klu la aku leh 'pause'kan time..indahnye dunia. So dgn muka seposen aku gagahkan jgk la menapak ke opis...

Penatnyeeehhh.... :bye:


Pengunguman ke pengumuman??

Pehh...lame gile xpost ape2 kat sini. Blog aku yg sebelah tu pun mcm dah terbengkalai..lantak lah! Bukan kena byr pun! Hehehe.. :ngee:

So disebabkan kemalasan yg amat+kesibukan yg dibuat2, aku mengambil keputusan utk meneruskan apex's blog shj mulai hari ini..hohoho. Sebarang pertanyaan/bantahan/mogok lapar/reformasi xkan mengubah keputusan yg dibuat.

Sekian pengumuman saya~



:korek:
apex



Kurus ------>>> Gemuk

Aku agak terkilan bila ada yang mengatakan aku ni amatlah kurus. Lalu aku pandang kpd adik beradik, kwn2 sekerja yang kebanyakannya lebih berisi drp aku. Kenapa aku xboleh dpt susuk tubuh spt dorg? Ape yg dorg mkn, yg aku xmkn? Adik2 aku pun mkn drp periuk yg sama! Tp kenapa lemak2 dorg boleh terbentuk dgn aktif sekali?! Kenapa tidak aku?? Sape ade idea mcmane nk gemuk?

Mungkin kerana kadar metabolisma aku yang tinggi berjaya mengawal kadar pertumbuhan lemak di sekitar perutku ini. Walau ape yg aku mkn, walau aku hanya mkn tido mkn tido tanpa membuang...aku tetap kurus!

Apa yang pasti aku bercadang nak gemukkan badan aku satu hari nanti. Kalau rmai org yg sebok nak kuruskan badan, aku pula nak naikkan ukur lilit pinggang aku, mengubah saiz baju dr 'S' ke 'L' sekurang2nya. Tak bersyukur kah aku? Aku hanya mencari kepuasan utk diri sendiri..xslh kan??

Alaa..aku nak gemuk sikit je. Mak aku, jiran2 aku, sedara mara aku sume asik mempertikaikan kekurusan aku tiap kali bertemu. Ape ingat aku xterasa ati ke..huhuhu. Korg tunggu la satu ari nt...body aku persis bintang bollywood. Awek2, makcik2 akan memuji2 ketegapan dan kemachoan aku! Hahahaha....tp bolehkah aku gemuk? Apakah ade sinar harapan bt aku? Aku pnh cuba dan keputusannya aku dah malas! hahahaha...

Akhirnya aku tak jadi la nak gemuk. Aku bersyukur dengan apa yang ada dan terima diri aku seadanya. Tiada lagi usaha2 untuk menggemukkan bdn. Aku terpikir banyak kelebihan yg tersirat di sebalik ciptaanNya..btl x? Kurus membuatkan aku lebih flexible, dan bebas bergerak, bebas melarikan diri! Aku juga mudah mencari pakaian dan kasut memandangkan saiz aku mudah didapati. Klu xde saiz dewasa, saiz kanak2 pun bolehhh....So terima kasih la pd korg kerana membuang masa membaca entri ni...hehehe..


Sedikit fakta mengenai gemuk untuk rakyat Malaysia:

*Rakyat Malaysia antara paling gemuk di dunia. Dan tergemuk di Asia. *Orang perempuan tidak mudah terpikat pada lelaki gemuk walaupun dia hensem seratus kali dari Brad Pit. Begitu juga sebaliknya.
*Apabila anda menjadi gemuk, peluang untuk mendapat penyakit tiga berangkai (jantung, darah tinggi dan kencing manis) adalah berlipat kali ganda berbanding org yg kurus!



Kamus Loghat Pahang

A
aok - awak
ampuh - sempat
ambender - apa benda
anggu- kesepian /sunyi

B
babir - degil
berderau - gotong royong
bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
berlemin - berminyak
biroh - gatal
buas - lasak
buboh - letak
boyaih - boroi
berambi - berhati-hati,berwaspada
borok - borak
bobok - menipu Cth ayat : budak itu bercakap bobok sangat
berte'eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat : mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
beringor - memberitahu
bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org...kekkeke...disebut 'beghahi')
bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
bertonyeh - gaduh mulut
bertonjeng - berlawan cakap

C
cakne - ambil hal
ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
cemuih - bosan
cenekang - kuku cekam tu le
cekut - cakup/beritahu
celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
chika - mual/muntah/perut memulas
cokei - cukai
cokeng - tegak
cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung


D
dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
daur - sebaya,berkaitan dgn usia
degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ]
Dedor - suam-suam kuku
di - (saya) ganti nama saya - (pulau tawar jerantut sahaja)

E

F

G
gohek - kayuh
godei - kacau kacau air, dodol
goge - hingar bingar
gebor - selimut
gonyoh - sental kuat2
getik - geli,meluat
gamoknye - agaknya
gasok - suka hati awaklah
gonggot - rambut yang digunting tak sekata


H
habat/habad - pengotor
hantoi - lembap,slow pergerakan
hampuras - tidak berguna / tidak sempurna
hampuk - menghempas.

I

J
jabir - plastik
jenih - jenis
jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu
juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak silap la)
jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa.jelun kepala
jolong - tinggi

K
kas - saya (jerantut, lipis raub)
koi - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je)
kair (ke air) - pergi ke sungai.ngail
kome - kami
kulo - warna kelabu tahi anjing
kehut,kehot,kehak - letih..sengal
kerang - menangis dengan sepenuh hati
keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
kupik - kedekut
kerapoh - sisa2/bersepah cth:sisa -Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek
kecah - lecak
karang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu
kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main kelat
kememe - sama cam tembe gak
kekalu - emping dibuat dari padi pulut
komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
komoih - gomol. Cth ayat : Jgn le komoih budak tu nak tido weh
kobek - belek2...menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
kepok - tempat simpan padi
kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
kodi/kudi - ketinggalan zaman
keknya - tetapi
kipai - letih /lenguh tangan
kenit - kecil
kederat - upaya

L
lat - tenggang/jarak masa
lantak aok - suka hati awak
lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
lehet - dipakai bagi bagi buah labu
lece - tilam
lengit - kalah teruk
ledut - pekat
lejut - basah teruk(lencun)
lepe - cuai
lecoh - becak
leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)
lembang - sepah, berterabur
lempor - baling
lensung - keletihan, terlalu lemah
lebam birat - lebam2 akibat dipukul

M
moh - jom,mari
mok - mak
mehe - mahal
mengelice - mengelupur
menikei/kenikei - buah tembikai
meleweh - bercakap mcm nak tak nak
mereloh - tido
meronoh - buang air besar
membute - tido
mencayak tu - laju sangat bawak moto
mengelentat - mengada2 seksi
merohong - wangi sangat
melantong - busuk sangat
merebang/mengerebang - rambut tak terurus
merening -benda yang nak pecah(bulat)
meraban - tak tentu hala
menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,juga bermaksud berdampingan
mengekelan - tercekik (berkaitan dengan makan)
mengkone (meng-corner)- kemana-mana
menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya) tp something yg merujuk kpd pergerakan badan. Cth ayat: Bakper menggeledeng ngat ni?
masam menaung - masam sesangat
masam mencekut - masam sesangat
merepih - mencangkul rumput
mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
melukah - (kain yang dipakai terbuka)
menganjing - mengada..mengejek
motong - menoreh getah
mamai - emosi tak stabil
manis meleting - teramat manis
mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
mengoloh - tolak balik/undur
mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
melepam - pahit/masin/masam sangat
mencanak -laju sangat
mek nye(matnya) - kenapanya
malaih - malas
mombong - penuh
mengkane - telekung sembahyang

N
nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
ngonyoh - gosok dengan kasar
nyeraya - suruh

O
oteing - pening! Cth ayat : pah palih! oteing paler kawan nak buat mende ni!
omis- kuat berleter

P
pane - sunyi sepi
penek/pandok - pendek
pedo'oh - tipu
paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir)
pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
pepalih - maksudnya macam...ishh...teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat gitu
podot - sumbat cth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni
perintan - Keadaan,masa
polok - gelojoh
palor - Biar

Q

R
rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong
racik - jerat ayam hutan
ralit - kusyuk
rege - harga
rompong - abis sebahagian cth ayat : kerete itu rompung beloh (bahagian) hadapan.
rabet - koyak
rebat/merebat - hujan mula2 @ lari semua.

S
sesemut -kebas kaki
senyour- kebas kaki
seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
semonyeh - makan makanan tidak cermat atau kerja tidak sempurna.
sempelit - kotor cth ayat: budak itu sempelit dengan tanah.
sangei - tudung saji
sengkawang -(tak tau makna dia ni)
sengkelen -duit siling/pulas tangan kebelakang
sempelet - kotoran di badan
se'eh - kenyang yg teramat sgt. Cth : se'ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!
sokmo - selalu , Contoh :ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie!
setoho - di sana
seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan.
sepolit - tinggal sedikit
sekeceng - tidor sekejap sangat
sakat -kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir

T
taruk - letak
ta'endok - tidak mahu (jerentut, lipis raub)
tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
tawor hebe - tawar sesangat (Air)
tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie
tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
tembe - lembek, lemah, manja
tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie,
tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)

U

V

W
wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu

X

Y

Z


Agak2 ade lg x yg belum diisi?hehehe...papepun Pahang mmg best!

Dr Fadhilah Kamsah menulis...

Assalammualaikum. .......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ......either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan.... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .......makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih


Cuba2..hohoho

Ambil handphone anda sekarang,dan cuba langkah2 yg aku sebutkan di bawah ini.

* Masukkan tiga nombor pertama handphone anda itu (bukannya 012,016
atau 019) ke kalkulator.

* Darab dgn 80

* Tambah 1

* Darab dengan 250

* Campurkan empat nombor terakhir telefon anda

* Sekali lagi campurkan empat nombor terakhir tadi

* Tolak 250

* Bahagi dengan 2

Cuba tengok kalkulator,betul tak yg tertera itu adalah nombor handphone
anda?Kalau tak percaya,cuba sekali lagi..



Dapat Tak????????


next..kali ni aneh skit.cuba ye...hehe


Disini ada satu pengiraan matematik mudah untuk latihan anda, ia akan memberikan kejutan pada setiap anda yg mencubanya!

• Ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat.
• Ikut arahan pada setiap muka surat.
• Jangan pergi ke slide terakhir sebelum anda siapkan kesemua kiraan.
• Bersedia dengan mesin kira anda!!

1. Mula-mula, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda ingin makan malam di restoran.

2. Darabkan dengan 2

3. Tambah 5

4. Darabkan dengan 50 .

5. Jika tarikh lahir anda tahun ini sudah lepas tambah 1758 sebaliknya tambah 1757 jika ianya belum lepas.

6. Kiraan terakhir:

Tolak tahun anda dilahirkan.
(contoh.: 1941, 1973, dsb.).

7. Jumlah anda sekarang dalam tiga digit nombor.

Digit pertama dari 3 digit tersebut:
Adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam di restoran dalam seminggu.

Sekarang yang paling cool!!!
2 digit terakhir memberitahu anda …



UMUR anda!!!!!!

2008 ADALAH SATU-SATUNYA TAHUN DI MANA PENGIRAAN INI BERHASIL. HANTARKAN KEPADA RAKAN ANDA SEBELUM TAHUN INI BERAKHIR!

Pelik Tapi Benar

Ada Yang Lebih Malang Daripada Anda

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.

Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api…….Kesian !!!


MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?


Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.

Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan…….Anda bayangkanlah sendiri apa yang berlaku seterusnya !! :P

Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas… Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki… Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye… (sekali lagi…) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah…


MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?


Ingat! Mungkin ini lebih buruk…


1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton thiller’…. Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.


2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.

“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”

Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye..) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman… patah dua tulang tangan.


3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..


AKHIR SEKALI…


4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka…. menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan…


Amazing..

Rasa2nye dah agak lama aku xpost ape2 kat sini. Sebenarnye td aku ade jln2, surf 1 lmn web ni. Lmn web ke website...lantak lah! Aku tertarik dgn mnde alah ni. Selama ni aku dah byk try mnde2 cmni..sume beser jela. Tp yg ni mak aih..klu ade kat Mesia mmg aku naik!! Naik sorg2 pun xpe! Aku minat gile men menatang ni! Best tuuUU!!





Beauty of Maths


1stime aku baca mnde ni...kagum siot! Sape la manusia yg mula2 perasan keadaan ni ek..


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321


Sikap Lelaki Yg Perlu Wanita Tahu

Okeh. Klu dulu aku dah listdown kan ''Sikap Wanita Yg Perlu Lelaki Fahami''...kali ni aku nak cte psl "Lelaki" lak. Info ni aku cilok dr mane tah xingt lak. Just want to share...

1. Bila si dia sibuk....... . Jangan pulak terhegeh-hegeh mintak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die temani kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. Kan dah lain jadiknyer...

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi bila egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macam ni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinya tegas.

3. Bila si dia romantik.... .... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin, bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ke, kawin ke..?hehehe..

4. Bila si dia panas baran....... . Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah...Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... .... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. .... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba..... .. Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya, buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kamu mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya kenapa dia curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu..

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.