Nite Dinner 2008


" 30 dec
keje half day sbb ada dinner ( yg nie pon xyah ct la.. sure pakcik or kerol or kush or sesapa da mengarang dlm blog dior) "



Merujuk kpd petikan di atas, inilah karangan saya ; )



Entri kali ni berkisar tentang majlis yang berlangsung kira2 5 jam di Equatorial Hotel Kuala Lumpur pada 30 Dec 2008. Bertemakan konsep kasual dan smart, seramai kira2 300 (sukati aku jek) tetamu hadir memeriahkan majlis. Dikhabarkan tujuan diadakan majlis ini adalah utk menghargai jasa dan pengorbanan kakitgn syarikat serta menghargai bantuan dan sokongan drp rakan2 perniagaan yg terlibat secara lgsg dlm perkembangan syarikat selama kira2 10 tahun penglibatan dlm dunia perniagaan.

Aturcara

7.15 pm : Pendaftaran
8.00 pm : Bacaan Doa
8.05 pm : Ucapan Pembukaan oleh Pengarah
8.15 pm : Jamuan Makan Malam
8.30 pm : Persembahan Artis Jemputan
9.15 pm : Sambutan Harijadi
9.30 pm : Persembahan Artis Jemputan
10.00 pm : Ucapan drp CEO
10.30 pm : Persembahan Artis Jemputan
11.30 pm : Majlis berakhir


Keseluruhannya majlis yg diatur berjalan dgn lancar sekali. Dipengerusikan oleh pelakon dan pelawak terkenal Saleh Yaakob, tetamu dihiburkan dgn nyanyian lagu dan repekan oleh beliau sendiri. Tetamu juga dikejutkan dgn kemunculan penyanyi Aisyah yg menyanyikan beberapa buah lagu lama dan baru. Memang best! Tetamu2 yg sedang meratah udang goreng berhenti seketika...yg sedang bergosip juga terkedu. Cayalah Aisyah! Persembahan dan vokal yg still power juga membuatkan Ali Terarosa xhenti2 merakam gambar dan video nyanyian Aisyah menggunakan hp Sony Ericsson P1i nya! muahahah...

Majlis digempakkan lagi dgn pengumuman khas oleh CEO syarikat mengenai pemberian bonus utk tahun ni yg akan dibank-in kan selewat2nya sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Di sini lah bermulanya konflik di mana si isteri tersenyum lebar memikirkan bonus yg bakal diperolehi si suami..dan si suami pastinya tidak dpt mengelak drp menjadi mangsa paw si isteri! ish3..nsib baik aku bujang!

Majlis berakhir kira2 jam 11.30 mlm di mana selepas itu staff2 berpeluang beramah mesra dgn artis jemputan. Kelihatan aksi2 gedik dipamerkan dlm setiap sesi photoshot..yg xpnh senyum pun boleh tersenyum, yg xpernah melompat pun boleh terkinje2 mlm tuh! Walaubagaimanapun aku hanya bertindak sbg pemerhati yg memerhati gelagat (bukan mengusha seseorg ye) rakan2 dan artis tersebut. Majlis bersurai kira2 sejam kemudian.

Sekian shj laporan saya....sehingga bertemu lagi dlm event2 yg akan dtg...adios!


Sedikit Gambir

meja yg menjadi tumpuan

menu udang

sushi

pencuci mulut

salah seorg pemakan paling bernafsu mlm tu

Aisyah....:lala:

Aisyah dan SY berduet

kehadiran badut yg turut menceriakan kanak2

sesi menconteng arang ke muka

bergambar bersama ali terarosa yg jambuuu


sebahagian drp staff yg kacak bergaya hohoho



2 komen:

keyboardstuck said...


salah seorg pemakan paling bernafsu mlm tu
nafsu apakah itu

fati said...

hahahha.. siap ada petikan alu aluan tuu.. huuu ~~~~