Khamis 27 Ogos
Seharian bekerja merayau-rayau menjejak harta karun dlm keadaan berpuasa sgt memenatkan bg aku. Ditambah dgn keadaan cuaca yg tidak menentu. Kejap pns, kejap redup. Kejap-kejap hujan. Berhadapan dgn pelbagai ragam manusia, yg dgn selamba menyedut neskepe o ais di hadapan manusia spt aku yg senipis stokin imannya. Klu diikutkan ati, mau saja aku tumpang sedut sepam dua.
Jam dah menghampiri ke pukul 6 ptg. Hajat di hati nak singgah di bazar Ramadhan di Shah Alam. Kemudian berbuka bersama sorg adik di Shah Alam jgk. Mula bergerak blk jam 6. Mengikut ramalan aku, perjalanan dari Klang ke Shah Alam mengambil masa xsmpai 1 jam..1/2 jam mungkin. Aku pun rilek je.
Baru nak bersenang-lenang, jemm pulakk. Kenapa la ramai sgt manusia time2 cmtu? Tiap2 jln, tiap lorong pun ada kenderaan yg menghala ke jln yg sama. Aku dah panik. Rasa mcm nak lempang-lempang je sume org kat situ. Ntah sempat ke x aku sampai ke Shah Alam sebelum berbuke. Dlm ati dok maki2 sume org. Datuk bandar, majlis bandaran, jabatan kerja raya, driver lori, driver teksi, driver vios..sume kena maki. Bandar Klang pun kena F##k! Ahh!! Benci btl. Hampir-hampir aku ilg pertimbangan. Polis trapik pun xboleh hrp. Dok menonton je dari tepi. Cis!
Akhirnya laungan Maghrib disambut dgn air mineral shj. Nak menunjukkan betapa xpuas atinya aku, dgn selamba aku mengurit idung pulak di hadapan khalayak ramai. Habis! Clear! Bengang sungguh! Ape kejadahnya buke tgh2 jemm tu? xbest langsung! Adik aku dah tunggu kat umah dan terpaksa mengepow murtabak kwn2 serumahnya utk berbuka dahulu.
Dkt2 jam 9 mlm baru aku sampai. Hajat utk ke bazar terpaksa dilupakan. Aku membawa adik bersama hati yg luka ke sebuah restoran..err kedai mkn yg menurut adikku msakkannya sdp dan ada awek cun sbg pelayan. YE HARUS DIINGAT. 2 ASPEK TERSEBUT ADALAH SGT DIUTAMAKAN DLM PEMILIHAN SESEBUAH PORT MKN. TERIMA KASIH. Dan kehadiran awek tu mengambil oder kami sedikit telah mengcooldownkan aku. Ade slang Kelantan skit. Lambat-lambat je aku oder. Time tu adik aku dah sengeh2. Jimbit!
Selesai mkn, jam dah pukul 10 mlm..cite 999 pun dah abis. Kami pun pulang. Besok ade lg misi mencari harta karun. Aku mau rehat, tido setidonya...ngape la bln2 pose ni kena buat sume ni. Adoiyai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
sabo.. saboo.. dugaan bulan puasa ;)
ada hikmahnya.. heee P.E.A.C.E!
ye sabo la ni. padahal dah maki2 segala bagai. haha
Post a Comment