Diari Seminggu

Jumaat (2 hari sebelum raya)

Malam tadi standby. Bgn tido kul 11 lebih terus g mandi. Hari terakhir bekerja sebelum cuti raya. Niat suci murni nak ke opis walaupun tau ntah brape kerat je manusia yg ade. Check emel jap. Dapat tau hari ni keje sekerat hari lak. Bos bagi cuti separuh hari. Alhamdulillah. Nasib baikk xkuar umah lg. Ape lg..sambung tido!


Sabtu (sehari sebelum raya)

Lepas tengahari dlm kul 1 gerak balik kg atok kat Melaka. Jalan ok sedap2 meter 110km/j. Sampai kg tgk atok tgh syok landing kat sofa. Nenek dgn mak tgh masak sup kat dapur. Mak ayah dgn adik2 sume dah sampai sehari awal. Aku je lambat. Saje je blk lambat skit biar sume org tertunggu2. Kononnye la.. dan mlm tu family mak andak dgn family mak cik sampai. Mcm bese makhluk2 yg bujang2 tido sepah2 kat ruang tamu.



Ahad (hari raya)

Pagi2 lg dah bgn. Excited gile nak pakai baju raya yg dah di-iron mlm td. Bukan aku iron. Adik pompuan aku. Aku malas. Adoi tensen siot...bila terpksa beratur panjang dpn pintu bilik air. Nak melepas pun kena beratur. Ape daa..

Bersalam2an, bermaaf2an, berpeluk2an, bercium2an, berjeling2an sesama sanak sedara sebelum sembahyang raya. Duit raya?? xde sorg pun nak hulur aku barang singgit dua. Nampak gayanya wajah awet muda dan potongan badan darjah 2 aku xberjaya mengaburi mata dorg. Cis!

Aktiviti selepas sembahyang raya. Mcm taun2 lepas, ziarah rumah sedara mara jauh dan dekat di sekitar negeri Melaka. Melantak sepuas2nya dgn harapan dpt menambah berat badan barang sekilo dua. Dan mcm taun2 lepas jgk, misi gagal. Ke mana pegi sekelian ketupat dan kuih tat yg aku sebat, aku pun xtau.



Senin (raya ke-2)

Bangun awal jgk. Makan ketupat kat umh sendiri. Tengok tv. Tido.
Petang tu jalan beraya lagi kat umah makteh. Beliau buat umah terbuka. Ada laksa, ada mee goreng, ada kuih2 raya. Sume aku sebat.


Selasa (raya ke-3)

PakSu@Busu lak buat umah terbuka. Ada ayam bbq, ada mee tomyam, ada kuih2 raya. Melantak lagi. Dlm kul 11 gerak balik Pahang. On the way singgah umah sedara sebelah ayah kat Muadzam, Bandar 2 Paloh Hinai. Sampai umah dah dekat Maghrib.


Rabu (raya ke-4)

Hari ni x ke mana2. Berehat di rumah sambil melayan budak2 yg dtg beraya. Ntah anak sape, dari mane, sorg pun aku xknl. Lantak lah. Nah amik sorg singgit. G men jejauh!


Kamis (raya ke-5)

Pun x ke mana2. Bersantai di rumah sambil melayan rancangan2 telebisyen. Ptg tu anak jantan sulung pakngah dtg umah bersama anak isteri beliau. Isteri beliau boleh thn cun. Anak beliau baru berusia 4 bulan lebih..pompuan, comel. Dah pandai meniarap. Dlm proses membiasakan diri dgn teknik gostan.

amacam..cun x?

Jumaat (raya ke-6)


Kakak dgn abg ipar yg beraya di Kuala Pilah balik. Abg dgn anak isteri dia pun ada balik. Hari ni baru cukup 1 family. Susah betul baru dpt kumpul. Kakak dgn abg ipar menetap di Sabah. Setahun 2 kali je balik.


Sabtu (raya ke-7)

Melawat pusara arwah mak, arwah tok dan arwah aki. Dah 18 tahun mak meninggalkan kami. Namun wajah manis mak masih segar dlm ingatan aku. Mak... .. ....eri rindu sgt kat mak... ..seriusss xtipu...


Ahad (raya ke-8)

Pagi2 lg lepas subuh aku siap2 peking barang. Mcm2 mak suruh aku bwk blk. Kuih raya, nasik, bihun goreng...arrgghh!! Aku tgh risaukan tiket flight kakak aku nak blk Sabah kul 3 ptg ni. Ntah sempat ke x nak htr dorg ke KLIA. Setelah di-google maps kan dan mengenalpasti laluan paling selamat dan paling kurang risiko jamm, jam 0720 pagi aku gerak dari umh. Menyentuh perasaan jgk la bersalam2an dgn mak ayah, dgn adik2 pagi tu. Jam 12 lebih sikit, kitorg sampai di KLIA. Alhamdulillah. Aku lepak2 kat situ sampai kul 2 lbh dekat2 time dorg nak cek in tu. Syok jgk usha awek2 pramugari ni ye. Lawa je pakai kebaya ketat bunge2 kain belah nampak sampai peha pakai tudung lak tu. Tetibe terasa mcm nak tukar profesion..nak jd pramugara. Agak2 layak x? Hoh jgn nak kutuk aku. Aku tajang kang.


Dan hari ni Isnin bersamaan hari raya ke-9. Aku kembali bekerja. Hakikatnya mood raya masih menguasai diri. Masih menanti jemputan2 rumah terbuka. Jgn disebabkan aku xmkn byk, tiada yg sudi menjemput. Cis! Diskriminasi namanya tu! Ok2 papehal roger k.



Dah! Abis.



Ye! Abis cenggitu je. Sekian.


raya ke-3

cucu sulong bapak aku

0 komen: