Assalamualaikum.
Sempena 1 Syawal yg akan tiba xlama lagi, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua. Pada mak, ayah, adik beradik, adik beradik ipar, sedara-mara serta atuk dan nenek di kampung. Kite mintak maaf sebab lewat sikit pulang raya ni. Maklum jela. Jalan jemm. Nak laju2 pun xboleh. Speed trap byk. Kete pun byk. Papepun insyaallah selewat2nya mlm raya kite sampai. Ye nek. Kite blk sorg lg taun ni.. xabis2 la nenek ni!
Buat keluarga sebelah sana, saya mintak maaf xdpt beraya di sana. Hajat di hati mmg nak pegi tapi keadaan yg xmengizinkan. Kalau makan lontong, mkn ketupat ke, ingat2 la saya kat sini ye. Jaga diri semua. Buat org sana, beringat2 la melantak tu. Jaga kesihatan. Jgn nakal2 k ;)
Selamat Hari Raya.
Tak lupa juga. Buat kawan2 sepermainan, rakan2 seperjuangan, makwe2 seopis, makwe2 opis sebelah, makwe Public Bank..err... Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.
Juga buat tukang2 saman parking dan tukang2 saman lalulintas. Yg terpaksa bertugas di hari raya, selamat bertugas aku ucapkan. Aku dah byk kali kena saman dgn korg dan byk jgk aku xbyr lg. Sempena hari raya ni apa kata korg maafkan aku dan saman2 tu sume kira 0-0 la bleh? Hehehe. Bila2 free nanti jemput la dtg umah. Bwk anak bini skali ye. Maseh.
Akhir sekali. Buat semua pembaca dan pengikut blog apex-anakpahang.blogspot.com. Walaupun xde ape yg spesel kat sini..mamat ensem xde, makanan sedap2 xde, resepi masakan xde, gosip2 artis pun xde..korg view jgk blog ni. Mekasih la. Mintak maap la klu ade salah silap terkasar bahasa ke ape selama ni. Apa yg tertulis kat sini, cuma secebis kisah hidup aku..pendapat aku. Yg ingin aku kongsi, aku luahkan melalui penulisan yg xseberapa. Apa yg baik tu sama2 jadikan teladan. Yg buruk tu jgn la dikenang2. Aku pun manusia biasa yg punya hati dan perasaan.. tetap xlepas dari melakukan kesilapan. Mintak ampun. Mintak maaf sesangat kat korg.
Hoh ter serius plak. Kohkohkoh.
Sekian.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
1 komen:
Sama-sama lah kita yep! Maaf fizikal mental ;)
Leklok bawak kereta tu!
Post a Comment