Aku sekarang dlm proses mengumpul dana bg merenew rodtax kereta. Memandangkan aku masih ada 6 saman yg masih belum disetelkan, rasanya mmg akan ada sikit masalah nanti. Roadtax kereta hampir-hampir je sampai ke penghujung ni. Mane nak cekau duit. Adehh..
Sekarang kat KL boleh kata setiap hari hujan. Lembah Klang la terutamanya. Bila hujan, tau-tau jela. Tido sedap of coz! Nak bgn tido yg xsedap tu. Malas betul. Dah bgn, nak mandi pulak. Sejuukkk!!! Hado la. Terus terang aku mmg xtahan sejuk. Sejuk sikit pun aku dah menggigil-gigil. Kecut segala!
Musim hujan ni mmg aku xpsg kipas laju-laju. Cukup sekadar berangin. Kalau bwk kete pulak, ekon mmg aku psg pelan jela. Tu pun tutup segala lubang tempat kuar angin tu. Sejuk mmg kelemahan aku. Mungkin sbb kandungan lemak dlm badan aku xcukup utk protect aku drp suhu sejuk tu. Mungkin jgk sbb kulit aku xcukup tebal.. err kulit aku kan halus mulus dan gebu. Haha!
Daripada kesejukan, aku lbh selesa kepanasan berpeluh-peluh busuk tu. Maknanya aku lebih selesa busuk xmandi daripada kesejukan akibat mandi. Hebat tak? Haha. Tapi aku rasa aku xbusuk pun. Kalau xmandi tu pun kira dapat menjimatkan air jgk. Ok ape. Hahaha! Tapi agak-agak la. Takkan sampai 3-4 hari xmandi. Pemalas bebenor! At least mandi la sehari sekali.
Aku pnh dgr org ckp. Tak elok mandi malam-malam. Sejuk. Kena sakit paru-paru berair nanti. Betul ke? Kena sakit sbb mandi malam ke sbb mandi sejuk? Kalau mandi malam tp air drp water heater, dikira x? Kalau mandi air sejuk di siang hari, dikira x?
Asalnya dulu aku mmg pengikut Juara Lagu ataupun dulu dipanggil Muzik-Muzik. Antara rancangan hiburan yg jarang aku mis la. Tapi sejak beberapa tahun lepas ni aku dah tak ikut sgt. Sedar-sedar je dah final. Haha! Final pun xtgk jgk. Dulu aku ingat antara artis yg top, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, M.Nasir, Elyana, Spider, Exist, Adibah Noor.. Senario pun ade rasanya. Sekarang nampak gayanya tinggal artis-artis baru je yg bersaing. Bosan pulak. Mane otai-otai? Jaclyn Victor mane? Misha Omar mane?
Dah dekat-dekat ni biasa la. Macam-macam iklan promosi kuar kat tv. Ni ha yg tahun lepas punye. Iklan aku tgk la. AJL aku xtgk pun. Sape menang ntah. Meet Uncle Hussin kot. Iklan promo ni aku rasa best jgk la. Ada sambungan dia lg. Malas nak tepek sini. Haha!
Yg ni pulak tahun ni punye. Aku lyn gitu-gitu jela. Ceritanye sama je dgn tahun lps. Pelakon yg sama jgk. Bila dah same, bosan pulak aku. Takde idea lain ke ape. Lawak-lawak camni aku rasa mcm dah xreleven je dgn keadaan sekarang. Lawak kutuk mengutuk, ejek mengejek. Macam budak-budak je. Dah tu mcm pengacara pulak yg lebih aku rasa. Ada sambungan dia lagi. Malas nak tepek sini. Haha!
Amacam? Best ke?
Senarai Finalis AJL25
Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
Cinta Sempurna – Yuna
Pelita – Loque/Loque/A.P.I
Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
Ekstravaganza – Sam/Bunkface
Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Sume lagu xde yg masuk jiwa la. Aku vote utk penyanyi bleh dok? Yunaaaa!!!! Haha!
Aku bukan nak bercakap psl lagu ni ke, psl video ni ke, psl penyanyi 2 org ni ke. Bukan! Bukan!
Okeh ari ni aku nak bukak akaun dosa baru. Sape nak join? Akaun mengumpat 2011. Mangsa pertama adalah 1 pasangan yg baru aku knl beberapa hari lps. Yg lelaki berusia 24 tahun dan yg perempuan berumur 20 tahun. Haha!
Jarang sgt aku jumpa mane-mane awek yg panggil bf dia "kanda". Gitu jgk yg bf dia panggil awek dia "dinda". Tapi pasangan ni ini macam. Dari ape yg aku dpt tau, dorg ni kapel baru sebulan lebih je. Mesra bukan main. Gedik pun ye jgk. Geli aku tgk. Pasangan ni boleh dikata mcm beauty and the beast lah. Kenapa? Sebab yg pompuan tu walau xsecantik lisa surihani, kira boleh thn la. Kulit putih, body cantik. Jerawat sikit-sikit tu kira boleh diterima lg la. Tapi yg si bf td pulak, mmg betul-betul beast lah! Terbaekk! Aku perasan aku ni dah cukup beast... rupanye ade lg manusia yg lbh beast. Aku bersyukur sgt-sgt dgn diri aku yg spt ni. Yg terus terusan jadi persoalan dlm kepala aku. Mcmane awek yg sesuwiit pompuan ni boleh sangkut pd laki yg spt ni? Aku pikir blk. Aku pikir blk sedalam-dalamnye. Ohh cinta itu buta. Terkenang pulak kisah diri sendiri.
Okeh aku nak cuba kata ganti diri "kanda-dinda" ni. Ok ke dok.
"dinda, kanda rasa nak makan ciken cop la ari ni. cmane dinda?" "dinda, besok bonda nak dtg rumah. dinda suke x?" "kanda suke tgk dinda senyum. bleh gugur jantung kanda tau" "dinda dinda, kanda sayang sgt kat dinda.. jom kawin!"
puii! tuih tuih tuihhh!! aku xbleh la ini mcm. geli. dah la dialog geli. pakai kanda-dinda pulak. arghh!!
Haha hari ni 3 Januari 2011. Tak sempat nak post utk 1 Januari disebabkan sibuk dgn hal-hal lain. Sempena entri pertama di tahun baru ni aku nak buat panjang sikit lah. Kiranye sbg ucapan pendahuluan utk tahun ni bg blog ni.
1. Aku nak ucapkan selamat bersekolah buat yg baru daftar darjah 1 hari ni. Aku phm perasaan korg. Aku dulu pun nangis xkasi bapak aku balik tinggalkan aku kat kelas tu. Haha eh ade ke budak darjah 1 baca blog ni? Klu ade, korg tinggalkan komen kat entri ni ok. Perkenalkan diri, nama mak bapak, korg skolah mane. Aku akan sediakan makan keropok di kantin skolah kau utk kau selama setahun bernilai 50sen setiap hari. Ok adik2? Ape?! Tak cukup? Aku dulu skolah mak bapak aku bg 30sen je tau! Buat belanja. Tak reti bersyukur. Cis!
2. Aku ttp nak ucapkan tahniah buat team bolasepak negara yg menang piala AFF ari tu. Sampai hari ni org dok berckp lg. Tak abis-abis lg psl isu Super Safee la.. TsuFahmi la.. damn! Bosan pulak aku. Tapi yg bagusnye aku tgk kat mane-mane shopping mall org dah tak malu-malu nak pakai jersi player Malaysia ni. Baik yg kaler biru, baik yg kaler kuning. Cuma xde la pulak nampak ade nama player skali kat baju tuh. Belum sampai ke tahap tu lg kot. Hahaha. Aku minat yg biru lengan merah tu.
3. Utk blog ni sendiri. Rasanye dah masuk tahun ke-3. Syabas betey. Tak sangka aku. Dgn header yg xpnh tukar, dgn nuff yg xpnh-pnh naik, dgn entri2 yg ntahapahape, nampaknye berjaya aku trs kekal dgn blog ni. Nama apex tu pun xlg digunakan di dunia sebenar. Hanya melalui dunia blogging ni je la. Yeah lg skali. Aku bangga. Haha! Bukan sng utk trs kekal komited dgn ape yg kite dah mulakan rite? Aku xpnh hrp blog ni dikenali ramai. Asalnye blog ni hanye tempat utk aku catatkan segala benda menarik yg aku jumpa. Juga sbg catatan diari peristiwa-peristiwa yg berlaku dlm kehidupan aku. Tapi sekarang aku rasa sume bende aku nak letak dlm ni. Nak luah perasaan, nak berucap, nak mengata mengumpat, mengeji, mamaki hamun.. sume dlm ni. Haha!
4. Aku nak mulakan tahun ni dgn meletakkan beberapa sasaran yg harus dicapai sebelum masuknya tahun hadapan. Dari segi pencapaian kerjaya, pengurusan kewangan, tahap kesihatan, hubungan sesama manusia mahupun hubungan dgn Tuhan. Aku berharap segalanya akan lebih baik drp tahun-tahun sebelum ni. Memandangkan tahun 2010 bukanlah tahun yg begitu baik buat aku. Dlm mengejar sesuatu, aku kehilangan sesuatu yg sukar utk aku kembalikan semula. Aku perlu lbh bijak dan lbh matang selepas ini. Ape saje yg akan aku buat, aku perlu pikir akan baik buruknya dahulu. Minimumkan kos, maksimumkan result. Yeah!
Buat semua yg still mengikuti blog ni. Buat follower sume. Aku ucapkan terima kasih. Dan aku tak pasti berapa byk silent reader kat sini. Pun aku nak ucap terima kasih kat korg. Kalau ade perangai buruk aku, kata-kata nista kesat buruk sebelum ni, aku mintak ampun ok. Yg dah lps jgn dikenang lg. Hapuskan dosa lps, kite bukak akaun baru. Bleh? muahaha.
Okeh selamat tahun baru. Dan buat awk. Happy Anniversary. Yeah! Babai!