Assalamualaikum! SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!
Haha hari ni 3 Januari 2011. Tak sempat nak post utk 1 Januari disebabkan sibuk dgn hal-hal lain. Sempena entri pertama di tahun baru ni aku nak buat panjang sikit lah. Kiranye sbg ucapan pendahuluan utk tahun ni bg blog ni.
1. Aku nak ucapkan selamat bersekolah buat yg baru daftar darjah 1 hari ni. Aku phm perasaan korg. Aku dulu pun nangis xkasi bapak aku balik tinggalkan aku kat kelas tu. Haha eh ade ke budak darjah 1 baca blog ni? Klu ade, korg tinggalkan komen kat entri ni ok. Perkenalkan diri, nama mak bapak, korg skolah mane. Aku akan sediakan makan keropok di kantin skolah kau utk kau selama setahun bernilai 50sen setiap hari. Ok adik2? Ape?! Tak cukup? Aku dulu skolah mak bapak aku bg 30sen je tau! Buat belanja. Tak reti bersyukur. Cis!
2. Aku ttp nak ucapkan tahniah buat team bolasepak negara yg menang piala AFF ari tu. Sampai hari ni org dok berckp lg. Tak abis-abis lg psl isu Super Safee la.. TsuFahmi la.. damn! Bosan pulak aku. Tapi yg bagusnye aku tgk kat mane-mane shopping mall org dah tak malu-malu nak pakai jersi player Malaysia ni. Baik yg kaler biru, baik yg kaler kuning. Cuma xde la pulak nampak ade nama player skali kat baju tuh. Belum sampai ke tahap tu lg kot. Hahaha. Aku minat yg biru lengan merah tu.
3. Utk blog ni sendiri. Rasanye dah masuk tahun ke-3. Syabas betey. Tak sangka aku. Dgn header yg xpnh tukar, dgn nuff yg xpnh-pnh naik, dgn entri2 yg ntahapahape, nampaknye berjaya aku trs kekal dgn blog ni. Nama apex tu pun xlg digunakan di dunia sebenar. Hanya melalui dunia blogging ni je la. Yeah lg skali. Aku bangga. Haha! Bukan sng utk trs kekal komited dgn ape yg kite dah mulakan rite? Aku xpnh hrp blog ni dikenali ramai. Asalnye blog ni hanye tempat utk aku catatkan segala benda menarik yg aku jumpa. Juga sbg catatan diari peristiwa-peristiwa yg berlaku dlm kehidupan aku. Tapi sekarang aku rasa sume bende aku nak letak dlm ni. Nak luah perasaan, nak berucap, nak mengata mengumpat, mengeji, mamaki hamun.. sume dlm ni. Haha!
4. Aku nak mulakan tahun ni dgn meletakkan beberapa sasaran yg harus dicapai sebelum masuknya tahun hadapan. Dari segi pencapaian kerjaya, pengurusan kewangan, tahap kesihatan, hubungan sesama manusia mahupun hubungan dgn Tuhan. Aku berharap segalanya akan lebih baik drp tahun-tahun sebelum ni. Memandangkan tahun 2010 bukanlah tahun yg begitu baik buat aku. Dlm mengejar sesuatu, aku kehilangan sesuatu yg sukar utk aku kembalikan semula. Aku perlu lbh bijak dan lbh matang selepas ini. Ape saje yg akan aku buat, aku perlu pikir akan baik buruknya dahulu. Minimumkan kos, maksimumkan result. Yeah!
Buat semua yg still mengikuti blog ni. Buat follower sume. Aku ucapkan terima kasih. Dan aku tak pasti berapa byk silent reader kat sini. Pun aku nak ucap terima kasih kat korg. Kalau ade perangai buruk aku, kata-kata nista kesat buruk sebelum ni, aku mintak ampun ok. Yg dah lps jgn dikenang lg. Hapuskan dosa lps, kite bukak akaun baru. Bleh? muahaha.
Okeh selamat tahun baru. Dan buat awk. Happy Anniversary. Yeah! Babai!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment