Merdeka!

Awal-awal lg dah plan nak smbut merdeka dkt town. Ape kes mlm merdeka dok umh pakai kain pelikat mengadap telebisyen je. xremaja la beb.


Jam 9 dah stat bersiap. Suar jeans paling tebal. Jaket kalis peluru. Minyak wangi xmen. Mmg dah sedia wangi. Tacap2 skit je dgn bedak Dashing. Motor awal2 dah setting baekk punye. Minyak full tank. Mlm merdeka mesti ramai org punye..xkan nak naik kete kot.


Mlm ni town xmcm hari-hari biasa. Klu biasa kereta kancil ade 68, vios ade 43, pajero ade 9, mlm ni bilangannya berkali ganda. Klu biasa mat-mat rempit akan berkongsi motosikal yg paling standard utk ke town, mlm ni sorg sebijik motor xde side mirror dorg bwk kuar. Time ni la nak tunjuk skill pemanduan paling bergaya..nak tunjuk makwe cun body kerengge. Klu pakwe pakai baju tebal, jaket kalis peluru..makwe akan pakai baju nipis, tali halus, suar sendat pstinya.


Aku sengaja kuar awl. Nak tgk gelagat-gelagat manusia bermcm ragam ni. Tepi-tepi jln, tempat xleh parking pun dah penuh kereta parking. Port-port dating, ringan-ringan pun penuh. Port biasa lepak dgn geng-geng pun dah penuh dgn puak kete wira lancer xbrape nak jd. Nampknya kena cari port lain.


Aku parking moto tepi jln dpn Kamdar..btl-btl tepi simpang 4 ade trapik lait kat tgh-tgh town. Dok menenggek kat situ sambil usha makwe lalu lalang. Baru perasan geng-geng macha, geng-geng ane yg ramai lepak situ. Risau jgk dibuatnya macha-macha ni bgaduh ke ape. Kuar parang, lembing, mesin-gun segala bagai..naya je.


Syok jgk lepak-lepak sambil msg awek, sambil usha awek org lain, sambil kutuk mat-mat rempit yg bwk moto menggila tu. Lepak punye lepak punye lepak, dah kul 12. Ade bunge api tuu...kete yg lalu lalang, mat-mat motor td sume perlahankan kenderaan. Masing-masing nmpak teruja tgk bunga api. xkurang yg dok merakam dgn kamera hp 2.0 Mp. Aku? Aku lg teruja tgk gelagat dorg ni. Pertunjukan bunga api tu pd aku biasa-biasa je. Kuar setakat nak rasa sendiri kemeriahan org kita meraikan 31 Ogos. Bwk adik-adik tgk bunga api, nmpk muka kagum, jakun dorg..puas ati dpt tgk dorg hepi.

Abis je pertunjukan bunga api yg xsampai 10 minit tu, sume org pun berebut-rebut nak blk. Ape kejadahnya tu kan. Dari ptg td lepak lame-lame, semata-mata nk tgk bunga api yg xsmpai 10 minit. Pstu nak blk, ade roadblock. Dah kena saman pulak. Lagi teruk kena tahan semalaman kat balai. Boleh kata tiap-tiap tahun cmni. Waktu siang 31 Ogos lak dok tgk perarakan hari merdeka. Klu xsggup berpanas, dok je la dpn tv. Ade siaran langsung lg! Sambil baring-baring, mcm-mcm angle bleh tgk.








Tp ni cite 2-3 taun lps punye. Mlm semalam lps tarawikh aku layan drama melayu. Sedih jgk sikit-sikit. Abis cite melayu, lyn Smallville lak. Tgh-tgh part Lois Lane kena belasah dgn org jahat, tetibe terasa mengantuk. Hero lambat sgt nak dtg. Iklan pulakk. Aku bentang tilam, aku tido. Huahuahua. Dan tetibe aku dgr "oi! oi! bgn! sahur! sahur! dah pukul 5 lbh ni!" ayah aku memekik. Indahnya dpt dgr sore mak bapak kejut sahur pagi-pagi kann. Heh heh.


~Selamat Hari Kemerdekaan ke -52~

peace!

Kisah 6 Ramadhan - Malas nak cite ahh!

Khamis 27 Ogos

Seharian bekerja merayau-rayau menjejak harta karun dlm keadaan berpuasa sgt memenatkan bg aku. Ditambah dgn keadaan cuaca yg tidak menentu. Kejap pns, kejap redup. Kejap-kejap hujan. Berhadapan dgn pelbagai ragam manusia, yg dgn selamba menyedut neskepe o ais di hadapan manusia spt aku yg senipis stokin imannya. Klu diikutkan ati, mau saja aku tumpang sedut sepam dua.


Jam dah menghampiri ke pukul 6 ptg. Hajat di hati nak singgah di bazar Ramadhan di Shah Alam. Kemudian berbuka bersama sorg adik di Shah Alam jgk. Mula bergerak blk jam 6. Mengikut ramalan aku, perjalanan dari Klang ke Shah Alam mengambil masa xsmpai 1 jam..1/2 jam mungkin. Aku pun rilek je.


Baru nak bersenang-lenang, jemm pulakk. Kenapa la ramai sgt manusia time2 cmtu? Tiap2 jln, tiap lorong pun ada kenderaan yg menghala ke jln yg sama. Aku dah panik. Rasa mcm nak lempang-lempang je sume org kat situ. Ntah sempat ke x aku sampai ke Shah Alam sebelum berbuke. Dlm ati dok maki2 sume org. Datuk bandar, majlis bandaran, jabatan kerja raya, driver lori, driver teksi, driver vios..sume kena maki. Bandar Klang pun kena F##k! Ahh!! Benci btl. Hampir-hampir aku ilg pertimbangan. Polis trapik pun xboleh hrp. Dok menonton je dari tepi. Cis!


Akhirnya laungan Maghrib disambut dgn air mineral shj. Nak menunjukkan betapa xpuas atinya aku, dgn selamba aku mengurit idung pulak di hadapan khalayak ramai. Habis! Clear! Bengang sungguh! Ape kejadahnya buke tgh2 jemm tu? xbest langsung! Adik aku dah tunggu kat umah dan terpaksa mengepow murtabak kwn2 serumahnya utk berbuka dahulu.


Dkt2 jam 9 mlm baru aku sampai. Hajat utk ke bazar terpaksa dilupakan. Aku membawa adik bersama hati yg luka ke sebuah restoran..err kedai mkn yg menurut adikku msakkannya sdp dan ada awek cun sbg pelayan. YE HARUS DIINGAT. 2 ASPEK TERSEBUT ADALAH SGT DIUTAMAKAN DLM PEMILIHAN SESEBUAH PORT MKN. TERIMA KASIH. Dan kehadiran awek tu mengambil oder kami sedikit telah mengcooldownkan aku. Ade slang Kelantan skit. Lambat-lambat je aku oder. Time tu adik aku dah sengeh2. Jimbit!


Selesai mkn, jam dah pukul 10 mlm..cite 999 pun dah abis. Kami pun pulang. Besok ade lg misi mencari harta karun. Aku mau rehat, tido setidonya...ngape la bln2 pose ni kena buat sume ni. Adoiyai..

Selamat Berpuasa

Hari ni 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430 Hijriah. Jam 2.19 pagi.

Baru lps niat puasa. Dok pk2 nak sahur ke x. Kat mane nak pot ntah. Siang besok cuti. Lps sahur nt bleh la lajak tido smpai kul 12 tghari. Lepas bgn, mandi2, lepak2 layan hindustan, dah ptg. Usha2 lauk kat bazar, buke! Setel 1 hari. Tinggal 29 hari. Huh! Ntahapehape planning..pose asik nak ngelat aje!


Aku xnak ckp byk kali ni. Cukup la tazkirah2 yg dah slalu sgt kita dgr, kita baca di blog2 lain tuh. Bila masuk bulan pose je, penuh tazkirah, nasihat2, mcm2 hadis yg dicopy paste dari ntah mane2 sumber. Padahal sebelum tu sume entri dok cite psl mkn, psl clubbing, psl bersosial di merata2! Dok maki2 sana sini lg! Masing2 nak tunjuk alim la konon. Ceh! Hiphopritt!!

Nah! Layan jap!!



Buat sume pembaca, pemerhati, pemollow dan pengomen blog ini. Aku nak ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan mohon maaf andai kata ade salah dan silap sepanjang aku di sini.

Moga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat kita sume. Aminn.


Lagu Selsema Babi??

Hari ni sume org dok sebut2 psl H1N1. Mcm2 kempen dibuat. Tapi kes selsema babi ttp ade. Sekarang dah kuar video klip lak. Klu xreti2 nak amik tindakan xtau la. Hahaha.





Cuti Hujung Minggu


Hari ni Ahad. Semalam Sabtu. Betul la kann.

Semalam g servis kete kat satu pusat servis di Pandan Indah. Pengusahanya melayu. Pekerja2 (pomen) pun melayu. Tp tgk la servis org melayu cmane..mls nk ckp byk la.

Mula2 nak tukau minyak itam je. Pstu melarat2 ntah mcm2 mnde kena tukau. Nasib baik dah stenbai 3-4 ratus. OK buat la. Hon kete aku yg dah setahun xidup tu pun nak dibetulkannya. OK buat la. Abis dibukaknya. Wayar2 sume dicabut. Last2 ckp nak kena check wiring. Ambik masa dan memerlukan duit aku jgk la skit lg. Ah xpayah la buat. Selama ni xde hon, laju je kete aku!

Pomen tu pun psg blk sume. Dah siap, aku pun byr. Yg aku pelik dr pg bwk ke ptg, xde kete lain. Kete aku je sebijik. Betul! Tu pun dah lame gile aku kat situ. 3 jam lbh ade rsnya.

Dah grk blk, nk g buat allignment. Psg signal xidup lak. Maklum jela. Kite dah biasa nak masuk simpang psg lampu signal..pemandu berhemah. Ok aku tipu. Masa buat allignment tu baru prasan lampu signal xidup. Tu pun pomen yg test drive kete aku tu prasan signal xde. Huhuhu. Check2 blk, rupanya wayar yg dorg dok cabut2 td xsmbung blk. Bongok.

Dulu pun pnh jgk. Buat2 allignment, last2 ckp xleh buat. Chamber xleh ejas dah katanya. Kendian aku g buat kat kedai tayar, pomen cina. Bleh je. Ok smpai sekarang. Tak reti ckp je la xreti.
Bodo nye org. Psni mmg aku xg dah tmpat tu.


Dan hari ni Ahad. Aku tido je dr pg bwk ke ptg. Puas ati. Berbaloi-baloi! Har har har..

Abis cuti
2 hari! Demm!


psstt psstt..nak bgtau. ari ni satu lg kete baru dah kuar! aku dah naik dah. hoho yea.. :p

Berita Pilihan Hari Ini


Aku percaya zaman ni Facebook mmg dah jd trend. Bleh kata kebanyakan org ade Facebook. Budak2, mak budak, bapak budak, makcik cleaner, ustaz yg slalu bg ceramah kat masjid pun ade Facebook. Tp aku knl sorg mamat ni. Ntah bila nak ade Facebook, xtau la. haha.

Tapi trs trg aku kurang berminat dgn laman2 sosial ni. Buat cukup syarat je. Klu org tnye, bleh la jwb kan. Facebook, Friendster, Myspace, Hi5, Tagged, Flixster..ape lg. Sume aku ade. Cuma mls nak update je. Setakat suka2 usha awek, nak men game..bleh la. Klu xde akaun, xleh view plak kan. Nak view, kena add. Nak add, kena ade akaun. Dibuatnya tersalah update, jd mcm kes kat London tu ha. Amik kau! Dah la men Facebook time kje. Byk bunyik lak kann! Fire je bos..hahaha.

Eh eh jap. Aku xde komplen pape psl keje aku dlm blog kan? Klu ade pun yg baik2 je kan? hehehe..

Takut jgk ni. Kang dok merungut psl keje xabih2...skali dpt komen mcm kat atas tu. Hahaha. Agak2 bos aku baca x blog nih. Bos aku ok, bukan bos mamat tu atau bos minah ni. Tp klu aku kutuk ngate2 bos dorg ni, xpe kan? xde kena ngena ngn aku kan?? Har har har..







p/s : So far aku tgk xde lak yg dok komplen buruk2 dlm FB. Tp yg dok isap bos tu yg byk! huahuahua.. :p

Aku tak faham


Kisah ni berlaku xlama dulu..


Mkn di kedai bersama kwn2.

Aku oder mee goreng dgn teh o ais. Kwn2 aku pun ade yg mkn, ade yg x. Sorg kwn aku ni oder nasi putih, ayam goreng kunyit dan air kosong.

Setengah jam kemudian nasi sampai. Mee aku pun sampai. Member aku tu mintak sup kosong lg.

Ditanya kenapa mkn nasi putih je?

Beliau jwb, "xsuka r mkn minyak2. kolesterol.." sambil menjeling kat mee aku.

Ditanya plak apsal minum air kosong je?

"xsuka r manis..lgpun minum air msk la bgs. sht! ais2 ni pun aku xbleh sbnrnya" konfiden dia jwb.

Aku yg mkn minum kat sebelah ni rs pns lak. Perli aku ke ape. Aku buat bodo je. Lagi laju aku mkn!












Abis mkn aku tgk mamat ni kuar sekotak rokok Dunhill dari poket...dinyalakan sebatang kat situ jgk. Sedap btl dia lyn. Dlm ati aku..wat de fukk!!

Entri yg ke-100

Hah! Rasa mcm baru je memblogging..dah entri ke-100 rupanye!

Utk entri kali ni aku xnak ckp byk. Cume nak cite psl EXABYTES. Pnh dgr? Tu la ade tenet dok usha porno, gosip2 artis je. Ok Exabytes ni sbnrnya adalah antara web hosting popular di Malaysia. So sempena sambutan kemerdekaan kali ni, dorg bermurah hati nak bg adiah..iPhone 3Gs tuuu!!


Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah. So samada ko ensem, buruk, kaya, miskin atau pendek, peluangnya adalah sama. Nak join? Klik je banner I LOVE MALAYSIA kat sebelah kanan atas tuh. Kendian isi borang xsmpai beberapa minit..dan jgn lupa masukkan referrer email dgn emel aku mr_cinderlela@yahoo.com..comel bukan? emel aku? hehehe..pstu korg check emel korg dan ikut je arahan seterusnya.

So referrer emel ni penting. Sekiranya korang bertuah memenangi iPhone tu, dalam kes ni aku sebagai referrer juga akan turut menang iPhone tu. Sng je kan?

Ckp mmg sng..

Ok fine. Aku xpaksa..tp klu aku menang nt jgn ckp aku xpelawa plak. Hohoho..

Ckp mmg sng


"lom cuba lom tau"

"ala sng je buat tu"

"bukan susah pun.."

"kacang je tu"

"klu xtau, tnye.."


Aku sebenarnya dah muak dgn ayat2 cmni. Bila diminta buat something yg xpnh dibuat, xpnh tgk pun org len buat..dan xpnh didedahkan sebelum ni. Pada dia mmg la sng sbb dia dah biasa. Dah mmg bahagian dia punn. Contohnya akak aku. Beliau menyuruh aku bakar biskut raya. Padahal aku xpnh buat pun. Aku ckp aku xreti. Dia paksa jgk. Kang hangus ke, meletup terbakar ke, xcukup masak ke..aku jgk yg kena. Dan spt biasa ayat beliau.. "bukan susah pun. nanti bila bla bla bla.."

Ckp mmg sng..

Walaupun teori dah tau. Manual dah diberi. Tapi nak buat dgn hasil spt yg dikehendaki tu bukannya sng. Mcm2 kemungkinan boleh berlaku. Contohnya dlm kes ni :
  • Biskut mungkin hangus dlm cubaan pertama
  • Aku mungkin akan tertumpahkan biskut tu
  • Biskut mungkin xcukup masak
  • Aku mungkin tertidur. Habis terbakar meletup2 dlm oven tuh..dgn oven2 terbakar. Aku lari selamatkan diri. Ok cukup. Lebih2 la tu.
Dan akibatnya aku mungkin dimarahi dgn kejam sekali. Mungkin juga akan dianggap 'tidak boleh diharap"!! Bangang! Buduh! Bengap susu..dan sebagainya. Kecik ati aku.

Ape salahnya ko buat demo dulu kat aku secara visual. Tunjuk skit2 pun jd la. Takyah nak tunjuk satu2..skip2 je. Memori aku pun tiptop lg. Sekali demo pun aku dah phm. Klu ko xleh nak tunjuk pun, suruh la sape2 yg pnh buat tu tunjuk. Konfiden la skit aku nak buat nt kann.


Aku dah byk kali kena cmni. Aku dah ckp aku xreti, xphm, xpnh buat. Tapi kena paksa jgk. Nak melawan kang, ko ckp aku kuang ajau..pemalas. Aku ni jenis xkan buat klu xyakin. Drp was2, lagi baik aku xbuat. Bukan xberani mencuba tp aku pk risiko yg bakal terjadi. Klu success ok la. Tp klu gagal, impaknye kena kat aku jgk kan.








Klu bleh "undo" xpe jgk. Slambe je aku..


nota: "Kacang je tu" <-- ni sejenis peribahasa ke ape??

aku dan telepon

Tgh dok syok2 lyn YouTube, jumpe video ni. Salah satu episod Lawaking yg buat aku tergelak..dan secara sengaja nya aku donlod masuk pc aku.



Walaupun sketsa dorg nmpak bodoh2 dan pendek2 je.. tp ade msg kat situ. Aku teringat masa aku skolah2 dulu. Dulu aku skolah dok hostel. Tak men la dok kepit celah ketiak mak ayah je. Yela skolah jauh..200km. xkn nak ulang alik kot. Skolah agama tuu! Hajat mak ayah nak tgk aku beso nt jd sorg ustaz gamaknye. Dan lihatlah sekarang...ustaz la sgt. Ustaz taik kucin!!


Ckp psl telepon. Dulu kat ostel aku ade 2 bijik je telepon cenggini. Tu pun kat dewan mkn. Pstu selalunya ssh nak dpt elok dua2. So telepon tu la yg dok berebut tiap2 mlm lps prep. Siang2 nak gayut, mhl. Klu xde dlm tgn 7-8 rgt, mmg buang masa je. Asalnye nak ckp ngn mak je nak mintak duit. Tp kol2 adik yg jwb. Dah lari bajet 50-60sen! Sbb tu jgk dulu aku slalu beli ring ring card ataupun kadfon. Sng..xyah nk bwk koin byk2. Bwk pun utk emergency je. Bila nak bitau kdt dlm kad dah abis! huhu..


Tp kdg2 slot kad rosak, tpksa jgk la pakai koin. Klu mlm minggu stat lps Isyak mmg dah beratur umat2 manusia kat public phone tu. Punye la ramai. Sampaikn kdg2 senior letakkan syarat utk buat kol. Sape nak kol mak ayah je dibenarkan. hohoho. Yg rs2 nak kol umah makwe, nak gayut lame2 tu jgn harap la. Pnh jgk satu masa aku blaja teknik mencuri line public phone dari member2. Pakai syiling 20 sen, 8 keping. Bayangkan aku masuk 20sen, dpt kredit 1000! Join MLM pun lom tentu dpt cenggini beb. Tp sekali tu je la aku buat jd. Lps2 tu nk buat lg xjd dah!!


Kendian time aku stat blaja kat poli, hp nokia 3210, 3310, 3315 baru nak naik. Harga seketul mmg mhl..area rm500 klu xslh. Berlumba2 beli. Klu ringtone tu siap bleh compose sendiri. Aksesori xyah ckp la. Housing ntah brape kali tukar. LED mcm2 kaler. Skrin siap tinted gelap 50% lg! Masa tu aku pkai TM Touch 013. Coverage xmeluas lg. So bila kat tmpat2 xde line, hp tu buat men game jela. Pstu no phone awek, penuh phonebook. Ntah mane2 jmpe. Siap men pass2 lg. Pstu buat miss call. Klu awek tu miss call blk, kira ade can! Genius bukan? Try la buat zaman ni. Tgk thn xthn ko kena maki free!


Tak lame lps tu nak dijadikan cite, hp aku kena curik. Frust gile. Nombor akak, abg, awek..sume jln skali. Punye la syg, siap jumpe bomoh lg tuu!! Konon nak dpt blk la. Hampehh. Last2 beli hp baru jgk. Dan sampai sekarang ntah brape jenis hp aku dah pakai. Public phone yg aku slalu buat panggilan palsu dulu pun, ntah wujud lg ke x. Sambil mkn ais krim, tgn gatal je dail 999. Tunggu org jwb, pstu letak. Buruk perangai sekor2!


Teringat time maxis dulu2 bleh buat kol 3 saat. Free beb. Dulu2 manade topap 5, topap 10. Klu nk topap, trs 30 je! Mane la ade duit sgt time tu. Student lg pun. Bila kol masuk je, stenbai dah hp kat telinga.

"ktne??"
"bilik!"

"jom kuar!"
"skang ke?"
"yela"
"aku siap skang!"
"cpt skit"
"ok"


Nak ajak mkn ke..

"weh mkn!"
"mandi jap"
"cpt skit"
"baekk!!"


Ade sorg member, nk tido pun bleh men kol 3 saat ngn awek.

"syg xtido lg?"

"lom lg"


"nape?"

"rindu kat u"

"nyampah"

"bluwekk!"

Mcm syial. Kedekut nak mampos. Kejap2 bunyik hp. Member kat sebelah nak tido bebulu je. Dulu2 mhl tu nak kol. Siap apply line lg kononnya nak jimat. Last2 bil cecah ratus2. Tiap2 bulan bil terus naik. Langsung kena block, kena black list! Mampos sampai sekarang xbyr2. Hahaha. Pakai prepaid blk.


Dan sampai sekarang aku selesa dgn talian yg aku pakai. Biar la cmane promosi yg ade, program yg dorg buat. Mls nak pening2 pale pk mane murah mane jimat. Elaun telepon ade..wtpe nak susah2 kan. huahuahua.


nah kau. tarikh luput 04.07.2010 tuu!

Aiseymen. Panjang plak entri kali ni. Ade kena cop "xde keje" ni kang. Baiklah aku nak smbung lyn YouTube.. ehh ehh nak sambung keje. Besok2 aku update lg.

Sekian.

Entri yg ke-97

Title xde kena mengena dgn ini story ok!

Mengenali dan bersembang dgn seorg berlainan bangsa baru2 ni byk menyedarkan aku. Mula2 mmg rasa mcm xbleh bla..nk sembang ape kann. Klu x psl keje, psl cuaca..pstu cite psl isu2 semasa. Masalah2 dunia, politik..Ronaldo join Real Madrid..ceh! Bosan btl.


Tapi bila beliau mula bercerita ttg isu2 di luar bidang kerja, menyatakan pendapat ttg awek2 yg muncul dpn mata, meluahkan perasaan xpuas ati psl sesuatu..aku rs dia ni bleh buat geng. Ckp pun selambe je. Borak2 ngn aku mcm dah knl lame plak. Padahal dia xtau aku benci gile tgk muka dia. Hahaha. Ckp psl benci, ade sorg lagi yg aku sgt benci tgk muka dia, ckp dgn dia, segala2 psl dia. Benci gile beb. Siyes xtipu..


Ok blk pd mamat ni td. Beliau tnya aku mcm2 psl idup aku. Psl fmly aku, asal usul aku, smpai psl awek aku pun dia tnye. Apehal plak aku nak cite kat dia kann. Dia sape. Bapak aku pun xpnh tnye psl tu. Tp atas sbb xnk dianggap xlaku, aku pun cite la skit2. Skit je xbyk.


Pstu dia ade tnye jgk psl agama. Klu dia bg salam kat org Islam, xpe ke? Dia tnye aku. Setau aku xslh pun kann. Dia pun ramai kwn beragama Islam. Tp smpai sekarang dia was2 nk bg salam. Risau jgk dilabel mempersendakan Islam ke ape. Klu dgn org2 yg knl dia, xpe la jgk. Tp klu org yg xknl dia cmane. Dan aku jgk slalu dgr org bukan Islam menyebut "alhamdulillah", "insyaallah" tp aku xpasti plak ape hukumnya. So aku ckp klu was2, lg baik jgn buat.


Dia pun ade tnye bleh x klu laki dgn pompuan dok dlm 1 bilik. Bleh plak dia tnye awek aku dok ngn aku ke. Aku ckp la xbleh. Klu dlm 1 bilik, katil lain2? xbleh jgk! Jgn ngengade! Aku ni bukan la jenis yg ilmu agama tinggi. Mengaji pun xabis. Sembahyang pun xpnh ckup. So aku xbrani la nk ckp lbh2. Nasib baik dia xtnye byk2 lg. Klu x ntah ajaran sesat mane lak aku nak bwk.


Kendian byk lg la topik2 yg aku xsgka leh borak dgn dia. Dok ngumpat mengata2 org pun ade. Dlm borak2 tu aku sdr yg dorg ni pun prihatin dgn agama, bangsa lain jgk. Dorg hormati adat resam budaya org melayu jgk. Mungkin ada golongan yg dok kutuk agama lain, xhormat adat dan budaya bangsa lain. Aku xnafikan. Tapi dia ni bukan org yg cmtu. Memandangkn dia bekerja dgn rmai org melayu, org Islam..so dia rs dia perlu tau ape yg boleh, ape yg xboleh utk org melayu. Sbb tu dia tnye aku. Tp aku pelik jgk la kan..xkn selama ni dia xpnh tnye org lain ke ape. Mcm la dia br lahir semlm. Mcm baru nak knl org melayu, baru nak knl org Islam lak.


Tp aku terpikir jgk. Klu la aku xdpt jwb soalan2 dia ttg agama aku sndiri..cmane agaknya. Siyes aku malu. Lebih malu drp xdpt jwb soalan dari rakan2 seagama aku sendiri!

Catatan ringkas


Jumaat 07/08/09 lepas maghrib.

Baru blk keje. Pehal ntah. Penat badan, penat palotak, pnt segala2nya. Serabut! Kusut! Kelmarin incik ex5 buat hal plak..menambah2kan masalah yg sedia ada. Sampai hari ni tersadai kat umah. Tak kuasa dah nak lyn..


Minggu dpn lak dah ade 2-3 task menanti. Tapi malas gile rasanya nak committ. Nak je aku pura2 kena H1N1 supaya dikuarantin di rumah...


So 2 hari cuti ni aku nak tido je. hohoho. Nak g servis kete mungkin. Ape?? Nak ajak karoke? Tgk wayang? Merempit? Usha awek kat midvalley? ahh g mamm...poss!! aku malas!!

Gemuk...Tembam...Debab...Apakah bezanya


Kami selalu bergaduh. Memang la. Org ckp gaduh tu asam garam dlm satu2 hubungan. Adik beradik, mak ngn anak, bapak ngn mak pun gaduh jgk kdg2 kann. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula telinga..keh3. Tapi bukan bergaduh psl aku gigit telinga dia ke, dia gigit telinga aku ke. Bukan! Tapi gaduh psl ni..bila aku ckp dia DEBAB!! Bukan gaduh la. Kira mcm perbezaan pendapat je.


"Debab!" -aku

"Ee jgn la ckp cmtu.. xsuka la" -dia

"Apsal plak xsuka? Debab comel pe. haha" -aku

"xsuka la. Debab tu maksudnya gemuk. Sume org xsuka org ckp dia gemuk kann" -dia

"Eh ape plak. Debab tu comel la.. chubby. Bukan gemuk. Klu montel ke..gedempol ke..baru la gemuk" -aku

"Yela. Debab tu gemuk. Chubby tu tembam, comel. Sy gemuk ke?" -dia

"x la. Awk debab!" -aku

"Ee same la tu. Debab tu gemuk'' -dia

"Lain la. Debab lain. Gemuk lain" -aku

"ee xsuka jgk! xnak!" -dia

"Debab! Debab! Debab! lalala~" -aku

"eeee...majuk kang ha!" -dia

"yela2...Comel!!" -aku

"ha comel xpe. ngee.." -dia

huh ngade2 bukan?


So ade x sape2 yg bleh terangkan kat aku ape maksud DEBAB mengikut pahaman masing2..beserta contoh2nya skali (klu ade). Klu ade ahli2 Dewan Bahasa dan Pustaka yg sudi berkongsi..bleh jgk. Aku pun dah konpius ni. Pada aku debab tu merujuk pada seseorang dgn rupa paras yg sedikit berisi. Tapi bukannya gemuk..err skit la. Comel la kiranya. Debab = Tembam. Sama ke? Chubby tu cmane plak? Adehhh. English bengap. Sekarang pun klu tgk cite omputih xde subtitle malay, bleh kremm pale otak! Rasa mcm nak baling2 je tv tu kat dinding.

Ok cpt! Sape bleh bgtau aku. Aku betul ke dia salah? Eh eh aku betul ke dia betul? Nanti aku blanje korg lunch..bulan dpn ye. Papepun aku sgt suka perkataan tu. DEBAB...sweet gile kan? hahaha..

xtau nak ckp ape


layan je la..




Balik Kampung

Isnin, 3 Ogos 2009, 12:49am


2 hari di kampung rasa sekejap sgt. Yela dah lame sgt xblk. Skali skale blk kg jmpe mak ayah, adik2, best gile plak rsnye. Dulu lastime aku jmpe dorg, adik2 aku kecik2 je nmpk. Perangai budak2 je sume. Tp kali ni aku blk, rs mcm pelik pun ade.


"Abg! Lame xblk!" adik bongsu aku sambut..sambil hulur tgn nk salam.

"Hoi! Apsal ko tinggi?! Gamp#@$!!!" spontan kuar dr mulut aku.


Budak tu sengih2 je. Aku dgn adik2 aku mmg cmtu. Setakat maki2 kasar tu beser dah. Mcarut babi2 je xsebut lg dahh. Bapak aku marah. Mak aku pun xnak ngaku anak nt!



Sng ati aku tgk mak ayah aku sht. Wlaupun dorg dah berumur skit..lebih2 bapak aku. Makin kurus, makin gelap lak aku tgk dia sejak pencen ni. Bukannye reti nak dok umah berehat2 lyn telenovela ke. Asik la sibuk ngejekan tanah kebun kat kampung tu. Sebenarnye kat tanah kebun tu tgh didirikan umah baru. So smbil2 umah tu naik, bapak aku buat kebun sayur, tanam pokok buah2an kat keliling kawasan tanah tu jgk. Tanam sendiri je. Dgr2 nk buat kolam ikan, bela kambing, ayam skali nt. Pehh..gile kuasa. Takpe la. Ayoh buat la sesuka ati ayoh. Kitorg anok2 ikut je. Janji ayoh sng ati. Dah ade hasil nt, anok2 pun tumpang sng. Ngeh3..







Aku pun ade la melawat2 tanah tu. Lokasinye dlm 20-30km dr umh aku skrg. Tak sgka btl. Cpt je projek bapak aku jln. Kali terakhir aku tgk tanah tu semak samun. Sekarang dah lapang. Tapak umh dah siap. Pagar pun dah siap. Anak2 pokok pisang pun dah setinggi pinggang! Patut la ayah aku mkin kurus. Ni keje dia rupanye! Lame btl aku xblk. Mcm umh kat London plak ssh sgt nk blk. Teruk btl.

Aku pun sempat jmpe anak sedara aku yg sorg tu. Dah beso dah. Putih gile. Mata beso tp muka mcm xde perasaan..buat ape pun, rilekkk je dia. Nangis x, gelak pun x. Lupe plak nk snap gmbar sepam dua. Fuat (adik aku) xsht lak. Ntah ape kena. G klinik, doktor bg mc 2 ari. Jgn kena seseme babi sudahh!!



Ah besok keje. Bile masuk ari senin je mls. Bile mls je ari senin. Ape nak jd la. Agak2 klu lps thumb print besok trs duit gaji jtuh dpn mata, mls x? xpun tiap kali punch card ari senin je, kete honda civic jatuh dr langit. Pehh!!!!