Dah setahun rupanya

Ape yg setahun?


Ni ha..blog ni. Hari ni 30 Sept 2009. Dah masuk 1 tahun 8 hari rupanya usia blog ni. Kejap je. Post yg pertama pada 22 Sept 2008. Tahniah! Tahniah!

Sama2 tunggu dan lihat selama mana blog ni akan beroperasi. Hahaha gelak sendiri. Bermula dgn niat utk suka2, kini ttp kekal dgn "utk suka2". Suka2 kutuk sana kutuk sini. Suka2 curik artikel org post kat sini. Suka2 puji diri sendiri kat sini. Suka2 maki2 org kat sini. Bak kata sesetgh org.."aku menulis bukan kerna nama". Ha btl la tu! Same la dgn aku pun! Sekadar mengisi masa lapang..atau membuang masa.

Tp ade org pnh sruh aku bt duit melalui blog. Ah xkuasa aku! Bukannya ade ramai follower pun. Kang isi xseberapa. Iklan je penuh. So utk thn ke-2 ni aku berazam utk mengurangkan entri2 mengarut dan melambakkan entri2 berunsur syok sendiri. Amacam? Bleh? Eh blog aku. Sukati aku la kann. Har har har... Ok sila meluat dgn stetmen di atas.


Akhir kata..

Yeay! Selamat Ulangtahun yg PERTAMA utk blog aku. Yeay!!


Asik-asik sesat

Siang td bergerak ke Serdang atas urusan kerja. Masalahnya aku xbiasa dgn area situ. Sume bergantung pd signboard yg kdg2 ada kdg2 xde. Kdg2 jgk xberguna..lg menyusahkan ade la. Selalunya klu travel ke luar area KL dan Selangor, mmg aku xde masalah. Tp di sini di tempat sendiri aku selalu sesat. Cilakak. Elok2 janji kul 9, dah merepek2 sampai kul 10.

Org kata klu xtau, bertanye. Malu bertanye sesat jln. Tp aku dah sesat baru nak tanye. Sekarang baru pdn dgn muka aku. Susah jgk rupanya nak cari org yg bleh ditanya ni. Singgah di satu petronas. Pehal la aku rs mcm kat Bangladesh ni. Sume yg kerja kat situ mat2 bangla je. Tak konfiden lak nak tnye. Cari2 org len, sume buat muka nak mkn penampo. Tak tau ckp je la xtau. Buat2 pk kemain lame.

Jln2 lg kat stesen minyak lain. Bangla jgk lg! Pehal? Dah xde org Malaysia ke ape. Tnye2 sume xtau. Marah btl aku. Dan akhirnya sorg mamat posmen tgh isi minyak aku tnye. Klu mamat ni sbg posmen pun xtau jln jgk, aku rs aku nak blk je la. Nasib baik mamat ni tau. Dah mmg bidang dia kot. Maka aku pun selamat tiba.


Besok ade lg tempat2 yg harus dituju. Ada lg kerja yg harus dibuat.

Harap2 segalanya berjalan lancar. Bila la nak abis ni. Hado la...

Diari Seminggu

Jumaat (2 hari sebelum raya)

Malam tadi standby. Bgn tido kul 11 lebih terus g mandi. Hari terakhir bekerja sebelum cuti raya. Niat suci murni nak ke opis walaupun tau ntah brape kerat je manusia yg ade. Check emel jap. Dapat tau hari ni keje sekerat hari lak. Bos bagi cuti separuh hari. Alhamdulillah. Nasib baikk xkuar umah lg. Ape lg..sambung tido!


Sabtu (sehari sebelum raya)

Lepas tengahari dlm kul 1 gerak balik kg atok kat Melaka. Jalan ok sedap2 meter 110km/j. Sampai kg tgk atok tgh syok landing kat sofa. Nenek dgn mak tgh masak sup kat dapur. Mak ayah dgn adik2 sume dah sampai sehari awal. Aku je lambat. Saje je blk lambat skit biar sume org tertunggu2. Kononnye la.. dan mlm tu family mak andak dgn family mak cik sampai. Mcm bese makhluk2 yg bujang2 tido sepah2 kat ruang tamu.



Ahad (hari raya)

Pagi2 lg dah bgn. Excited gile nak pakai baju raya yg dah di-iron mlm td. Bukan aku iron. Adik pompuan aku. Aku malas. Adoi tensen siot...bila terpksa beratur panjang dpn pintu bilik air. Nak melepas pun kena beratur. Ape daa..

Bersalam2an, bermaaf2an, berpeluk2an, bercium2an, berjeling2an sesama sanak sedara sebelum sembahyang raya. Duit raya?? xde sorg pun nak hulur aku barang singgit dua. Nampak gayanya wajah awet muda dan potongan badan darjah 2 aku xberjaya mengaburi mata dorg. Cis!

Aktiviti selepas sembahyang raya. Mcm taun2 lepas, ziarah rumah sedara mara jauh dan dekat di sekitar negeri Melaka. Melantak sepuas2nya dgn harapan dpt menambah berat badan barang sekilo dua. Dan mcm taun2 lepas jgk, misi gagal. Ke mana pegi sekelian ketupat dan kuih tat yg aku sebat, aku pun xtau.



Senin (raya ke-2)

Bangun awal jgk. Makan ketupat kat umh sendiri. Tengok tv. Tido.
Petang tu jalan beraya lagi kat umah makteh. Beliau buat umah terbuka. Ada laksa, ada mee goreng, ada kuih2 raya. Sume aku sebat.


Selasa (raya ke-3)

PakSu@Busu lak buat umah terbuka. Ada ayam bbq, ada mee tomyam, ada kuih2 raya. Melantak lagi. Dlm kul 11 gerak balik Pahang. On the way singgah umah sedara sebelah ayah kat Muadzam, Bandar 2 Paloh Hinai. Sampai umah dah dekat Maghrib.


Rabu (raya ke-4)

Hari ni x ke mana2. Berehat di rumah sambil melayan budak2 yg dtg beraya. Ntah anak sape, dari mane, sorg pun aku xknl. Lantak lah. Nah amik sorg singgit. G men jejauh!


Kamis (raya ke-5)

Pun x ke mana2. Bersantai di rumah sambil melayan rancangan2 telebisyen. Ptg tu anak jantan sulung pakngah dtg umah bersama anak isteri beliau. Isteri beliau boleh thn cun. Anak beliau baru berusia 4 bulan lebih..pompuan, comel. Dah pandai meniarap. Dlm proses membiasakan diri dgn teknik gostan.

amacam..cun x?

Jumaat (raya ke-6)


Kakak dgn abg ipar yg beraya di Kuala Pilah balik. Abg dgn anak isteri dia pun ada balik. Hari ni baru cukup 1 family. Susah betul baru dpt kumpul. Kakak dgn abg ipar menetap di Sabah. Setahun 2 kali je balik.


Sabtu (raya ke-7)

Melawat pusara arwah mak, arwah tok dan arwah aki. Dah 18 tahun mak meninggalkan kami. Namun wajah manis mak masih segar dlm ingatan aku. Mak... .. ....eri rindu sgt kat mak... ..seriusss xtipu...


Ahad (raya ke-8)

Pagi2 lg lepas subuh aku siap2 peking barang. Mcm2 mak suruh aku bwk blk. Kuih raya, nasik, bihun goreng...arrgghh!! Aku tgh risaukan tiket flight kakak aku nak blk Sabah kul 3 ptg ni. Ntah sempat ke x nak htr dorg ke KLIA. Setelah di-google maps kan dan mengenalpasti laluan paling selamat dan paling kurang risiko jamm, jam 0720 pagi aku gerak dari umh. Menyentuh perasaan jgk la bersalam2an dgn mak ayah, dgn adik2 pagi tu. Jam 12 lebih sikit, kitorg sampai di KLIA. Alhamdulillah. Aku lepak2 kat situ sampai kul 2 lbh dekat2 time dorg nak cek in tu. Syok jgk usha awek2 pramugari ni ye. Lawa je pakai kebaya ketat bunge2 kain belah nampak sampai peha pakai tudung lak tu. Tetibe terasa mcm nak tukar profesion..nak jd pramugara. Agak2 layak x? Hoh jgn nak kutuk aku. Aku tajang kang.


Dan hari ni Isnin bersamaan hari raya ke-9. Aku kembali bekerja. Hakikatnya mood raya masih menguasai diri. Masih menanti jemputan2 rumah terbuka. Jgn disebabkan aku xmkn byk, tiada yg sudi menjemput. Cis! Diskriminasi namanya tu! Ok2 papehal roger k.



Dah! Abis.



Ye! Abis cenggitu je. Sekian.


raya ke-3

cucu sulong bapak aku

Ucapan Raya


Assalamualaikum.

Sempena 1 Syawal yg akan tiba xlama lagi, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua. Pada mak, ayah, adik beradik, adik beradik ipar, sedara-mara serta atuk dan nenek di kampung. Kite mintak maaf sebab lewat sikit pulang raya ni. Maklum jela. Jalan jemm. Nak laju2 pun xboleh. Speed trap byk. Kete pun byk. Papepun insyaallah selewat2nya mlm raya kite sampai. Ye nek. Kite blk sorg lg taun ni.. xabis2 la nenek ni!

Buat keluarga sebelah sana, saya mintak maaf xdpt beraya di sana. Hajat di hati mmg nak pegi tapi keadaan yg xmengizinkan. Kalau makan lontong, mkn ketupat ke, ingat2 la saya kat sini ye. Jaga diri semua. Buat org sana, beringat2 la melantak tu. Jaga kesihatan. Jgn nakal2 k ;)
Selamat Hari Raya.

Tak lupa juga. Buat kawan2 sepermainan, rakan2 seperjuangan, makwe2 seopis, makwe2 opis sebelah, makwe Public Bank..err... Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Juga buat tukang2 saman parking dan tukang2 saman lalulintas. Yg terpaksa bertugas di hari raya, selamat bertugas aku ucapkan. Aku dah byk kali kena saman dgn korg dan byk jgk aku xbyr lg. Sempena hari raya ni apa kata korg maafkan aku dan saman2 tu sume kira 0-0 la bleh? Hehehe. Bila2 free nanti jemput la dtg umah. Bwk anak bini skali ye. Maseh.

Akhir sekali. Buat semua pembaca dan pengikut blog apex-anakpahang.blogspot.com. Walaupun xde ape yg spesel kat sini..mamat ensem xde, makanan sedap2 xde, resepi masakan xde, gosip2 artis pun xde..korg view jgk blog ni. Mekasih la. Mintak maap la klu ade salah silap terkasar bahasa ke ape selama ni. Apa yg tertulis kat sini, cuma secebis kisah hidup aku..pendapat aku. Yg ingin aku kongsi, aku luahkan melalui penulisan yg xseberapa. Apa yg baik tu sama2 jadikan teladan. Yg buruk tu jgn la dikenang2. Aku pun manusia biasa yg punya hati dan perasaan.. tetap xlepas dari melakukan kesilapan. Mintak ampun. Mintak maaf sesangat kat korg.

Hoh ter serius plak. Kohkohkoh.

Sekian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Sut Raya

Assalamualaikum (sopannyee. anak sapa la ni)


Bonus raya dah dapat. Bila nak shoping nih? Huhuhuh. Klu org lain dah siap baju raya awal2, tp aku cmbeser masih tercari2. Belum dpt dikompemkan baju melayu (opkos la baju melayu) kaler ape, style cmane yg nak dipakai time semayang raya nt. Tu belum ckp psl hari raya ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya. Yela kann..org ckp raya kan sebulan. Walaupun xkuar g mane2, dok umah tgk tv je memanjang, raya tetap raya. Membute kat umah pun pakai semat2.




OK aku dah pk masak2. Sape2 yg tau mane ade jual natang ni, sila jgn segan2 bgtau aku.





Pergi Menonton Wayang

Pada malam Jumaat yang lalu, kami pergi menonton wayang. Hajatnya ingin menonton berdua sahaja. Tetapi bila berada di sana, kami dapati ramai lagi orang yang mengacau daun kami. Ah kenapa dia orang ni tak pernah nak tengok kami senang ye? Mesti mengacau kami. Sekali-sekali bagi la kami peluang untuk berdua-duaan di panggung itu! Dasar pendengki! Cis!


Kami mengambil tempat duduk di tengah-tengah antara dinding kiri dan kanan, dan antara skrin dan dinding belakang. Cuma bukan di tengah-tengah antara lantai dan bumbung. Ini supaya kami dapat melihat dengan jelas raut wajah dan lekuk-lekuk tubuh pelakon-pelakon itu. Beserta menikmati jalan cerita dengan lebih berkesan. Malangnya dihadapan kami ada seorang koboi dengan topi besar yang menghalang pandangan. Setelah di-sound baru lah beliau mengubah posisi duduk beliau. Baru lah kami dapat menonton dengan aman.


Setelah beberapa minit.

Sebuah kereta terbabas disebabkan masalah yang berlaku pada tayarnya mengakibatkan kemalangan yang dahsyat melanggar keret-kereta yang lain. Komponen-komponen kereta itu tercabut dan terpelanting menimpa penonton. Ada yang putus kepala, ada yang penyek dihempap enjin dan ada yang mati terpijak. Penonton panik sambil berlari-lari menyelamatkan diri. Pintu keluar tidak jumpa. Terlalu ramai orang bersesak-sesak. Tempat tu pun dah macam nak roboh. Bukan macam lagi dah. Memang dah roboh pun. Beberapa orang mati dihempap kongkrit yang jatuh. Dan akhirnya semua termati di situ juga..



Ok itu adalah intro utk filem yang kami tonton mlm tu..The Final Destination. Sebelum ni pun pernah tengok cite Final Destination. Pernah jugak tengok sampai 2x cite yang sama di panggung wayang. Kemudian beli lagi dvd dan tengok lagi. Nak dikaborkan ke-best-an cite tu. Memang best! Tapi ntah kenapa The Final Destination kali ni mcm xbest la pulak. Gambar dan grafik beserta efeknya dah macam cite Cicakman je aku tengok. Dan lagi..jalan cite pun mcm dah boleh jangka. Apehal? Mat-mat saleh ni sume dah kering idea ke ape.


Aku kuar panggung dgn muka xeksaited langsung. Takde satu pun part dalam cite tu yg boleh mengesankan aku. Jam dah pukul 2 pagi. Perut pun sudah lapar. Bersahur di kedai makan sebelum pulang. Di kedai makan ade satu kapel di hadapan kami. Nampak seperti rancak berborak sambil mkn dgn tgn-tgn naik. Tapi suasana sunyi-sepi ntah kenapa. Hanya suara tv kedengaran. Setelah dibelek-belek rupanya kapel ni kategori spesel...bisu rupanya kedua2nya. Dapat dibayangkan kalau kedua2nya normal. Mesti kecoh dgn gelak tawa segala bagai. Mesra semacam. Nampak gelak-gelak tapi xde bunyi. Tangan je turun naik turun naik tunjuk sana tunjuk sini kejap-kejap tunjuk piss..kami di belakang pulak yg geli hati. Sempat jugak ngumpat dia orang secara bergilir-gilir. Kami pulak gelak-gelak. Tapi kami kapel yang sopan. Gelak pelan-pelan, cakap pun bisik-bisik. Lebih kurang sama jugak dengan dia orang tapi bezanya tangan kami takde tunjuk piss..




Haiihh..macam-macam...

Mencari duit bukan sng tp menabur duit memang kacang

Selalu terjadi bila mana aku dgn sng2 menabur ratusan ringgit utk barangan kereta, henpon dan gadget2 tertentu. Tapi bila mau memilih pakaian spt jeans dan t-shirt, aku berkira2 ttg harganya.

Pernah suatu ketika aku belek2 suar jeans jenama Levi's di butik. Sekali pandang aku dah teringin memilikinya. Tp bila terlihatkan harganya, aku mula rasa mcm suatu kerugian pulak kalau dibeli. Padahal harganya jauh lebih murah drp henpon jenama nokia yg pernah aku beli dulu. Jauh lbh murah drp harga spotrim dan ekzos kereta. Dan akhirnya aku xbeli jeans tersebut.

Pernah jgk aku berkira2 mau membeli t-shirt jenama Nike di sebuah pasaraya. Kaler dah kena. Saiz pun molek2 je. Tapi terlihatkan harganya, keinginan aku terbantut. Kenapa? Duit bukannya xcukup. Lebih dari cukup lg! Tapi kenapa masih berkira2? Walhal harganya xsampai seratus pun. Selepas itu jln2 kat kedai komputer. Usha harga external harddisk. Harganya jauh lbh mhl dr t-shirt td. Selamba pulak dibeli. Kenapa? xrasa rugi plak.

Membeli makanan di pasar mlm, memilih lauk mkn tengahari dan mengoder mcD pun kdg2 menimbulkan rasa berkira2. Time mkn kat gerai, dok pilih lauk yg murah dgn kuantiti paling sedikit. Bila dpt bil hrga melebihi kebiasaan, dah merungut2. Padahal xsmpai 10 ringgit pun! Klu mkn kat KFC ke, mcD ke, bleh lak senyum2 byr 11 ringgit. Makanan pun biasa2 je...xkenyang mane pun. Nak kata sdp, ayam goreng kat pasar mlm pun lbh kurang je rasanya. Tapi kenapa?

Kenapa masih berkira2 utk sesuatu perkara tetapi tidak pernah berkira utk sesuatu perkara yg lain. Nak byr nasi goreng 5 ringgit, berkerut2 muka. Harga rokok yg semakin naik xde kisah punn. Nasib baik aku bukan perokok. Haha





Tak lame lg nak raya. Baju raya xbeli lagi. Baju melayu kompem swap dgn bju melayu raya adik taun lps punye. Kedekut ditambah faktor pemalas nak tempah. Ah lantak la. Setahun sekali je. Tempah baju mhl2 pun, pkai sekali jgk. Songkok raya beli taun lps pun dah hilang..xtau mane letak. Tu gara2 pakai sekali la tu. Klu pakai selalu msti xilang. So taun ni kena la beli lg. Pakai baju melayu sepasang, kena dgn songkok, baru nampak ensem.

:soldier_02::soldier_02::soldier_02: