Pergi Menonton Wayang

Pada malam Jumaat yang lalu, kami pergi menonton wayang. Hajatnya ingin menonton berdua sahaja. Tetapi bila berada di sana, kami dapati ramai lagi orang yang mengacau daun kami. Ah kenapa dia orang ni tak pernah nak tengok kami senang ye? Mesti mengacau kami. Sekali-sekali bagi la kami peluang untuk berdua-duaan di panggung itu! Dasar pendengki! Cis!


Kami mengambil tempat duduk di tengah-tengah antara dinding kiri dan kanan, dan antara skrin dan dinding belakang. Cuma bukan di tengah-tengah antara lantai dan bumbung. Ini supaya kami dapat melihat dengan jelas raut wajah dan lekuk-lekuk tubuh pelakon-pelakon itu. Beserta menikmati jalan cerita dengan lebih berkesan. Malangnya dihadapan kami ada seorang koboi dengan topi besar yang menghalang pandangan. Setelah di-sound baru lah beliau mengubah posisi duduk beliau. Baru lah kami dapat menonton dengan aman.


Setelah beberapa minit.

Sebuah kereta terbabas disebabkan masalah yang berlaku pada tayarnya mengakibatkan kemalangan yang dahsyat melanggar keret-kereta yang lain. Komponen-komponen kereta itu tercabut dan terpelanting menimpa penonton. Ada yang putus kepala, ada yang penyek dihempap enjin dan ada yang mati terpijak. Penonton panik sambil berlari-lari menyelamatkan diri. Pintu keluar tidak jumpa. Terlalu ramai orang bersesak-sesak. Tempat tu pun dah macam nak roboh. Bukan macam lagi dah. Memang dah roboh pun. Beberapa orang mati dihempap kongkrit yang jatuh. Dan akhirnya semua termati di situ juga..



Ok itu adalah intro utk filem yang kami tonton mlm tu..The Final Destination. Sebelum ni pun pernah tengok cite Final Destination. Pernah jugak tengok sampai 2x cite yang sama di panggung wayang. Kemudian beli lagi dvd dan tengok lagi. Nak dikaborkan ke-best-an cite tu. Memang best! Tapi ntah kenapa The Final Destination kali ni mcm xbest la pulak. Gambar dan grafik beserta efeknya dah macam cite Cicakman je aku tengok. Dan lagi..jalan cite pun mcm dah boleh jangka. Apehal? Mat-mat saleh ni sume dah kering idea ke ape.


Aku kuar panggung dgn muka xeksaited langsung. Takde satu pun part dalam cite tu yg boleh mengesankan aku. Jam dah pukul 2 pagi. Perut pun sudah lapar. Bersahur di kedai makan sebelum pulang. Di kedai makan ade satu kapel di hadapan kami. Nampak seperti rancak berborak sambil mkn dgn tgn-tgn naik. Tapi suasana sunyi-sepi ntah kenapa. Hanya suara tv kedengaran. Setelah dibelek-belek rupanya kapel ni kategori spesel...bisu rupanya kedua2nya. Dapat dibayangkan kalau kedua2nya normal. Mesti kecoh dgn gelak tawa segala bagai. Mesra semacam. Nampak gelak-gelak tapi xde bunyi. Tangan je turun naik turun naik tunjuk sana tunjuk sini kejap-kejap tunjuk piss..kami di belakang pulak yg geli hati. Sempat jugak ngumpat dia orang secara bergilir-gilir. Kami pulak gelak-gelak. Tapi kami kapel yang sopan. Gelak pelan-pelan, cakap pun bisik-bisik. Lebih kurang sama jugak dengan dia orang tapi bezanya tangan kami takde tunjuk piss..




Haiihh..macam-macam...

5 komen:

fati said...

Betol! FInal Destination 2 adalah lagi bess dari FD 4 neh!

apex said...

Huh fati dah tgk ye. Ok sape dah tgk cite GAMER? Best x? Best x? huhu..

jai said...

x best..

fati said...

hehh GAMER pon tak bess hehh?

apex said...

jai dah tgk ke GAMER? huu..aku xtgk lg ni. donlod jela nt. hah hah!