Syukur

Hari ni 2 Ramadan. Aku dpt rasakan jiwa dan hati aku lbh tenang bermula semlm. Mungkin sbb setan cuti kot bulan ni. Kepayahan, kemalasan utk menunaikan solat xterasa sgt. Klu hari-hari biasa tu kemain liat nak smayg. Cuma terawih jela yg masih belum terbuka hati nak buat di awal-awal pose ni. Huhu.

Tadi aku berbuka secara sederhana je. Tapau nasik ayam goreng kat bazar ramadan. Nafsu mkn aku bukan beso mane pun. Tp ayam goreng dia masin skit. Sup pun tawar macam air mineral. Sambal dgn kicap, cair. Aku xsure klu kat sini mmg cmtu rs dan rupa dia. Seriuss.. aku xkan beli dah lps ni. Nak untung lbh pun agak-agak la wei!

Ohh tajuk syukur.. hehe. Ye aku bersyukur dgn rezeki ini. Kenyg sudah. Haha.

Bulan lps aku dah pun terima kenaikan gaji beberapa persen. Alhamdulillah. Bukan aku je. Kebanyakan staff di tempat aku bekerja pun terima. Harap kenaikan demi kenaikan akan trs diterima lg utk tahun-tahun seterusnya. Hehe. Kenaikan gaji sgt penting utk staff-staff bawahan mcm aku ni. Sbg tanda penghargaan dan pendorong utk aku bekerja dgn lbh baik. Semangat utk perform tu serta-merta jd lainmcm beb. Haha. Syukur alhamdulillah. Moga murah lg rezeki bos selepas ni.

Ok aku nak trs sahur skrg. Td pun ade beli kebab kat bazar ramadan. Ingatkn nak mkn time berbuka jgk. Tp dah kenyg mkn nasik. Kebab ni kang klu mkn lewat2 takut xsdp. Aku panaskan atas laptop je ni. Haha.


0 komen: