16 Mei
Balik pada entri serius.
Tema utk hari ini adalah HIJAU. ngee~
Hari ni 16 Mei
Sempena Hari Guru yg dirai pada hari ni, aku nak buat beberapa pengakuan tentang perlakuan2 aku semasa di sekolah dulu. Yg mana melibatkan setiap manusia yg pernah aku panggil CIKGU.. xkisahla samada aku rapat ke x. Samada cikgu tu ensem ke x, lawa ke x, dah kawin ke still dara.
Pengakuan 1
Aku nak mintak maaf sbb aku btl2 xingat sape cikgu yg mengajar aku masa tadika dulu. Seketul cikgu pun aku xingat. Yg aku ingat nama tadika tu Tadika Polis. Letaknya kat town kat kg aku la. Tp skrg xtau la ade lg ke x tadika nih. Bangunannya ade. Cuma xpsti dah jd ape. So pada cikgu2 tadika yg ajar aku gosok gg, baca abc dulu tu, aku mintak maaf sgt2. Bukan setakat nama korg aku xingt..tp rupa dan jantina korg pun aku lupe! Lupe btl!
Pengakuan 2
Masa darjah 1 smpai darjah 2, aku bsekolah kat satu sekolah yg agak top kat daerah tmpat aku tggl tu. Budak2 nya ramai. Kat perhimpunan sekolah selalunya aku terpaksa beratur di barisan dpn sekali memandangkan aku la yg paling xtinggi wktu tuh. xsuka btl aku. Dulu masa mula2 masuk darjah 1, aku ngs beb. Apsal ntah. Smpai skrg aku xpsti ape motifnya aku ngs. Padahal ayah aku ngaja kat sekolah tu jgk. GPK lg! Abg dgn kakak aku pun sama sekolah. Aku selalu jgk mls nak g kelas fardhu ain. Time nk kena g kelas, aku bt alasan songkok ilang la, baju xde la, sakit perut la..kononnya xyah g kelas. Tp ape aku dpt..ROTAN!! Masa tu aku mmg berdendam gile ngn ayah aku. Pada ustaz atau ustazah yg ngaja aku kelas fardhu ain tu jgk, aku nk mntk maaf klu aku ade bt salah ngn korg. Yg pstinya aku pun xingt korg lg dahh!! Haram jadah. Sume aku lupe!
Pengakuan 3
Masa aku darjah 3, aku adalah antara murid paling pndai dlm kelas. Apsal aku ckp cmtu. Sebab pekse tgh thun aku dpt no-1! Ujg taun aku jatuh no-2! Cis! Aku kalah dgn bdk pompuan yg duduk dpn aku dlm kelas. Budak tu 1 group dgn aku. Umah dia dkt je ngn umh aku. Mmg lawa. Tp time tu aku xde nafsu lg kat pompuan. So xde la aku ngorat dia kann. Darjah 4 dia tukar sekolah sebab pindah umah. Nyesal aku!
Darjah 3 adalah permulaan kejatuhan aku dlm pelajaran bahasa Inggeris bila cikgu pompuan yg ngaja aku BI tu pencen. Cikgu tu ngaja mmg best. Tp kemudian sorg cikgu laki ambik alih. Aku xphm dgn dia ni. Dlm kelas dia sibuk cite psl kisah2 silam dia..nama cikgu ni Cikgu Yahya. Dari mula kelas sampai abis masa dok cite psl murid2 dia kat sekolah sebelum ni. Dia gaduh dgn budak la. Pukul budak smpai berdarah2 la. Pstu darjah 4 smpai darjah 5 pun blaja dgn dia. Dah la selalu xmasuk kelas! So aku nk ucapkan berbanyak2 terima kasih la pd Cikgu Yahya kerana menjadikan aku spt ari ni. Nak ckp omputih pun xreti. Ntah cikgu ni ngaja lg ke x skrg. Ntahh.
Papepun ade beberapa org cikgu yg aku still ingat masa aku sekolah rendah. Cikgu Nor Azizan (BM), Cikgu Roslina (BM), Cikgu Rosmawati (Muzik), Cikgu Khalili (KH), Cikgu Ismail (Math / PJ) dan beberapa org lg. Cikgu2 ni selalu puji tulisan aku lawa. Kembang2 idung aku bila kena puji..hnnnss hhnnnsss.. Gubesor sekolah Cikgu Othman yg dah pencen. Sorg ustaz nama ape...aku lupe daa. Ingt rupa xingat nama plak. Nt teringat aku tulis sini. Huhu..
Pengakuan 4
Time aku Form 3. Ada seorg cikgu pompuan baru. Cikgu ganti sebenarnya. Muda..muka cantik kulit putih, badan gebu. Slurrpp nyumm2. Hehe. Bujang lg masa tu. Cikgu ni ajar Sejarah kelas aku. Nama dia aku lupe plak. Tau2 jela form 3 ni bdk laki baru nak naik. Baru knl erti nafsu, jiwang, poyo2 sume ni. Yg cikgu ni plak 1 hal..pakai kebaya ketat ke sekolah. Dah la ketat. Jarang lak tu. Selisih time rehat pun ktorg dok usha je. Budak2 pompuan lalu pun ktorg xheran dahh. Dok kutuk2 lg ade la. Serius! Cikgu ni mmg bt aku xfokus dlm kelas. Fokus jgk..tp fokus ke lain! Hado laa. Nasib baik kejap je cikgu tu kat sekolah. Klu x mmg lingkup aku!
Buat cikgu Geografi aku, walaupun cikgu ni xlawa, gemuk, jln pelan sgt. Ramai budak xsuka. Aku ttp suka. Sejak cikgu ni ambik alih subjek ni, aku jd minat plak. Dari kategori bodo, aku dpt naik dlm masa singkat. PMR aku target utk dpt A tuuu!! tp xdpt. Dpt B je. Demm!
Pengakuan 5
Masa sekolah teknik. Aku beberapa org cikgu dgn warden asrama yg aku still ingt. Time form 4 dgn form 5 aku rs mmg aku bermslh skit. Bercmpur dgn bdk2 masalah. Selalu kuar mlm, g cc chatting, men game, lyn cite2 biru, kuning...aku stat bermasalah kat sini la. Mujur pelajaran aku xdrop sgt je. Selalu jgk aku kena sebat dgn warden. Tp sbb muka aku ni terlalu maskulin mengalahkan muka peminta sedekah, selalunya hukuman aku diringankan sikit. Warden pun xsmpai ati nk hentam aku teruk2. Hahaha..
Aku ngaku yg aku btl2 xsuka dgn warden2 tu. Dah la xensem. Muka bengis gile lbh2 lg ketua warden tu. Klu ckp ngn dia, org xslh pape pun leh rs mcm bt slh! Lg 1. Cikgu Anuar. Sape ingt cikgu Anuar? Beliau ngaja aku Kejuruteraan Elektrik. Beliau la yg knlkan aku dgn lampu kalimantang, soket, plug, wiring..cikgu ni mmg sempoi gle. Best! Tp aku ttp rsau kena soal jwb dgn dia. Ayat pedas beb!
Pengakuan 6
Dari aku form 3 smpai form 5, sbnrnya xbyk mnde aku dpt blaja. Dah mmg dasar pemalas. Bengap lak tu. Ajar ari ni, besok dah lupe. Cmane nk jwb pekse? Tiru jela. Muahaha. Aku selalu gak tiru mmber aku pnye jwpn. Dah la keje sekolah pun tiru. Dlm pekse pun tiru jgk. Siap bwk toyol lg! Nsib baik xkantoi. Dah abis sekolah, dah msuk ipt pun sama jgk.. xabis2 tiru! Pada cikgu2 aku, aku mntk maaf la ye. Klu xtiru, aku pun xtau jd ape aku skrg..hehe
So klu ade cikgu yg baca entri ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU. Jadi la seorg guru yg bagus. Fahami kehendak dan keperluan setiap pelajar. Kerjaya seorg guru bukan lah kerja semata2..g kje blk kje je. Tp satu tanggungjawab besar yg jadi penentu pd masa dpn pelajar2 samada jd org berguna ataupun jd manusia yg menyusahkan hidup sume org. Pehh!! Skema gile ayat anak cikgu nih. Ye! Saya anak cikgu! Mak saya sorg cikgu! Bapak saya bekas seorg guru besar! Dah pencen taun lps! Abg saya juga seorg cikgu. Kakak sy pun seorg cikgu. Adik perempuan saya pun seorg cikgu! Jgn ditanya kenapa aku tidak. Sumpah!! Aku anak kandung dorg! xcaye nah ic!
Kategori:
alkisah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Cikgu anuar : erm takde mende la aok...Ayah aok kje ape..
ayat yang paling digeruni sme pelajar 5PKE1.
p/s - aku igt lagi nama cikgu tadika aku..cikgu normah.kerana beliau aku jadi best student pada ketika itu..wahaha
smpai skrg aku fobia lg klu tjmpe cikgu anuar kat mane2.haha
Post a Comment