Sehari Sebelum

Atok aku yg berumur 83 tahun sendiri yg menaikkan bendera di tiang rumahnya. Terbaik la tok!!



Menanak ketupat (betul ke penggunaan bahasa aku nih??) Selalunya ayah yg amik bhgian ni. Tp tahun ni aku dgn abg ipar dgn sorg adik laki-laki aku yg buat. (^_^)v

Selamat Hari Raya

Sekarang aku kat KL lg tgh lyn bola sorg-sorg. Kejadahnye? Org lain sume dah blk kg. Rumah jiran sebelah-menyebelah pun dah gelap. Dem dem~

Besok mlm baru aku boleh blk. Itu pun trs blk kg nenek kat Melaka. Kaklong dgn abg ipar baru sampai dr KK besok mlm. Itu pasal hari ni aku masih kat sini. Menunggu dorg, menjemput dorg di KLIA tu dah jd mcm tugas aku sejak 3-4 tahun ni. Urrghh bosan bosann. Berbuke puasa sorg-sorg yg xthn tu!

Memandangkan besok aku nak blk bercuti dah, aku amik kesempatan ni utk ucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Klu ade salah silap aku mintak ampun. Klu ada termakan duit, terlupa byr hutang ke, aku mintak halal lah ye. Tu hutang kete dgn hutang ptptn tu.. klu bleh dihalalkan skali, sedap jgk tu! Ngahahaa!

Raya kali ni xbleh nak enjoy sgt pun. Ada cabaran sdg menunggu selepas ini. Harap segalanya berjalan dgn lancar. Harap semua pihak xterlalu tertekan. Tangani perkara ni dgn tenang. Dpt bekerjasama dgn lbh baik antara ketua dan anak-anak buah. Harap diri sendiri juga akan lbh positif selepas ini.


Barang Baru

Aku xpasti apa kegunaan dan keperluan sebenar lens ni. Beli atas sebab nak nampak lebih comel dan ringkas. Haha. Masih mencuba-cuba dan tercari-cari tips terbaik yg boleh digunapakai.

Abg cool ade tips x? Hehe.. ohh abg ni pun dah lama xapdet blog. Kat pesbuk pun dah jrg nampak muka. Bizi barangkali.




barang lama

Ngedate : Downtown Cheras + Uptown Danau Kota













Gigih btl dr Sepang pegi ke Cheras. Kemudian ke Danau Kota sebelum singgah kembali ke downtown Cheras sebelum pulang ke Sepang. Hajat nak cari seluar je. Tapi baju yg dapat. Hentam sajalah labuu. Drp blk tgn kosong. Sampai umah je elok pulak game Arsenal – Udinese br setat. Layannn..

Lemau aku pagi ni..

Kalau dah cantik, pakai ape pun ttp nampak cantik

Ok tinggal seminggu je lg nak raya. Tak sabar wohh nak cuti!! Haha. Bukan nak raya sgt pun. Cuti panjang tu yg penting. Nak rilek-rilekkan minda. Tenangkan jiwa. Nak lupakan sekejap segala bende serabut kat tempat keje.

Minggu lepas aku dah pun selesai beli baju melayu utk aku pakai time smayang hari raya. Hajat nak sedondon 1 famili. Apekan daya susah bebeno nak sepakat. Udohnye sukati aok la nak pakai kaler ape. Dah xdpt sedondon dgn famili, nak la sedondon dgn makwe. Macam-macam pulak xkena. Saiz xde la. Kaler abis la. Taknak same dgn member la. Hadooo la. Dah. Tak payah nak mengade sgt. Beli je mane-mane yg cantik, muat lagi murah.

Masalahnye bila aku rasa cantik, dia pulak kata xcantik. Bila dia pilih baju yg katanya cantik, aku pulak rasa mcm org tua, mcm kain lama. Hahaha. Last-last aku diam dan setuju je. Org cantik pakai apepun ttp nampak cantik kann. Ape ade hal? Lain la aku. Tak cantik. Tak sasa. Kulit xgebu. Takde lesung pipit. Mata lak sepet. Bukan bleh sebarang pakai kann. Koh koh koh.


baju melayu raya aku. kaler oren. tp nampak pink. dem dem


Tapi mmg pun kann. Org cantik pakai ape pun ttp nmpak cantik. Org ttp nak tgk. Tp org yg xbrape nak cantik, xbrape nak ensem, org ttp xpedulik jgk. Walau ape dia pakai pun. Dan kdg-kdg bleh rasa geli, lg menyampah lak nak tgk. Hahaha.

Pra-shopping raya


Lokasi : Alamanda Putrajaya
Haribulan : 21 Ogos 2011

Setel sudah duit raya itu hari. Isk!

Sogo


20 Ogos 2011


Dah macam anai-anai aku tgk. Ape yg best sgt shopping kat sogo ni pun aku xtau. Aku dah byk kali pegi. Dan tiap kali pegi mesti blk tgn kosong jgk. Haha. Cari baju, susah sgt nak dpt saiz. Nak cucuk duit kena beratur panjang. Nak pilih baju kena amik giliran. Nak byr pun kena beratur lame lg! Pehh. Hati keras la lu org sume ni..

Isu Bahasa 2

Tipikal. Kau tau ape tu tipikal? Maksudnye mcm klasik la. Haha. Aku rasa aku ni jenis manusia klasik la jgk. Sbb aku idup secara sederhana. Pengetahuan aku ttg isu-isu semasa pun bukanlah up to date sgt. Dari segi berfesyen jauh sekali. Haha.

Dlm penggunaan bahasa pulak. Aku lbh sng bercakap, berurusan dlm bahasa melayu. Sebabnya mudah. Aku dilahir, hidup di kalangan org melayu. Dari kecik sampai beso. Aku jrg bergaul dgn org bukan melayu. Apetah lg omputih, omnegro, omarab, omkorea dan sebagainya.

Bila dah amalkan bahasa melayu ni dr dlu, aku sdr byk perubahan dah berlaku dlm penggunaan bahasa tu sendiri. Dari segi sebutan, ejaan dan sebagainya. Mcm entri sebelum ni. Pelik benor bunyiknye. Selalunye klu guna shortform tu aku phm la. Tp bila ejaan asal ade 3 huruf, ttbe jd 11 huruf. Kan pelik nak nyebut tu. Haha.

Sebelum ni mmg byk dah aku jumpe. Yg tambah ‘+ew’ kat blkg perkataan tu paling byk. Kat Youtube pun dah ramai yg vblog psl tu. Even member-member, adik-adik sendiri pun ade jenis cmtu. Tp klu dgn aku pun dorg nak ckp pesen gitu, mmg aku taruk je. Bak kata panda. Haha.

Bekerja dlm komuniti 1 Malaysia. Ada Melayu, India dan Cina dlm 1 pejabat. Melayu-Melayu -> Bahasa Melayu. Melayu -India -> Bahasa Melayu. Melayu-Cina -> Bahasa Melayu. India-India -> Bahasa Tamil. India-Cina -> Bahasa Melayu. Cina-Cina-> Bahasa Cina (Mandarin/Kantonis). Ni mengikut pemerhatian aku la. Selama aku bekerja di beberapa tempat sebelum ni.

Ape salahnye klu semua bercakap dlm bahasa yg sama dlm 1 masa. Bahasa yg semua org boleh phm. Time keje je pun. Serabut kepala otak aku bila sesame india ni berborak bahasa dorg berdekatan aku. Bila cina bersembang pum pang pum pang sebelah aku yg lgsg aku xphm. Melayu bila dah terlalu tipikal sgt, ni la jadinye. Haha.



Ckp psl org. Diri sendiri pun xbtl sbnrnye.

:korek:

Isu Bahasa

Aku dah la pnt ni. Baru blk keje. Baru nak online bukak pesbuk ape sume. Skali nak bace status kau kemain susah. Sakitt ati aku ni. Tu la sape suruh gatal-gatal add budak bwh umo ni? Kan da menyusahkan diri sendiri. Tak boleh trime btl la aku pesen gini. Udoh-udoh le weh. Buruk beno bunyinye. Klu loghat negeri ke, pelat daerah ke, boleh trime lg la. Tp ni ha


WTH!! Mmg xterkata la akuu..

Berbuka 15


Naili's Place
Ampang
15 Ogos 2011


Ape nama nasik aku mkn pun aku xingat. Haha. Yg pastinya ada pkataan 'Temasik' kat nama menu tu. Mmg terbaek. Ada kepak ayam goreng, rendang daging, udang(3) sambal berserta telur rebus(sebelah). Dihidangkan bersama nasik goreng mentega. Lps mkn pasti tersandar. Hahaha. Time ni nasik makwe xsampai lg. Dah dkt waktu berbuke baru sampai. Deng!


Dan bila dah meriah segala lauk pauknye, maka harganye pun meriah jgk ler! Haha.
Apepun serius terbaek!

Buat yg xtau, Naili's Place ada 3 ye adik-adik. Kat Ampang ade 1, kat Sentul ade 1, kat Subang ade 1. Klu nak dtg, sila bwk duit lebih ok! :)

Hari ni aku nak gosip pasal artis. Buleh dok?



Yg perempuan ni Farhan nama dia. Bekas pelajar AF. Yg mamat ni pulak..mcm budak klas aku la dulu. Haha. Tak sangka.

Membedal Murtabak

Akhirnya kesangapan, kemengidaman aku terubat gak. Sabtu lps smpai kg je terus menonong ke Restoran Mengkasar. Dtg awai pasai takut ramai org nt. Ini pun menunggu dkt sejam jgk. Kedai dah mcm pejabat pos. Siap kne amik nombor, pastu duduk kat kerusi panjang tunggu panggil.

Hasilnye 2 murtabak spesel jd habuan berbuka ptg tu . Haha. Bukan aku sorg la bedal. Adik-adik, mak pak aku pun join skali la derr.

Puas hati~


************************************ *****

Besoknye mengidam nk mkn murtabak abg faizal lak. Adik aku la dok sebut-sebut. Brader Faizal ni meniaga murtabak time bln pose je. Hari-hari biasa xde. Menoreh getah katanya. Haha.

Dan hari tu pun selamat sudah 2 murtabak spesel berharge 8rgt sekeping tu. Puas hati lg~


Setelah menikmati dan menghadami kedua-dua jenis murtabak ni, dpt la aku buat 1 kesimpulan. Murtabak abg Faizal lbh menusuk jiwa. Bau yg lbh menusuk hidung. Rasa yg lebih dahsyat berbanding GCB McD.. eh! Murtabak Mengkasar. Terbaekk!! Mesti nak lg! Hahaha.




Haihh bulan pose baru terasa nikmatnye makanan-makanan ni. Klu x, sebelah mata pun xpandang =.=