Pengerusi kolej cedera ditumbuk di hari konvo!


IMEJ CCTV menunjukkan seorang lelaki menumbuk Sian Tian di Kolej New Era, Kajang semalam.

SEORANG kakitangan Kolej New Era membantu Sian Tian membersihkan darah yang keluar dari hidungnya.

KAJANG - Majlis konvokesyen ke-10 Kolej New Era di Jalan Bukit di sini kecoh apabila pengerusi kolej itu yang baru memulakan ucapan ditumbuk oleh seorang lelaki berbaju hijau.

Kejadian pukul 10.10 pagi itu berlaku semasa mangsa, Yap Sian Tian baru naik ke pentas dan mula berucap beberapa patah perkataan di hadapan kira-kira 500 graduan yang tamat pengajian peringkat sijil hingga ijazah di kolej tersebut.

Turut berada dalam dewan yang terletak di tingkat lima kolej itu ialah ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan.

Insiden luar biasa itu bukan sahaja mengejutkan kakitangan kolej berkenaan malah membuatkan para pelajar dan ibu bapa masing-masing terpinga-pinga.

Jurucakap polis berkata, suspek yang menumbuk mangsa memakai baju-T berwarna hijau muda.

Ramai yang menyangka dia seorang pekerja di bahagian penyelengaraan yang menjaga alat sistem pembesar suara.

Ini kerana semua pekerja bahagian penyelengaraan memakai baju-T warna hijau.

"Ketika Sian Tian baru berucap beberapa saat, alat pembesar suara yang digunakan menjadi perlahan.

"Seorang lelaki kemudian naik ke atas pentas dan semua orang yang berada di situ ingatkan lelaki berkenaan mahu membetulkan alat pembesar suara itu,'' kata jurucakap polis tersebut.

Sian Tian juga tidak mengesyaki apa-apa tetapi lain jadinya apabila lelaki itu menghampirinya dan tanpa bercakap apa-apa terus menumbuk hidungnya.

Jurucakap polis memberitahu lagi, suspek kemudian terus menghilangkan diri dan baju yang dipakainya ditemui di atas lantai di dewan tersebut.


Sumber : Kosmo! 12 Jan 2009


Haha 1st time aku baca dah tergelak. Aku xtau apesal. Mgkin berita cmni yg aku tunggu2 slame nih kot. Aku rasa mesti mamat tu dah lame bengang ngn pengerusi kolej tu..smpai berdarah2 idung ha! Gile babas...

Tetibe aku teringat kes Bush dibaling kasut dulu. Rasa2nye mmg ade iras2 kot dua2 kejadian nih. Tp yg ni mmg gempak gile. Best! Cmane la aku xterpikir nk tumbuk muka cikgu disiplin kat sekolah aku dulu ek. Psni kena la berjaga2 time nk bt ucapan...kan?kan? pakai helmet ke..pakai topi besbol ke..hahahaha...


1 komen:

keyboardstuck said...

dah kene tangkap dah mamat tuh...
kantoi gak akhirnya...
sti dia puas ati dpt tumbuk org tuh..
huhuh