Alamak....

...MU kalah la pulakk!!


Nasib baik xde bet ape2. Haha

Tahniah pada Barca

Tahniah juga pada yg menang bet tu



Sekian ucapan saya

MU! Sila jgn malukan diri sendiri di Bukit Jalil nt ye
Korg boleh menang. Aku percaya dgn korg~

Sakit perut daa..

Amaran : Utk bacaan 7 thn ke atas shj (bwh 7 thn xpndai baca lg. hohoho)


Mlm ni aku keje.

Td sebelum aku g keje, aku g mkn dulu. Mkn kat kedai biasa je. Tak mampu nk mkn kat hotel, kat restoran mewah2 ni. Lgpun dlm wallet ade rm8 je. Huahuahua.


Alkisahnye lps 10 minit aku abis mkn, perut aku rasa lenmcm. Rasa mcm ade baby plak yg menendang2. Rasa mcm nak terberry..err err u know. Nasib baik mmber aku ajak blah. Klu x xtau la cmane. Aku xnk melepas kat situ. Mane tau ade kamera tersorok ke..haha imaginasi aku mmg tggi. Lagipun xselesa. Alang2 nk melepas b
iar la selesa. Ye x?


Aku singgah kat satu stesen minyak. Nasib baik sempat. Fuhh lega beb! Walaupun toilet tu xde econ, xde psg lagu Tomok-Rindu Terhenti, aku tetap bersemangat melakukannya. Err mcm haremm ayat. Setel. Pstu baru aku perasan. Bukan! Bukan aku slh msuk toilet k. Aku masih knl jantina aku. Aku perasan toilet tu lenmcm skit. Mcm ni ha...



Rasa2nya mcm pnh jmpe toilet cmni tp xingt kat mane. Jumpe kali ni slambe badak je amik2 gmbr. Tak pedulik dah org len yg kuar msuk tu. Toilet sebelah kiri tu tangki pam dia rendah je tp pakai flush jenis bertali. Yg sebelah kanan tu plak tangki pam nye tinggi. Pakai flush jenis cmtu lak (xtau nk sebut cmane). Apsal ye? Klu budak kecik ke..org dewasa yg kecik ke..yg pakai toilet tu, cmane dorg nk flush? Hmm xpatut..xpatut. Nasib baik aku xtermasuk dlm kategori ni. Hohoho~



Dah! Aku nk smbung keje.

Sekian.

Apsal muka kau buruk??


Helo...klu tgh nguap, mane leh kontrol2. Yg ko tu xnguap dgn nguap pun same jgk. BURUK je aku tgk!


Ok blk pd topik.


Eh apsal asik nguap je niii -> Menurut kajian, salah satunya ialah faktor kepenatan. Apabila penat pernafasan akan menjadi semakin dalam daripada biasa. Berdasarkan teori ini, tubuh akan kekurangan oksigen kerana pernafasan menjadi perlahan. Oleh itu, menguap akan membantu membekalkan lebih oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan lebih banyak karbon diaoksida daripada darah. Menguap juga mungkin berlaku akibat reflek luar kawalan yang membantu mengawal paras oksigen dan karbon dioksida.

Ok phm? So lps ni klu ade org mengadu, boleh la bg jwpn nih. hahaha. Ni fakta dr hasil Google-an..xtau la btl ke x.


Lg 1. Kenapa nguap leh berjangkit -> Menurut teori, bila kita lihat orang menguap, otak kita akan hantar isyarat dan disalurkan ke brain circuitry yang dipanggil “mirror-neuron system” yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.

Hohoho betul ke ni? Sbnrnya aku pun xphm sgt. Dulu xamik biologi. Ape kena ngena daa..


Aku dah ngantuk mata ni. Hari2 kena bt data entri. Juling bijik mata. Dlm 1/2 jam td je ntah brape puluh kali nguap. Berair2 mata. Kembang kempis idung..xterkawal dahh. Bleh lak bt senaman idung mlm2 buta ni kann.


Kenapa mata berair selepas nguap -> ah mls dah aku nk google! korg pk la sndiri.

Aku ngantuk.





Aku nk tido jap.














Ah xleh tdo lak.
Aku nguap je la.
Bye!


Nota : Nguap kena tutup mulut. Klu x nt setan masuk. Tutup dgn tgn kanan. Klu tgn kanan tgh garu perut, gunakan blkg tgn kiri. Klu dua2 tgn pun tgh garu perut, cuba la thn supaya mulut xternganga. ok?




Aku nak muntah...nak pengsann....tolongg!!!!



Jika anda rasa Jessa Bell layak bergelar juara. Sila taip Jessa dan hantar ke 32333 skrg!!










Aku sdg pengsan







Sila bangunkan aku besok pg




Sekian

Entri Pendek

Aku suka dia
tp dia org lain punye ~

16 Mei


Balik pada entri serius.
Tema utk hari ini adalah HIJAU. ngee~

Hari ni 16 Mei

Sempena Hari Guru yg dirai pada hari ni, aku nak buat beberapa pengakuan tentang perlakuan2 aku semasa di sekolah dulu. Yg mana melibatkan setiap manusia yg pernah aku panggil CIKGU.. xkisahla samada aku rapat ke x. Samada cikgu tu ensem ke x, lawa ke x, dah kawin ke still dara.


Pengakuan 1


Aku nak mintak maaf sbb aku btl2 xingat sape cikgu yg mengajar aku masa tadika dulu. Seketul cikgu pun aku xingat. Yg aku ingat nama tadika tu Tadika Polis. Letaknya kat town kat kg aku la. Tp skrg xtau la ade lg ke x tadika nih. Bangunannya ade. Cuma xpsti dah jd ape. So pada cikgu2 tadika yg ajar aku gosok gg, baca abc dulu tu, aku mintak maaf sgt2. Bukan setaka
t nama korg aku xingt..tp rupa dan jantina korg pun aku lupe! Lupe btl!


Pengakuan 2

Masa darjah 1 smpai darjah 2, aku bsekolah kat satu sekolah yg agak top kat daerah tmpat aku tggl tu. Budak2 nya ramai. Kat perhimpunan sekolah selalunya aku terpaksa beratur di barisan dpn sekali memandangkan aku la yg paling xtinggi wktu tuh. xsuka btl aku. Dulu masa mula2 masuk darjah 1, aku ngs beb. Apsal ntah. Smpai skrg aku xpsti ape motifnya aku ngs. Padahal ayah aku ngaja kat sekolah tu jgk. GPK lg! Abg dgn kakak aku pun sama sekolah. Aku selalu jgk mls nak g kelas fardhu ain. Time nk kena g kelas, aku bt alasan songkok ilang la, baju xde la, sakit perut l
a..kononnya xyah g kelas. Tp ape aku dpt..ROTAN!! Masa tu aku mmg berdendam gile ngn ayah aku. Pada ustaz atau ustazah yg ngaja aku kelas fardhu ain tu jgk, aku nk mntk maaf klu aku ade bt salah ngn korg. Yg pstinya aku pun xingt korg lg dahh!! Haram jadah. Sume aku lupe!


Pengakuan 3


Masa aku darjah 3, aku adalah antara murid paling pndai dlm kelas. Apsal aku ckp cmtu. Sebab pekse tgh thun aku dpt no-1! Ujg taun aku jatuh no-2! Cis! Aku kalah dgn bdk pompuan yg duduk dpn aku dlm kelas. Budak tu 1 group dgn aku. Umah dia dkt je ngn umh aku. Mmg lawa. Tp time tu aku xde nafsu lg kat pompuan. So xde la aku ngorat dia kann. Darjah 4 dia tukar sekolah sebab pindah umah. Nyesal aku!

Darjah 3 adalah permulaan kejatuhan aku dlm pelajaran bahasa Inggeris bila cikgu pompuan yg ngaja aku BI tu pencen. Cikgu tu ngaja mmg best. Tp kemudian sorg cikgu laki ambik alih. Aku xphm dgn dia ni. Dlm kelas dia sibuk cite psl kisah2 silam dia..nama cikgu ni Cikgu Yahya. Dari mula kelas sampai abis masa dok cite psl murid2 dia kat sekolah sebelum ni. Dia gaduh d
gn budak la. Pukul budak smpai berdarah2 la. Pstu darjah 4 smpai darjah 5 pun blaja dgn dia. Dah la selalu xmasuk kelas! So aku nk ucapkan berbanyak2 terima kasih la pd Cikgu Yahya kerana menjadikan aku spt ari ni. Nak ckp omputih pun xreti. Ntah cikgu ni ngaja lg ke x skrg. Ntahh.

Papepun ade beberapa org cikgu yg aku still ingat masa aku sekolah rendah. Cikgu Nor Azizan (BM), Cikgu Roslina (BM), Cikgu Rosmawati (Muzik), Cikgu Khalili (KH), Cikgu Ismail (Math / PJ) dan beberapa org lg. Cikgu2 ni selalu puji tulisan aku lawa. Kembang2 idung aku bila kena puji..hnnnss hhnnnsss.. Gubesor sekolah Cikgu Othman yg dah pencen. Sorg ustaz nama ape...aku lupe daa. Ingt rupa xingat nama plak. Nt teringat aku tulis sini. Huhu..


Pengakuan 4

Time aku Form 3. Ada seorg cikgu pompuan baru. Cikgu ganti sebenarnya. Muda..muka cantik kulit putih, badan gebu. Slurrpp nyumm2. Hehe. Bujang lg masa tu. Cikgu ni ajar Sejarah kelas aku. Nama dia aku lupe plak. Tau2 jela form 3 ni bdk laki baru nak naik. Baru knl erti nafsu, jiwang, poyo2 sume ni. Yg cikgu ni plak 1 hal..pakai kebaya ketat ke sekolah. Dah la ketat. Jarang lak tu. Selisih time rehat pun ktorg dok usha je. Budak2 pompuan lalu pun ktorg xheran dahh. Dok kutuk2 lg ade la. Serius! Cikgu ni mmg bt aku xfokus dlm kelas. Fokus jgk..tp fokus ke lain! Hado laa. Nasib baik kejap je cikgu tu kat sekolah. Klu x mmg lingkup aku!


Buat cikgu Geografi aku, walaupun cikgu ni xlawa, gemuk, jln pelan sgt. Ramai budak xsuka. Aku ttp suka. Sejak cikgu ni ambik alih subjek ni, aku jd minat plak. Dari kategori bodo, aku dpt naik dlm masa singkat. PMR aku target utk dpt A tuuu!! tp xdpt. Dpt B je. Demm!


Pengakuan 5

Masa sekolah teknik. Aku beberapa org cikgu dgn warden asrama yg aku still ingt. Time form 4 dgn form 5 aku rs mmg aku bermslh skit. Bercmpur dgn bdk2 masalah. Selalu kuar mlm, g cc chatting, men game, lyn cite2 biru, kuning...aku stat bermasalah kat sini la. Mujur pelajaran aku xdrop sgt je. Selalu jgk aku kena sebat dgn warden. Tp sbb muka aku ni terlalu maskulin m
engalahkan muka peminta sedekah, selalunya hukuman aku diringankan sikit. Warden pun xsmpai ati nk hentam aku teruk2. Hahaha..

Aku ngaku yg aku btl2 xsuka dgn warden2 tu. Dah la xensem. Muka bengis gile lbh2 lg ketua warden tu. Klu ckp ngn dia, org xslh pape pun leh rs mcm bt slh! Lg 1. Cikgu Anuar. Sape ingt cikgu Anuar? Beliau ngaja aku Kejuruteraan Elektrik. Beliau la yg knlkan aku dgn lampu kalimantang, soket, plug, wiring..cikgu ni mmg sempoi gle. Best! Tp aku ttp rsau kena soal jwb dgn dia. Ayat pedas beb!


Pengakuan 6

Dari aku form 3 smpai form 5, sbnrnya xbyk mnde aku dpt blaja. Dah mmg dasar pemalas. Bengap lak tu. Ajar ari ni, besok dah lupe. Cmane nk jwb pekse? Tiru jela. Muahaha. Aku selalu gak tiru mmber aku pnye jwpn. Dah la keje sekolah pun tiru. Dlm pekse pun tiru jgk. Siap bwk toyol lg! Nsib baik xkantoi. Dah abis sekolah, dah msuk ipt pun sama jgk.. xabis2 tiru! Pada cikgu2 aku, aku mntk maaf la ye. Klu xtiru, aku pun xtau jd ape aku skrg..hehe


So klu ade cikgu yg baca entri ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU. Jadi la seorg guru yg bagus. Fahami kehendak dan keperluan setiap pelajar. Kerjaya seorg guru bukan lah kerja semata2..g kje blk kje je. Tp satu tanggungjawab besar yg jadi penentu pd masa dpn pela
jar2 samada jd org berguna ataupun jd manusia yg menyusahkan hidup sume org. Pehh!! Skema gile ayat anak cikgu nih. Ye! Saya anak cikgu! Mak saya sorg cikgu! Bapak saya bekas seorg guru besar! Dah pencen taun lps! Abg saya juga seorg cikgu. Kakak sy pun seorg cikgu. Adik perempuan saya pun seorg cikgu! Jgn ditanya kenapa aku tidak. Sumpah!! Aku anak kandung dorg! xcaye nah ic!

Luahan Perasaan Episod 2


Klu korg xpnh baca Luahan Perasaan Episod 1 sila rujuk sini. Luahan PERASAAN ok. Bukan Luahan PERASAN!



Luahan Perasaan 1


Aku dikenali sbg org yg sgt kurus. Dlm fmly aku, aku juga adalah yg paling kurus. Wlaupun aku cenggini, so far aku xde penyakit serius. Setakat sakit gg, sakit perut nk berak, sakit demam, sakit pura2 tu beser lah! Sakit ati tu je yg slalu. Ape mslhnya klu aku kurus? Bukan aku pinjam baju ko pun? Bukan aku mintak ko blanje aku mkn, pstu aku xabiskan? Aku mkn sikit pun, slh ke? Aku punya perut, aku punya selera. Aku punya duit jgk klu aku kedekut nak amik lauk byk2. Ade aku nyusahkan ko ke? Ape ko ingt aku nak sgt ke kurus? Klu aku diberi pilihan, aku pun nk bdn mcm Aamir Khan tuh! Cume xdpt je. Benci btl aku bila isu ni dibangkitkan.


Lagi 1. Ko ingt ko gemuk, ko tegap sasa tu best sgt ke? Ensem? Anak2 ko tu plak. Mmg la xsekurus aku. Tp gemuk, berjerawat batu..blaja bodo. Elok sgt ke? Ensem? Apsal xkawin2 smpai skrg? Awek pun xde. Pastu perangai lak ntah pape. Dah la bdn bau longkang. Longkang pun wangi lagik. Siap bleh mancing ikan haruan lg. Umpan ikan sepat. Dulu time kecik2 slalu mncing cmni. Pacak joran kat longkang tu dgn ikan sepat saiz duit 50sen jd umpan. Pagi besok tgk dah kena telan dgn bapak haruan. Pstu jual dpt la 20 rgt. Best siot. Korg ade ke pengalaman cmtu? Harap bdn je mcm Aaron Aziz! Huh!


Pada yg bajet ensem tu pun..tlg la wei. Rasa mcm nk kuarkan je gegendang tinge, koklea dgn cuping2 skali bila dgr malaun ni puji diri sendri. Aku pedulik ape klu ko ensem dr aku pun?? Ko kutuk aku xensem pun, pegi mampos la kau. Bukan aku nk ngorat adik ko pun?! Dgn idung kembang bintik2, telinga penuh najis, pakai baju nmpk pusat, pkai suar londeh nmpk tut tut, boleh ko ckp ko ensem?? Tolong la wei. Sape2 tolong tikam aku dlm kiraan 3!



Luahan Perasaan 2


Sebagai pengguna jln raya. Aku biasa memandu dgn kelajuan 70-100km/j di jln2 biasa. Klu kat highway tu plak bleh la g smpai 120km/j. Kdg2 saje nk test meter ok ke x, bwk la laju skit. Tp dgn kete buruk tu, brape sgt la bleh g kann. Yg aku xpuas ati tu bila ade kete dok bg highbeam dr blkg. Padahal ade la dlm 1 km lg jauhnya. Mentang2 pkai kete beso. Duit byk. Speed trap dia xpdulik dahh. Yg dia tau nk cpt je. Mcm jln tu dia punya sorg. Sume org kena bukak jln utk dia. Bukannya kita buta xnmpk kete kat blkg. Aku pun bukan suka2 amik line tgh. Klu aku ttp dok line tgh xnk ke tepi cmne. Ko nk bt pe. Nak langgar aku?? Dasar org kaya xsdr diri! Belagak nk mampos! Klu aku jmpe kete ko lg psni, aku selet taik lembu kat side mirror ko. Biar pdn muka!


Lagi psl jln raya. Aku ni jenis manusia yg paling xsuka pijak brek. Dari dulu lg time pakai moto. Aku mmg xsuka pijak brek. Bila aku perlahankan kenderaan aku, aku akan kehilangn momentum kelajuan tu. (betul ke ayat aku ni? hentam sajalah) Padahal aku nk cpt ni. Cmanepun ade beberapa sbb yg xdpt aku elakkn, yg memerlukan aku pijak brek.
  1. Bila kenderaan kat dpn brek.
  2. Bila ade bonggol kat dpn.
  3. Bila ade lopak air, lubang2 kat jln.
  4. Bila ade awek cun nk melintas.
  5. Bila ade roadblock.
Aku benci btl 5 perkara ni. Org len aku xtau la cmane kann. Pegi mampos la. Sbb tu kdg2 aku men lggar je bonggol2 tu. Smpai melambung2 dlm kete. Lubang2 pun aku langgar. Klu gugur desbod aku, bengkok spotrim pun aku xpdulik. Aku mmg jenis manusia pemalas nk pijak brek, drop2 gear. Pemalas gile babi! Tp yg no-4 tu insyaallah..aku agak rajin. Hahaha. Yg no-5 tu plak, terpksa rajinkan jgk la. Nak mampos?!!



Ok stop. Dah masuk waktu tido aku nih. Besok2 sambung lagik. Kemain rancak plak aku update blog kebelakangan ni ye. Dah xde kje lain ke ape. So pada sape2 yg xpuas ati ngn aku psni, sila jgn malu2. Dialu2kan utk dtg jmpe aku, utk tumbuk mane2 bhgian yg disukai. Tenss..

Nantikan Luahan Perasaan Episod 3 lapan bulan dari skrg.


CBX Club??


Aku xtau plak ade kelab cbx ni. Mula2 ingt kelab ape la. Rupanye ni ha..


Honda CBX750

Baru aku nk join! wakaka


Sebenarnya ni kat bengkel kete. Bengkel ni ade bt ketuk2 bodi, cat bodi, repair..lokasinya dkt tepi mrr2 area flamingo ampang. Aku tgk kete2 yg htr bgkel tu sume dah modified tahap gaban dah. Enjin bay tu dah mcm2 mnde aku nmpk. Ekzos smpai dah bleh masuk buaya dlm tu. Eh bukan buaya. Biawak!! Aku g sana nk tukar bonet la tujuannya. Klu ckup bajet leh tukar cermin skali. Tp setelah dirunding2, dikenen2..xmampu la plak nk tukar sekali gus. So aku tukar bonet je.

So dipendekkan cite...

bonet lame dah cabut. huhu

apek ni tgh cek ape brg rosak


mnde alah berlubang bulat tu tertanggal. so apek tu ketuk blk, welding blk (dlm bulatan kuning)

dah psg bonet baru kaler itam


cmni la hasilnya. skali tgk bonet itam jht jgk. 2 kali tgk mcm buruk plak. ah biar la dlu. nk tukar cermin lak psni. pstu baru pk nk cat blk ke x.

ok itu saja update utk kali ni. moga Milah cpt sembuh. Aminn~

Nak cpt pnye psl


Semalam 12/05/2009

Aku ditugaskan menghantar, memasang dan menguji seunit printer jenama HP Lazerjet M2727 ke sebuah sekolah di Kluang Johor. Jam 3 pagi aku bertolak. Sampai di Ayer Hitam jam 6 pagi. Aku tido kejap. Sedar2 dah kul 8! Damn! Menggelupur kejap. Janji dgn cikgu sebelum kul 10 smpai skolah!


Dari Ayer Hitam aku gerak mencari sekolah tu. Mengikut Google Map..sekolah tu bukan kat tepi jln. Mcm kat tgh2 bukit. Ah aku xpdulik. Aku trskan pjalanan. Agak2 dah dkt sejam cari senbod xjmpe, aku kol cikgu tu. Salah jln! Damn! Patah blk mengikut guide yg cikgu tu bg. Pstu aku jmpe 1 senbod nama sekolah tu menunjuk ke arah ladang kelapa sawit. Aku masuk. Ade pondok guard kat situ. Ade sorg pkcik bpakaian polis. Dgn muka yg menyakitkan at, dia mengarahkan aku ikut jln lain. Selamba badak je suruh aku pth blk. Dah la jauh! Aduii sakitnye atiii...aku pun blah..


Dari simpang masuk nk ke sekolah guard tu ckp ade la dlm 10 km. Dlm ati aku ok
la 10 km. Mula2 ok je jln tar. Masuk dlm skit tanah merah + buah sawit berterabur atas jln + taik lembu! Dah mcm kete rally plak aku rs. Dgn kemahiran memandu selama 3 taun, ditambah dgn kesuntukan masa, aku memecut. Melambung2 kete, brg2 dlm kete, dgn aku2 skali! Jln plak bersimpang2..senbod kecik lak tu! Kiri kanan sawit je. Nak jmpe manusia sikit punye susah! Cmane la bleh ade skolah kat dlm tu. Muskil btl aku.



Dlm pjalanan blk, dlm kete aku melompat2 mngelak lubang tu satu kejadian xdiingini terjadi. Ntah mcmane lock bonet dpn kete aku terbukak. Bammm!! Hentam cermin dpn. Nasib baik xterburai. Panik aku kejap. Aku benti kete, aku turunkn blk bonet tu..xleh tutup pulak sbb lock dah rosak. Nsib baik ade tali getah dlm bonet blkg. Aku ambik, aku ikat. Seterusnya dgn kelajuan 50-60km/j aku meneruskan pjalanan pulang ke KL.


Tuhan je tau cmane keadaan aku time tu. Slalu bwk kete atas 100km/j. Hari ni maksimum aku brani pegi smpai 60km/j je. Setiap kawasan rehat kat hway tu aku benti. Akhirnya jam 4 pagi aku smpai KL.




Pagi ni aku ambik cuti kecemasan sebab aku mls nk g kje..pnt! Papehal aku nk tido dlu. Bonet kena tukar, cermin pun msti diganti. Adehh..xblk modal aku! Milah2...nape begini nasib kita Milah?!

10.05.09


Sume org sibuk bercakap psl hari ibu sedunia. Pada aku tidak ada yg spesel ttg hari ini. Kenapa? Adakah aku seorg yg tidak ada perasaan? Ataupun seorg manusia yg tidak pernah menghargai ibu? Atau mungkin aku mmg jenis manusia yg xtau mengenang budi? Bukan la. Aku muskil sbnrnya. Kenapa perlu diwujudkan 1 hari utk ibu2 ni? Bukan ke lg elok klu..hari2 pun hari ibu! Hahaha aku syg mak aku!

Aku dilahirkan oleh seorg ibu yg belum puas aku kenali. Seawal usia 8 tahun aku sudah pun kehilangan org yg dipanggil emak! Arwah mak meninggal dunia disebabkan masalah jantung yg dialami sejak lama dulu. Pada masa tu teknologi perubatan di negara ni belum pun mempunyai kepakaran utk menyelamatkan pesakit jantung. Usia mak pada masa tu amatlah terlalu muda utk meninggalkn 6 anaknya utk hidup sendiri.

dgn arwah mak


Ayah? Sejak kecil kami adik beradik dididik dgn cara yg tegas. Bila ayah marah, mak la yg cool down kan ayah. Mak la yg menyelamatkan kami dr terus dipukul, dirotan ayah. Kdg2 mak akan menangis bila anak2nya menangis. Tp semua tindakan ayah atas sebab kenakalan dan kedegilan kami adik beradik. Aku xberdendam dgn ayah. Aku sayang ayah aku. Ayah xpnh abaikan kami anak2nya. Walau apepun tindakan ayah, aku tau yg ayah sygkn kami anak2nya.

Kehilangan mak tidak mematahkan semangat ayah. Dlm masa xsmpai setahun kami diberi seorg mak baru oleh ayah. Mak tiri yg dah lama aku knl, yg dah lama menganggap kami adik beradik spt anaknya sendiri. Ayah mengambil mak tiri aku sbg isteri bila memikirkan kehidupan anak2nya yg masih kecil, yg perlukn belaian seorg ibu. Mak yg jgk adik kpd arwah mak kandung aku juga dipanggil 'mokde' oleh kami adik beradik sejak dulu. Wlaupun kini dah hampir 25 thn kami tggl bersama, namun paggilan mokde ttp kekal. Mak tiri aku juga mempunyai 3 org anak hasil perkahwinan dgn ayah. Merekalah adik2 tiri aku yg xpnh aku aggp sbg org lain. Kasih syg mak jgk xpnh dibeza2kan antara kami.

Entri kali ni adalh sempena mengingati mak2 aku. Sebenarnya terlalu byk pengorbanan, harapan mak pd kami anak2nya. Pada aku sendiri, aku rs aku bukanlah seorg anak yg boleh dibanggakn. Byk kenangan2 lepas yg aku xdpt lupa, perlakuan2 aku yg boleh dianggap menjatuhkan air muka dorg. Buat bising kat surau pstu kena marah, curik buah mangga jiran, nakal kat sekolah, ponteng kelas mengaji dan mcm2 lg la!

Tp aku sdr. Walau ape yg anak2 dah buat, walau teruk mana pun seorg anak tu, ibu ttp menganggap anak tu sbg anaknya. Kasih sygnya xkan pnh berubah.

Mokde..walaupun mokde xpnh baca blog kte. Kte ttp nk ckp. Kte syg mokde. Mokde adalah antara mak yg terbaik di dunia ni.

SELAMAT HARI IBU...mokde!

ayahku kawin lg~

3 adik tiri aku

mak ayah aku

Tolong jgn buat aku cmni bleh x


Aku masih ingat time aku kecik2 dulu. Setiap hari Isnin aku akan memakai baju yg bersih ke sekolah. Selalu juga aku dihantar ke sekolah oleh
mak memandangkan tempat keje mak sehaluan dgn sekolah aku. Kalau aku lambat, terpaksa la aku ke sekolah naik beskal. Tapi naik beskal pun ok jgk. Leh blk sendiri, leh kacau awek kelas sebelah, leh singgah beli aiskrim kat kedai runcit.


Ptg semlm nk blk keje aku tgk kete aku. Rasa mcm nak marah2 je. Tapi aku cuba tenangkan fikiran, tenangkan ati. Aku tgk kiri kanan, aku tgk atas. Aku nmpak 3-4 ekor burung warna hitam. Ntah burung ape aku xtau. Klu ade l
astik mmg aku dah lastik. Brengsett!! Baru hari Isnin tp kete aku dah jd mcm sampah!



Aku nak bukak pintu kete pun geli. Sebelum mnde alah ni gugur kat kepala aku plak, cpt2 aku masuk. Mulai ptg tu jgk aku bt keputusan utk tidak meletak kenderaan di kawasan tu lagi.


Mintak2 la hujan turun ptg nt.

Malas nak htr cuci kete sbnrnye.

Nak cuci sendiri?? LAGI MALAS!!!

Cuti hari buruh

AMARAN : Cerita ini panjang.


Minggu lepas aku ade training kat Bukit Damansara. Seawal jam 8 pagi dah bersiap2 nk ke sana. Dgn jalan jemm ditambah dgn keadaan mukabumi yg menyakitkan ati, kami sampai jgk mengikut time yg sepatutnya. Sebenarnya selain aku, terdapat 11 lagi manusia yg mengikuti kelas tersebut termasuk 5 manusia sengal dari opis aku! Hahaha. Agak2 best jgk la.


Tp entri kali ni bukan pasal training oke! Selepas hari terakhir training tu, aku blk umah. Dari bulan lps lagi mak dah kol. Btau ade sepupu sebelah ayah nak kawin. Mengikut tarikhnya 2 Mei. Tp 2 Mei tu ayah xfree. So ayah ajak g 1 Mei tu je. Mengikut kalendar, 1 Mei jatuh pada hari Jumaat bersamaan Hari Buruh. Maknanya hari tu aku xkeje la. Ok set. Aku menyatakan persetujuan menyertai majlis pernikahan sepupu aku ni.


Pada jam 9.00 pagi ari Jumaat 1 Mei. Aku bergerak dari rumah k
e UKM Bangi utk amik adik pompuan aku. Dia nk htr brg2 kat hostel dia blk umh sbb dia dah abis sem. Mcm hampeh ayat aku. Mak ayah aku gerak dari Melaka. Semalam dorg dah bermlm kat sana. So kitorg bkompol kat Kajang umah Makcik Ani. Sedara-mara sebelah ayah pun ramai kompol kat situ. Tunggu kitorg je nak gerak sekali ke Shah Alam.


Jam 11 pagi ktorg gerak 4 bijik kete. Ntah laluan mane pkcik aku bwk..lalu brape byk tol daa. Last2 kuar kat highway federal btl2 sebelum jambatan motorola tu. Kopak kejap. Perut pun dah lapo. Sampai kat Shah Alam lepak umh menantu Mokde dah nk masuk waktu Zohor. G smayang Jumaat jap~


Blk Jumaat bantai nasik dulu kat umah. Lauk ikan goreng je. Huhu jd la bt alas perut. Pstu gerak ke masjid tempat nikah. Dari jauh dah nmpk semacam ramai je makhluk yg berlegar2 kat perkarangan masjid. Dgn muka xbersalah aku dgn kerabat2 masuk dalam. Wali dah pun ready. Dari jauh aku leh nmpk 2 awek duduk bersimpuh atas bantal. Sorg baju selendang kaler ungu, sorg baju selendang kaler kuning. Tp sepupu aku ni baju melayu kaler putih. Rupanya ade 3 pasangan yg nk dinikahkan serentak ptg tu! Aku nmpk 2 lagi mamat berpakaian lengkap baju melayu siap samping..sorg baju kaler ungu, sorg lagi baju kaler putih krim gitu. Kendian sorg lg awek cun sampai. Yg ni pakai bju selendang putih. Aku agak yg ni la bakal bini sepupu aku. Dlm pale aku dah lain..cis!cmane mamat ni leh dpt bini cun gile lak kann.semacam je perasaan jeles tu!untung btl dia! pk aku..


Bila semuanye dh ready, aku dapati awek cun gile td bukan la pasangnnya. Tp awek yg berselendang kuning tu. Awek cun td empunya mamat semat paling rilek memakai songkok ade bunge :soldier_50: ok la mamat tu. Skali tgk mmg paling semat dan ensem antara 3. Perasaan jeles aku dah cool down time tu. keh3..

cmane kameraman leh msuk skali plak. adehh

sebelum pernikahan

tgh sain tuu!! kompem!

setel!

Dgn sekali lafaz, sepupu aku selamat bergelar suami. Muka cuak sebelum pernikahan jelas berubah selepas pernikahan. Berpeluh2 mamat tu. haha..lawak siot! Tiba turn mamat semat td, 1st try kantoi. 2nd pun kantoi..3rd sangkut..awek cun td dah gelak2 kecik. Geram plak aku tgk. Grrr!! At last kali ke-6 baru pass..disambut dgn nada lega setiap yg menyaksikan. Sure mlm nt msti kena bahan ngn bini! kui3! Pasangan ke-3 pun xde masalah. Dgn sekali lafaz, aweknya yg nmpk sedikit tinggi tu pun telah selamat utk dibawa blk. hohoho..


Majlis akad nikah berakhir jam 4 ptg. Tu pun selepas sesi bergambar oleh photographer2 upahan yg bersungguh2 mendapatkan syot terbaik setimpal dgn upah yg diterima. Ade la dkt 10 org photographer yg aku nmpk, yg pakai kamera mahal..siap dgn glove, dgn mcm2 skill yg aku sendiri pun xphm. haha..tp best gak la dpt tgk dpn mata. Yg pengantin xpela posing gile2..tp yg ngambik gambo nye pun over jgk. Siap menonggeng2, abih dr sume sudut nk diambiknye! Siap baring2 lagi. xley blah!


Jam 5 kami bergerak pulang. Aku dgn mak ayah aku bergerak pulang ptg tu jgk. Sampai di Pekan jam 11 mlm lebih. Lembikk!! Nasib baik xde kejadian xdiingi
ni sepanjg pjalanan. huhu..seterusnya bantal yg aku cari..


Besoknya


Aku bersama adik2 melawat kakak ipar yg baru bersalin di rumah keluarganya di Kg Panchor Pekan. Keadaan kakak pd masa tu dah beransur sihat dan boleh berjalan2 sekitar rumah. Baby girl yg diberi nama Nurmusfirah tu pun nmpaknya sht dan xla tido je mcm kebanyakan bby yg baru2 lahir tu. Baby pun xnangis time kitorg kerumun dia. Dia rilek je. Hanya mengebil2kan mata je. Alhamdulillah aku diberit
akan yg bby ni normal dan dilahirkan sht.

tgn xreti dok diam ni..nak amik gmbr pun ssh

comelnyee..meh sini dkt pokde!

Sebenarnya baby ni dilahirkan dgn rambut ikal mayang mcm rambut maya karin tu. Tp setelah majlis cukur jambul yg dibuat, bapak kepada baby ni mengambil keputusan mencukur keseluruhan rambutnya. Yela xkan nak cukur atas je ataupn belakang je..xmanis la kann. Lgpun bby ni pompuan. Bila cukur abis, kononnye nmpak mcm pelakon pompuan Shaolin Soccer tu la. Comel gile lah!


Papepun 3 hari cuti dah pun berlalu. Best gile dpt blk kg, dpt mkn mskan mak, dpt jmpe mak ayah, adik2 sume..mungkin sbb aku pun dah lama xblk. So skali2 blk mmg meninggalkan kesan mendalam buat diri aku. Bukan sengaja xnk blk tp keadaan yg xmengizinkan. Psni ntah bila aku dpt blk kg lg.



note : Kampung bakal mertua pun dah lama xblk ni! adehh!!