Menjelang Pertemuan kedua Piala Suzuki Malaysia-Indonesia

Aku suke ayat bwh skali tu. hahaha LOL!!

Bercanda di Tanjung Bidara

25 Disember 2010
Pantai Tanjung Bidara Melaka
-Ayah+Mokde, Kaklong+Abg Zam, aku, Asri, Kemal, Sarol+member, Fuat, Ainul, Nisa+Zuri-
-Pakteh+Makteh, Haris, Ani, Anis, Hadri-


kemera letak bwh, set timer. pastu buat muka macho.

aku suruh kau lompat sebelah sini, kau lompat sebelah sana. bengom.

ni lagi. lom cukup power.

testing testing..lambat!

lg skali. demm! lambat jgk!

cilakak btl. cmane nak set ni.

haremm. dah mcm cacat pulak aku tgk.

dulu pakteh mancing cmni la. dpt pari besoo.. btl! sumpah!

ade ni. ade. tunggu la sat.

yeah. aku suke main air. main simbah-simbah. syok dowh!

ni kami panggil batu buntut. kenapa? lu pk la sendiri.

berposing di celah buntut.

dah mcm cite dulu-dulu pulak aku tgk.

(tak tau nak caption ape)

nah. terbaek. pantai cantik. air dalam. siap bleh bersidai kat pokok lg. nk bbq pun boleh. di mana? PANTAI TANJUNG BIDARA! yeah!

Tahniah

Tahniah untuk pasukan bolasepak Malaysia sbb menang perlawanan tadi. Malaysia (3) - Indonesia (0).
Harap boleh teruskan prestasi cmni utk perlawanan ke-2 nanti.
Harap boleh teruskan prestasi cmni utk perlawanan-perlawanan seterusnya pada masa akan dtg.


Tahniah buat adik ke-5, Mohd Ifwat yg baru menerima keputusan PMRnya. 8A tu dah lebih dari baik. Percayalah. Tak payah la nak kecewa sgt psl C utk Bahasa Arab tu. Keputusan penuh 8A 1C. Syabas betey!

Ulang Tahun

Hari ni 26 Disember 2010. Tinggal 5 hari je lg sebelum melangkah ke tahun baru 2011.


26 Disember 2009. Masih segar dlm ingatan. Bagaimana suatu perhubungan yg terjalin selama beberapa tahun terputus begitu shj. Masih juga terbayg setiap kenangan sewaktu bersama. Bagaimana aku trskan hidup tanpa dia. Insan yg pernah bertakhta di hati. Yg pnh menjadi sumber inspirasi, menjadi peneman, pengubat jiwa di kala kesedihan, kesorangan, ditimpa masalah..dia lah tempat aku meredakan kekusutan. Dia..xmungkin akan padam dr ingatan. Sampai mati.


Hari ini. Hati ini. Biarpun kekosongan telah diisi. Namun ianya tidak sama lagi. Bahagia yg dikecap trs dibayangi kenangan-kenangan lalu. Siapa ckp aku xbahagia. Aku terlalu bahagia sekarang. Aku bersyukur andai jodoh aku dgnnya. Tak tergamak utk aku beza2kan antara mereka. Byk yg aku pelajari dlm hubungan terdahulu. Yg akan aku perbaiki pada masa ini. Aku xmahu lg mengulangi kesilapan-kesilapan itu. Kebahagiaan dia, kegembiraan dia adalah keutamaan aku.


Awak. Walaupun awk xtau psl blog ni (sy hrp awk xkan tau sampai bila-bila. haha!) sy ttp nak ucap selamat ulangtahun perhubungan yg pertama pd 1 Januari ini. Buat awk yg dulu. Walau apa seterusnya yg berlaku dlm hidup awk. Semoga awk bahagia. Semoga awk lbh bahagia sekarang. Semoga kita xkan bertemu lagi. Walaupun sy hrp dpt lupakan awk..tp sy tau itu xmungkin. Nama awk, kenangan-kenangan ttg awk dah tertusuk jauh dlm hati. Walau dah dicabut, kesannya ttp ade.




Aku xtau org len mcm mane. Korg kapel cmane. Kapel utk suka-suka je ke ataupun mmg bercinta mcm nak mati..stok nak buat laki/bini. Mcm dlm cite Hindustan tu. Bila gaduh ke, putus ke, rs nak nangis atau xkisah pun. Ape kisah kan. Byk lg pompuan/laki kat luar tu. Aku xtau klu korg mcm ni. Aku ni mmg senyap, nampak brutal, ganaz, muka pecah rumah..tp aku pun manusia biasa. Ade hati. Ade perasaan. Org marah aku, aku pun rs kecik ati. Masuk bilik tekup muka kat bantal, nangis. Pastu mata bengkak. Muahhaha. Bukan bukan. Ni bukan aku. Ape brg nanges! Ceh!



Okeh tu je. Tgh layan bola Piala Suzuki Malaysia - Indonesia nih. Dah minit ke-90. Bye!

Tips Menjadi Sihat dan Berkhasiat

Hahaha aku dah gelak dulu dgn tajuk ni. Tips?? Wadehel dlm blog aku ade tips! Nak tips, nah blog awek cun byk tips.



Hari ni aku cuma nak update psl badminton training mlm td. Bertempat di Pro One Badminton Court ( Wangsa Maju Sect 1) spt bese ahli-ahli yg join seramai 60 tolak 20 tolak lg 40 tambah 2 tambah 12..hah lebih kurg la. Tak kuasa aku nak kira. Yg pasti 2 court, main dabel. Bermula 8 mlm, berakhir 1030 mlm. Peserta-peserta nye budak-budak, bapak-bapak budak dan mak-mak budak 1 opis aku.


Serius aku mmg xpandai main.
Tgk org main, gelakkan org main, boleh. Ape yg sampai kat aku, aku libas je sesuke ati. Haha. Best! Boleh hilang tension, boleh kuar peluh jgk. Aku xtau dr mane kuar itu peluh. Tp mmg aku berpeluh menitik-nitik mlm td. Kalah beberapa set, xde hal. Hero kena buli dulu. Itu biase. Kite tgk la beberapa minggu lg. Muahaha gelak besar.


Gambar dan video ade byk tp kualiti dan posing xbrape memuaskan. Nak masuk dlm blog pun dah mcm terencat skit. Kameraman kurg cergas mlm ni barangkali.



kau tgk! ni tgh badminton ke paintball terngendap-ngendap? amik la gambar aku tgh smash ke. haihhh

Blogwalking

Dah lame xbuat blogwalking. Hari ni kebetulan xde aktiviti dating, merempit, skodeng, makan kenduri.. so aku dok dpn laptop, blogwalking lah! Mula-mula masuk blog wajib singgah.. bace komen. Klik pulak pengomen-pengomen. Lepas satu-satu. Kesudahannye byk jgk la yg ter-bookmark kat browser aku nih. Haha.


Dlm byk-byk blog ni, aku paling suke yg byk gambar. Bukan nak baca sgt pun. Tu la korg. Sape suruh cun sgt. Tak cun pun korg edit buang jerawat bagai kasi cun. Haihh. Ape bende yg ditulis panjang-panjang pun aku dah xlalu nk bace. Nampak gambar je sume. Hahaha.. Blogger-blogger pompuan ni cun-cun blake seh! Yg xcun xde ke weh?
Cilakak. Berdarah-darah idung aku..


Dah blogwalking berjam-jam, mcm-mcm aku jumpe. Blogger ni kapel dgn blogger ni. So sweet. Jeles mak. Pastu buat pertemuan dgn blogger-blogger lain...hang out same-same. Blk umh buat entri muji ngumpat ngate satu same lain. Boleh nampak la sape punye entri lg best. Gambar edit, gambat xedit, sume bleh nmpk. Kat blog sini ade jerawat, kat blog sana putih gebu..kat blog sini gelap, kat blog sana dah putih pulak. Kat blog sini dah kaber sorok
muke, ttbe kat blog sana terpampang abis. Haha macam-macam.. lantak korg la.


Dua hari cuti ni aku xke mane-mane. Tido, mkn, main game, blog.. skali-skali tgk tv. Haihh bosan dowh. Kalau time-time cuti ni bleh meniaga beger ke, roti john ke, petai ke, cd cetak rompak ke, ade jgk pekdahnye. Dpt jgk tambah pendapatan. Untung nasib baik dpt kenal awek cun suke mkn petai.





Cepat la ari Isnin. Cepat la tahun 2012. Errr....

13 December

Hari ni hari jadi aku.. tapi...












..takde beza pun dgn semalam?
Tak rs makin tua pun?
Peliklah. Koh koh koh..






Semoga dgn peningkatan usia ni akan lbh mematangkan aku. Semoga dgn usia 26 thn ini menjanjikan suatu yg lbh baik bt diri aku. Semoga tahun ini akan lbh baik drp tahun sebelum-sebelumnye. Semoga trs dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dicepatkan jodoh..aminn.

Whatt?? 26 tahun dah aku? Mcm xpercaya je kan? kan? kannn?? hehehe..

Ku sangkakan lancer

Sejak akhir2 ni idea utk berblogging byk sgt. Sampaikan aku xtau yg mane nak post dulu. Last-last sume idea tu beku cmtu je. Hilang sikit demi sikit. Idea byk tp mood utk blog xde. Malas.

Ni nak cite. Siang td jalan-jalan kat Cheras. Folo 1 kete ni. Ingatkan Lancer. Rupanye Inspira. Eksaited mak. Pestaim nampak Inspira kat jln. Korg xtau la pnh nmpk ke x. Pedulik ape aku kan. Lalu dgn terkocoh-kocoh aku amik gambar. Dlm kepala aku dah set nk buat entri mlm ni. Haha.


Pasni tiap kali terserempak dgn kenderaan spesis ni, aku nk amik gambar buat entri. Guane?

Tandas duduk ke tandas cangkung?

Semalam baru blk outstation. Pnt sgt. Tak sempat nak bukak blog.

Bergerak dari Segamat jam 5 ptg. Alhamdulillah keje setel jgk walau pada mulanye rasa2 mcm xsempat. Hari Jumaat, ade 8 destinasi yg nak kena pegi, ade lbh 40 item nak kena psg dan test. Brg yg sepatutnye dihantar ke setiap destinasi ni tak dihantar sebaliknya dilonggok di satu destinasi lain. Dah jd keje pulak nk kena angkut brg2 ni ke tempat2 tu utk dipasang. Nasib baik bukan bln pose. Haha.

Terima kasih buat ince wan yg sgt2 perform. Gile laju mu buat keje. Aku jgk terhegeh2. Macam2 hal. Dah abis keje, lega hati. Kerjasama dr pihak2 terbabit juga sgt memuaskan. Abis keje kul 5 trs grk blk KL. Kul 9 sampai. Target kul 10. Saga mu mmg laju weh. BMW pun ke tepi bg mu lalu. Maka sempat la jumpe awek. Hahaha.


Owhh psl tandas cangkung td. Tu la. On the way blk semlm aku rs mcm xsdp perut. Singgah kat Shell RnR Seremban. Pegi toilet. Wahh terbaek la toilet dia. 2 dlm 1. Tak pyh nak gaduh2 psl tandas duduk ke tandas cangkung. Klu lenguh cangkung, pindah je sebelah. Boleh duduk. Klu rs2 tahik mcm xnk kuar bile duduk, xpyh nak panjat tandas tu. Bahaya. Alih je bontot tu ke sebelah k. Simple n easy. Haha.



Sebenarnye partition utk 2 toilet ni dah tercabut. Mane pegi tah. Dorg xrepair lg. So cmni la jdnye. Hehe.



Ohh bermula hari ni aku kembali bujang. Skandal Buahati sdg bercuti di kg dan bakal menjalani praktikal di luar KL selama 2 bln. Gudluck ye syg. IWMY ;)

Selamat Pengantin Baru

28 November 2010


Buat adik perempuan Khairunnisa dan suaminya Razury. Selamat Pengantin Baru. Semoga rumahtangga yg dibina kekal bahagia sampai akhir hayat. Jgn la dirisaukan psl abgmu yg belum kawen ni. Andai ade jodoh, mesti kawen juga aku nanti. Doakan saje. Koh koh koh..

Selamat Pengantin Baru!

Punca-punca kemalangan jalan raya

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni mcm selalu sgt aku dgr, aku nmpk kes-kes kemalangan melalui tv, radio, sokabo..slalu jgk pergi mane-mane ternampak dpn mata sendiri. Menyedihkan. Cmane klu yg ditimpa kemalangan tu adalah kenalan, mahupun ahli keluarga sendiri. Tak dpt aku bygkan. Mati dlm keadaan mengerikan, xcukup sifat, hancur kepala, putus kaki tangan..nauzubillah.

So entri kali ni aku tujukan pada sume skali. Bg mengingatkan aku sendiri, mengingatkan korg supaya sentiasalah berhati-hati dlm pemanduan. Baik kereta, motor mahupun kenderaan milik syarikat.


Di sebalik kejadian-kejadian ni sume, pnh x korg pikirkan punca-punca ataupun penyebab berlakunye kemalangan. Time skolah dulu pnh jgk bt karangan psl ni. Tapi aku dah lupe sume. Terpaksa buat kajian semula. Dlm berita slalu kte dgr ayat "pihak polis masih menjalankan siasatan ttg punca kemalangan ini".. Belum sempat pihak polis berikan jawapan, org ramai dah pun ade pendapat sendiri. Takde lain aku rs. KECUAIAN dan PANDU LAJU.


Selain tu jgk, kemalangan-kemalangan ni pun beri kesan pd pengguna jln raya yg lain. On the spot dpt kesannya. JAMM SEPANJANG JLN. Damn! Slalu aku kena. Korg tlg la jgn eksiden. Bila kau eksiden, tergolek kat tgh jln, kan dah menghalang lalulintas tu. Org len terpaksa elak kau. Elok-elok 3 lorong dah jd 1 lorong. Berebut-rebut! Klu masa tu aku tgh sakit perut sgt nak ke tandas, kan ke boleh mendtgkn dosa tu.....dosa caci maki kau yg eksiden, dosa caci maki korg yg menyebok ramai-ramai menyebabkan jamm ni. Yg melambatkan pergerakan aku. Klu nak bwk kete laju-laju, hati-hati la skit. Jgn la gopoh xtentu psl. Yg bwk moto pulak, dah nmpk kete byk, xyah la laju-laju. Bwk tepi-tepi sudahh. Pastu ikut belakang lori rapat-rapat. Aku ckp kau bodoh bongok nt kau kecik ati.


Tak kira la kat mane-mane pun. Naik bas ke, lori ke, same je. Klu dulu bila lori atau bas eksiden, jrg dgr driver mati. Tp sekarang xlg. Bila keadaan jln raya dah semakin baik, dah semakin lebar, dorg pun bwk laju sesuka ati. Makin lawa jalan, makin byk pulak eksiden. Dulu org slhkan keadaan jln raya yg xelok jd punca eksiden. Skrg ni aku rs keadaan jln yg lawa, yg sdp bwk laju pun dah jd punca pulak.


Nak salahkan sape lg? Cmne nk bt supaya org xpandu laju lg? Pikir-pikirkan la ye. Nak dibuat bonggol setiap 500 meter, susah pulak speed trap nak kene nt. Rugi la. Tak gitu?


Ni pun kira punca jgk la.

Ciri-ciri Orang Beriman


Baik bos. Saya tidak akan langgar lampu merah lg.

Iklan Nandos Baek Punye


Filem Sampah??



Hai sume. Hari ini abg nak kongsi sikit pendapat abg dgn korg sume. Bukan psl sampah, bukan psl bakul sampah ke..bukan bukan. Ni psl filem 2 Alam tu. Yg ramai org ckp filem sampah tu la. Ha'ah filem Dr Rozmey tu.

Abg dah tgk cite tu baru-baru ni. Sebab tu abg selambe nak share ngn korg-korg kat sini.

Ok mane nak stat ye. Korg dah tgk belom? Ngate sana sini bwk cite xbaik je pandai. Aku pun.. eh silap. Abg pun xsuke stail rambut dR tu tp xbermakna produk dia pun abg xsuke ye. Abg iklas sgt byr RM10 utk tiket tu taw. Jauh ke Kepong lg abg g. Padahal dkt2 umah pun bersepah panggung.

Pada abg, cite ni kira suam2 je la. Takde la sampah sgt pun. Ade msg yg dia nak sampaikan. Byk iktibar yg boleh dijadikan pengajaran. Abg sbnrnye xpuas tgk cite ni. Sejam lebih je. Cite psl watak utama (Amy), seorg pondan yg dah fully convert jd pompuan yg dah mati psl bunuh diri. Kisah semasa idup beliau, selang seli dgn proses pengkebumian mayat beliau yg terpaksa tempuh bermacam hlgn. Kira cite dlm cite.. byk flashback. Mula2 abg ingat cite ni psl alam bunian ke, alam jin ke..rupanye alam spesis manusia ni. Boleh la abg tgk. Klu cite hantu pocong ke, langsuir ke, abg mmg xboleh. Lemah semangat. Abg ni nampak je brutal. Penakut jgk dikk!

Kan lg syok klu cite ni dibuat detail sikit. Dari si Amy tu mula-mula elok dlu, bwk pd punca perubahan dia, kisah2 semasa proses transformasi tu, pstu kehidupan dia selepas perubahan tu..sampai la cite2 kematian dia. Ni sikit-sikit nak flashback, ulang psl clubbing, minum arak, main dgn org tu, main dgn org ni, kena rogol pulak.. dok ulang-ulang.. bosan. Tp sound efek nak gempak je. Siram air, gosok tgn, sikat rambut mayat pun nak ade sound seram. Haihh..

Papepun abg ttp nak ucapkan syabas pd sume yg terlibat dlm filem ni. Abg suke pelakon-pelakon dorg ni. Walau ade muka yg xpnh nmpk dlm tiwi pun, dorg berlakon mmg tiptop.


Abg kasi 4 setengah bintang utk filem ni. Ok syg. Tu je buat kali ni. Nanti ada masa abg bt review lg ye.

Babaii yo!

Kesepian


Pakcik pakcik...pakcik ni kretip la. Best. Sy suke. Sy sokong pakcik walaupun ramai yg kata pakcik sengal. Nanti klu sy terjumpe makcik2 janda yg kesepian ke, sy kontek pakcik ye. Pakcik letak la gambar 1. Yg ensem2 skit. Sng skit keje sy.

Bila Lancer bertemu Inspira


Lumba

Lupe nak update. Kelmarin kat highway kemain laju bwk kete. Berlumba-lumba. Kete sume power2. Aku je pakai kete xpower. Stendet kilang org ckp.


Dah mmg jd tebiat aku. Pantang masuk highway mesti nak bwk kete laju2. Hilang tension. Yela klu kat KL tu mane nk rs bwk laju2. Baru nak tekan sikit, dah jammed blk. Lenguh2 kaki asik main cluth je.


Ade 1 kete ni asik folo aku. Dia dekat je aku pecut. Sebatu tinggal....pstu dia mai lg. Tak bleh la aku nak rilek2 jap. Aku tekan lg. Agak2 dah xnampak, aku pun slow. Tak sampai setengah jam, dia muncul blk. Dia potong aku! Laju beb. Rasa tercabar kot. Aku pun biar dia jln... jauuuuhhhhhhh....



Bila aku rs dah cukup lama, aku pun stat blk bwk laju2. Kali ni lbh laju dr td. Sampai aku jmpe blk kete td, aku potong laju2. Aku agak mesti mamat tu rasa tercabar. Aku plak rasa bangga btl dgn
keupayaan kete aku. Walaupun stendet, walaupun buruk, masih power.




Aku agak dah. Mamat tu mesti kejar aku blk. Dah puas aku mainkan dia, aku rs mcm dah bosan, aku pun perlahankan kete. Masuk laluan tgh. Bg mamat tu lalu. Siap amik gambar lagi.














Aku bwk laju2, ajak main2 kat highway tu suka2 je. Bukan nak menang, nak tunjuk lagak ke. Kalah pun xpe. Lgpun kan bahaya bwk laju2. Klu eksiden cmane? Klu mati cmane? Awek aku org kebas..huu xbleh xbleh.

Babai kawan. Ade masa kite lumba lg k. Aku enjoy sgt ari tu. Eh masa aku potong kau tu, kau g mane ek? Kencing eh?

Sape punye ni?


Sape punye natang parking kat dpn umh? Aku syak mesti awek mane2 punye ni.. sampai tingkat 5 dibawak naik. Gigih betul. Pastu tinggal je. Klu aku curik jual kat mudah.my rasa2 boleh cover duit minyak seminggu ni. Takpe nt aku spot tuan punye mnde alah ni. Harap2 xde kena ngena dgn itu bibik la.

Fatin Nadia

Awak awk...boleh jln cpt skit x? Sy nak cpt ni. Sy terlambat bgn pg td. Tak sempat nak mkn pun lg ni. Lapar tau. Klu xnk cpt pun, awk ke tepi la sikit. Bg sy lalu. Err awk ni besar la~

Rimas

"mana pak??"

"keje"


"kerja pak?"

"a'ah"


"kerja pak?"

"......."


"kerja pak?"

"..."


"kerja pak?"

"......."


"kerja pak?"

"..... ...."



"kerja pak?"

"..... ...."




"kerja pak?"

"......"



"kerja pak?"

"....."



"kerja pak?"

"..... ...."



"kerja pak?"

"....."









Damnn. Hampir setiap ari bertembung dgn bibik jiran ground floor. Nak g keje, blk keje, nk g mkn, nak g kedai, nak g dating.. naik rimas aku. Kdg-kdg aku blk mlm pun terserempak jgk. Boleh kene heart attack klu xkena gaya. Ni bibik bukan sebarang bibik. Klu skala 1-10 menawan, aku boleh bg dia -25! Rare!! Horror!!

Performm

Bukan aku




Tapi ni ha



















Sakit ati kena saman time lunch ni mmg lenmcm la rs dia. Grrr

Antoine Dodson





Video ni cool. Sumpah cool. Haha. Malas nak cite byk. Asal-usul video ni boleh baca kat sini.

Tabung Kawen



Sape ckp aku taknak kawen? Duit xcukup lg la dey. Tgh kumpul ni. Tak nampak?? hohh!

Mimpi

Sejak semlm byk btl aku tido. Hujung minggu bila xde makwe, xblk kg, cmni la jadinye. Selain tgk tv, lyn movie, belek-belek kete, tido je la aktiviti aku. Patut klu bt keje partime aku pk boleh masyuk skit. Tp dah mmg dasar pemalas. Tido lebih syok drp duit. Tp kann..kdg-kdg ade jgk org ckp kau tido pun bleh dpt duit. Hahahahh..


Semlm aku xkuar ke mana-mana pun. Paling jauh ke ruang tamu rumah sendiri. Melihat-lihat televisyen sekejap pstu masuk bilik semula melayan tido. Dari sini la bermula satu perjalanan yg xdisangka-sangka. Pemikiran aku menjejaki org yg paling aku syg suatu ketika dlu..di kg halamannya.

Aku dpt lihat dgn jelas kehidupannya di samping insan lain. Namun segalanya tanpa sebarang emosi. Tiada tanda gembira, tiada tanda duka. Perwatakan dan penampilannyanya juga berbeza. Segalanya berlalu tanpa kata. Suatu ketika aku dpt lihat dia memandangku dgn senyuman dan terus berlalu..


Secara jujur aku xingin kembali ke masa itu. Aku xingin memikirkan tentang itu pun. Emosi aku sedikit terganggu. Aku dah cukup bhgia sekarang. Aku lg sng hidup tanpa memori-memori tu sume. Tapi walau sekuat mane pun aku, walau sejauh mane aku pegi, aku tau memori-memori ni akan sentiasa dgn aku..mengikut aku ke mane saje.


Kalau la boleh format blk..buang sume kan sng.

Henpon

Aku dah pakai henpon sejak time di politeknik lagi. Semester 1. Pada masa tu henpon yg top nokia 3210, 3310, 3315. Sape yg xknl 3 model henpon ni sila google. Henpon pertama aku dr model 3310. Masa tu masih lampu kuning klu xsilap. Pastu upgrade ke version 3315. Lampu biru, lampu putih.

Penah satu masa kecoh kat hostel pasal henpon yg hilang. Dalam bilik tgh tido henpon taruk dlm laci bleh kene klepet. Yg tgh cas, yg letak merata-rata jgn ckp la. Tak sampai 3 minit g mandi kejap bleh ilang. Gile btl. Ilmu ape dia pakai. Mangsa-mangsanye termasuk la aku. Nokia 3310 aku baru tukar housing..pakai yg urban skit. Tahan calar. Mmg tak calar walau jatuh dr ketinggian 5 kaki. Barai insyaallah. Hari minggu. Plug kat dlm bilik dah penuh. Terpaksa pakai plug luar. Aku kuar masuk bilik beberapa kali. Ntah kali ke berapa, kuar bilik tgk henpon dah takde. Jimbit. Marah btl aku. Abis sume nombor awek jalan skali. Penyudahnye g jmpe bomoh. Dpt la tau skit2 psl pengklepet tu walau henpon xdpt blk. Selang 2-3 ari mamat tu kantoi kene tangkap. Padann..



Kendian ade la beberapa model nokia lagi aku pakai. Model yg paling aku minat..8520 butterfly. Kecik je. Housing hitam berkilat aku guna. Sampai nak jahanam. Baru aku tukar. Sayang btl henpon tu.

Seterusnya zaman polifonik ringtone dan kamera fon. Aku sempat jgk pakai 1 model nokia ni..7250i. Bersaing dgn kawan satu rumah. Bunyi mmg sdp. Ringtone donlod kat majalah, kat surat kabo.

Pastu baru la masuk pd real music henpon ringtone. Aku setat pakai nokia 3660. Beso gedabak. Penuh poket. Bergayut dari jauh dah nampak. Baru ade stail. Time ni 3gp movie bersepah-sepah dlm. Yela dah ade memori kad. Bluetooth pun dah ade. Senang skit. Kamera pun dah lawa skit. Time ni pun byk bt keje xbtl. Amik gambar awek curik2. hahahahhh.

Dah puas dgn henpon beso. Aku beralih pd henpon besi n70. Time ni dah stat bleh mms, bleh 3g. Kamera dia mmg terbaek lass. Siap dgn flash.
Nak amik gambar curik-curik sure kantoi. Ape-ape isu semasa cpt je sampai siap dgn bukti2 bergambar lg. Aku dgn adik aku sama2 pakai henpon ni. Tak lame pstu aku jual henpon ni pd abg aku sbb aku tukar pakai n73. Mahal gile time tu. Dkt2 2k harge dia. Nak up 2 date punye psl.

Nokia n73 henpon paling lame aku pakai setakat ni. Dari setat aku keje sampai sekarang masih lg. Tahan betul. Bateri dah 3 kali tukar. Housing ntah brape kali. Papepun dia punye kamera 3g kurengg skit dr n70 bg aku. Nak 3g makwe pun xbrape syok. Aku ingat henpon soni erikson punye kamera lg baik la. Tp tu la dia. Dah dkt 5 tahun jasa dia pd aku. Aku bwk ke mana-mana.

Beberapa bln lps. Aku setat pakai nokia e72. N73 masih lg aku pakai. Cuma keutamaan dah pd e72. Saje nak tukar selera. Nak pakai iphone tak mampu. Terpikir jgk nak pakai blackberry tp biar dulu la. Belum masanya lg kot. Selera aku lebih pd yg ni. Pada aku mmg berbaloi la henpon ni. Funtion dgn interface yg sgt mesra pengguna. Sng phm dan nipis lg ringan. Kamera boleh thn la. Ada gps lg.




Ni video yg aku record baru-baru ni pakai e72. Tak jelas sgt tp boleh la klu nk buat bhn bukti kan. Ni pun dah zoom sikit punye jauh. Aku sbnrnye tertarik dgn brader pos ni. Ingatkan bercakap sorg-sorg. Siap dgn tgn-tgn skali. Rupanya dia tgh 3g dgn somebody yg aku pk pekak ataupun bisu. Baru terpikir psl 1 hal. Bagus btl teknologi sekarang. Org-org pekak dan bisu pun boleh pakai henpon. Tp yg bleh 3g jela kot. Sekarang henpon-henpon cmni pun dah murah. Cuma pd yg buta. Aku tak pasti dorg bleh pakai x teknologi ni. Zaman dah moden. Segalanya xmustahil.

Tak Puas Hati

Sejak last2 ni aku terasa mcm byk xpuas ati dgn perkara2 yg berlaku di sekeliling aku. Apesal tah. Sume xkena. Syndrom peningkatan usia barangkali.


Hal 1
Aku boleh kata tiap2 ari mesti bwk kete. Maksudnye memandu kereta di jalan raya. Kete aku xde lain. Milah tu jelah. Buruk, huduh, tak laju...serba sederhana lg low profile. Secara purata aku akan memandu dgn kelajuan 60-120km/j ikut keadaan trafik, mood serta keadaan mukabumi. Di MRR2 misalnya. Aku selesa memandu di laluan tgh dan laluan paling kanan sambil melayan lagu bunga-bunga cinta di radio. Lagu hati yg kau sakiti pun ade jgk la. Fuhh kete dorg ni...dah le beso. Tinted gelap. Kdg2 turbo..interkuler tersembul keluar. Tp ape pasal bawak pelan2? Dok laluan kanan lak tu. Klu setakat nak bwk pelan2, xpayah la buang duit beli kete mhl2, tukar enjin, masuk turbo sume. Nak kata bercinte, org len pun bercinte. Nak geli2 pun, jgn la kat jalan raya. Agak2 la woi!


Hal 2
Ni pasal minyak, psl rokok, psl harga brg2 yg makin naik ni. Dah2 la naik tu. Harga rokok naik tu mmg aku xpedulik lgsg. Bukan ade kena ngena ngn aku pun. Tp klu minyak tu mmg kena sgt. Kerajaan naikkan hrga rokok dgn hrga minyak sbb mnde ni dah jd satu keperluan. Aku rs biar hrga naik melambung byk mane pun, rakyat ttp akan beli. Cube klu xde sape2 beli. Agak2 ape akan jd?


Hal 3
Aku mmg xpuas ati dgn tukang saman parking kat tempat aku keje ni. Apesal la bersungguh2 sgt keje ni. Aku syak gaji2 dorg ni dtg drp hasil kutipan saman la. Klu byk lagi saman, agaknye makin besar la bonus tahunan yg dorg dpt. Takde saman, xde la gaji. Aku syak la. Eh aku byr parking ok. Cume kdg2 duit syiling abis. Nak bt cmne kann. Klu hulur note 50, bkn mesin tu bleh bg balance pun. huh!


Hal 4
Org len pakai brg branded. Kau pun nak pakai. Org len pakai Rayban ori. Kau pun xnak kalah. Hari ni kwn kau pakai jam mahal. Tak lame. Kau pun dah berjam mahal. Bukan setakat mahal..lagi mahal! Tapi aku mmg xpuas ati jgk. Ape pasal kau tetap lewat? Jam kau salah setting ke ape. Eh xkan pulak. Jam mahal tu. Ke mmg kau xreti tgk jam? Eeehhhhh!!! Tak puas ati btl la!


Hal 5
Aku bukan byk duit. Kdg2 aku pun sengkek. Tp kdg2 jgk aku ade duit lebih. Kdg2 dgn senang ati aku meminjamkan pd makhluk2 yg kesempitan. Bukan seperti along mahupun bank2 yg memasukkan interest dlm sistem pinjaman mereka. Aku mementingkan keikhlasan dan kepercayaan yg 1 ari nt akan dpt blk duit tu. Tp ntah kenapa lama kelamaan keikhlasan tu hilang. Rasa nk upah gangster pukul kau, potong jari kau bila tgk kau ade duit tp kau buat2 lupe psl hutang kau dgn aku. Eh eh panas je ati aku nih.


Hal 6
Untuk ke mana2, aku sebolehnya akan cube mengelak dr melalui lebuhraya. Bukan ape. Nak jimat kos punye psl. Biar lambat skit, sesat2 pun xpe. Hahaha. Tp ni cite masa dulu lah. Time kewangan xbrape stabil. Time masa masih panjang. Time mood utk memandu masih tinggi. Sekarang aku lebih suke utk cpt sampai ke destinasi. Biar brape tinggi kos pun xkisah. Asalkan sampai dgn cpt. Badan ni rs mcm dah xseronok utk berlame2 dlm kete. So aku memilih highway. Bila dah lalu highway, pun ade mnde yg puas ati lg. Tiap highway mesti ade tol kan. Dah la mahal. Harap-harap pekerja tol tu sorg girl la. Bukan setakat girl. Tp girl yg cun, siap pakej senyuman yg menyejukan ati. Hancur beb. Lari tune aku. Bila yg menyambut tu seorg laki2 yg xsiap.. siap senyum. Geli weh! Tak puas ati betul. Travel punye jauh. Duit korek2 celah kusyen, celah desbod..tetibe nk byr...ahhh xlalu la nak cite. Phm2 sendiri la weh.



Dah la. Lenkali aku smbung blk. Byk lg xpuas ati ni. Pasal drebar bas bwk mcm bangang. Pasal pekerja restoran bau longkang. Pasal macai yg berlagak bos..ha ni lg sekor. Ko tunggu la 1 ari nt budak2 sound tepek atas muka ko. Boleh gaduh bai. Lu jgn bt pasal. Gua serius ni.

Raya 2010

Dah hari raya ke brape tah, baru nak update psl raya. Malas gile!

Alhamdulillah. Selepas sebulan berpuasa, ketibaan 1 Syawal disambut dgn penuh kesyukuran. Spt tahun2 lps, kami sekeluarga beraya di Mexico..eh eh Melaka. Atuk nenek walaupun usia dah semakin meningkat, tp masih mampu berpuasa. Kesihatan yg xbrape baik sikit pun xmelemahkan semangat org tua tu utk berpuasa. Seterusnya sama2 bergaya di hari raya.



Tahun ni kami sume dah beso2. Yg mak bapak pun dah makin tua. Tiada lg keghairahan utk letup2 mercun, bakar2 duit beli bunga api. Mlm raya kami berkumpul ramai2 sanak sedara berlonggok dpn tv, berlonggok kat ruang tamu, berlonggok di meja mkn. Ketupat, rendang sudah semestinya. Tak lengkap raya kami klu xde dua ni.


Jiran kami. Jiran atuk kami sebenarnya. Anak2 dia kebanyakannya lebih muda drp anak2 atuk kami. Makanya cucu2 dia juga lbh muda dr cucu2 atuk kami..budak2 je lg. Keluarga ini nmpak mcm best je. Ade bisnesman..ade doktor..ade doktor..ade doktor..ye mmg ramai doktor dlm keluarga ni. Mesti sihat2 dorg ni aku pk. Kete tiap2 tahun tukar. Yg pelik satu family ni pakai kete beso naik 2 org je laki bini. Anak2 dia naik kete len. Kete beso jgk. Saje nak menunjuk la tu. Eh eh termengumpat lak.


Duit raya pulak. Masih ade yg cube2 menghulurkan duit raya bt aku. Ni menunjukkan aku masih maintain muda spt dulu. Tp atas sikap jujur dan tidak mahu mengambil kesempatan, aku trs trg menolak utk menerimanya. Gile ape dpn budak2, dpn org ramai dia hulur. Klu kat belakang2 xpe jgk. 2 ringgit lak tu! Bg la 2 ribu ke, 2 juta ke...


Duit raya lagi. Aku masih menetapkan syarat2 kelayakan yg sama spt tahun2 lps utk mendapat duit raya drp aku. Pertama kau mesti waras yakni tahu dan phm ape itu seringgit yg aku bg tu. Klu bila aku bg seringgit, kau bwk masuk mulut gigit sampai meleleh2 air liur, tu mengguris perasaan aku. Kedua kau mesti tidak terlalu pandai mengira sehingga boleh jd seorg doktor, cikgu, cikgu besar, askar mahupun kuli di syarikat2 swasta...ketegori ni jgn brani2 mintak duit raya ngn aku. Selipar raya sebelah kiri aku bg. Mau?




Cuti raya aku tahun ni tak lame. Tak sampai seminggu pun. Abis cuti aku blk KL, beraya di KL pulak la. Gambar2 raya pun xbyk. Ntah kenapa mcm kurg semangat utk bergambar. Semangat utk mkn pun kurang. Tak byk tempat dpt pegi, xbyk rumah sempat ziarah tahun ni. Tp raya ke-3 aritu sempat ziarah kubur arwah mak, arwah tok dgn arwah tok ayah. Alhamdulillah.

Puasa sudah. Raya pun sudah. Sekarang mau kembalikan mood utk kembali bekerja. Harap2 masih berkesempatan utk Ramadhan dan Syawal akan dtg.

Eh dah bulan 9..cpt btl lahh!!


Babai kambing! c u next year!