Susahnya meluahkan perasaan

Bila kau marahkan seseorg, ape kau buat? kau tengking dia direct ke? ataupun kau kias-kias perli dgn ayat menyakitkan ati? ataupun kau menghempas pintu bilik, membawak kete laju-laju dgn cara berbahaya? atau kau sekadar diam tanpa berkata apa-apa? buat muka bengang je. bila ditanya, kau pun jwb sepatah.

Kalau aku.. aku bukan jenis manusia yg cepat marah. aku cool. siyes. keh keh keh. tp bila dah xboleh tahan, aku lepas jgk. kurang-kurang 2 perkataan kasar akan disebut secara ikhlas. bodoh betul! bangang! kepala otak kau! ok dah 3.. terlebih sudah ~


Bila kau xpuas ati psl sesuatu, adakah kau akan merungut? atau mengambil tindakan drastik utk mencapai tahap yg diinginkan? cmane kau luahkan perasaan xpuas ati tu? atau kau diam je.. terima shj keadaan yg berlaku. klu nasik kau masin pun, kau mkn je tanpa merungut-rungut.

Kalau aku.. mmg aku diam je. mlas nak cari gaduh, besar-besarkan hal yg remeh temeh. psl calar sikit kete kene langgar pun nak kecoh. kete aku kemek lg teruk la bai. rilek r.. psl air suam kau oder dpt air pns pun nak bising-bising. xboleh ke kau beralah skali skale.. bukan jauh beza pun. lain la klu kau oder sirap dpt kopi o.


Bila kau sayangkan seseorg atau sesuatu pulak. kau buat ape? kau akan selalu bgtau yg kau sygkan dia? kau boleh senang-senang ke ckp "I love u boboy" depan dia? - merujuk kpd kambing kesayangan kau. boleh? kau pnh bgtau mak kau "saya sayang mak"? setakat pakai t-shirt indie tu xpayah la cite.

Kalau aku.. aku bukan jenis manusia yg senang berkata-kata manis. dlm sms, dlm ym, dlm surat, dlm email boleh la. dgn mak bapak aku sendiri pun, dgn adik beradik aku. tak pnh sekali pun aku sebut dpn dorg "kite syg mak" "kite syg ayah" "aku syg korang".. xpenah. tapi aku mmg sayangkan dorg sume. n aku tau dorg tau. mcm bapak aku jgk. tak pnh pun aku dgr dia ckp dia syg mak aku, syg anak-anak dia. tp aku tau. kitorg sume pun tau dia syg kitorg.


Aku pikir byk lagi cara utk tunjukkan kasih syg kite pd seseorg. bukan sekadar luahan kata semata-mata. tp dgn layanan yg baik, ambik berat dan nasihat-nasihat yg berguna.. tp kadg-kdg aku juga sdr. perlu jgk dituturkan dgn kata-kata utk buat si dia rasa lebih dihargai. ape-apepun biar la ikhlas. ye x?





Tp klu dah sampai kena paksa.. nak dgr jgk. nk dgr jgkkk... pleaseee... ah cilakak! lemah btul aku bab-bab ni.

4 komen:

Zaqyah Razak said...

apex, kamu kalau dengan gf kena la jugak cakap, sminggu sekali pun jadilah =) bagi dia feeling2 sikit heeee

Ninis said...

huhu.sgt2 betol;)

Anonymous said...

kene ckp tiap2 arie.. kate2 tue doa..

apex said...

zagyah- hehee ok2 thanks. i try ;)

ninis- ;)

anonymous- xnk ah ckp tiap2 ari. nt muak pulak dia. ilg lgsg feel tu. hehehe